Skip to main content

COVID-19 : Sudah Dijangkiti, Apa Patut Aku Buat? [ Bahagian 1 ]

Dijangkiti penyakit yang merbahaya dan sudah menjadi wabak seluruh dunia, pasti menjadi satu pengalaman baru untuk setiap manusia di muka bumi ni. Tak kisahlah apa implikasi dari pengalaman ni, sama ada yang positif atau negatif dalam kehidupan kita. Ia mencatat satu sejarah kehidupan sesiapa sahaja yang menempuhnya. Salah seorangnya ialah, AKU. Iya, aku telah dijangkiti Covid-19. Sejak Disember 2019, aku hanya mendengar, membaca dan menonton perkembangan wabak yang ganas ni. Tetapi kira-kira dua minggu lepas aku terpaksa meredahnya dengan segala bentuk ikhtiar, ilmu, kemahiran dan pengalaman setakat mana yang aku ada selama ini. Ingin aku tekankan di sini, tujuan entri ini aku tulis bukan untuk berbangga, sombong, bongkak, jauh sekali memberi nasihat kepada orang lain. Ia sekadar perkongsian tentang apa yang aku tempuh. Tidak kurang dan tidak lebih daripada itu. Para pembaca perlu mengambil ini sebagai disclaimer . Aku bukan doktor, bukan perawat Islam, bukan pengamal perubatan herba

Menjamin Harga Terendah (Tajuk Skema. Hahaha)

Teman ni suka beli barang keperluan harian di pasaraya besar. Boleh dikatakan setiap minggu paling tidak ada sekali teman ke mana-mana hypermarket berdekatan rumah teman. Kelakar juga sebab menurunkan harga barang jadi satu pertandingan... Siap ada jaminan harga rendah lagi tu!

Sebab dek tertarik dengan 'persaingan sihat' macam tu, pengguna yang dapat untung sebab berjimat kan? Bila sentuh bab jimat, mesti  ada nilai numerik (bahasanya...) untuk buktikan yang mana murah dan mana mahal kan? Jom! Ikut teman buat kerja bodoh... membezakan harga-harga barang. Hahaha.

Apa yang kita nak survey ye? Hmmm... Teman terfikir nak cari bateri AA untuk kamera murahan teman ni. Bergerak dari satu pasaraya ke pasaraya yang lain, mencari kebenaran, berapakah harga patut yang benar-benar patut untuk sebiji bateri AA ye?

Di pasaraya pertama, teman dapat tiga pek berisi empat biji bateri, dengan harga RM10. Wow! Bunyinya macam agak meyakinkan ye? Teruskan lagi...

Tiba di pasaraya kedua, teman dapat RM4.99 untuk empat + dua bateri percuma. Juga menarik lebih kurang kan? Apa kata kita bezakan harga untuk sebiji bateri bagi kedua-dua pasaraya tu.

Pasaraya A 

RM 10.00 / 12 biji = RM 0.83 sebiji 

Pasaraya B

RM 4.99 / 6 biji = RM 0.83 sebiji

Hah?! Biar benar... patut la berani jamin harga terendah. Memang sama pun harganya. Jenama dan rupanya saja nampak lain-lain. Haish...!!! Rasa tak puas hati.

Lalu, teman bergerak ke pasaraya ketiga. Pasaraya ni jarang-jarang teman pergi beli barang. Kalau pergi sesekali pun, ada la urusan-urusan lain, bukan untuk beli barang.

OK, apa teman jumpa di situ? Macam ni...

Ada pek lapan biji bateri dijual dengan harga RM 6.90, maka, teman mula berkira-kira lagi.

Pasaraya C

RM 6.90 / 8 biji = RM 0.86 sebiji

Mungkin ada yang lebih murah ni. Pasti ada kan? Teman pun mencari lagi bateri AA yang bakal teman beza-bezakan harganya. Kalau RM 0.86, bukan la harga termurah kalau macam tu.

Haaa...!!! Jumpa dah! Ada lagi bateri di barisan lain, yang harganya lebih murah. Teman dapat RM 5.90 untuk lapan biji bateri. Kiranya RM 0.74 la sebiji kan? Hahaha. Berjaya juga teman dapatkan berapakah harga paling patut untuk produk tu. Yeahhh...

Ooopppsss...!!! Ada yang tak kena rasanya ni. Iye. Memang tak kena. Cuba tengok gambar di bawah ni -


Laaa...!!! Sekali produk yang sama la dengan yang tadi la. Nama sama, kuantiti sama, nombor barkod sama, tapi harga saja yang lain. Memang pelik la. Jenuh memikirkan, kalau-kalau teman terambil dari rak yang salah. Teman belek punya belek, memang sahih. Punya la banyak tag harga di rak bateri tu, semuanya bercampur aduk. Ada yang RM 6.90, ada juga RM 5.90.

Mana satu yang betul entah!

Teman bawa ke kaunter khidmat pelanggan. Lalu teman tanya, "Dik, ni saya nak bayar berapa ni ye?". Jawapan yang teman terima, "Abang bawa tag harga yang murah la bang, dapat jimat RM 1.00 kan?" Hmmm... kurang puas hati. Bukan itu jawapan yang teman cari, OK.

Seterusnya, teman bawa bateri, dan kedua-dua shelf tag yang mengelirukan tu ke kaunter bayaran. Dan teman terus tanya soalan yang sama. Nak tau apa reaksi si pengendali kaunter?



Dengan muka selamba, tak terkejut langsung, dia terus imbas barkod bateri tu, dan beri diskaun RM 1.00 untuk setiap pek bateri yang teman bawa ke kaunter tu. Bukan diskaun tu ke atas harga RM 6.90, tapi untuk harga RM 5.90 . Secara automatisnya teman hanya perlu bayar RM 4.90 untuk setiap lapan biji bateri sepek.

Jadi, RM 4.90 / 8 biji = RM 0.62 sebiji bateri kan?

Teman pun berlalu dari kaunter bayaran dengan dahi yang berkerut-kerut. Bukan sebab terkejut teman dapat harga murah, sebaliknya teman memikirkan ada berapa banyak lagikah tag harga yang salah diletakkan di seluruh pasaraya besar yang luasnya macam dua padang bola tu ye?

Dan, sekiranya sikap para pekerjanya hanya mengendalikan masalah dengan memberi diskaun kepada setiap pelanggan yang mengadu, bagaimana dengan nasib para pelanggan yang bersikap ambil mudah, ambil barang, tak tengok sana-sini dan terus pergi bayar?

Ada tak kebarangkaliannya pelanggan tu teraniaya sebab dah membayar lebih dari harga yang sepatutnya? Kita fikir-fikirkan bersama apa yang cuba teman sampaikan di sini.

Sekian sesi bebelan untuk kali ini. Wassalam...

Comments

Popular Kini

COVID-19 : Sudah Dijangkiti, Apa Patut Aku Buat? [ Bahagian 1 ]

Dijangkiti penyakit yang merbahaya dan sudah menjadi wabak seluruh dunia, pasti menjadi satu pengalaman baru untuk setiap manusia di muka bumi ni. Tak kisahlah apa implikasi dari pengalaman ni, sama ada yang positif atau negatif dalam kehidupan kita. Ia mencatat satu sejarah kehidupan sesiapa sahaja yang menempuhnya. Salah seorangnya ialah, AKU. Iya, aku telah dijangkiti Covid-19. Sejak Disember 2019, aku hanya mendengar, membaca dan menonton perkembangan wabak yang ganas ni. Tetapi kira-kira dua minggu lepas aku terpaksa meredahnya dengan segala bentuk ikhtiar, ilmu, kemahiran dan pengalaman setakat mana yang aku ada selama ini. Ingin aku tekankan di sini, tujuan entri ini aku tulis bukan untuk berbangga, sombong, bongkak, jauh sekali memberi nasihat kepada orang lain. Ia sekadar perkongsian tentang apa yang aku tempuh. Tidak kurang dan tidak lebih daripada itu. Para pembaca perlu mengambil ini sebagai disclaimer . Aku bukan doktor, bukan perawat Islam, bukan pengamal perubatan herba

RESIPI : Cempedak Goreng Stail Macam Gerai

Haaa... musim buah dah sampai hujung-hujung. Maksudnya, sekarang ada banyak cempedak kan? Buah ni orang panggil buah penutup musim, selain manggis dengan langsat. Isk! Apa le teman merepek ni ye? Kalo korang budak bandar, mana la korang tau pasal musim buah-buahan ni kan? Hehehe. Kalau korang suka cempedak goreng yang tak berapa rangup, tapi rasa nice satu macam je bila gigit masa suam-suam, mungkin korang buleh cuba resipi ni. Tak sama macam guna tepung goreng segera tu tau. Yang tu ada rasa ngan bau macam vanila. Yang ni, memang rasa macam yang jual kat gerai tepi jalan tu. Ce try , ce try . Hehehe. BAHAN-BAHAN - 1/2 biji buah cempedak (kalau korang tukor ngan buah lain pun buleh) 1 cawan tepung gandum 3 sudu besar serbuk roti (kalau takde, bantai je hancurkan biskut lutut) 1 sudu makan minyak masak yang dipanaskan 2 sudu teh garam halus 1 sudu teh gula 1 sudu teh serbuk kunyit Air secukupnya (dalam secawan dua, ikut kualiti tepung korang) Minyak masak secukupnya untuk menggoreng *

RESIPI : Waffle Lembut

Kita dalam PKPD lagi, selepas ' TOTAL LOCKDOWN ' edisi Jun 2021. Berkurung lagi nampaknya. Bosan? Boleh la main masak-masak lagi macam PKP 1.0 tahun lepas. Nak try buat waffle? Ada resipi yang dikongsikan dalam FB page Daily Masak . Tak dapat dipastikan siapakah individu asal yang berkongsi resipi ni. Kalau ada sesiapa tahu, tolong tinggalkan maklumat di komen ye. Selamat mencuba! - - - Resepi Waffle Lembut Bahan Resepi Waffle Sedap : 3 cawan tepung gandum 2 1/2 cawan air 3/4 cawan minyak masak/butter cair 2 biji telur & esen vanilla 2 sudu makan susu tepung 3 sudu makan gula castor 1/2 sudu teh garam 1 sudu makan baking powder 1/4 sudu teh baking soda Gunakan cawan penyukat seperti dalam gambar.Anda boleh dapatkan di kedai bakeri berhampiran. Resepi waffle sukatan cawan ini sangat mudah dan lembut untuk anda buat makan sarapan pagi. Waflle yang disapu dengan nutella, strawberi, coklat memang sedap Untuk susu tepung, anda bleh guna susu tepung Nespray atau apa-apa susu tepu