Skip to main content

AMOS : Biskut Cip Coklat Tak 'Famous'

Bahan-bahan ( Ingredients ) : 120gm mentega campuran (separuh blok) / buttery mixture (half block) 170gm gula perang lembut / light brown sugar 60gm gula pasir halus / fine grain sugar 15gm susu tepung / powdered milk 1tbs esen vanila / vanilla essence 1 biji telur (saiz besar) / egg (large) 300gm tepung gandum serba guna / all purpose wheat flour 1½tbs soda bikarbonat / baking soda 60gm cip coklat / chocolate chips Langkah-langkah : 1.) Potong-potong mentega kepada bahagian-bahagian kecil. Masukkan ke dalam mangkuk adunan. Biarkan sehingga mencapai suhu bilik. 2.) Tambahkan gula perang, gula pasir, susu tepung dan esen vanila. Gaulkan sehingga rata. 3.) Masukkan telur dan adunkan pada kelajuan paling rendah untuk menghancurkan gula. Naikkan kepada kelajuan sederhana dan teruskan mengadun sehingga adunan menjadi ringan dan berkrim. 4.) Ayakkan tepung dan soda bikarbonat dan gaul kering sehingga rata. 5.) Turunkan kelajuan pengadun kembali kepada tahap rendah. Tambahkan campuran tepung

Candyshare.com.my


Kita Adil? ... Tentang 'Bahasa' SMS

Kerap kita dengar hentaman-hentaman yang bertubi-tubi terhadap golongan remaja kita kan? Apa lagi... macam biasa la, penggunaan bahasa-bahasa ringkas dan singkat dalam SMS, rangkaian sosial, penulisan blog dan lain-lain penggunaan yang tidak berat.




Ramai yang menyuarakan pendapat bahawa lambat-laun, akan tiba masanya bahasa pasar ni akan digunakan dalam penggunaan rasmi akibat kekeliruan yang mana betul, dan yang mana kurang betulnya. "Eh-eh?! Apa ni...??? Itupun nak bangkang ke? Memang kaki bangkang la kau ni!". OK, telahan macam tu boleh diteruskan andai ada rasa malas nak membaca entri ni hingga ke penghujungnya.

Tidak dinafikan, teman pernah terkejut bila diminta untuk menyemak satu kertas cadangan rasmi, dan teman ketawa kecil dalam hati bila ternampak penggunaan 'pon', 'nyer' dan sebagainya yang telah dengan tak sengaja ditaip di dalam teks kandungan kertas cadangan tu. Memanglah tak boleh diterima-pakai kalau macam tu kan? Ini jauh lebih berat kesalahannya berbanding penggunaan perkataan 'baru' untuk menggantikan tempat perkataan 'baharu', kerana jelas ia satu bentuk pencemaran bahasa.

Hmmm... kalau macam tu, apa lagi yang tak kena? Cuba tengok gambar di bawah ni, dan cuba tafsirkan apa maksud yang cuba disampaikan.



Yang macam ni lagi la teruk teman rasa. Langsung tak dapat teman nak bentuk semula jadi satu ayat yang bawa maksud yang betul. Ada sesiapa kisah ke?

Agak-agak di mana teman jumpa benda bercetak ni? Haaa... ni teman nak bagitau. Ni cetakan atas sekeping kain rentang (banner) yang letaknya di tengah-tengah pasaraya. Tempat tumpuan umum tu. Tak ada kemaluan ke, eh silap! Tak ada rasa malu ke pemilik premis ni letak benda macam ni yang terang-terang salah, bagi orang lalu-lalang baca. Bagi hemat teman, ini kes yang lebih berat dari isu budak-budak gunakan bahasa singkat dalam kegunaan harian yang tak rasmi kan?

Bukan teman nak katakan teman tak bersetuju dengan kempen-kempen dan inisiatif lain bagi memartabatkan bahasa rasmi kita. Cuma, kita perlu berikan fokus mengikut susunan tahap kepentingan, atau dalam bahasa Banjarnya disebut 'priority', supaya kita dapat menyelesaikan perkara ni bermula dari yang terpenting, dan dituruti dengan yang kurang, dan akhirnya yang paling tidak signifikan kesannya.

Tak cukup dengan apa yang teman huraikan di atas ni, teman rasa tak perlu teman nak hujah panjang. Kalau sesiapa yang biasa dengar ulasan sukan di rangkaian 801, harus... hampir setiap minit ada saja la kesilapan yang tak sepatutnya dibuat dalam gaya bahasa untuk kegunaan penyiaran kan? Ini jauh lebih memalukan sebab mereka ini dari golongan profesional yang hari-hari tugas mereka bercakap di khalayak ramai.

Ke mana hilangnya kualiti penyampaian di negara kita, yang setaraf dengan Dato' Hj. Rahim Razali atau Halim Othman? Oh ye... Halim Othman berasal dari Kemaman, Terengganu. Kalian dapat mengesan loghat Terengganu-nya dalam mengendalikan program-program di tv dan radio? Hehehe. Cuba fikir-fikirkan sejenak ye.

Sekian bebelan teman untuk kali ini. Wassalam...

Comments

Popular Kini

BANJIR : Rekabentuk Rakit Penyelamat Menggunakan Paip PVC

Malaysia dilanda banjir dan situasi getir ini sudah melewati tempoh 24 jam. Ramai mangsa yang perlu dipindahkan dengan segera untuk mengelakkan sebarang kemungkinan berlakunya perkara-perkara tak diingini. Selain dari mengangkut bot-bot dan sampan dari luar kawasan yang agak memakan masa, kita sebenarnya boleh membina rakit-rakit penyelamat menggunakan paip PVC 8" ~ 12" yang diisi dengan polisterin di dalamnya. Untuk lantai rakit boleh gunakan sebarang bahan yang mampu mengapung bebanan, contohnya blok polisterin setebal 6".  Untuk mendapat gambaran yang lebih jelas, boleh juga rujuk video bot DIY ini sebagai design outlines -  https://www.youtube.com/watch?v=IFp1z1yzIo8 Mungkin idea ini boleh membantu mempercepatkan proses mengangkut mangsa-mangsa yang masih terperangkap. Mereka kesejukan, kelaparan dan berisiko mendapat pelbagai penyakit bawaan air. Dalam situasi begini kita sedang berlumba dengan masa. Dapatkan bahan-bahan sedia ada di sekeliling kita dan gunakan ilm

PC : It Is Now Safe To Turn Off Your Computer

Haaaa. Siapa rasa familiar dengan ayat tu rasanya orang tu dah cukup tua. Kekeke. Betul la tu. Benda tu memang wujud dan memang ada sebabnya tersendiri. Kalau tak tunggu screen ni keluar, nanti komputer rosak. Aiyok! Untuk golongan anak-anak muda, mungkin ada yang rasa benda ni tak masuk akal sebab komputer kan mati sendiri bila kita keluar dari Windows / Mac OS / Linux / BSD / Unix dan lain-lain Operating System . Treeetttt! Salah lagi menyalahkan. Itu hanya benar pada zaman sekarang. Bukan pada era 386, 486, malahan zaman Pentium yang pertama hampir 3 dekad yang lalu. Memang bunyinya aneh, tetapi kita perlu telitikan apakah perbezaan utama yang menyebabkan ciri-ciri ini wujud. Hard power switch . Paling kanan, bawah emblem 486DX2. Keletak keletuk bunyinya. Dan waktu itu anda perlu labelkan LED display warna hijau itu gunanya untuk display . Mungkin ada yang tak tahu kegunaan display . Zaman dahulu, komputer tak menggunakan soft power button macam yang kita ada hari ni. Suisnya me

NORMALISASI : Superman Biseksual, Captain America ... ?

Yup! Tak salah baca tu. Memang watak Superman baru, anak kepada Clark Kent dan Lois Lane yang dikenali sebelum ini dengan nama watak Superboy (Jonathan Kent) telah disahkan oleh pihak DC Comics sendiri sebagai seorang biseksual. Sumber : The Washington Post Bukanlah sesuatu yang mengejutkan, pesaing terkuat DC iaitu Marvel Comics juga turut naik kapal yang sama. Marvel telahpun mengesahkan bahawa watak Captain America yang baru merupakan seorang remaja gay , bernama Aaron Fischer.  Sumber : The Guardian Kedua-dua penerbit komik ini memang diketahui dari dahulu lagi sejarahnya memang bersaing sengit seperti dalam perlumbaan Formula 1. Namun begitu persaingan yang agak di luar jangka ini berlaku, dan kita patut sudah mula berhati-hati dengan bahan-bahan yang dipertontonkan kepada anak-anak muda kita.  Kita amat berharap tiada pula mana-mana penerbit komik dari Australia mahu memperkenalkan watak pelarian pondan sebagai hero. Hampir pasti kita boleh agak apakah implikasinya nanti. Saba