Skip to main content

AMOS : Biskut Cip Coklat Tak 'Famous'

Bahan-bahan ( Ingredients ) : 120gm mentega campuran (separuh blok) / buttery mixture (half block) 170gm gula perang lembut / light brown sugar 60gm gula pasir halus / fine grain sugar 15gm susu tepung / powdered milk 1tbs esen vanila / vanilla essence 1 biji telur (saiz besar) / egg (large) 300gm tepung gandum serba guna / all purpose wheat flour 1½tbs soda bikarbonat / baking soda 60gm cip coklat / chocolate chips Langkah-langkah : 1.) Potong-potong mentega kepada bahagian-bahagian kecil. Masukkan ke dalam mangkuk adunan. Biarkan sehingga mencapai suhu bilik. 2.) Tambahkan gula perang, gula pasir, susu tepung dan esen vanila. Gaulkan sehingga rata. 3.) Masukkan telur dan adunkan pada kelajuan paling rendah untuk menghancurkan gula. Naikkan kepada kelajuan sederhana dan teruskan mengadun sehingga adunan menjadi ringan dan berkrim. 4.) Ayakkan tepung dan soda bikarbonat dan gaul kering sehingga rata. 5.) Turunkan kelajuan pengadun kembali kepada tahap rendah. Tambahkan campuran tepung

Candyshare.com.my


Abang Boy Dari Pulau Juar (Pulo Juor)

Kome ada baca majalah Gila-Gila tak dulu? Zaman budak-budak sekolah la kiranya. Kalau baya-baya teman, rasanya tak logik kalau tak pernah baca majalah ni. Majalah Gila-Gila ni puncak kegemilangannya sebelum era majalah Ujang lagi. Dan, bagi yang belum tahu, Sdr. Ujang (Ibrahim Anon) pun dulu pernah berkarya di Creative Enterprise, syarikat penerbit majalah Gila-Gila.

Walaubagaimanapun, untuk entri kali ni teman nak bercerita tentang abang Boy PJ atau nama sebenarnya Noor Azman Samsuddin yang teman jumpa di kiosknya dalam pasaraya di kampung halaman teman, Teluk Intan. Boy PJ ni bukan calang-calang nama juga. Memang selayaknya teman letakkan sebaris dengan kartunis-kartunis handalan yang ada di negara kita ni. Jangan main-main yeee.



Boy PJ tu jangan pula disalahanggap; bukan maksud singkatan PJ tu Petaling Jaya, tetapi Pulau Juar, sebuah kampung yang letaknya di kawasan Kampung Gajah, Perak. Teman masih ingat lagi abang Boy PJ ni teman pernah sapa kira-kira 19 tahun dulu di Bangsar, semasa beliau turun dari studio tempatnya bekerja.

Banyak yang teman boleh ingat lagi berkait dengan nama Boy PJ ni, tambah-tambah lagi bila teman dapat tengok adanya watak-watak yang sinonim dengan kampung halaman teman, seperti Wan Kupon. Ahahaha... tempat lain payah nak jumpa orang yang namanya unik macam tu kan? Abang Boy PJ ni suka berkarya tentang kehidupan kampungnya. Itu yang teman paling suka. Sungguh-sungguh realistik suasana dan insiden-insiden yang diketengahkan.






Kunci Air 12 salah satu lokasi yang pernah beliau muatkan dalam karyanya, di samping Menara Jam Tinggi Condong Teluk Intan yang memang orang ramai dah sedia maklum kewujudannya. Oh ya! Rumah opah Boy PJ sendiri menjadi lokasi utama yang digarapkan cerita yang dikomikkan olehnya.



Abang Boy PJ ni dalam kategori kartunis yang mudah ramah walaupun tak banyak cakap. Sama je wataknya macam yang teman pernah jumpa berbelas tahun dulu. Dia banyak senyum meleret jeee. Tak macam sesetengah penggiat seni yang suka diam dan buat muka tak ada perasaan kalau ditegur dek peminat. Rasa pelik juga ada orang yang macam tu kan? Hmmm.

"Eh-eh, macam muka Mahathir (Tun) masa muda-muda pun ada." Itu antara kata-katanya masih terlekat dalam ingatan teman ni. Ada sama muka Tun Mahathir masa muda-muda ke muka teman ni? Teman bezakan lakaran awal karikatur teman, dengan karikatur tokoh negara yang dah abang Boy PJ siap dan pamerkan. 'Gulp! Memang ada persamaan.' Ahahaha... Perasan lebih pulak teman ni.

Sembang punya sembang, dah setengah jam lebih berlalu... dan Boy PJ dah menyiapkan lukisan karikatur muka teman dengan badan kartun. Ahahaha. Tolong jangan percaya adanya iPad di tangan teman tu ye. Saje je Boy PJ tambah tu, bagi nampak kena sikit gayanya. RM 10 yang teman serahkan sebagai bayaran untuk lukisan tu berbaloi-baloi bukan kerana lukisan yang cantik dan kemas tu sahaja, tetapi dengan layanan ramah-mesra yang abang Boy PJ ni berikan kepada teman sepanjang proses melukis.



Terima kasih yang tidak terhingga kepada Boy PJ yang menghargai peminatnya, iaitu teman sendiri, BraderPET. Sama-sama kita orang Perak, yeop! Kekekeke.

Sekian untuk kali ni. Wassalam... 

Comments

Popular Kini

BANJIR : Rekabentuk Rakit Penyelamat Menggunakan Paip PVC

Malaysia dilanda banjir dan situasi getir ini sudah melewati tempoh 24 jam. Ramai mangsa yang perlu dipindahkan dengan segera untuk mengelakkan sebarang kemungkinan berlakunya perkara-perkara tak diingini. Selain dari mengangkut bot-bot dan sampan dari luar kawasan yang agak memakan masa, kita sebenarnya boleh membina rakit-rakit penyelamat menggunakan paip PVC 8" ~ 12" yang diisi dengan polisterin di dalamnya. Untuk lantai rakit boleh gunakan sebarang bahan yang mampu mengapung bebanan, contohnya blok polisterin setebal 6".  Untuk mendapat gambaran yang lebih jelas, boleh juga rujuk video bot DIY ini sebagai design outlines -  https://www.youtube.com/watch?v=IFp1z1yzIo8 Mungkin idea ini boleh membantu mempercepatkan proses mengangkut mangsa-mangsa yang masih terperangkap. Mereka kesejukan, kelaparan dan berisiko mendapat pelbagai penyakit bawaan air. Dalam situasi begini kita sedang berlumba dengan masa. Dapatkan bahan-bahan sedia ada di sekeliling kita dan gunakan ilm

NORMALISASI : Superman Biseksual, Captain America ... ?

Yup! Tak salah baca tu. Memang watak Superman baru, anak kepada Clark Kent dan Lois Lane yang dikenali sebelum ini dengan nama watak Superboy (Jonathan Kent) telah disahkan oleh pihak DC Comics sendiri sebagai seorang biseksual. Sumber : The Washington Post Bukanlah sesuatu yang mengejutkan, pesaing terkuat DC iaitu Marvel Comics juga turut naik kapal yang sama. Marvel telahpun mengesahkan bahawa watak Captain America yang baru merupakan seorang remaja gay , bernama Aaron Fischer.  Sumber : The Guardian Kedua-dua penerbit komik ini memang diketahui dari dahulu lagi sejarahnya memang bersaing sengit seperti dalam perlumbaan Formula 1. Namun begitu persaingan yang agak di luar jangka ini berlaku, dan kita patut sudah mula berhati-hati dengan bahan-bahan yang dipertontonkan kepada anak-anak muda kita.  Kita amat berharap tiada pula mana-mana penerbit komik dari Australia mahu memperkenalkan watak pelarian pondan sebagai hero. Hampir pasti kita boleh agak apakah implikasinya nanti. Saba

PC : It Is Now Safe To Turn Off Your Computer

Haaaa. Siapa rasa familiar dengan ayat tu rasanya orang tu dah cukup tua. Kekeke. Betul la tu. Benda tu memang wujud dan memang ada sebabnya tersendiri. Kalau tak tunggu screen ni keluar, nanti komputer rosak. Aiyok! Untuk golongan anak-anak muda, mungkin ada yang rasa benda ni tak masuk akal sebab komputer kan mati sendiri bila kita keluar dari Windows / Mac OS / Linux / BSD / Unix dan lain-lain Operating System . Treeetttt! Salah lagi menyalahkan. Itu hanya benar pada zaman sekarang. Bukan pada era 386, 486, malahan zaman Pentium yang pertama hampir 3 dekad yang lalu. Memang bunyinya aneh, tetapi kita perlu telitikan apakah perbezaan utama yang menyebabkan ciri-ciri ini wujud. Hard power switch . Paling kanan, bawah emblem 486DX2. Keletak keletuk bunyinya. Dan waktu itu anda perlu labelkan LED display warna hijau itu gunanya untuk display . Mungkin ada yang tak tahu kegunaan display . Zaman dahulu, komputer tak menggunakan soft power button macam yang kita ada hari ni. Suisnya me