Skip to main content

Posts

Showing posts from October, 2012

E-WALLET : Kisah Seorang Muhammad Hanif

Muhammad Hanif ialah seorang pekerja BigPay yang memegang jawatan ' Serve Customers '. Pada 25 September 2021 jam 8:17 PM beliau menelefon menggunakan WhatsApp call dari nombor +601117684266 . Profile picture beliau menggunakan logo BigPay. Suara beliau jelasnya ada pelat-pelat India. Pada hari ini 5 Oktober 2021 jam 2:14 PM Muhammad Hanif menelefon lagi sekali melalui WhatsApp call dari nombor +60113809095 tetapi malangnya tak sempat pula nak diangkat untuk didengari suaranya. Kali ini profile picture beliau merupakan seorang lelaki Cina.   Pasti beliau seorang yang amat prihatin dengan pelanggan-pelanggan BigPay sehinggakan tiada kredit sekalipun beliau usaha untuk membuat panggilan menggunakan WhatsApp. Ada kemungkinan juga sebenarnya beliau terkeliru dengan identiti sendiri. Mengikut gambar dalam laman web BigPay, beliau merupakan seorang lelaki Melayu. Jadi beliau ialah seorang lelaki Melayu yang bercakap pelat India dan baru sahaja selesai membuat pembedahan plastik u

Abang Boy Dari Pulau Juar (Pulo Juor)

Kome ada baca majalah Gila-Gila tak dulu? Zaman budak-budak sekolah la kiranya. Kalau baya-baya teman, rasanya tak logik kalau tak pernah baca majalah ni. Majalah Gila-Gila ni puncak kegemilangannya sebelum era majalah Ujang lagi. Dan, bagi yang belum tahu, Sdr. Ujang (Ibrahim Anon) pun dulu pernah berkarya di Creative Enterprise, syarikat penerbit majalah Gila-Gila. Walaubagaimanapun, untuk entri kali ni teman nak bercerita tentang abang Boy PJ atau nama sebenarnya  Noor Azman Samsuddin  yang teman jumpa di kiosknya dalam pasaraya di kampung halaman teman, Teluk Intan. Boy PJ ni bukan calang-calang nama juga. Memang selayaknya teman letakkan sebaris dengan kartunis-kartunis handalan yang ada di negara kita ni. Jangan main-main yeee. Boy PJ tu jangan pula disalahanggap; bukan maksud singkatan PJ tu Petaling Jaya, tetapi Pulau Juar, sebuah kampung yang letaknya di kawasan Kampung Gajah, Perak. Teman masih ingat lagi abang Boy PJ ni teman pernah sapa kira-kira 19 tahun dulu di Bangsar, s

Sumpah Korang Kena Baca!

"Sumpah korang tak tau dia pandai ngaji la." "Sumpah aku suka gila kat dia." "Sumpah hensem la dia tu." "Sumpah dia jeling kat aku tadi." "Sumpah jatuh cinta la weh..." "Sumpah bangang sangat rasa!" SUMPAH, teman payah nak faham... semua korang nak SUMPAH-MENYUMPAH? Korang boleh faham tak, bentuk ayat macamana yang perlukan perkataan 'SUMPAH' di pangkalnya? SUMPAH, menyesal sangat cikgu bahasa korang sebab tak tau nak guna perkataan SUMPAH ikut keperluannya. SUMPAH entri kali ni sampai ni je. SUMPAH nanti lain kali buat entri cerita pasal lain pulak la, insyaAllah. SUMPAH teman kekok sangat nak taip banyak-banyak perkataan SUMPAH macam ni. SUMPAH terasa macam bangang lain macam je pulak kan? Wassalam...

DANIAL SHAHIFIE [Kanak-kanak Hilang]

Seorang lagi kanak-kanak didapati hilang pada 18 Oktober 2012, bernama Danial Shahifie, seorang pelajar SRI Annuriah Sungai Udang, yang berusia 12 tahun. Ketinggian kanak-kanak tersebut kira-kira empat kaki, berbadan gempal dan berkulit sawo matang. Mohon jangan dipertikai sama ada beliau hilang atau menghilangkan diri kerana ia bukan motif utama maklumat ini disebarkan. Kepada sesiapa yang terlihat dan mengecam atau mengetahui lokasi Danial Shahifie, diminta menghubungi Norashikin Basiron di nombor telefon 012 - 606 9494 pada kadar segera. Sekian dimaklumkan dan terima kasih atas keprihatinan kalian. Wassalam...

Kita Adil? ... Tentang 'Bahasa' SMS

Kerap kita dengar hentaman-hentaman yang bertubi-tubi terhadap golongan remaja kita kan? Apa lagi... macam biasa la, penggunaan bahasa-bahasa ringkas dan singkat dalam SMS, rangkaian sosial, penulisan blog dan lain-lain penggunaan yang tidak berat. Ramai yang menyuarakan pendapat bahawa lambat-laun, akan tiba masanya bahasa pasar ni akan digunakan dalam penggunaan rasmi akibat kekeliruan yang mana betul, dan yang mana kurang betulnya. "Eh-eh?! Apa ni...??? Itupun nak bangkang ke? Memang kaki bangkang la kau ni!". OK, telahan macam tu boleh diteruskan andai ada rasa malas nak membaca entri ni hingga ke penghujungnya. Tidak dinafikan, teman pernah terkejut bila diminta untuk menyemak satu kertas cadangan rasmi, dan teman ketawa kecil dalam hati bila ternampak penggunaan 'pon', 'nyer' dan sebagainya yang telah dengan tak sengaja ditaip di dalam teks kandungan kertas cadangan tu. Memanglah tak boleh diterima-pakai kalau macam tu kan? Ini jauh lebih berat kesalahan

Cendawan Tumbuh Selepas Hujan

Hmmm... Entri yang ringkas dan padat. Sekadar nak mengajak kalian menikmati salah satu keindahan alam. Inilah rupanya cendawan yang tumbuh selepas hujan. Cukup menenangkan rupanya kan? Sesungguhnya alam ciptaan Allah tempat kita menumpang ini sungguh kaya dengan keindahan yang bukan setiap orang tahu menilainya. Tak gitu? Sekian untuk kali ini. Wassalam...

SYABAS dan Warga Gugusan Dedap Kota Damansara [Bhg. 3]

Haaa... kan teman dah kata, tajuk asalnya lain. Hehehe. Iye... bagi sesiapa yang tajam daya penglihatan dan pengamatannya, pasti dah perasan adanya pegawai-pegawai urusetia yang berbaju putih-biru muda kan? Itu semua wakil dari pihak SYABAS, Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. yang menganjurkan majlis pelancaran 'Program Penggantian Meter Berusia & Rosak Di Negeri Selangor, Wilayah Persekutuan dan Putrajaya'. Aktiviti-aktiviti yang digambarkan dalam Bahagian Satu dan Bahagian Dua tadi tu semuanya program sampingan aje sebenarnya. Tapi enjoy juga kan? Hehehe. Kerjasama SYABAS dan Persatuan Penduduk Gugusan Dedap Kota Damansara ni nampaknya berjaya dan mencapai objektifnya. Apakan tidak, tiada rungutan timbul semasa pihak SYABAS dan kontraktornya menukar meter-meter air yang rosak, sebab masing-masing dah sibuk berhibur dengan acara-acara yang disediakan. Bijak juga pihak penganjur program ni ye? Tarik rambut dalam tepung gayanya, kan? Barangan yang teman terima sewaktu