Skip to main content

Posts

Showing posts from 2012

PAKAR : Motivasi Hilang?

Kebelakangan ni kita dapat lihat peningkatan mendadak kes bunuh diri (yang kebiasaannya disebut 'terjatuh', 'menggantung diri', dan seumpamanya). Sedih setiap kali kita melihat perkembangan macam ni. Tak kiralah apa bangsanya, apa juga agamanya. Ia pasti satu impak yang amat besar untuk seluruh ahli keluarga, sahabat handai, dan kenalan mereka. Kita tidak patut judge sebab kita tak berada dalam situasi mereka. Hanya mampu do'akan yang terbaik sahaja. Waktu macam ni memang kita sentiasa perlukan motivasi diri yang kuat. Jangan sampai mudah goyang. Memang kita faham tekanannya. Semua orang merasa. Siapa yang dah sampai tahap tak tahu nak buat apa, eloklah diberi sokongan dari pelbagai aspek - bantuan makanan, bekalan keperluan harian, kewangan, sokongan moral dan sentiasa memotivasikan mereka agar sentiasa yakin, kita ada bersama-sama mereka. Eh?! Sebut pasal motivasi ni, perasan tak? Ada beberapa watak penting sudah hilang dari pandangan kita. Tak, bukan menteri. Bu

Terima Kasih (Thank You) Dalam 38 Bahasa

Entri kali ni teman cuma nak ucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang berkunjung dan menyokong blog teman yang tak seberapa ni. Menjadi penulis pengarut tak bergaji ni memang la mencabar, tapi dalam masa yang sama amat menghiburkan. Nak tau sebabnya? Banyak yang kita ketengahkan di sini adalah benda-benda yang media arus perdana anggap tak penting dan tidak layak diberi perhatian. Sebanyak lebih 13 ribu kunjungan diterima blog ini sepanjang tahun 2012 hingga ke tarikh dan masa artikel ini ditaip, pada jam 9:45 PM, tarikh 31 Disember 2012. Amacam? OK? Hehehe. Macam iye-iye je teman ni ye. Ingat popular sangat ke blog teman ni ha? Sebagai tanda penghargaan, di bawah ni teman kumpulkan ucapan terima kasih dalam 38 bahasa. Silakan... sila la ye. Belek-belek la. Nak salin yang mana berkenan pun boleh. 1. Afrikaans (South Africa) - Dankie (dahn-kee) 2. Arabic (Middle East) - Shukran (shoe-krahn) 3. Cantonese (Southeast Asia – Hong Kong) - Do je (daw-dyeh) 4. Croatian (Europe – Croa

RESIPI: Pai Kari Sardin

Banyak cara, pelbagai pilihan bahan, tapi hasil boleh jadi benda yang sama kan? Hari ni teman nak kongsi satu resipi pai yang teman buat hari ni. Pilihan inti teman, kari sardin. Lain sikit dari yang biasa orang buat kan? Biasanya daging ke ayam ke kentang ke kan? Orang lain bancuh doh masukkan telur dengan mentega, teman pulak tak gunakan bahan-bahan tu. Dan biasanya, mana ada orang buat pai campur oat, tapi teman gunakan bahan ni. Tunggang terbalik la pulak kan? Sebenarnya teman gunakan idea teman sendiri dan bahan-bahan yang teman mudah dapat dari dapur. Yang penting, amalkan pemakanan yang sihat. OK, tak nak cerita panjang sangat la kan. Ni la resipinya... BAHAN-BAHAN DOH 2-3 cawan tepung gandum 3 sudu besar oat hancur 2 sudu besar minyak masak Sedikit garam dan gula Air secukupnya BAHAN-BAHAN INTI 2 ketul ikan sardin dari tin (dilenyek) - diasingkan 2 sudu besar sosnya untuk digunakan 2 biji kentang (dipotong dadu) 4 inci lobak merah (dipotong dadu) Sebiji bawang besar (diracik ha

Gambar-gambar Rawak TT WAPC - 24 Disember 2012

Malam ni macam biasa aje, teman lepak-lepak dengan geng WAPC di Dataran Shah Alam. OK la, meriah macam biasa. Diorang ni memang sporting kannn... Ini la serba sedikit gambar-gambar yang sempat teman rakamkan tadi. Sila-sila la jamu mata. Hehehe. Macam syiok je kan, dapat berkumpul dengan kawan-kawan malam cuti umum macam ni. Kalau nak tau best ke tak, lain kali cuba-cuba la datang sesi TT dengan sahabat-sahabat WAPC ni ye. Sekian. Wassalam...

Obesiti - Menularnya Masalah Yang Tidak Terbendung

Sebut saja obesiti, ramai yang membayangkan orang yang gemuk, mengalami masalah mengawal berat badan atau setidak-tidaknya selalu kita gambarkan orang dalam kategori 'buruk lantak' bila makan. Kekeke. Jangan la marah ye. Intro untuk entri kali ni bunyinya macam mengusik dua-per-lima dari jumlah rakyat Malaysia. Merujuk sumber Wikipedia versi Bahasa Melayu, ini sebahagian teks yang dapat menjelaskan definasi 'obesiti' secara umum - "Secara amnya, obesiti merupakan pengumpulan lemak berlebihan yang menimbun di dalam badan seseorang. Obesiti kini dianggap sebagai satu penyakit dan terjadi apabila tisu-tisu lemak menjadi keterlaluan. Lebih teruk lagi, obesiti boleh mengganggu dan mencederakan organ-organ badan dan seterusnya akan menyebabkan masalah kesihatan yang serius. Selain daripada mengehadkan kegiatan fizikal dan sosial, jangka hayat penghidapnya juga semakin pendek." Bagi teman, rakyat Malaysia memang kurang prihatin. Apa-apa yang nak dijayakan, memang per

Wow! Kini Google Adsense Dengan Bahasa Melayu(?)

"Alhamdulillah..." Hampir pasti, itulah antara kata-kata terawal yang bakal diucapkan oleh para penulis blog dan pengendali laman-laman web berbahasa Melayu (Bahasa Malaysia), sejurus selepas pihak Google mengumumkan bahawa mereka telahpun mengiktiraf bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar yang diterima-pakai untuk membolehkan iklan-iklan dari Google Adsense disiarkan di sesebuah laman web. Ini yang terkini apabila teman cuba mendapatkan Google Adsense untuk blog teman ni - Tak ada? Tak nampak pilihan Malay atau Malaysian dalam senarai tu? Memang tak ada pun. Saje je teman buat intro tu bunyi macam ada. Nak sedapkan hati sendiri aje rasanya. Bukanlah teman nak mengomel, kuat komplen atau apa-apa saja yang sewaktu dengannya, cuma agak terkilan dengan sikap pihak pengurusan Google yang kurang sensitif dalam hal ini. Bukan juga kerana teman kebulur sangat nakkan habuan dari iklan-iklan Google Adsense tu. Sekian lama teman tulis blog ni pun, tak ada harap barang sekupang p

Beli Ikan Masin, Percuma ... ??? Ce Teka, Ce Teka...

Hujung tahun ni, banyak sungguh promosi. Kalau keluar jalan-jalan, silap gaya nampak poster lagi banyak dari barang jualan kan? Hehehe. Masa teman sibuk pilih-pilih sayur kat pasaraya semalam, terkejut teman bila ternampak ada promosi ikan masin. Haish! Ikan masin pun nak buat promosi ke? Ada buy one free one  ke macamana tu? Tak nampak ke? Ada laaa. Tengok gambar yang teman dah besarkan kat bawah ni. Haaa... Tuuu diaaa... Beli ikan masin, percuma rambut sepanjang enam inci ! Diulang, rambut yang panjangnya 6 inci dalam bungkusan ikan masin tu. Tempat lain ada macam ni? Ada? Hehehe. Secara logiknya, rambut sepanjang tu akan mudah dilihat kalau orang yang buat kerja membungkus tu meneliti langkah-langkah kerjanya, dan sentiasa peka kepada apa-apa yang kelihatan pelik dia dah termasukkan dalam plastik bungkusan tu kan? Maka, fikir-fikirkanlah. Kalau selama ni kita buka bungkusan makanan kering, terus curah dalam kuali ke periuk ke, agak-agaknya apa la barang-barang yang pernah masuk dal

Tadi Skodeng Belakang Rimba Riang

Haish... betui la ni. Teman serius ni... Seawal jam 7:40 pagi teman dah keluar rumah, pegi skodeng kat kawasan belakang Rimba Riang, Kota Damansara. Alaaa... biasa la. Bukannya tak pernah buat kan? Sambil-sambil 'jogging' tu, boleh aje layan... Kepada yang memang dah lama ikuti setiap entri dalam blog teman yang tak seberapa ni, teman rasa pasti teringat teman membebel panjang tentang sampah sarap yang orang buang di zon hijau belakang Taman Rekreasi Rimba Riang pada bulan April 2011. Ni salah satu gambarnya - Artikel penuh di sini -   http://braderpet.blogspot.com/2011/06/objek-objek-putih-di-belakang-taman.html Hari ini, setelah sekian lama teman dijelekkan dek permandangan yang 'indah' itu, akhirnya, ada juga pihak yang mengambil inisiatif membersihkan teman tu. Lapang dah nampaknya kawasan tu. Alhamdulillah. Tengok la keadaannya sekarang ni - Meskipun masih meninggalkan kesan, tanah masih merah tak ditumbuhi rumput, namun bagi teman itu sudah cukup baik sebagai perm

Tengok Bola(?) - Harimau Malaya Menentang Gajah Perang, 13 Dis. 2012

OK, kalau ada yang meletakkan harapan nak membaca ulasan pertemuan pasukan bolasepak kebanggaan kita, Harimau Malaya ketika menentang skuad Gajah Perang, jelas sekali ini bukan entri yang kalian cari. Teman bukan pengulas sukan, maka kurang sesuai kalau teman mengulas tentang perlawanan bolasepak kan? Kot karang, ada yang kurang senang la, yang sentap la, mana tau... ada juga yang tiba-tiba nak boikot K-Pop. Itu pilihan dan selera masing-masing la kan? Yang teman nak ketengahkan, koleksi foto yang teman sempat rakamkan ketika menonton perlawanan tu beramai-ramai di Restoran Idaman, Mutiara Damansara, bersama-sama geng HotFM. Malam semalam hujan renyai-renyai, memang sama keadaannya macam dua tahun lepas. Dulu pun masa Malaysia menentang Indonesia pertemuan akhir AFF Suzuki, tahun 2010, 'acara' yang sama dianjurkan oleh stesen radio ni. Satu inisiatif yang sangat positif pada hemat teman kerana dapat kita zahirkan satu bentuk sokongan dari jauh secara kolektif. (Kenapa ayat tu b

Kedai Kaca Mata Tingkatan Satu

Hmmm... entri ni teman tak tulis untuk memprovok mana-mana pihak, sebaliknya teman berharap ia menjadi satu titik punca kepada kita untuk merenung dengan cukup mendalam. Tenunglah, hingga tahap manakah keberkesanan kempen yang kita gembar-gemburkan untuk tempoh bertahun lamanya. Lihat sendiri salah satu poster yang teman jumpa ni. Boleh faham maksud yang cuba disampaikan? Kedai Kaca Mata Tingkatan 1, atau promosi khas untuk pelajar tingkatan 1, atau mungkin juga kedai kaca mata ini pemiliknya belajar sampai tingkatan 1 sahaja? Agak menguji minda juga teman nak menterjemahkannya. Hmmm. Tidak mahu menyentuh sensitiviti sesiapa, tetapi apa yang bermain di benak teman kuat mengatakan, me' wahid 'kan negara menjadikan warganya bersatu-padu dan saling menghormati hanya sekadar menanam tebu di pinggir bibir andai bahasa kebangsaan pun tak mampu nak didaulatkan. Maaf jika ada yang tersinggung. Sekian untuk kali ini. Wassalam.

AES Beroperasi di Ulu Yam Bharu...???

Teman harap kepada sesiapa yang membaca entri ni dapat la kiranya membuat pencerahan tentang apa yang teman jumpa di pekan Ulu Yam Bharu petang ni. Agak mengejutkan juga sebab ikut kepada pemahaman teman, operasi AES kan dah diharamkan di negeri Selangor. Err... Ulu Yam Bharu dalam negeri Selangor kan? Teman tak buat silap kan? Hehehe. Kalau salah, buat malu jeee. Betul la kan? Tak salah la kot... Hmmm. Mungkin ramai juga yang tak percaya, dan katakan teman suka-suka aje taip apa yang teman nak tulis. Kalau tak percaya, tengok la sendiri gambar kat bawah ni. Terang-terang dah, AES ni beroperasi di lokasi yang teman sebut tadi tu kan? Haaa. Kan betui teman kata tadi. Memang AES ada beroperasi kat Ulu Yam Bharu kan? Teman tak tipu la kan? Hehehe. Selamat bersantai di hujung minggu. Sekian untuk kali ini. Wassalam...

Apa Ni?

Apa ke bendanya ni weh? Pelik sangat rupa. Fish cake ke apa?  Siapa tau? Tolong jawab sini ye. Udah naik pening teman memikirnya... Sekian, wassalam.

I Do, Sayang (Colbie Caillat feat. Shae)

Entri kali ni teman nak cerita pasal hiburan la pulak. Boleh? Hehehe. Suka hati teman je la kan. Janji terhibur, udah le... OK, teman nak tanya sini, siapa suka lagu ' I Do ', yang Colbie Caillat nyanyi tu? Rasa teman le, ramai yang suka lagu ni sebab rentaknya catchy , liriknya pun cantik kan? Kalau ada yang tak berapa suka pulak lagu tu, err... "Ada teman kesah ke?" Ahahaha. Kasor melawaknya ye? Jangan marah. Teman acah-acah je tadi tu. Sebabnya, seni ni satu perkara yang subjektif. Terlalu halus untuk dinilai dengan sama rata. Ada yang suka, ada yang kata boleh tahan je la, dan tak kurang juga yang kata tak suka, menyampah dan sebagainya. Itulah seni kannn...??? Ni ada video yang teman dah edit, cantumkan lagu ' I Do ' dengan lagu Shae dari seberang, Sayang, maka... jadinya ' I Do , Sayang ' la kot tajuknya. Hahaha. Ahhh... sekarang boleh aje kacuk-kacuk bahasa. Dulu aje orang 'dewan' bising-bising kan? Hmmm... Terimalah seadanya, karya seni

Rajagopal Ampat-Satu [Episod 1 dan 2]

Hehehe. Untuk entri kali ni, teman nak kongsikan dua gambor yang teman edit malam ni, bersempena pertemuan pasukan bolasepak negara kita, Harimau Malaya dengan Laos. Layan aje la yeee... Episod 1 - Yang ni kunonnya skrip K. Rajagopal (Datuk) masa separuh masa pertama, Malaysia seri dengan Laos satu sama. Nyentap juga nampak gayanya Raja kita ni. Kekeke. Episod 2 - Kali ni dia tukar skrip bila dah tamat masa penuh perlawanan dengan Laos, dengan keputusan Malaysia (4), Laos (1). Kompiden sungguh raut wajahnya ye? Hahaha. Cukup-cukup le tu teman ngarut untuk malam ni. Sekian... Wassalam.

Apa Cacatnya?

Isk... korang rasa patut la kita marah-marah atau maki hamun orang yang letak kereta tak masuk kotak parking, atau dengan cara lintang-pukang? Alaa... takkan tak faham lagi kot? Kan biasa je orang kita buat? Macamana ye? Halaaa... macam dalam gambar kat bawah ni la. Nampak dah situasi sebenarnya? Hmmm... itu leee. Jangan nak main marah, ngamuk tiba-tiba je. Tengok la sendiri, macamana? Kan ke kereta orang kurang upaya tu. Itu pun nak buat isu ke? Mana la kita tau, kot dia ada masalah penyakit mental ke kan? OK, sekian le untuk kali ni ye. Wasslam...

Pisang Ke Kaki? Pilih Satu Aje.

Ahahaha. Nak mana satu? Pisang ke kaki? Hmmm... jenuh nak mikir camni kan? Kalau nak dibagi pilihan antara pisang dengan kaki, haish! Tak ada kaitan langsung la antara pisang dengan kaki, kecuali kaki tu terpijak pisang. Hehehe. Tak laaa. Sebenarnya pisang dan kaki saling terkait antara satu sama lain. Kepada sesiapa yang suka tengok drama Korea, mesti pernah tengok pisang kaki kan? Memang biasa ada scene  kat laman-laman rumah, ada pokok buah  persimmon  ni. Buah pisang kaki ni rasanya macam ciku mengkal yang tak berapa manis, sama sifatnya bergetah sikit, warnanya cukup menarik, sangat garang. Tengok la gambar kat bawah ni. Menarik kan? Ni teman beli kat pasar malam semalam. RM8 untuk 10 biji, tapi teman beli dua biji je la. Makan banyak sangat karang sakit tekak pulak, tak naya ke? Hehehe. OK, cukup la setakat ni dulu. Taip panjang sangat karang, bosan pulak rasanya kan? Sekian... Wassalam.

Pertandingan Mencipta Poster 'Selamatkan Gaza'?

Hmmm... tak nak taip panjang sangat untuk entri ni. Karang orang yang terkait mungkin akan tersentap kan? Di bawah ni, ayat Al-Qur'an, surah An-Nisaa', ayat 75 untuk diamalkan. Sumber - Internet Hitam putih aje? Tak menarik langsung! Err... OK la tu, sekurang-kurangnya teman tak menyertai pertandingan mencipta poster bersempena kempen "Selamatkan Gaza" kan? Setakat buat poster cantik-cantik tu, ada membantu ke? Cuba la jengah mana-mana laluan bantuan kemanusiaan, tak kira la tabung di masjid ke, kutipan lorong ke, melalui SMS ke, ada juga faedahnya kan? Atau paling tidak, sama-sama berdo'a memohon keselamatan dan kesejahteraan kepada masyarakat Islam di sana dan di seluruh dunia. Malas la nak komen panjang-panjang isu ni. Banyak sangat poster yang bermacam rekabentuk ada dah ni. Memang la tujuannya untuk memberi kesedaran, tetapi bagi hemat teman, menghulurkan bantuan yang mana termampu adalah lebih diperlukan dalam waktu darurat ini, bukannya bermain grafik di ko