Skip to main content

COVID-19 : Sudah Dijangkiti, Apa Patut Aku Buat? [ Bahagian 1 ]

Dijangkiti penyakit yang merbahaya dan sudah menjadi wabak seluruh dunia, pasti menjadi satu pengalaman baru untuk setiap manusia di muka bumi ni. Tak kisahlah apa implikasi dari pengalaman ni, sama ada yang positif atau negatif dalam kehidupan kita. Ia mencatat satu sejarah kehidupan sesiapa sahaja yang menempuhnya. Salah seorangnya ialah, AKU. Iya, aku telah dijangkiti Covid-19. Sejak Disember 2019, aku hanya mendengar, membaca dan menonton perkembangan wabak yang ganas ni. Tetapi kira-kira dua minggu lepas aku terpaksa meredahnya dengan segala bentuk ikhtiar, ilmu, kemahiran dan pengalaman setakat mana yang aku ada selama ini. Ingin aku tekankan di sini, tujuan entri ini aku tulis bukan untuk berbangga, sombong, bongkak, jauh sekali memberi nasihat kepada orang lain. Ia sekadar perkongsian tentang apa yang aku tempuh. Tidak kurang dan tidak lebih daripada itu. Para pembaca perlu mengambil ini sebagai disclaimer . Aku bukan doktor, bukan perawat Islam, bukan pengamal perubatan herba

Trivia Kereta Dan Motorsikal

Dari pembacaan, banyak ilmu dan maklumat kita boleh dapat kan? Termasuk... hal-hal kecil dan remeh, tapi menarik untuk kita tahu dan fahami. Contohnya, pasal kereta la. Orang Malaysia (majoritinya lelaki) ni memang minat sangat pasal kereta dan motorsikal, walaupun tak berapa tahu, tak berapa faham... apa ada hal kan? Sembang je laaa...

Ni serba-sedikit, dan mungkin sebanyak perihal kereta dan motorsikal yang mereka mungkin tak tahu. Bacalah... Ehhh...!!! Nanti dulu... kepada peminat-peminat setia jenama dan model-model yang nak disebut ni, jangan la kecil hati ye, kalau rasa macam pengetahuan anda tentang kereta atau motorsikal tu terlalu cetek berbanding dengan apa yang anda sembangkan selama ini. Hehehe. Ia sekadar berkongsi...




Nissan Skyline, satu nama besar dalam industri automotif, terutamanya di kalangan mereka yang cukup minat dengan kereta yang berkuasa tinggi, sistem suspensi sporti, bentuk yang gah, dan lain-lain faktor penarik model ini. Sebenarnya, Skyline bukanlah nama baru dengan Nissan berbentuk kekotak yang biasa kita tengok dalam filem moden tu. Skyline yang pertama dikeluarkan pada tahun yang sama negara kita mendapat kemerdekaan, tahun 1957 dengan jenama Prince Skyline, yang dikeluarkan oleh Prince Motor Company / Fuji Precision Industries, sebelum penggabungannya dengan Nissan.

Nissan menyambung legasi dari jenama asal tersebut tanpa menukar nama Skyline dan sehingga ke tahun ini, 2011, Skyline telah berevolusi dalam sejenak 12 generasinya. Antara yang terkini, sudah ada model Skyline Crossover, iaitu satu model mini SUV.




Tentang Nissan lagi... tapi berkaitan dengan satu nama lain juga, iaitu Datsun (jenama asalnya Datson). Ramai yang tergila-gilakan Nissan 350Z, 370Z kan? Dari mana datangnya -Z tu? Mesti ada sejarahnya kan? Dan nama komersil Fairlady tu sendiri, takkan tak ada ceritanya kan?




Macam ni kisahnya. Fairlady juga bukan produk asal dari jenama Nissan (laaa... macam sama je ceritanya). Tak 100% sebenarnya. Fairlady asalnya adalah barisan produk berjenama Datsun yang dikeluarkan oleh Nissan, dan mempunyai nama alias, iaitu Datsun Sports, bermula tahun 1959 sehingga 1970. Semua ini sebelum model Fairlady diserap masuk ke dalam penjenamaan Nissan bagi mengukuhkan kuasa jenama Nissan sendiri di pasaran global dengan memperkenalkan siri Fairlady Z bagi semua model yang bernaung di bawah siri -Z ini.

Ahaaa... Bosan dengan cerita Nissan? Kita ada cerita pasal Toyota pulak la ye. Siapa sini tak minat Caldina? Hehehe... Caldina laaa... kereta yang lampu belakang lebih sepet dari lampu depan tu. Ini haaa rupanya.




Ini sebenarnya Caldina dari siri terbaru, GT-Four, dan yang terbaru dari jenis ZT. Pernah tengok rupa Caldina yang terawal, dalam bentuk wagon/van? Tahu tak macamana rupa Nissan AD Resort? Macam tu la lebih kurang rupanya. Tak percaya? Tengok la gambar bawah ni -




Cantik kan? Bergaya tak bawak awek dengan 'benda' ni? Agak-agak nanti kalau singgah depan ofis awek tu, ada tak budak pejabat bagi bungkusan sambil cakap, 'Bang, yang ni kena sampai kat client petang ni juga ye bang. Urgent ni. Sign sini ye...' Kekekeke...

Honda. Wah... besar kan nama ni? Tapi apa produk kecil Honda yang sampai sekarang popular? Cuba ingat elok-elok. Honda Accord? Honda Civic? Honda City? Eh... Honda City nama baru laaa...




Ingat lagi dengan Honda C50, atau nama gelamernya Honda Lima Kupang? Atau nama jolokannya, Kapchai? Hahaha... Mesti ingat kan? Ramai yang membayangkan Honda C50 atau C100 ni dah tak keluar lagi. Sebenarnya bukan macam tu pun. Model-model Honda Super Cub ni masih dikeluarkan. Tak percaya? Tengok gambar Super Cub bawah ni, keluaran tahun 2004.


Terkini dalam siri Honda Super Cub, pada tahun 2007, Honda telah mula memasang unit PGM-FI, iaitu sistem suntikan bahanapi yang diprogramkan. Ini bertujuan mengawal pembebasan bahan cemar dari pembakaran bahanapi.

Siapakah di sebalik kejayaan model ini? Beliau ialah Sōichirō Honda (本田 宗一郎), seorang jurutera, industrialis dan orang yang menubuhkan Honda Motor Co., Ltd.

Hmmm... macamana? Suka tak? Hehehe... kalau tak suka pun, buat-buat suka la. Letih menaip ni. Sekian untuk entri kali ni. Wassalam...

Comments

Popular Kini

COVID-19 : Sudah Dijangkiti, Apa Patut Aku Buat? [ Bahagian 1 ]

Dijangkiti penyakit yang merbahaya dan sudah menjadi wabak seluruh dunia, pasti menjadi satu pengalaman baru untuk setiap manusia di muka bumi ni. Tak kisahlah apa implikasi dari pengalaman ni, sama ada yang positif atau negatif dalam kehidupan kita. Ia mencatat satu sejarah kehidupan sesiapa sahaja yang menempuhnya. Salah seorangnya ialah, AKU. Iya, aku telah dijangkiti Covid-19. Sejak Disember 2019, aku hanya mendengar, membaca dan menonton perkembangan wabak yang ganas ni. Tetapi kira-kira dua minggu lepas aku terpaksa meredahnya dengan segala bentuk ikhtiar, ilmu, kemahiran dan pengalaman setakat mana yang aku ada selama ini. Ingin aku tekankan di sini, tujuan entri ini aku tulis bukan untuk berbangga, sombong, bongkak, jauh sekali memberi nasihat kepada orang lain. Ia sekadar perkongsian tentang apa yang aku tempuh. Tidak kurang dan tidak lebih daripada itu. Para pembaca perlu mengambil ini sebagai disclaimer . Aku bukan doktor, bukan perawat Islam, bukan pengamal perubatan herba

RESIPI : Cempedak Goreng Stail Macam Gerai

Haaa... musim buah dah sampai hujung-hujung. Maksudnya, sekarang ada banyak cempedak kan? Buah ni orang panggil buah penutup musim, selain manggis dengan langsat. Isk! Apa le teman merepek ni ye? Kalo korang budak bandar, mana la korang tau pasal musim buah-buahan ni kan? Hehehe. Kalau korang suka cempedak goreng yang tak berapa rangup, tapi rasa nice satu macam je bila gigit masa suam-suam, mungkin korang buleh cuba resipi ni. Tak sama macam guna tepung goreng segera tu tau. Yang tu ada rasa ngan bau macam vanila. Yang ni, memang rasa macam yang jual kat gerai tepi jalan tu. Ce try , ce try . Hehehe. BAHAN-BAHAN - 1/2 biji buah cempedak (kalau korang tukor ngan buah lain pun buleh) 1 cawan tepung gandum 3 sudu besar serbuk roti (kalau takde, bantai je hancurkan biskut lutut) 1 sudu makan minyak masak yang dipanaskan 2 sudu teh garam halus 1 sudu teh gula 1 sudu teh serbuk kunyit Air secukupnya (dalam secawan dua, ikut kualiti tepung korang) Minyak masak secukupnya untuk menggoreng *

RESIPI : Waffle Lembut

Kita dalam PKPD lagi, selepas ' TOTAL LOCKDOWN ' edisi Jun 2021. Berkurung lagi nampaknya. Bosan? Boleh la main masak-masak lagi macam PKP 1.0 tahun lepas. Nak try buat waffle? Ada resipi yang dikongsikan dalam FB page Daily Masak . Tak dapat dipastikan siapakah individu asal yang berkongsi resipi ni. Kalau ada sesiapa tahu, tolong tinggalkan maklumat di komen ye. Selamat mencuba! - - - Resepi Waffle Lembut Bahan Resepi Waffle Sedap : 3 cawan tepung gandum 2 1/2 cawan air 3/4 cawan minyak masak/butter cair 2 biji telur & esen vanilla 2 sudu makan susu tepung 3 sudu makan gula castor 1/2 sudu teh garam 1 sudu makan baking powder 1/4 sudu teh baking soda Gunakan cawan penyukat seperti dalam gambar.Anda boleh dapatkan di kedai bakeri berhampiran. Resepi waffle sukatan cawan ini sangat mudah dan lembut untuk anda buat makan sarapan pagi. Waflle yang disapu dengan nutella, strawberi, coklat memang sedap Untuk susu tepung, anda bleh guna susu tepung Nespray atau apa-apa susu tepu