Skip to main content

AMOS : Biskut Cip Coklat Tak 'Famous'

Bahan-bahan ( Ingredients ) : 120gm mentega campuran (separuh blok) / buttery mixture (half block) 170gm gula perang lembut / light brown sugar 60gm gula pasir halus / fine grain sugar 15gm susu tepung / powdered milk 1tbs esen vanila / vanilla essence 1 biji telur (saiz besar) / egg (large) 300gm tepung gandum serba guna / all purpose wheat flour 1½tbs soda bikarbonat / baking soda 60gm cip coklat / chocolate chips Langkah-langkah : 1.) Potong-potong mentega kepada bahagian-bahagian kecil. Masukkan ke dalam mangkuk adunan. Biarkan sehingga mencapai suhu bilik. 2.) Tambahkan gula perang, gula pasir, susu tepung dan esen vanila. Gaulkan sehingga rata. 3.) Masukkan telur dan adunkan pada kelajuan paling rendah untuk menghancurkan gula. Naikkan kepada kelajuan sederhana dan teruskan mengadun sehingga adunan menjadi ringan dan berkrim. 4.) Ayakkan tepung dan soda bikarbonat dan gaul kering sehingga rata. 5.) Turunkan kelajuan pengadun kembali kepada tahap rendah. Tambahkan campuran tepung

Candyshare.com.my


Meminati Sesuatu Di Luar Tabii

OK! Cukup dengan seribu satu bayangan, bahawa entri ini akan berkisar tentang isu s*ks luar tabii ye. Oh ye... kenapa teman taip s*ks, dan bukan perkataan penuh? Hmmm... sebabnya agak mudah. Bila kita tengok di tv, hampir tiap hari kita boleh dengar perkataan tu disebut secara terbuka. Bukan teman jijik dengan perkataan tu, tapi teman terfikir... tidakkah janggal nanti seorang ibu atau seorang bapa nak menerangkan maksud perkataan tu kepada anak-anak kecilnya yang di usia sekolah rendah? Isk... susah teman nak cerita. Tapi, lantaklah situ. Itu cara penulisan diorang... diorang rasa betui, buat la. Malas nak ambil kisah pun.


Tapi, kisah yang kita nak ceritakan dalam entri ni, langsung tak ada kaitan dengan hal-hal s*ks luar tabii pun. *** PULAK!!! *** Hahaha. Biasa la, sebab mengikut analisa teman, tajuk yang sensasi akan memujuk masyarakat kita untuk membaca. Tak sensasi, kuranglah orang kita nak baca... Apa lagi kalau cerita basi. Lagilah tak baca rasanya.


Maksud istilah 'luar tabii' tu pun jangan kita sempitkan ye. Bila disebut luar tabii, tak ada lain nak fikir dah... terus dok tangkap, kerja tak senonoh sesama jenis. Haaa... itu laaa... Banyakkan membaca, memperkayakan ilmu di dada (otak manusia bukan terletak di dada ye).


Luar tabii tu maksudnya di luar norma, sesuatu yang bukan amalan biasa, di luar sifat kewarasan, dan yang seumpama dengannya. Kita imbas balik, di luar norma... bukan amalan biasa. Hmmm. Dalam keadaan kehidupan normal, kita ada bercakap dalam bahasa Korea? Bahasa Jepun? Bagaimana dengan bahasa Hindi? Cuba kita renungkan dalam-dalam, nescaya jawapannya nanti akan bagi gambaran yang lebih jelas, apa yang kita nak bincangkan dalam artikel ni nanti.


Siapa pernah tengok drama Winter Sonata, drama terbitan KBS pada tahun 2002?  Siapa ada beli set VCD/DVD drama Winter Sonata lepas habis tayang kat siaran tv? Ahahaha... awas! Anda telah terkena salah satu jangkitan penyakit alien yang semakin menular dewasa ini ye. Tengok saja zaman sekarang ni, drama luar orang lebih suka tengok, kalau nak dibezakan dengan drama tempatan. Tapi salah ke? Itu salah satu yang orang dok sibuk bincangkan dalam minggu ni rasanya.



Eh! Luar tabii la tu. Tengok drama... tapi tak faham bahasa. Bahasa asing tu. Bukan bahasa perbualan kita. Nak kata bahasa pengantar kedua, bukan bahasa Inggeris pun. Tapi... macamana drama-drama asing ni boleh mencuri perhatian orang kita ye? Sedangkan nak memahamkan dialognya pun, kena tengok sarikata. Nak faham terus dari sebutan pelakonnya? Macam biasa laaa... kalau drama import ni, biasanya alih bahasa ke bahasa Mandarin untuk siaran Malaysia. Kalau tengok drama tempatan, kan terus faham dari sebutan lisan pelakon-pelakonnya? Apa gila laaa... Memang luar tabii la macam ni gayanya kan?


Berlaku adil, kita perlu akui... setiap perkara, ada permulaannya kan? Demam drama Korea ni dicetuskan dengan penerimaan drama bersiri Winter Sonata yang dilakonkan oleh Bae Yong Jun, Choi Ji Woo dan dibantu oleh sokongan kuat lakonan mendiang Park Yong Ha.


Jika kita imbas ke era 80'an, kita mungkin dapat ingat semula drama Jepun yang dialih-suara, Oshin, terbitan NHK Japan. Walaupun ceritanya panjang mencecah beratus episod, tapi hampir setiap rumah yang ada peti tv di zaman tu, tak nak langsung cicir mana-mana episod cerita Oshin. Jadi satu ledakan baru masa tu. Padahal, kalau kita ingatkan balik... memang kelakar la muka-muka Jepun tu terkumat-kamit, keluar suara, cakap Melayu. Memang luar tabii laaa... Hahaha.



Sezaman dan zaman selepas Oshin, budak-budak tak ketinggalan, dapat sama tempiasnya. Tuuudiaaaa... Ada Ultraman, Gaban, Suria Perkasa Hitam, dan banyak lagi. Itu semua produk dari Jepun, tapi cukup berpengaruh masa tu. Dahsyat kan? Letak watak-watak hero pakai sut plastik, sut getah, jalan pun sampai terkengkang-kengkang, jadikan watak tu kebal... dan, hmmmm... formula tu menjadi. Sampai sekarang watak-watak tu rakyat Malaysia boleh ingat.


Selepas era kegilaan drama bersiri dan drama sains fiksyen Jepun, datang lagi demam alien. Kita dihidangkan dengan gelek-gelek Bollywood. Haih... kali ni bukan drama deee. Filem tuuu. Orang kita boleh melekat di depan tv selama tiga jam, nak tengok lakonan dan gelek-gelek hero dan heroin Bollywood ni. Kalau bab lagu, jangan cerita laaa. Memana yang memang minat dengan cerita Hindi ni, memang dengan lirik lagunya sekali dihafal. Tambah-tambah lagi cerita yang kat bawah ni, Kuch Kuch Hota Hai, lakonan Shah Rukh Khan, Kajol Mukherji dan Rani Mukherji, terbitan Yash Johar pada tahun 1998.



Nak teruk lagi, habis Abang 'B' dan Abang 'N' yang kerja kat kilang dan estet sawit pun, dinampaknya hensem bukan kepalang, disamakan macam Shah Rukh Khan la, Salman Khan la... Kublai Khan laaa. Eh, silap! Kublai Khan tu lagenda Mongolia laaa. Tak ada kaitan dengan filem Hindi.

Hmmm... panjang dah artikel ni. Dah sampai ke maksud yang nak disampaikan ni? OK... kita rewind yee. Kali ni dalam susunatur yang lebih tertib. Tadi kita cerita tentang kemasukan alien dengan peredaran zaman, bermula dari tahun 80'an dengan drama bersiri Jepun, 90'an dengan kebanjiran filem-filem Hindi, dan tahun-tahun pasca-Y2K dengan kecenderungan kepada drama-drama Korea. 

Perasan tak, apa persamaannya dalam ketiga-tiga ledakan bahan-bahan import ni? Ia kombinasi sekurang-kurangnya dua bahan hiburan, iaitu seni lakonan, dan seni muzik, juga tak ketinggalan, diiringi dengan seni fesyen yang menjadi trend dalam tempoh populariti masa tu. Dalam terkial-kial cuba mengajuk bahasa Jepun, budak-budak umur 7-8 tahun masa tu, boleh juga menyanyi lagu Gaban ye. Hahaha. Kelakar bunyinya. Nyanyi macam ye-ye, tapi bukan faham maksudnya pun.

Bab lagu filem Hindi, kita dah cerita tadi. Tapi yang ni agak 'spesel'. Sebab bahasa Melayu kita ni pun banyak perkataan-perkataan yang dipinjam dari bahasa dan lorat-lorat etnik 'mereka', jadi kaedah sebutannya dilarikan sikit-sikit, dah jadi sebutan yang betul dalam bahasa tu kan? (Jangan main-main. Perkataan 'mardihika' tu sendiri kita dok laung setiap tahun, dari bahasa apa asalnya tu? Jangan pertikai statement ni membuta-tuli ye. Sila kaji sejarah dulu. Bukan yang ikut buku teks semata-mata ye. Tak aci gitu.)

Tak ketinggalan, gaya dari India menjadi ikutan segelintir peminatnya di sini. Ada yang memakai inai bercorak bunga-bunga di belakang tangan, ada yang pakai gelang plastik macam gelang orang beli kat Mekah tu, berbaju blaus Punjabi di pagi raya, dan macam-macam gaya lagi la.

Beralih kepada yang terkini, gelombang drama Korea. Apa yang istimewanya drama Korea? Bahasanya lebih rumit kalau nak kita bandingkan dengan bahasa Hindi tadi. Tak lari dari isu tadi, iya, rakyat Malaysia mampu menghafal lagu-lagu tema dalam bahasa Korea. Bahkan, ada cerita yang memang lagunya terus diterbitkan semula di Malaysia dalam bahasa Melayu. 

Tak cukup dengan tu, anak-anak remaja kita dok sibuk pakai nama Korea. Kalau tak percaya, cuba semak dalam senarai nama kawan-kawan di Facebook. Dalam seratus, senang-senang boleh jumpa satu-dua nama Korea. Lagi kuat penangannya. Itulah 'layanan' istimewa yang kita berikan kepada mereka. Lagi punya besar punya luar tabii dee... Hahaha.

Tapi, ada tapinya... Adakah kita bersikap rasional dalam memberi komen, pendapat, sokongan, tentangan, dan yang seumpama dengannya? Cuba kita fikir sejenak,  dengan kewarasan pemikiran kita.


Dalam 'perdebatan' hangat berkaitan pengaruh drama Korea dan muzik irama K-Pop dari minggu lepas ke minggu ini, teman rasa, aish... ini yang tak sedap ni. Dah mula la nak sampai ke bahagian sensitifnya pun. OK, macam ni la ye. Kenapa kita mahu tekankan sangat, orang kita lebih suka tengok cerita Korea, dengar lagu Korea? Kenapa orang kita tak sokong produk tempatan? Bukankah itu bunyinya macam kita ni bersikap tidak professional?


Ada yang menghentam, 'drama Korea ni tak ada isi cerita lain, semuanya kisah cinta', 'tak sesuai untuk tontonan golongan muda'... banyak la lagi. Tapi adakah dengan komen-komen yang macam tu, menjadikan kita setapak lebih maju ke hadapan? Jawab... Jawab la!


Secara dasarnya, cukup asas, cukup ringkas, cukup mudah untuk difahami situasi ini. Kenapa ia terus diimport? Kerana ada permintaan di pasaran. Kenapa ada permintaan? Sebab orang suka la. Orang suka dengan produk-produk tu, baru la diimport masuk. Alahai... itupun tak faham. Meniaga apa la korang ni? Teori permintaan dan penawaran pun kome tak faham, toksah cerita bab meniaga le weh. Gi belajor Ekonomi Asas dulu. (Cewah... padahal teman pun tak ambik paper tu dulu. Hahaha.)


Contoh lebih mudah : Coklat bukan satu keperluan untuk kehidupan, tetapi produk-produk coklat tetap wujud dan bercambah-cambah di pasaran. Kenapa? Sebab adanya peminat coklat laaa. Itupun payah benor kome nak faham pun. 


Ada beberapa pandangan yang bagi hemat teman, sangat tidak matang, sangat-sangat tidak professional, tidak tahu membuat pertimbangan, dan selebihnya bolehlah teman labelkan omogan kosong atau sekadar melepaskan geram.


Kenapa bila wujudnya persaingan sihat, kita memilih untuk berdolak-dalih, dan bukan bersikap positif, memperbaiki diri, mempertingkatkan kualiti produk kita? Kenapa lebih selesa dengan memberi seribu-satu alasan, dan tohmahan, tetapi tidak menilai sebesar mana jurang antara kita dan mereka?


Teman tak berminat nak menyenarai panjang perkara-perkara tu, tapi hanya nak menyorot beberapa perkara penting dan menarik :


"Oh, drama Korea ni cuma drama cinta je." Benarkah? Atau hanya drama-drama cinta sahaja yang kita tahu kewujudannya? Cuba buat homework sikit la sebelum cakap. Tak ada la buat malu je orang dengar. Tak ada cerita kehidupan, lagenda, sejarah ke? Betul ke? Anda pasti dengan jawapan anda? Jawapan muktamad? Fikir balik. Industri penyiaran dan industri hiburan diorang pun macam kita juga, ada banyak slot, dan banyak variasi. Apa, sepanjang minggu kita tengok drama cinta saja ke? Tak ada lain? Bior le benor yeop.


"Orang kita lebih agungkan produk dari luar." Aih, kalau dah tau macam tu, kome nak diam aje ke? Hish... nampak benor kome tak reti bisnes. Hehehe. Kalau betul la macam tu, apa komen mereka tentang drama Nur Kasih yang sangat-sangat berjaya tu? Macamana dengan drama bersiri Rumah Kedai, Opah? Lagi... drama Orang Gaji yang sampai melekat di mulut rakyat Malaysia, 'Pah Bedah Ye!'. 


Drama-drama tu sangat-sangat berkualiti. Itu sebabnya dapat sambutan. Setakat buat drama hero 'Sethan yang macho', lepas tu slot tu dipanjang-panjangkan dengan siri-siri drama cinta yang lain silih berganti, yang itu koje sapa kome weh? Jawab... "Drama cinta hanya bawa kesan negatif". Udah tu, kome buat tak apa pulak ye? Cakap 'tara surupa bikin'. 'Yennadey'!


"Mereka penerbit-penerbit yang mempunyai bajet penerbitan dan bajet promosi yang besar. Mereka dari negara maju." Ececece... maju ye? Kalau Jepun dengan Korea, teman setuju. Tapi kalau India? Haih, sejak bila pulak India tu negara maju? Yang idak-idak je kome ye.


"Kita ada masalah dengan bahasa. Bahasa kita sukar nak dipasarkan ke peringkat antarabangsa." Ni jenis apa, nak kata 'mongok', tak juga, nak kata pandai, nampak sangat kurang pandainya. Cerita Korea, dalam bahasa Korea dan Mandarin, cerita dari India, dalam bahasa Hindi dan ada juga Tamil, cerita Jepun, dalam bahasa Jepun. Boleh je sampai ke serata dunia. Bukannya kita tak reti nak buat sarikata pun.


Kalau dah itu betul jadi punca masalah, kalau betul cerita tu berkualiti pada hemat semua, buat la dalam pelbagai bahasa, pasarkan tengok, boleh ke tidak. Tak percaya juga? Tengok... Geng : Pengembaraan Bermula terbitan Les' Copaque, dah sampai ke pasaran antarabangsa. Apa formulanya? Pegi le belajor ngan deme. Deme dah tempuh benda ni, tau le deme cemana caranya. Malu bertanya, sesat jalan. Udah le malu bertanya, GPS dengan peta pun tak ada. Lantak le kome!





Ini baru sikit yang teman ketengahkah di sini. Kalau banyak lagi, ada yang kecik hati karang. Dan mana-mana yang rasa tergeletek, mau gelak terkekek-kekek dia. Hehehe. Tak apa la. Apa-apa pun, teman  bukan jenis yang tak tengok cerita Melayu. Teman tengok juga, tapi silih-memilih le. Kalau yang bagus, berkualiti, jalan cerita menarik, tak bergantung kepada modal muka pelakon semata-mata, teman tengok, insyaAllah.


OK, teman nak tengok CSI le. Dah lama sangat ngadap laptop ni. Naik merah dah mata. Selamat semua... Ingat! Fikir positif, gandakan usaha, ketepikan alasan, kalau nak berjaya. Kalau laaa... Wassalam...

Comments

Popular Kini

BANJIR : Rekabentuk Rakit Penyelamat Menggunakan Paip PVC

Malaysia dilanda banjir dan situasi getir ini sudah melewati tempoh 24 jam. Ramai mangsa yang perlu dipindahkan dengan segera untuk mengelakkan sebarang kemungkinan berlakunya perkara-perkara tak diingini. Selain dari mengangkut bot-bot dan sampan dari luar kawasan yang agak memakan masa, kita sebenarnya boleh membina rakit-rakit penyelamat menggunakan paip PVC 8" ~ 12" yang diisi dengan polisterin di dalamnya. Untuk lantai rakit boleh gunakan sebarang bahan yang mampu mengapung bebanan, contohnya blok polisterin setebal 6".  Untuk mendapat gambaran yang lebih jelas, boleh juga rujuk video bot DIY ini sebagai design outlines -  https://www.youtube.com/watch?v=IFp1z1yzIo8 Mungkin idea ini boleh membantu mempercepatkan proses mengangkut mangsa-mangsa yang masih terperangkap. Mereka kesejukan, kelaparan dan berisiko mendapat pelbagai penyakit bawaan air. Dalam situasi begini kita sedang berlumba dengan masa. Dapatkan bahan-bahan sedia ada di sekeliling kita dan gunakan ilm

PC : It Is Now Safe To Turn Off Your Computer

Haaaa. Siapa rasa familiar dengan ayat tu rasanya orang tu dah cukup tua. Kekeke. Betul la tu. Benda tu memang wujud dan memang ada sebabnya tersendiri. Kalau tak tunggu screen ni keluar, nanti komputer rosak. Aiyok! Untuk golongan anak-anak muda, mungkin ada yang rasa benda ni tak masuk akal sebab komputer kan mati sendiri bila kita keluar dari Windows / Mac OS / Linux / BSD / Unix dan lain-lain Operating System . Treeetttt! Salah lagi menyalahkan. Itu hanya benar pada zaman sekarang. Bukan pada era 386, 486, malahan zaman Pentium yang pertama hampir 3 dekad yang lalu. Memang bunyinya aneh, tetapi kita perlu telitikan apakah perbezaan utama yang menyebabkan ciri-ciri ini wujud. Hard power switch . Paling kanan, bawah emblem 486DX2. Keletak keletuk bunyinya. Dan waktu itu anda perlu labelkan LED display warna hijau itu gunanya untuk display . Mungkin ada yang tak tahu kegunaan display . Zaman dahulu, komputer tak menggunakan soft power button macam yang kita ada hari ni. Suisnya me

NORMALISASI : Superman Biseksual, Captain America ... ?

Yup! Tak salah baca tu. Memang watak Superman baru, anak kepada Clark Kent dan Lois Lane yang dikenali sebelum ini dengan nama watak Superboy (Jonathan Kent) telah disahkan oleh pihak DC Comics sendiri sebagai seorang biseksual. Sumber : The Washington Post Bukanlah sesuatu yang mengejutkan, pesaing terkuat DC iaitu Marvel Comics juga turut naik kapal yang sama. Marvel telahpun mengesahkan bahawa watak Captain America yang baru merupakan seorang remaja gay , bernama Aaron Fischer.  Sumber : The Guardian Kedua-dua penerbit komik ini memang diketahui dari dahulu lagi sejarahnya memang bersaing sengit seperti dalam perlumbaan Formula 1. Namun begitu persaingan yang agak di luar jangka ini berlaku, dan kita patut sudah mula berhati-hati dengan bahan-bahan yang dipertontonkan kepada anak-anak muda kita.  Kita amat berharap tiada pula mana-mana penerbit komik dari Australia mahu memperkenalkan watak pelarian pondan sebagai hero. Hampir pasti kita boleh agak apakah implikasinya nanti. Saba