Skip to main content

AMOS : Biskut Cip Coklat Tak 'Famous'

Bahan-bahan ( Ingredients ) : 120gm mentega campuran (separuh blok) / buttery mixture (half block) 170gm gula perang lembut / light brown sugar 60gm gula pasir halus / fine grain sugar 15gm susu tepung / powdered milk 1tbs esen vanila / vanilla essence 1 biji telur (saiz besar) / egg (large) 300gm tepung gandum serba guna / all purpose wheat flour 1½tbs soda bikarbonat / baking soda 60gm cip coklat / chocolate chips Langkah-langkah : 1.) Potong-potong mentega kepada bahagian-bahagian kecil. Masukkan ke dalam mangkuk adunan. Biarkan sehingga mencapai suhu bilik. 2.) Tambahkan gula perang, gula pasir, susu tepung dan esen vanila. Gaulkan sehingga rata. 3.) Masukkan telur dan adunkan pada kelajuan paling rendah untuk menghancurkan gula. Naikkan kepada kelajuan sederhana dan teruskan mengadun sehingga adunan menjadi ringan dan berkrim. 4.) Ayakkan tepung dan soda bikarbonat dan gaul kering sehingga rata. 5.) Turunkan kelajuan pengadun kembali kepada tahap rendah. Tambahkan campuran tepung

Candyshare.com.my


Hubungkan Blog Ini Ke Facebook

Entri kali ni untuk menawarkan cara lebih mudah kepada pengunjung tetap yang selama ni memberi sokongan kepada teman untuk terus mencatat nota demi nota untuk dipaparkan di blog ni.


Mungkin ramai yang tak perasan, tapi ini nak diceritakan satu fakta yang boleh dikatakan menarik juga ye. Tahu tak selama ni, blog ni orang baca dari link di Facebook? Hehehe. Itu kena la diakui ye. Populariti blog ni (yang tak berapa popular pun...), setinggi 79% kunjungan datangnya dari klik-klik dari rangkaian yang dikongsikan di Facebook.





Dalam suka tak suka pun, dah itu faktanya ye. Selama ni blog ni dikongsi isu-isunya di Facebook dek kawan-kawan, sedara-mara, dan sesiapa sahaja la yang berminat. Terima kasih banyak-banyak la ye. Patut la cepat je naik 'visit counter' kat bar belah kanan tu ye. 40 daripada jumlah keseluruhan 62 lawatan seminggu dilaporkan datangnya dari alamat http://www.facebook.com, iaitu alamat utama Facebook, diikuti 9 kunjungan dari alamat sub-domainnya, http://www.www.www.facebook.com .


OK... memandangkan Facebook ni dapat kita lihat sebagai satu medium 'promosi' yang berkesan, apa kata kita permudahkan lagi urusannya. Setelah teman bersengkang mata berpuluh-puluh jam, maka kini dapat la kita sama-sama uji keberkesanan usaha teman ni.


Di bawah ni ada satu borang untuk diisi sesiapa yang berminat, untuk dapatkan tajuk-tajuk entri baru dari blog ni, terus ke sistem Notis (Notification) di akaun Facebook, secara automatik. Jadi, kalau teman terlupa nak kongsikan link ni di wall Facebook teman, tak ada la nanti yang tertanya-tanya kat teman dalam chat, "Tak ada cerita baru ke kat blog?". Kadang-kadang tersengih-sengih teman sensorang, membayangkan... teman ni bukannya bintang 'fofular', sampai orang nak tanya teman macam tu. Kekeke.


OK, ini la borangnya ye. Kalau nak tunggu teman habis membebel kat sini, pakai tak sudah la ye. Biasa la tu. Hahaha.


Alamat Emel di Facebook :
Kata Laluan :                     


Hmmm... dalam tempoh terdekat ni, kita tengok la ye. Kalau-kalau ada topik baru kat sini, ada masuk tak link dia dalam Notification kat Facebook tu ye. Wassalam...



Comments

Popular Kini

BANJIR : Rekabentuk Rakit Penyelamat Menggunakan Paip PVC

Malaysia dilanda banjir dan situasi getir ini sudah melewati tempoh 24 jam. Ramai mangsa yang perlu dipindahkan dengan segera untuk mengelakkan sebarang kemungkinan berlakunya perkara-perkara tak diingini. Selain dari mengangkut bot-bot dan sampan dari luar kawasan yang agak memakan masa, kita sebenarnya boleh membina rakit-rakit penyelamat menggunakan paip PVC 8" ~ 12" yang diisi dengan polisterin di dalamnya. Untuk lantai rakit boleh gunakan sebarang bahan yang mampu mengapung bebanan, contohnya blok polisterin setebal 6".  Untuk mendapat gambaran yang lebih jelas, boleh juga rujuk video bot DIY ini sebagai design outlines -  https://www.youtube.com/watch?v=IFp1z1yzIo8 Mungkin idea ini boleh membantu mempercepatkan proses mengangkut mangsa-mangsa yang masih terperangkap. Mereka kesejukan, kelaparan dan berisiko mendapat pelbagai penyakit bawaan air. Dalam situasi begini kita sedang berlumba dengan masa. Dapatkan bahan-bahan sedia ada di sekeliling kita dan gunakan ilm

NORMALISASI : Superman Biseksual, Captain America ... ?

Yup! Tak salah baca tu. Memang watak Superman baru, anak kepada Clark Kent dan Lois Lane yang dikenali sebelum ini dengan nama watak Superboy (Jonathan Kent) telah disahkan oleh pihak DC Comics sendiri sebagai seorang biseksual. Sumber : The Washington Post Bukanlah sesuatu yang mengejutkan, pesaing terkuat DC iaitu Marvel Comics juga turut naik kapal yang sama. Marvel telahpun mengesahkan bahawa watak Captain America yang baru merupakan seorang remaja gay , bernama Aaron Fischer.  Sumber : The Guardian Kedua-dua penerbit komik ini memang diketahui dari dahulu lagi sejarahnya memang bersaing sengit seperti dalam perlumbaan Formula 1. Namun begitu persaingan yang agak di luar jangka ini berlaku, dan kita patut sudah mula berhati-hati dengan bahan-bahan yang dipertontonkan kepada anak-anak muda kita.  Kita amat berharap tiada pula mana-mana penerbit komik dari Australia mahu memperkenalkan watak pelarian pondan sebagai hero. Hampir pasti kita boleh agak apakah implikasinya nanti. Saba

PC : It Is Now Safe To Turn Off Your Computer

Haaaa. Siapa rasa familiar dengan ayat tu rasanya orang tu dah cukup tua. Kekeke. Betul la tu. Benda tu memang wujud dan memang ada sebabnya tersendiri. Kalau tak tunggu screen ni keluar, nanti komputer rosak. Aiyok! Untuk golongan anak-anak muda, mungkin ada yang rasa benda ni tak masuk akal sebab komputer kan mati sendiri bila kita keluar dari Windows / Mac OS / Linux / BSD / Unix dan lain-lain Operating System . Treeetttt! Salah lagi menyalahkan. Itu hanya benar pada zaman sekarang. Bukan pada era 386, 486, malahan zaman Pentium yang pertama hampir 3 dekad yang lalu. Memang bunyinya aneh, tetapi kita perlu telitikan apakah perbezaan utama yang menyebabkan ciri-ciri ini wujud. Hard power switch . Paling kanan, bawah emblem 486DX2. Keletak keletuk bunyinya. Dan waktu itu anda perlu labelkan LED display warna hijau itu gunanya untuk display . Mungkin ada yang tak tahu kegunaan display . Zaman dahulu, komputer tak menggunakan soft power button macam yang kita ada hari ni. Suisnya me