Skip to main content

Posts

Showing posts from September, 2011

PAKAR : Motivasi Hilang?

Kebelakangan ni kita dapat lihat peningkatan mendadak kes bunuh diri (yang kebiasaannya disebut 'terjatuh', 'menggantung diri', dan seumpamanya). Sedih setiap kali kita melihat perkembangan macam ni. Tak kiralah apa bangsanya, apa juga agamanya. Ia pasti satu impak yang amat besar untuk seluruh ahli keluarga, sahabat handai, dan kenalan mereka. Kita tidak patut judge sebab kita tak berada dalam situasi mereka. Hanya mampu do'akan yang terbaik sahaja. Waktu macam ni memang kita sentiasa perlukan motivasi diri yang kuat. Jangan sampai mudah goyang. Memang kita faham tekanannya. Semua orang merasa. Siapa yang dah sampai tahap tak tahu nak buat apa, eloklah diberi sokongan dari pelbagai aspek - bantuan makanan, bekalan keperluan harian, kewangan, sokongan moral dan sentiasa memotivasikan mereka agar sentiasa yakin, kita ada bersama-sama mereka. Eh?! Sebut pasal motivasi ni, perasan tak? Ada beberapa watak penting sudah hilang dari pandangan kita. Tak, bukan menteri. Bu

Memindahkan Notifikasi Facebook Ke Folder Khas

Hmmm... dah lama teman tak tulis artikel berkaitan komputer. Tapi malam ni, memandangkan kadang-kala benda-benda remeh ni merimaskan, teman sediakan satu entri cara-cara nak menangani email yang dihantar secara automatik dari sistem ' Facebook Notification '. Kalau nak diambil kira semua sistem dan  software emel, jenis POP, IMAP, webmel, haru teman nak buat artikel untuk semua jenis. Jadi, untuk kali ni teman gunakan Yahoo Mail sebagai contoh untuk menunjukkan cara menggunakan penapis mesej. Menapis mesej ni satu proses yang boleh dijalankan secara automatik, setiap kali ada emel baru masuk ke peti masuk emel kita. Emel tu nanti kalau memenuhi kriteria yang kita dah set, nanti akan dipindahkan ke lokasi yang kita tetapkan, atau dikelaskan sebagai spam , ataupun boleh terus dipadamkan daripada sistem emel kita. Jadi, tak payah kita nak susah-susah nak pilih emel-emel tu secara manual, dan pindah-pindah atau padamkan. Prosesnya agak mudah pada hemat teman, tapi pengguna tak di

Meminati Sesuatu Di Luar Tabii

OK! Cukup dengan seribu satu bayangan, bahawa entri ini akan berkisar tentang isu s*ks luar tabii ye. Oh ye... kenapa teman taip s*ks, dan bukan perkataan penuh? Hmmm... sebabnya agak mudah. Bila kita tengok di tv, hampir tiap hari kita boleh dengar perkataan tu disebut secara terbuka. Bukan teman jijik dengan perkataan tu, tapi teman terfikir... tidakkah janggal nanti seorang ibu atau seorang bapa nak menerangkan maksud perkataan tu kepada anak-anak kecilnya yang di usia sekolah rendah? Isk... susah teman nak cerita. Tapi, lantaklah situ. Itu cara penulisan diorang... diorang rasa betui, buat la. Malas nak ambil kisah pun. Tapi, kisah yang kita nak ceritakan dalam entri ni, langsung tak ada kaitan dengan hal-hal s*ks luar tabii pun. *** PULAK!!! *** Hahaha. Biasa la, sebab mengikut analisa teman, tajuk yang sensasi akan memujuk masyarakat kita untuk membaca. Tak sensasi, kuranglah orang kita nak baca... Apa lagi kalau cerita basi. Lagilah tak baca rasanya. Maksud istilah 'luar tab

Hubungkan Blog Ini Ke Facebook

Entri kali ni untuk menawarkan cara lebih mudah kepada pengunjung tetap yang selama ni memberi sokongan kepada teman untuk terus mencatat nota demi nota untuk dipaparkan di blog ni. Mungkin ramai yang tak perasan, tapi ini nak diceritakan satu fakta yang boleh dikatakan menarik juga ye. Tahu tak selama ni, blog ni orang baca dari link di Facebook? Hehehe. Itu kena la diakui ye. Populariti blog ni (yang tak berapa popular pun...), setinggi 79% kunjungan datangnya dari klik-klik dari rangkaian yang dikongsikan di Facebook. Dalam suka tak suka pun, dah itu faktanya ye. Selama ni blog ni dikongsi isu-isunya di Facebook dek kawan-kawan, sedara-mara, dan sesiapa sahaja la yang berminat. Terima kasih banyak-banyak la ye. Patut la cepat je naik ' visit counter ' kat bar belah kanan tu ye. 40 daripada jumlah keseluruhan 62 lawatan seminggu dilaporkan datangnya dari alamat http://www.facebook.com, iaitu alamat utama Facebook, diikuti 9 kunjungan dari alamat sub-domainnya, http://www.www.

Trivia Kereta Dan Motorsikal

Dari pembacaan, banyak ilmu dan maklumat kita boleh dapat kan? Termasuk... hal-hal kecil dan remeh, tapi menarik untuk kita tahu dan fahami. Contohnya, pasal kereta la. Orang Malaysia (majoritinya lelaki) ni memang minat sangat pasal kereta dan motorsikal, walaupun tak berapa tahu, tak berapa faham... apa ada hal kan? Sembang je laaa... Ni serba-sedikit, dan mungkin sebanyak perihal kereta dan motorsikal yang mereka mungkin tak tahu. Bacalah... Ehhh...!!! Nanti dulu... kepada peminat-peminat setia jenama dan model-model yang nak disebut ni, jangan la kecil hati ye, kalau rasa macam pengetahuan anda tentang kereta atau motorsikal tu terlalu cetek berbanding dengan apa yang anda sembangkan selama ini. Hehehe. Ia sekadar berkongsi... Nissan Skyline, satu nama besar dalam industri automotif, terutamanya di kalangan mereka yang cukup minat dengan kereta yang berkuasa tinggi, sistem suspensi sporti, bentuk yang gah, dan lain-lain faktor penarik model ini. Sebenarnya, Skyline bukanlah nama ba

Jamuan Raya 1432H - 16 Sept. 2011

[Baca dalam nada letih dan mengantuk ye... Hehehe] Gambar-gambar yang sempat dirakamkan pada hari Jumaat, 16 Sept. 2011, ketika jamuan raya yang bermula pada jam 2:30 petang, hingga ke 10:00 malam.     Alhamdulillah, semuanya  berjalan seperti yang dirancang. Harap semua yang hadir berpuas hati dengan layanan dan hidangan yang tidak seberapa yang mampu disediakan untuk majlis tersebut. Wassalam...