Skip to main content

AMOS : Biskut Cip Coklat Tak 'Famous'

Bahan-bahan ( Ingredients ) : 120gm mentega campuran (separuh blok) / buttery mixture (half block) 170gm gula perang lembut / light brown sugar 60gm gula pasir halus / fine grain sugar 15gm susu tepung / powdered milk 1tbs esen vanila / vanilla essence 1 biji telur (saiz besar) / egg (large) 300gm tepung gandum serba guna / all purpose wheat flour 1½tbs soda bikarbonat / baking soda 60gm cip coklat / chocolate chips Langkah-langkah : 1.) Potong-potong mentega kepada bahagian-bahagian kecil. Masukkan ke dalam mangkuk adunan. Biarkan sehingga mencapai suhu bilik. 2.) Tambahkan gula perang, gula pasir, susu tepung dan esen vanila. Gaulkan sehingga rata. 3.) Masukkan telur dan adunkan pada kelajuan paling rendah untuk menghancurkan gula. Naikkan kepada kelajuan sederhana dan teruskan mengadun sehingga adunan menjadi ringan dan berkrim. 4.) Ayakkan tepung dan soda bikarbonat dan gaul kering sehingga rata. 5.) Turunkan kelajuan pengadun kembali kepada tahap rendah. Tambahkan campuran tepung

Candyshare.com.my


Projek 'Kami Endah'

Entri ini bertujuan memberikan sedikit pendedahan kepada sesiapa yang berminat dengan kerja-kerja amal, untuk menilai, menyertai atau sekadar mengetahui serba-sedikit tentang projek 'Kami Endah' ini.


Projek 'Kami Endah' adalah pembentukan sekumpulan individu yang berminat dengan program-program amal, dan mempunyai kesungguhan untuk menyertainya. Banyak kali kita terfikir, "Aku ingin membantu, tetapi aku tidak tahu caranya." Kenapa persoalan sebegini terlintas di fikiran kita, kita yang tahu apa jawapannya.





Membantu ada banyak cara, dan menyertai projek-projek amal adalah salah satu daripadanya. Sumbangan wang-ringgit, barangan, tenaga, idea dan sebagainya, semuanya adalah bentuk-bentuk sumbangan yang sentiasa diperlu dan dialu-alukan oleh sesiapa sahaja yang menantikan sumbangan itu.


Kenapa kita ragu-ragu untuk membantu? Ada masanya, mungkin terdetik di fikiran kita, adakah individu yang datang mengutip derma itu benar-benar wakil dari tempat yang memerlukan bantuan itu, atau ada penyamarkah? Atau kutipan itu sendiri sah, cuma saluran ke mana ingin digunakan itu selari dengan tujuan kita menderma?


Kenapa kita sekadar duduk menung dan membiarkan isu-isu tersebut bermain di fikiran kita? Kenapa tidak kita pergi ke salah-satu tempat yang memerlukan bantuan itu, dan kita lihat, dan kita nilai sendiri?


Projek 'Kami Endah' adalah sebuah projek yang bersifat bebas, atau lebih mudah difahami dengan perkataan 'independent'. Bebas di dalam ertikata, ia tidak dimiliki atau mewakili mana-mana organisasi. Ia sekadar sekumpulan individu yang berkumpul dengan satu idea yang sama, memberi bantuan kepada yang memerlukan.


Daripada pengalaman kami yang terlibat di peringkat awal projek ini, kami boleh menjangkakan beberapa persoalan lazim yang bakal diutarakan, antaranya :


1. Adakah 'Kami Endah' berdaftar atau diiktiraf oleh mana-mana badan, dalam apa-apa bentuk pengiktirafan? Jawapannya mudah dan ringkas - TIADA


2. Jika tidak didaftarkan, kenapa projek ini membuat kutipan dengan alasan memberi bantuan? - Jawapannya - KAMI INGIN MEMBANTU, bukan mencari nama. Berbalik kepada asasnya, 'Kami Endah' hanyalah sebuah saluran bagi memudahkan individu menghulurkan bantuan secara berkumpulan, berbanding secara individu.


3. Kenapa tunggu bulan puasa baru nak membantu? Jawapannya begini - SIAPA KATA? Bantuan sentiasa kita berikan tidak kira besar atau kecil, bersendirian atau secara korporat, dan boleh dikatakan hampir setiap hari bantuan diberi dan diterima. Anda tidak mengamalkan begitu?  Oh, kami tak campur urusan anda itu. Hak anda sebagai individu. Kami memilih untuk menyalurkan bantuan di bulan puasa, kerana kami ada lebih masa untuk memikirkan bagaimana ingin melakukannya pada skala yang lebih besar. Sepanjang bulan puasa, kami ada lebihan masa terluang kira-kira sejam setengah setiap hari, kerana kami tidak perlu makan di siang hari. Itu cukup untuk kami menggembleng tenaga dan mencurahkan idea bagi menjayakan program sebegini.


4. Dapat pengecualian cukai tak? Jawapannya - TIDAK. Nak bantu, bantulah, nak bantu nak tanya resit boleh claim potong cukai pendapatan... tak nak bantu, tak payah bantu. Kami ada banyak urusan lain untuk dikendalikan.


5. Apa yang ingin dibantu, dan kepada siapa ingin disalurkan? Jawapan kami - KEPERLUAN HARIAN, DAN KEPERLUAN WANITA, maka ia akan disalurkan kepada tempat yang melindungi wanita. Tempatnya akan kami muktamadkan selepas perbincangan.


6. Bagaimana bantuan sumbangan ingin disalurkan? Jawapannya - Kami akan maklumkan selepas kami selesai melantik Jawatankuasa Kerja projek ini. Kerap-keraplah ikuti perkembangannya di sini jika anda berminat.


7. Syarikat ABC ingin menyumbang. Bolehkah nama dan logo syarikat tersebut diletakkan? Jawapan kami - INI KERJA SEKUMPULAN INDIVIDU SUKARELA, bukannya kerja korporat atau CSR. Kami tidak akan meletakkan logo atau nama syarikat tersebut. Jika mahu memberi sumbangan bermotifkan nama sebegitu, sediakan anggota anda sendiri dan serahkan sendiri barangan tersebut. Maaf, kami tidak berminat.


- - -


APA YANG PERLU DISUMBANGKAN?


A.) Pakaian lama yang masih elok, cantik dan sesuai dipakai di pagi raya. Diulang, yang masih elok. Diulang sekali lagi, hendaklah yang masih elok. Kami bukan khidmat pengutipan sampah bilik stor anda, yang anda fikir perlu dikosongkan untuk membolehkan anda membuat kuih raya.


B.) Bahan-bahan pencuci seperti krim mandian, sabun mandi, syampu, pencuci feminin, dan sebagainya.


C.) Pakaian dalam wanita baru. Ditekankan di sini, baru. Ditekankan sekali lagi, ia hendaklah yang baru, iaitu yang belum pernah dipakai. Jika anda fikirkan lebih mudah untuk memberikan wang tunai, sila hubungi ahli jawatankuasa yang berkaitan dengan urusan ini. Disasarkan, seorang individu mendermakan RM30 ke RM50 seorang, dengan jumlah yang menderma mencecah 6-7 orang, sekotak besar pakaian dalam baru dapat dibeli.


D.) Tuala wanita (pad). Pastilah yang baru. Benda ni kan pakai-buang. Perkara ini sama seperti perkara C, jika lebih mudah mendermakan wang, caranya sama sahaja.


E.) Buku-buku agama yang nipis, seperti surah Yaasin, panduan do'a harian, dan seumpamanya.


F.) Beras dan keperluan makanan harian (dalam bentuk kotak atau hamper). Walaubagaimanapun, adalah digalakkan membeli barangan dan membungkus hamper tersebut sendiri kerana mengikut pengalaman kami, kebanyakan hamper siap dibungkus banyak dimuatkan dengan makanan yang kurang berkhasiat seperti gula-gula, minuman ringan dan biskut yang tinggi kadar gulanya. Kita hendak memberi, biarlah yang bermanfaat. Bukan sekadar melepaskan batuk di tangga. 


- - -


Buat masa ini, hanya ini yang dapat didedahkan kerana ia masih terlalu awal. Entri ini akan dikemaskini sekiranya ada perkara baru yang ingin disampaikan. InsyaAllah.


Wassalam.

Comments

  1. pe kata wujudkan satu group kami endah kt fb.. senang ckit nk ikut perkembangannya.. nnti klu post cite baru kt blog nih xde la tercari2x balik... kt fb dpt tarik lebih ramai org.... kt blog tak ramai sangat y tahu.. pendapat saya la...
    ~ezd

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Kini

BANJIR : Rekabentuk Rakit Penyelamat Menggunakan Paip PVC

Malaysia dilanda banjir dan situasi getir ini sudah melewati tempoh 24 jam. Ramai mangsa yang perlu dipindahkan dengan segera untuk mengelakkan sebarang kemungkinan berlakunya perkara-perkara tak diingini. Selain dari mengangkut bot-bot dan sampan dari luar kawasan yang agak memakan masa, kita sebenarnya boleh membina rakit-rakit penyelamat menggunakan paip PVC 8" ~ 12" yang diisi dengan polisterin di dalamnya. Untuk lantai rakit boleh gunakan sebarang bahan yang mampu mengapung bebanan, contohnya blok polisterin setebal 6".  Untuk mendapat gambaran yang lebih jelas, boleh juga rujuk video bot DIY ini sebagai design outlines -  https://www.youtube.com/watch?v=IFp1z1yzIo8 Mungkin idea ini boleh membantu mempercepatkan proses mengangkut mangsa-mangsa yang masih terperangkap. Mereka kesejukan, kelaparan dan berisiko mendapat pelbagai penyakit bawaan air. Dalam situasi begini kita sedang berlumba dengan masa. Dapatkan bahan-bahan sedia ada di sekeliling kita dan gunakan ilm

NORMALISASI : Superman Biseksual, Captain America ... ?

Yup! Tak salah baca tu. Memang watak Superman baru, anak kepada Clark Kent dan Lois Lane yang dikenali sebelum ini dengan nama watak Superboy (Jonathan Kent) telah disahkan oleh pihak DC Comics sendiri sebagai seorang biseksual. Sumber : The Washington Post Bukanlah sesuatu yang mengejutkan, pesaing terkuat DC iaitu Marvel Comics juga turut naik kapal yang sama. Marvel telahpun mengesahkan bahawa watak Captain America yang baru merupakan seorang remaja gay , bernama Aaron Fischer.  Sumber : The Guardian Kedua-dua penerbit komik ini memang diketahui dari dahulu lagi sejarahnya memang bersaing sengit seperti dalam perlumbaan Formula 1. Namun begitu persaingan yang agak di luar jangka ini berlaku, dan kita patut sudah mula berhati-hati dengan bahan-bahan yang dipertontonkan kepada anak-anak muda kita.  Kita amat berharap tiada pula mana-mana penerbit komik dari Australia mahu memperkenalkan watak pelarian pondan sebagai hero. Hampir pasti kita boleh agak apakah implikasinya nanti. Saba

PC : It Is Now Safe To Turn Off Your Computer

Haaaa. Siapa rasa familiar dengan ayat tu rasanya orang tu dah cukup tua. Kekeke. Betul la tu. Benda tu memang wujud dan memang ada sebabnya tersendiri. Kalau tak tunggu screen ni keluar, nanti komputer rosak. Aiyok! Untuk golongan anak-anak muda, mungkin ada yang rasa benda ni tak masuk akal sebab komputer kan mati sendiri bila kita keluar dari Windows / Mac OS / Linux / BSD / Unix dan lain-lain Operating System . Treeetttt! Salah lagi menyalahkan. Itu hanya benar pada zaman sekarang. Bukan pada era 386, 486, malahan zaman Pentium yang pertama hampir 3 dekad yang lalu. Memang bunyinya aneh, tetapi kita perlu telitikan apakah perbezaan utama yang menyebabkan ciri-ciri ini wujud. Hard power switch . Paling kanan, bawah emblem 486DX2. Keletak keletuk bunyinya. Dan waktu itu anda perlu labelkan LED display warna hijau itu gunanya untuk display . Mungkin ada yang tak tahu kegunaan display . Zaman dahulu, komputer tak menggunakan soft power button macam yang kita ada hari ni. Suisnya me