Skip to main content

AMOS : Biskut Cip Coklat Tak 'Famous'

Bahan-bahan ( Ingredients ) : 120gm mentega campuran (separuh blok) / buttery mixture (half block) 170gm gula perang lembut / light brown sugar 60gm gula pasir halus / fine grain sugar 15gm susu tepung / powdered milk 1tbs esen vanila / vanilla essence 1 biji telur (saiz besar) / egg (large) 300gm tepung gandum serba guna / all purpose wheat flour 1½tbs soda bikarbonat / baking soda 60gm cip coklat / chocolate chips Langkah-langkah : 1.) Potong-potong mentega kepada bahagian-bahagian kecil. Masukkan ke dalam mangkuk adunan. Biarkan sehingga mencapai suhu bilik. 2.) Tambahkan gula perang, gula pasir, susu tepung dan esen vanila. Gaulkan sehingga rata. 3.) Masukkan telur dan adunkan pada kelajuan paling rendah untuk menghancurkan gula. Naikkan kepada kelajuan sederhana dan teruskan mengadun sehingga adunan menjadi ringan dan berkrim. 4.) Ayakkan tepung dan soda bikarbonat dan gaul kering sehingga rata. 5.) Turunkan kelajuan pengadun kembali kepada tahap rendah. Tambahkan campuran tepung

Candyshare.com.my


Pemandu Lori Yang Kesepian Menjelang Raya

Pada suatu petang, kelihatan seorang pemuda dengan air mukanya yang gusar. Terlalu banyak yang difikirkannya. Dalam perjalanannya ke gerai Makcik Limah untuk membeli sebungkus mi Jawa untuk dibuat juadah berbuka puasa, terlihat seorang tua yang sangat-sangat dikenalinya. Tak lain tak bukan, memang itu tok bilal masjid kampung mereka.


Melihatkan wajah gusar si pemuda, tok bilal bertanya kepadanya, kenapa wajahnya tidak seceria seperti biasa. Lalu dengan berat hati, diceritakan juga perihalnya setelah dipujuk oleh orang tua yang prihatin itu.


"Saya balik kampung raya tahun ni, sorang je tok bilal. Orang rumah saya tak nak ikut saya balik. Sudahlah tu, anak saya pun tak dibaginya ikut saya. Dia sanggup beraya di KL nuuu. Sedih, sebak saya mengenangkannya. Malu pun ada bila ditanya dek orang tua." , jelas pemuda itu.


Terkejutlah si tok bilal mendengarnya. Lalu orang tua itu menyambung perbualan dengan bertanya, "Pakcik ni bukan nak menyibuk hal keluarga kamu. Tapi, kalau tak keberatan, kamu ceritalah kepada pakcik kenapa sampai jadi macam tu. Mungkin kita boleh sama-sama fikirkan."


"Seminggu sebelum balik kampung, berlaku selisih faham antara saya dengan isteri. Saya ada menerima sedikit wang pemberian dari boss tempat saya bekerja. Walaupun cuma RM200, tapi untuk saya sebagai seorang drebar lori, duit raya sebanyak itu cukuplah menggembirakan saya. Lepas jugalah bajet untuk belikan baju raya orang rumah dan anak kecil saya tu.", jawab pemuda itu.


"Jadi, apa masalahnya? Pakcik kurang faham apa puncanya isteri kamu melawan, sedangkan, kamu cuma bagi baju raya untuknya.", pakcik itu bertanya untuk lebih memahami situasinya.


"Begini pakcik... sepanjang kami berkahwin selama 2 tahun lebih, tidak sekalipun dia tau saya kerja di mana. Dia cuma tau saya ni kerja drebar lori. Lori syarikat pun saya tak pernah bawak balik ke rumah. Saya ulang-alik ke tempat kerja naik motor je pakcik.", jelasnya lagi.


Lalu pemuda itu menyambung, "Ada sehari dalam bulan ni, isteri saya keluar sendiri ke pasaraya untuk membeli baju raya untuk saya pula, tanda penghargaannya atas pemberian saya itu. Dia terlihat saya di dalam lori, menghantar arak ke pasaraya tersebut."


"Hah? Kamu memandu lori arak rupanya. Jadi, isteri kamu kecewa bila tau kamu sara keluarga dengan duit dari hasil kamu menghantar arak? Macam tu?", tanya si tok bilal yang mula sedikit faham tentang punca masalahnya.


"Pakcik, selama ni saya tak fikir itu satu kesalahan. Saya hanya mencari rezeki 'halal' untuk keluarga saya. Kan saya kerja memandu lori sahaja. Bukannya saya jual arak tu, dan makan hasilnya. Itu perniagaan boss saya. Dan, saya langsung tak pernah minum arak seumur hidup saya pakcik.", pemuda itu mahu cuba menjelaskan pendiriannya.


Menggeleng kepala orang tua itu mendengar betapa serongnya fahaman seorang pemuda yang lahir dalam keluarga yang amat dikenalinya itu. Jelas, keluarganya memang keturunan Melayu, dan beragama Islam semuanya.


Lalu, pakcik itu cuba memberikan sedikit penjelasan kepada pemuda tersebut, "Kita sebagai orang Islam, kenapa kita mahu bersekongkol dengan kerja-kerja maksiat seperti itu. Bukan tak ada kerja lain yang boleh dibuat untuk menyara diri dan keluarga di negara kita ni. Kita bukannya dalam darurat, sehinggakan yang salah pun boleh dikatakan betul. Kita ada banyak pilihan yang lebih baik."


"Ah, pakcik pun sama! Pemikiran pakcik ni kolot sangat la. Saya hanya bekerja memandu lori. Dah itu kerja yang dapat saya buat dengan kelulusan SRP yang saya ada. Itupun lesen lori ni, boss saya yang buatkan. Saya mana ada duit pun. Pakcik jangan la ingat saya ni teruk sangat. Pakcik tak duduk di dalam situasi saya ni. Saya kerja drebar lori je pakcik. Dan, boss saya bayar saya gaji dengan hasil titik peluh saya memandu lori tu.", bentaknya kepada tok bilal yang tua itu.





Lalu...  tidak mahu memanjangkan pertelagahan, orang tua itu sekadar menyambung ringkas sebelum memusingkan badannya untuk beredar meninggalkan gerai Makcik Limah itu, "Oh, betul juga tu. Nasib baik boss kamu tu berniaga jual arak ye? Jadi, kamu cuma ditaja untuk buat lesen memandu lori, dan kamu bekerja menghantar arak untuk perniagaannya. Macamana la kalau tokey yang kamu jumpa masa kamu susah dulu tu, dia seorang peniaga daging babi? Mungkin sampai sekarang kamu bekerja di pasar basah, melapah babi untuk diniagakan boss kamu. Itu pun kerja juga namanya kan? Kamu dibayar upah untuk melapah babi, bukannya kamu makan daging babi tu."


Bungkam pemuda itu... Langsung tiada apa mahu dikatakan lagi. Sesungguhnya jika benar, orang yang tidak mahu menerima ilmu dengan baik, maka, siapalah tahu, dengan cara kurang baik sahaja dia mahu belajar. Wallahhua'lam... 

Comments

Popular Kini

BANJIR : Rekabentuk Rakit Penyelamat Menggunakan Paip PVC

Malaysia dilanda banjir dan situasi getir ini sudah melewati tempoh 24 jam. Ramai mangsa yang perlu dipindahkan dengan segera untuk mengelakkan sebarang kemungkinan berlakunya perkara-perkara tak diingini. Selain dari mengangkut bot-bot dan sampan dari luar kawasan yang agak memakan masa, kita sebenarnya boleh membina rakit-rakit penyelamat menggunakan paip PVC 8" ~ 12" yang diisi dengan polisterin di dalamnya. Untuk lantai rakit boleh gunakan sebarang bahan yang mampu mengapung bebanan, contohnya blok polisterin setebal 6".  Untuk mendapat gambaran yang lebih jelas, boleh juga rujuk video bot DIY ini sebagai design outlines -  https://www.youtube.com/watch?v=IFp1z1yzIo8 Mungkin idea ini boleh membantu mempercepatkan proses mengangkut mangsa-mangsa yang masih terperangkap. Mereka kesejukan, kelaparan dan berisiko mendapat pelbagai penyakit bawaan air. Dalam situasi begini kita sedang berlumba dengan masa. Dapatkan bahan-bahan sedia ada di sekeliling kita dan gunakan ilm

PC : It Is Now Safe To Turn Off Your Computer

Haaaa. Siapa rasa familiar dengan ayat tu rasanya orang tu dah cukup tua. Kekeke. Betul la tu. Benda tu memang wujud dan memang ada sebabnya tersendiri. Kalau tak tunggu screen ni keluar, nanti komputer rosak. Aiyok! Untuk golongan anak-anak muda, mungkin ada yang rasa benda ni tak masuk akal sebab komputer kan mati sendiri bila kita keluar dari Windows / Mac OS / Linux / BSD / Unix dan lain-lain Operating System . Treeetttt! Salah lagi menyalahkan. Itu hanya benar pada zaman sekarang. Bukan pada era 386, 486, malahan zaman Pentium yang pertama hampir 3 dekad yang lalu. Memang bunyinya aneh, tetapi kita perlu telitikan apakah perbezaan utama yang menyebabkan ciri-ciri ini wujud. Hard power switch . Paling kanan, bawah emblem 486DX2. Keletak keletuk bunyinya. Dan waktu itu anda perlu labelkan LED display warna hijau itu gunanya untuk display . Mungkin ada yang tak tahu kegunaan display . Zaman dahulu, komputer tak menggunakan soft power button macam yang kita ada hari ni. Suisnya me

NORMALISASI : Superman Biseksual, Captain America ... ?

Yup! Tak salah baca tu. Memang watak Superman baru, anak kepada Clark Kent dan Lois Lane yang dikenali sebelum ini dengan nama watak Superboy (Jonathan Kent) telah disahkan oleh pihak DC Comics sendiri sebagai seorang biseksual. Sumber : The Washington Post Bukanlah sesuatu yang mengejutkan, pesaing terkuat DC iaitu Marvel Comics juga turut naik kapal yang sama. Marvel telahpun mengesahkan bahawa watak Captain America yang baru merupakan seorang remaja gay , bernama Aaron Fischer.  Sumber : The Guardian Kedua-dua penerbit komik ini memang diketahui dari dahulu lagi sejarahnya memang bersaing sengit seperti dalam perlumbaan Formula 1. Namun begitu persaingan yang agak di luar jangka ini berlaku, dan kita patut sudah mula berhati-hati dengan bahan-bahan yang dipertontonkan kepada anak-anak muda kita.  Kita amat berharap tiada pula mana-mana penerbit komik dari Australia mahu memperkenalkan watak pelarian pondan sebagai hero. Hampir pasti kita boleh agak apakah implikasinya nanti. Saba