Skip to main content

AMOS : Biskut Cip Coklat Tak 'Famous'

Bahan-bahan ( Ingredients ) : 120gm mentega campuran (separuh blok) / buttery mixture (half block) 170gm gula perang lembut / light brown sugar 60gm gula pasir halus / fine grain sugar 15gm susu tepung / powdered milk 1tbs esen vanila / vanilla essence 1 biji telur (saiz besar) / egg (large) 300gm tepung gandum serba guna / all purpose wheat flour 1½tbs soda bikarbonat / baking soda 60gm cip coklat / chocolate chips Langkah-langkah : 1.) Potong-potong mentega kepada bahagian-bahagian kecil. Masukkan ke dalam mangkuk adunan. Biarkan sehingga mencapai suhu bilik. 2.) Tambahkan gula perang, gula pasir, susu tepung dan esen vanila. Gaulkan sehingga rata. 3.) Masukkan telur dan adunkan pada kelajuan paling rendah untuk menghancurkan gula. Naikkan kepada kelajuan sederhana dan teruskan mengadun sehingga adunan menjadi ringan dan berkrim. 4.) Ayakkan tepung dan soda bikarbonat dan gaul kering sehingga rata. 5.) Turunkan kelajuan pengadun kembali kepada tahap rendah. Tambahkan campuran tepung

Candyshare.com.my


Bila Kami Ditemukan Semula Selepas Lebih Sedekad Berpisah

Assalammualaikum / Selamat Sejahtera. Wah-wah-wah, bunyi tajuk entri kali ni lain macam ye? Ada bunyi macam pasangan kekasih yang berpisah, lepas tu berjumpa kembali. Kekeke...


Apa-apa pun, sebenarnya, ceritanya berbeza. Semalam, Sabtu, 13 Ogos 2011 kami berhimpun di salah sebuah tempat makan yang agak unik di Sentul, Naili's Place. Pertama kali mendengar namanya, memang tertanya-tanya juga bagaimanakah rupanya. Bila tiba di sana pada jam 6:50 petang, selepas meletakkan kereta di tempat yang agak merisaukan (hahaha), berjalan kaki meredah hujan renyai-renyai, dapat dilihat tempat itu nampak macam biasa sahaja dari luar.






Setelah kami masuk, wah... terserlah juga kelainan Naili's Place ini. Ia sebuah kafe yang bertemakan permandangan kampung nelayan dan jeti. Ada bot, pukat, bubu... dan macam-macam lagi kelengkapan menangkap ikan sebagai perhiasan di dalam kafe itu. Paling kelakar, di tempat mengambil makanan (kami ambil buffet, seorang RM39), ada sebuah arca rangka patung Transformers yang dibuat daripada komponen-komponen enjin. Hehehe.


Oh ye! Siapa KAMI tu? Kamilah bekas pelajar Sek. Men. Teknik Kuala Lumpur (TIKL) sesi persekolahan 1994/95. Waktu itu ada jurusan Kejuruteraan Awam, Elektrik dan Elektronik, Mekanikal, dan Perdagangan.


Biasanya kita tak suka membaca di hujung minggu kan? Tambahan lagi badan pun rasa liat semacam pagi Ahad ni. Jadi, kita jamu mata dengan gambar-gambar yang sempat dirakamkan malam tadi, merangkap yang melepasi penapisan taraf klasifikasi 'U' ye. Yang lain-lain tu tak payah la kot. Merepek-repek je. Hahaha.


Waktu baru tiba. Masing-masing letih dan lesu selepas meredah hujan dan laluan-laluan yang sesak.




Haaa... dah masuk waktu berbuka puasa. Tengok, dah cerah air muka masing-masing. Hahaha.


Maka, sesi bergosip pun bermula... (Izzy tu sambil mengunyah sampai kembung pipi, apa yang dia minta lagi tu? Hahaha)


Yang ni Hazel!




Perhatikan watak yang berbaju biru tua tu. Anda bakal melihatnya di pawagam, insyaAllah. Hehehe.

Teman makan ni je ye.


Yang ni Iean. Dia tertelan udang galah kot. Lain macam je muka. Hahaha.


Yang ni Kak Ros! Eh silap. Tu dalam cerita Upin & Ipin. Yang ni nama dia Rosediana. Ngantuk la tu kot.


Ahahaha... habis laaa... Kecoh weh! Yang ni Izzy.


Macam biasa, dia ni kena ada. Navigator teman ni. Nama dia Sham.


Udah-udah le tu Izzy oi. Berapa pinggan dah tu? Hahaha.


Kucai memerhatikan nama yang nak ditarik keluar. Ibrahim marah tu. 'Tak boleh tengok la!' Kekeke.


Yang ni dulu sama kelas. Ni Shahir Rahim.


Azrin, Kelly, Faizal... Ceria je kan?


Bahaya diorang ni. Ada je kamera ke, telefon ke kat tangan. Tau-tau, dah ada je gambarnya dalam Facebook.




Haaa... tengok! Kan betul!


Ooops! Ia bukan seperti yang anda lihat. Mereka bukan sedang berlatih tarian canggung ye? Hahaha.




Ezam Salih tu kan? Dengan...? Alahai, tak ingat nama. Sorry ye.


Yang ni Linezam atau dulunya dikenali sebagai Line-7.


Sesi pertukaran hadiah sebagai pengisian.




Belek-belek la ye? Apa dalamnya tu? Hehehe.










Erk! No camera please... no camera!


Nama siapa plak tu agaknya ye?




Hahaha. Yang ni cukup senang. Pertukarannya sebelah-menyebelah je.



Wajah-wajah ceria.


Rosediana dalam versi yang sama macam dulu-dulu.


Iean dalam versi yang tak berapa sama dengan dulu. Dan, muka tak kembung-kembung macam yang tadi tu.


Yang ni Izzy versi gosip tak berkesudahan kan? Kan?




Itulah sahaja yang dapat dirakam dan dipaparkan sebagai kenang-kenangan sesama kami. Alhamdulillah. Tahniah dan terima kasih tidak terhingga kepada Ibrahim dan semua yang terlibat menjayakan program ini. Sekian... Wassalam.

Nota : Gambar-gambar di atas telah diturunkan resolusinya untuk membolehkan proses upload lebih lancar. Maklumlah, jalur lebar di negara kita ni jalurnya tak berapa nak lebar kan? Kepada sesiapa yang berminat untuk menghantar gambar-gambar di atas untuk cetakan, sila minta fail versi resolusi tinggi. Tinggalkan alamat emel di bahagian komen, atau terus hantar PM di Facebook.

Comments

  1. heeeeeee.. nak! nakkkkkk! nakkkkkkk! gambo2 nihhhh!! hihihihihi.. ~izzy~

    ReplyDelete
  2. waaahhh.... meriah nyer!!!

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Kini

BANJIR : Rekabentuk Rakit Penyelamat Menggunakan Paip PVC

Malaysia dilanda banjir dan situasi getir ini sudah melewati tempoh 24 jam. Ramai mangsa yang perlu dipindahkan dengan segera untuk mengelakkan sebarang kemungkinan berlakunya perkara-perkara tak diingini. Selain dari mengangkut bot-bot dan sampan dari luar kawasan yang agak memakan masa, kita sebenarnya boleh membina rakit-rakit penyelamat menggunakan paip PVC 8" ~ 12" yang diisi dengan polisterin di dalamnya. Untuk lantai rakit boleh gunakan sebarang bahan yang mampu mengapung bebanan, contohnya blok polisterin setebal 6".  Untuk mendapat gambaran yang lebih jelas, boleh juga rujuk video bot DIY ini sebagai design outlines -  https://www.youtube.com/watch?v=IFp1z1yzIo8 Mungkin idea ini boleh membantu mempercepatkan proses mengangkut mangsa-mangsa yang masih terperangkap. Mereka kesejukan, kelaparan dan berisiko mendapat pelbagai penyakit bawaan air. Dalam situasi begini kita sedang berlumba dengan masa. Dapatkan bahan-bahan sedia ada di sekeliling kita dan gunakan ilm

PC : It Is Now Safe To Turn Off Your Computer

Haaaa. Siapa rasa familiar dengan ayat tu rasanya orang tu dah cukup tua. Kekeke. Betul la tu. Benda tu memang wujud dan memang ada sebabnya tersendiri. Kalau tak tunggu screen ni keluar, nanti komputer rosak. Aiyok! Untuk golongan anak-anak muda, mungkin ada yang rasa benda ni tak masuk akal sebab komputer kan mati sendiri bila kita keluar dari Windows / Mac OS / Linux / BSD / Unix dan lain-lain Operating System . Treeetttt! Salah lagi menyalahkan. Itu hanya benar pada zaman sekarang. Bukan pada era 386, 486, malahan zaman Pentium yang pertama hampir 3 dekad yang lalu. Memang bunyinya aneh, tetapi kita perlu telitikan apakah perbezaan utama yang menyebabkan ciri-ciri ini wujud. Hard power switch . Paling kanan, bawah emblem 486DX2. Keletak keletuk bunyinya. Dan waktu itu anda perlu labelkan LED display warna hijau itu gunanya untuk display . Mungkin ada yang tak tahu kegunaan display . Zaman dahulu, komputer tak menggunakan soft power button macam yang kita ada hari ni. Suisnya me

NORMALISASI : Superman Biseksual, Captain America ... ?

Yup! Tak salah baca tu. Memang watak Superman baru, anak kepada Clark Kent dan Lois Lane yang dikenali sebelum ini dengan nama watak Superboy (Jonathan Kent) telah disahkan oleh pihak DC Comics sendiri sebagai seorang biseksual. Sumber : The Washington Post Bukanlah sesuatu yang mengejutkan, pesaing terkuat DC iaitu Marvel Comics juga turut naik kapal yang sama. Marvel telahpun mengesahkan bahawa watak Captain America yang baru merupakan seorang remaja gay , bernama Aaron Fischer.  Sumber : The Guardian Kedua-dua penerbit komik ini memang diketahui dari dahulu lagi sejarahnya memang bersaing sengit seperti dalam perlumbaan Formula 1. Namun begitu persaingan yang agak di luar jangka ini berlaku, dan kita patut sudah mula berhati-hati dengan bahan-bahan yang dipertontonkan kepada anak-anak muda kita.  Kita amat berharap tiada pula mana-mana penerbit komik dari Australia mahu memperkenalkan watak pelarian pondan sebagai hero. Hampir pasti kita boleh agak apakah implikasinya nanti. Saba