Skip to main content

AMOS : Biskut Cip Coklat Tak 'Famous'

Bahan-bahan ( Ingredients ) : 120gm mentega campuran (separuh blok) / buttery mixture (half block) 170gm gula perang lembut / light brown sugar 60gm gula pasir halus / fine grain sugar 15gm susu tepung / powdered milk 1tbs esen vanila / vanilla essence 1 biji telur (saiz besar) / egg (large) 300gm tepung gandum serba guna / all purpose wheat flour 1½tbs soda bikarbonat / baking soda 60gm cip coklat / chocolate chips Langkah-langkah : 1.) Potong-potong mentega kepada bahagian-bahagian kecil. Masukkan ke dalam mangkuk adunan. Biarkan sehingga mencapai suhu bilik. 2.) Tambahkan gula perang, gula pasir, susu tepung dan esen vanila. Gaulkan sehingga rata. 3.) Masukkan telur dan adunkan pada kelajuan paling rendah untuk menghancurkan gula. Naikkan kepada kelajuan sederhana dan teruskan mengadun sehingga adunan menjadi ringan dan berkrim. 4.) Ayakkan tepung dan soda bikarbonat dan gaul kering sehingga rata. 5.) Turunkan kelajuan pengadun kembali kepada tahap rendah. Tambahkan campuran tepung

Candyshare.com.my


Apa Ada Di Sekeliling?

Hi! Hmmm... sengaja nak memecahkan tradisi, ini kali pertama di blog ini, ada entri yang menyentuh kepada kehidupan peribadi. Rasanya agak janggal, tetapi apalah nak dikisahkan, semua perkara mesti ada permulaannya kan? Mesti ada kali pertama kan?


Terus-terang dikatakan, sejak teman berstatus 'pengurusan tahap pertengahan', teman memang ada ofis teman sendiri. Tak kiralah ofis tu kubikal sendiri ke, ataupun berkongsi dengan staf lain. Nyatanya, memang ada ofis. Inilah tahun pertama, tradisi itu dipecah, tiada ofis lagi selepas kebakaran tempat kerja kami. Kami mungkin perlu menunggu dalam sebulan dua lagi, barulah ofis gantian akan siap; itu anggarannya. Jadi, sepanjang tempoh dari tahun 1998, selepas 13 tahun, inilah kali pertama teman mengalami situasi kerja sebegini.


Berpuasa dengan persekitaran kerja yang amat tidak kondusif ini, ditambah dengan keadaan cuaca tidak menentu, amat mudah dibayangkan cabaran puasa tahun ini memang lain macam. Tapi alhamdulillah, puasa masih dapat dikerjakan walaupun dalam keadaan tahap kesihatan yang kurang meyakinkan.


Apa lagi yang kali pertama ye? Oh, ada banyak lagi rupanya. Sesiapa yang mengenali seorang sahabat dari Sungai Buloh, Selangor, selepas insiden tahun lalu yang berkesudahan dengan keputusan yang kurang enak, bagi beliau juga, kali pertama beliau menjadi ceria semula sejak kehadiran si pengganti kepada yang pergi. Seakan satu perkembangan yang sihat di situ. Kita tunggulah apa hasilnya nanti. InsyaAllah, kita harapkan yang terbaik.


Aaa... Ada seorang lagi, nak kata sahabat, kira boleh la, umur adik-adik kita kan. Beliau juga berjumpa dengan kegembiraan barunya, baru-baru ini. Memang banyak hikmah dari sinar Ramadhan tahun ni kan? Alhamdulillah. 'Budak kecik' yang berasal dari Sabah, yang kini menetap di Subang itu dahulunya selalu mengadu rasa kekosongan dalam hidupnya, rasa bosan... seakan ada ruang perlu diisi dengan sesuatu, atau mungkin... seseorang? Ternyata jawapannya memang 'seorang', kerana bukan PS3, atau televisyen LCD besar atau anak patung beruang besar yang dicarinya untuk dibuat teman. Memang pasti, 'seseorang'lah jawapannya, bukan 'sesuatu'.


Oh ye. Ada lagi... itu akak yang kerja packing barang nak keluar tu, dia dah pakai tudung sekarang. Wah, satu lagi berita gembira. Juga, dengar-dengar cerita salah seorang sahabat lagi, kalau tak silap dia tinggal di kawasan Puncak Alam rasanya, dia pun dah bertudung, bermula Ramadhan ni. Wah... banyak berita gembira dapat dikongsikan. Alhamdulillah...


Apa lagi ye? Aaa... ada juga teringat seorang kawan lama, dia dah berkereta. OK la tu. Dapat bonus berganda kot. Dia pun 'tersangkut' juga dengan seorang lagi kawan jauh. Eh, elok sangat la tu. Dulu pernah juga layan hiburan dengan dua  orang ni. Terasa macam ada keserasian juga. Boleh la tu. Cuma itulah... kita kawan-kawan ni bahasa banyak kena jaga. Jangan kita ni boleh suka-suka kata 'kalau awek kita tonggeng depan kawan kita, nanti kawan kita pun nak juga'. Itu dah tak betul la tu. Bukan niat kawan-kawan mengungkit kisah lama. Cuma, bila kita dalam kesusahan, dengan kawan la kita nak mengadu hal pun kan?


Sebab itulah teman sentiasa sayang sahabat-sahabat teman. Hahaha. Ayat skima la pulak!


Eh-eh, ke mana perginya minah yang nak menonggeng tu ye? Dah menonggeng dah dia? Atau ada orang lain yang menonggeng kerana dia? Entahlah... itupun salah seorang kawan juga tu. Tapi kawan-kawan begitu sajalah. Agak kekok berhubung dengan orang sebegini, lebih lagi jika dia suka gelar-menggelar dengan panggilan yang kurang menyenangkan. 'Bee, darling, sayang, sweetheart'? Arrghhhh... tolonglah! Tolonglah dewasakan diri. Rimaslah... Berkomunikasi juga ada caranya. Ikutlah kaedah yang betul. Ellakkan orang di sekeliling anda menjadi kekok berkomunikasi dengan anda.






Lagi... apa ye? Aaa... Warna kereta pun dah baru. Saja, nak beri rupa baru kepada kenderaan yang sekian lama berkhidmat kepada tuannya ni. Hehehe.


Apa lagi yang baru? Ada lagi... Kejap ye, nak ingatkan semula. 


Hmmm... tak dapat nak ingat balik. Banyak sangat kot. Tapi antara yang signifikan, yang di atas tadilah rasanya. Dan... Hmmm... entri blog kali ini. Perkara baru juga ni. Teman rasa pelik juga. Bagaimana ada blogger lain yang lebih senang menulis tentang hal-hal peribadi. Kerana teman rasa kurang selesa dengan percubaan kali pertama ini. Mungkin berkongsi pandangan dan cara berfikir adalah lebih menyenangkan.


Wallahhua'lam... Wassalam.

Comments

  1. weii aku tak de ke? yer la sapa la aku.

    ReplyDelete
  2. Dah tu, ko pun tenggelam timbul. Mana aku nak tau apa jadi kat ko. Yang aku tau, 4WD nombor plet 4141 tu je. Hehehehe...

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Kini

BANJIR : Rekabentuk Rakit Penyelamat Menggunakan Paip PVC

Malaysia dilanda banjir dan situasi getir ini sudah melewati tempoh 24 jam. Ramai mangsa yang perlu dipindahkan dengan segera untuk mengelakkan sebarang kemungkinan berlakunya perkara-perkara tak diingini. Selain dari mengangkut bot-bot dan sampan dari luar kawasan yang agak memakan masa, kita sebenarnya boleh membina rakit-rakit penyelamat menggunakan paip PVC 8" ~ 12" yang diisi dengan polisterin di dalamnya. Untuk lantai rakit boleh gunakan sebarang bahan yang mampu mengapung bebanan, contohnya blok polisterin setebal 6".  Untuk mendapat gambaran yang lebih jelas, boleh juga rujuk video bot DIY ini sebagai design outlines -  https://www.youtube.com/watch?v=IFp1z1yzIo8 Mungkin idea ini boleh membantu mempercepatkan proses mengangkut mangsa-mangsa yang masih terperangkap. Mereka kesejukan, kelaparan dan berisiko mendapat pelbagai penyakit bawaan air. Dalam situasi begini kita sedang berlumba dengan masa. Dapatkan bahan-bahan sedia ada di sekeliling kita dan gunakan ilm

NORMALISASI : Superman Biseksual, Captain America ... ?

Yup! Tak salah baca tu. Memang watak Superman baru, anak kepada Clark Kent dan Lois Lane yang dikenali sebelum ini dengan nama watak Superboy (Jonathan Kent) telah disahkan oleh pihak DC Comics sendiri sebagai seorang biseksual. Sumber : The Washington Post Bukanlah sesuatu yang mengejutkan, pesaing terkuat DC iaitu Marvel Comics juga turut naik kapal yang sama. Marvel telahpun mengesahkan bahawa watak Captain America yang baru merupakan seorang remaja gay , bernama Aaron Fischer.  Sumber : The Guardian Kedua-dua penerbit komik ini memang diketahui dari dahulu lagi sejarahnya memang bersaing sengit seperti dalam perlumbaan Formula 1. Namun begitu persaingan yang agak di luar jangka ini berlaku, dan kita patut sudah mula berhati-hati dengan bahan-bahan yang dipertontonkan kepada anak-anak muda kita.  Kita amat berharap tiada pula mana-mana penerbit komik dari Australia mahu memperkenalkan watak pelarian pondan sebagai hero. Hampir pasti kita boleh agak apakah implikasinya nanti. Saba

PC : It Is Now Safe To Turn Off Your Computer

Haaaa. Siapa rasa familiar dengan ayat tu rasanya orang tu dah cukup tua. Kekeke. Betul la tu. Benda tu memang wujud dan memang ada sebabnya tersendiri. Kalau tak tunggu screen ni keluar, nanti komputer rosak. Aiyok! Untuk golongan anak-anak muda, mungkin ada yang rasa benda ni tak masuk akal sebab komputer kan mati sendiri bila kita keluar dari Windows / Mac OS / Linux / BSD / Unix dan lain-lain Operating System . Treeetttt! Salah lagi menyalahkan. Itu hanya benar pada zaman sekarang. Bukan pada era 386, 486, malahan zaman Pentium yang pertama hampir 3 dekad yang lalu. Memang bunyinya aneh, tetapi kita perlu telitikan apakah perbezaan utama yang menyebabkan ciri-ciri ini wujud. Hard power switch . Paling kanan, bawah emblem 486DX2. Keletak keletuk bunyinya. Dan waktu itu anda perlu labelkan LED display warna hijau itu gunanya untuk display . Mungkin ada yang tak tahu kegunaan display . Zaman dahulu, komputer tak menggunakan soft power button macam yang kita ada hari ni. Suisnya me