Skip to main content

Posts

Showing posts from August, 2011

E-WALLET : Kisah Seorang Muhammad Hanif

Muhammad Hanif ialah seorang pekerja BigPay yang memegang jawatan ' Serve Customers '. Pada 25 September 2021 jam 8:17 PM beliau menelefon menggunakan WhatsApp call dari nombor +601117684266 . Profile picture beliau menggunakan logo BigPay. Suara beliau jelasnya ada pelat-pelat India. Pada hari ini 5 Oktober 2021 jam 2:14 PM Muhammad Hanif menelefon lagi sekali melalui WhatsApp call dari nombor +60113809095 tetapi malangnya tak sempat pula nak diangkat untuk didengari suaranya. Kali ini profile picture beliau merupakan seorang lelaki Cina.   Pasti beliau seorang yang amat prihatin dengan pelanggan-pelanggan BigPay sehinggakan tiada kredit sekalipun beliau usaha untuk membuat panggilan menggunakan WhatsApp. Ada kemungkinan juga sebenarnya beliau terkeliru dengan identiti sendiri. Mengikut gambar dalam laman web BigPay, beliau merupakan seorang lelaki Melayu. Jadi beliau ialah seorang lelaki Melayu yang bercakap pelat India dan baru sahaja selesai membuat pembedahan plastik u

Selamat Merayakan I'dulfitri dan Selamat Menyambut Ulangtahun Kemerdekaan

Di kesempatan ini (sementara bersiap hendak balik ke kampung sebenarnya), diucapkan Selamat Merayakan I'dulfitri dan mohon ampun maaf sekiranya ada salah dan silap sepanjang berkarya (dan berkarut) di ruangan blog yang tidak seberapa ini. Juga, diucapkan Selamat Menyambut Ulangtahun Kemerdekaan negara kita, Malaysia. Sekian, wassalam. Nota : Lagu latar di dalam video di atas adalah "Satu Hari Di Hari Raya", karya dan dipersembahkan oleh sifu M. Nasir. Bukan untuk memperolok-olokkan hasil seni beliau, apatah lagi untuk menumpang publisiti dari populariti lagu raya tersebut, tetapi sekadar hiburan, hawa telinga.

Pemandu Lori Yang Kesepian Menjelang Raya

Pada suatu petang, kelihatan seorang pemuda dengan air mukanya yang gusar. Terlalu banyak yang difikirkannya. Dalam perjalanannya ke gerai Makcik Limah untuk membeli sebungkus mi Jawa untuk dibuat juadah berbuka puasa, terlihat seorang tua yang sangat-sangat dikenalinya. Tak lain tak bukan, memang itu tok bilal masjid kampung mereka. Melihatkan wajah gusar si pemuda, tok bilal bertanya kepadanya, kenapa wajahnya tidak seceria seperti biasa. Lalu dengan berat hati, diceritakan juga perihalnya setelah dipujuk oleh orang tua yang prihatin itu. "Saya balik kampung raya tahun ni, sorang je tok bilal. Orang rumah saya tak nak ikut saya balik. Sudahlah tu, anak saya pun tak dibaginya ikut saya. Dia sanggup beraya di KL nuuu. Sedih, sebak saya mengenangkannya. Malu pun ada bila ditanya dek orang tua." , jelas pemuda itu. Terkejutlah si tok bilal mendengarnya. Lalu orang tua itu menyambung perbualan dengan bertanya, "Pakcik ni bukan nak menyibuk hal keluarga kamu. Tapi, kalau tak

Bila Kami Ditemukan Semula Selepas Lebih Sedekad Berpisah

Assalammualaikum / Selamat Sejahtera. Wah-wah-wah, bunyi tajuk entri kali ni lain macam ye? Ada bunyi macam pasangan kekasih yang berpisah, lepas tu berjumpa kembali. Kekeke... Apa-apa pun, sebenarnya, ceritanya berbeza. Semalam, Sabtu, 13 Ogos 2011 kami berhimpun di salah sebuah tempat makan yang agak unik di Sentul, Naili's Place. Pertama kali mendengar namanya, memang tertanya-tanya juga bagaimanakah rupanya. Bila tiba di sana pada jam 6:50 petang, selepas meletakkan kereta di tempat yang agak merisaukan (hahaha), berjalan kaki meredah hujan renyai-renyai, dapat dilihat tempat itu nampak macam biasa sahaja dari luar. Setelah kami masuk, wah... terserlah juga kelainan Naili's Place ini. Ia sebuah kafe yang bertemakan permandangan kampung nelayan dan jeti. Ada bot, pukat, bubu... dan macam-macam lagi kelengkapan menangkap ikan sebagai perhiasan di dalam kafe itu. Paling kelakar, di tempat mengambil makanan (kami ambil buffet, seorang RM39), ada sebuah arca rangka patung Transf

Ooops! Maaflah... Tak Sengaja.

Entri kali ini bukan versi 'malas nak taip', tapi artikel dari Yahoo! News ini mungkin kurang enak dibaca jika ditaip semula. Hehehe. Nikmatilah bersama-sama ye. " PUTRAJAYA, Aug 10 (Bernama) -- The Election Commission (EC) today admitted the existence of a name ''Kg Baru'' as a registered voter and clarified that it was a mistake in the data entered during the Voter Registration Form. However, the EC has taken immediate action to correct the voter's information after spotting the error, clarified the EC in a statement today. Meanwhile, the EC denied allegations that Farhana Abdul Rashid was registered as a voter even though the name did not exist in the record of the National Registration Department (NRD). It asserted that through the Agency Link-up System (ALIS) with NRD, the EC found the name of the voter in the NRD record as a citizen and that the registration was legitimate. On the RM10 payment for each objection raised involving voters, the EC cl

Apa Ada Di Sekeliling?

Hi! Hmmm... sengaja nak memecahkan tradisi, ini kali pertama di blog ini, ada entri yang menyentuh kepada kehidupan peribadi. Rasanya agak janggal, tetapi apalah nak dikisahkan, semua perkara mesti ada permulaannya kan? Mesti ada kali pertama kan? Terus-terang dikatakan, sejak teman berstatus 'pengurusan tahap pertengahan', teman memang ada ofis teman sendiri. Tak kiralah ofis tu kubikal sendiri ke, ataupun berkongsi dengan staf lain. Nyatanya, memang ada ofis. Inilah tahun pertama, tradisi itu dipecah, tiada ofis lagi selepas kebakaran tempat kerja kami. Kami mungkin perlu menunggu dalam sebulan dua lagi, barulah ofis gantian akan siap; itu anggarannya. Jadi, sepanjang tempoh dari tahun 1998, selepas 13 tahun, inilah kali pertama teman mengalami situasi kerja sebegini. Berpuasa dengan persekitaran kerja yang amat tidak kondusif ini, ditambah dengan keadaan cuaca tidak menentu, amat mudah dibayangkan cabaran puasa tahun ini memang lain macam. Tapi alhamdulillah, puasa masih dap

Polisi Privasi (Privacy Policy)

What information do we collect? We collect information from you when you register on our site, subscribe to our newsletter, respond to a survey or fill out a form. When ordering or registering on our site, as appropriate, you may be asked to enter your: name or e-mail address. You may, however, visit our site anonymously. Google, as a third party vendor, uses cookies to serve ads on your site. Google's use of the DART cookie enables it to serve ads to your users based on their visit to your sites and other sites on the Internet. Users may opt out of the use of the DART cookie by visiting the Google ad and content network privacy policy.. What do we use your information for? Any of the information we collect from you may be used in one of the following ways: ; To improve our website (we continually strive to improve our website offerings based on the information and feedback we receive from you) ; To send periodic emails The email address you provide may be used to send you infor

Projek 'Kami Endah'

Entri ini bertujuan memberikan sedikit pendedahan kepada sesiapa yang berminat dengan kerja-kerja amal, untuk menilai, menyertai atau sekadar mengetahui serba-sedikit tentang projek 'Kami Endah' ini. Projek 'Kami Endah' adalah pembentukan sekumpulan individu yang berminat dengan program-program amal, dan mempunyai kesungguhan untuk menyertainya. Banyak kali kita terfikir, "Aku ingin membantu, tetapi aku tidak tahu caranya." Kenapa persoalan sebegini terlintas di fikiran kita, kita yang tahu apa jawapannya. Membantu ada banyak cara, dan menyertai projek-projek amal adalah salah satu daripadanya. Sumbangan wang-ringgit, barangan, tenaga, idea dan sebagainya, semuanya adalah bentuk-bentuk sumbangan yang sentiasa diperlu dan dialu-alukan oleh sesiapa sahaja yang menantikan sumbangan itu. Kenapa kita ragu-ragu untuk membantu? Ada masanya, mungkin terdetik di fikiran kita, adakah individu yang datang mengutip derma itu benar-benar wakil dari tempat yang memerlukan b