Skip to main content

COVID-19 : Sudah Dijangkiti, Apa Patut Aku Buat? [ Bahagian 1 ]

Dijangkiti penyakit yang merbahaya dan sudah menjadi wabak seluruh dunia, pasti menjadi satu pengalaman baru untuk setiap manusia di muka bumi ni. Tak kisahlah apa implikasi dari pengalaman ni, sama ada yang positif atau negatif dalam kehidupan kita. Ia mencatat satu sejarah kehidupan sesiapa sahaja yang menempuhnya. Salah seorangnya ialah, AKU. Iya, aku telah dijangkiti Covid-19. Sejak Disember 2019, aku hanya mendengar, membaca dan menonton perkembangan wabak yang ganas ni. Tetapi kira-kira dua minggu lepas aku terpaksa meredahnya dengan segala bentuk ikhtiar, ilmu, kemahiran dan pengalaman setakat mana yang aku ada selama ini. Ingin aku tekankan di sini, tujuan entri ini aku tulis bukan untuk berbangga, sombong, bongkak, jauh sekali memberi nasihat kepada orang lain. Ia sekadar perkongsian tentang apa yang aku tempuh. Tidak kurang dan tidak lebih daripada itu. Para pembaca perlu mengambil ini sebagai disclaimer . Aku bukan doktor, bukan perawat Islam, bukan pengamal perubatan herba

Susulan Kisahnya Ayam Goreng Cap Atuk Tua Berjanggut Putih

Baru sehari dua kita mendapat maklumbalas daripada pihak KFC Malaysia, pelbagai komen disuarakan oleh orang awam yang bukan sekadar bercerita tentang video yang didedahkan, tetapi juga mengenai cara pihak KFC menjelaskan dan mengendalikan isu ini.


Agak tertarik dengan salah satu perenggan dari teks 'Kenyataan Rasmi' yang dikeluarkan oleh pihak KFC, maka tumpuan lebih diberikan kepada persoalan, 'benarkah selama ini pihak KFC tidak memantau operasi restoran-restorannya dengan baik'? Dan benarkah perkara begitu tidak pernah berlaku selama ini? Benarkah mereka sentiasa mampu menjamin tahap kebersihan, kesihatan dan keselamatan produk yang mereka jual kepada pengguna? Adakah pelaksanaan sistem operasi mereka benar-benar konsisten, atau sekadar bermuka-muka ketika aktiviti pemeriksaan dan audit pensijilan/pengiktirafan dijalankan? Benarkah?


Pelanggan tidak datang untuk makan percuma di restoran-restoran KFC. Harga yang dibayar juga lebih daripada harga ayam goreng salut tepung yang biasa dijual di pasar-pasar malam. Itu belum diambilkira tambahan kos yang perlu dibayar oleh pengguna untuk menampung 6% cukai kerajaan yang dikenakan ketika membeli makanan di restoran mereka. Dengan 'kemewahan' sebegini yang sanggup dibayar oleh pengguna, beginikah yang terbaik mampu dilakukan oleh pihak KFC? Malang sungguh kepada pelanggan-pelanggan tetap KFC. Memang malang yang tidak terkata.


Kita imbas kembali perenggan tersebut yang berbunyi -


"Pihak kami ingin menegaskan kepada para pelanggan dan orang ramai bahawa kejadian ini merupakan kes terpencil dan tidak pernah berlaku sebelum ini. Sejak Oktober 2010, pihak kami telah mengambil langkah-langkah perlu untuk mengelakkan kejadian-kejadian seperti itu berlaku lagi termasuklah dengan memasang televisyen litar tertutup (CCTV) di bahagian dapur restoran-restoran KFC. "


Kita imbas kembali juga, komen teman semalam, berkaitan kenyataan tersebut -


"... Tidak pernah berlaku? Bagaimana anda pasti? Ada perbezaan yang amat jelas di antara 'tidak pernah berlaku', dan 'tidak pernah kami ketahui ia berlaku' (bahasa pasarnya, 'tak pernah kantoi' la tu)... Bercanggah dengan sebahagian kandungan di dalam Kenyataan Rasmi itu, iaitu pihak KFC memasang CCTV di bahagian penyediaan makanan selepas penemuan insiden ini, bukannya sebelum. Bagaimana ia dipastikan? Jelasnya, pihak KFC tidak pernah tahu jika ia berlaku selama ini, jika tiada pendedahan visual sebegini dibuat. ..."


Apa yang menariknya, pagi ini satu lagi link video diterima, yang menunjukkan aksi yang tidak kurang 'hebat'nya berbanding video yang terdahulu. Mari kita tonton, amati video tersebut...






Maka, jelas dan nyata bahawa 'Kenyataan Rasmi' yang dikeluarkan oleh pihak KFC Malaysia itu adalah sekadar melepaskan batuk di tangga, sekadar ingin menjawab, dan tidak membawa sebarang makna. Ketulusan di dalam menjawab persoalan sensitif sebegitu juga boleh dipersoalkan. Benarkah perkara sebegitu 'tidak pernah berlaku'? Atau sebenarnya anda tidak pernah tahu ia berlaku. Bagimanakah sistem pemantauan yang dijalankan oleh pihak KFC? Jika ada, buktikan keberkesanannya. Dengan adanya video di atas, teman percaya, isu sebegini bukanlah 'kes terpencil'. Ini yang ada dirakam dan didedahkan. Bagaimana pula dengan yang diam-diam... tersorok... yang tiada orang lain tahu mengenainya. Hampir pasti, bukan 'kes terpencil'... betul tak?

Kenapa mengeluarkan kenyataan yang mengelirukan sebegitu? Tidakkan pihak KFC Malaysia sedar, tahu dan faham bahawa 'TIDAK PERNAH BERLAKU" dan "TIDAK PERNAH KAMI KETAHUI IA BERLAKU" adalah dua perkara yang amat-amat berbeza? Atau mereka sedar dan tahu, cuma memang berniat memberi kenyataan yang mengelirukan sebegitu.

Kepada para pengguna, hak mutlak masih di tangan anda. Berfikirkan sewarasnya, adakah anda masih ingin mempercayai pihak yang bersikap tidak telus dan tidak tulus sebegini? Teman tidak dibayar oleh mana-mana pihak untuk menulis entri blog sebegini, apatah lagi mendapat rasuah daripada pihak pesaing KFC, cuma teman amat mengharapkan dengan pendedahan dan penekanan sebegini, pihak pengusaha dan peniaga di Malaysia akan merubah sikap mereka menjadi lebih baik dan bermoral.

Sekian, wassalam...

Comments

Popular Kini

COVID-19 : Sudah Dijangkiti, Apa Patut Aku Buat? [ Bahagian 1 ]

Dijangkiti penyakit yang merbahaya dan sudah menjadi wabak seluruh dunia, pasti menjadi satu pengalaman baru untuk setiap manusia di muka bumi ni. Tak kisahlah apa implikasi dari pengalaman ni, sama ada yang positif atau negatif dalam kehidupan kita. Ia mencatat satu sejarah kehidupan sesiapa sahaja yang menempuhnya. Salah seorangnya ialah, AKU. Iya, aku telah dijangkiti Covid-19. Sejak Disember 2019, aku hanya mendengar, membaca dan menonton perkembangan wabak yang ganas ni. Tetapi kira-kira dua minggu lepas aku terpaksa meredahnya dengan segala bentuk ikhtiar, ilmu, kemahiran dan pengalaman setakat mana yang aku ada selama ini. Ingin aku tekankan di sini, tujuan entri ini aku tulis bukan untuk berbangga, sombong, bongkak, jauh sekali memberi nasihat kepada orang lain. Ia sekadar perkongsian tentang apa yang aku tempuh. Tidak kurang dan tidak lebih daripada itu. Para pembaca perlu mengambil ini sebagai disclaimer . Aku bukan doktor, bukan perawat Islam, bukan pengamal perubatan herba

RESIPI : Cempedak Goreng Stail Macam Gerai

Haaa... musim buah dah sampai hujung-hujung. Maksudnya, sekarang ada banyak cempedak kan? Buah ni orang panggil buah penutup musim, selain manggis dengan langsat. Isk! Apa le teman merepek ni ye? Kalo korang budak bandar, mana la korang tau pasal musim buah-buahan ni kan? Hehehe. Kalau korang suka cempedak goreng yang tak berapa rangup, tapi rasa nice satu macam je bila gigit masa suam-suam, mungkin korang buleh cuba resipi ni. Tak sama macam guna tepung goreng segera tu tau. Yang tu ada rasa ngan bau macam vanila. Yang ni, memang rasa macam yang jual kat gerai tepi jalan tu. Ce try , ce try . Hehehe. BAHAN-BAHAN - 1/2 biji buah cempedak (kalau korang tukor ngan buah lain pun buleh) 1 cawan tepung gandum 3 sudu besar serbuk roti (kalau takde, bantai je hancurkan biskut lutut) 1 sudu makan minyak masak yang dipanaskan 2 sudu teh garam halus 1 sudu teh gula 1 sudu teh serbuk kunyit Air secukupnya (dalam secawan dua, ikut kualiti tepung korang) Minyak masak secukupnya untuk menggoreng *

RESIPI : Waffle Lembut

Kita dalam PKPD lagi, selepas ' TOTAL LOCKDOWN ' edisi Jun 2021. Berkurung lagi nampaknya. Bosan? Boleh la main masak-masak lagi macam PKP 1.0 tahun lepas. Nak try buat waffle? Ada resipi yang dikongsikan dalam FB page Daily Masak . Tak dapat dipastikan siapakah individu asal yang berkongsi resipi ni. Kalau ada sesiapa tahu, tolong tinggalkan maklumat di komen ye. Selamat mencuba! - - - Resepi Waffle Lembut Bahan Resepi Waffle Sedap : 3 cawan tepung gandum 2 1/2 cawan air 3/4 cawan minyak masak/butter cair 2 biji telur & esen vanilla 2 sudu makan susu tepung 3 sudu makan gula castor 1/2 sudu teh garam 1 sudu makan baking powder 1/4 sudu teh baking soda Gunakan cawan penyukat seperti dalam gambar.Anda boleh dapatkan di kedai bakeri berhampiran. Resepi waffle sukatan cawan ini sangat mudah dan lembut untuk anda buat makan sarapan pagi. Waflle yang disapu dengan nutella, strawberi, coklat memang sedap Untuk susu tepung, anda bleh guna susu tepung Nespray atau apa-apa susu tepu