Skip to main content

COVID-19 : Sudah Dijangkiti, Apa Patut Aku Buat? [ Bahagian 1 ]

Dijangkiti penyakit yang merbahaya dan sudah menjadi wabak seluruh dunia, pasti menjadi satu pengalaman baru untuk setiap manusia di muka bumi ni. Tak kisahlah apa implikasi dari pengalaman ni, sama ada yang positif atau negatif dalam kehidupan kita. Ia mencatat satu sejarah kehidupan sesiapa sahaja yang menempuhnya. Salah seorangnya ialah, AKU. Iya, aku telah dijangkiti Covid-19. Sejak Disember 2019, aku hanya mendengar, membaca dan menonton perkembangan wabak yang ganas ni. Tetapi kira-kira dua minggu lepas aku terpaksa meredahnya dengan segala bentuk ikhtiar, ilmu, kemahiran dan pengalaman setakat mana yang aku ada selama ini. Ingin aku tekankan di sini, tujuan entri ini aku tulis bukan untuk berbangga, sombong, bongkak, jauh sekali memberi nasihat kepada orang lain. Ia sekadar perkongsian tentang apa yang aku tempuh. Tidak kurang dan tidak lebih daripada itu. Para pembaca perlu mengambil ini sebagai disclaimer . Aku bukan doktor, bukan perawat Islam, bukan pengamal perubatan herba

'Kenyataan Rasmi' Pihak KFC Malaysia Berkaitan Isu Ayam Goreng Perisa Tapak Kasut

Baiklah... ni di bawah ni, ada dijawabnya. Sesiapa berminat, baca le. Teman dah baca.



Bukan berniat mempersoalkan kaedah orang buat kerja, apatah lagi hendak menunjuk pandai. Tidak perlu kita menunjuk pandai, kerana pincangnya Kenyataan Rasmi ini tidak memerlukan orang yang sangat-sangat intelek untuk memikirkannya.

Perkara pertama : Dimuat turun atau dimuat naik di halaman Youtube? Anda meletakkan pangkat yang tinggi di bahagian bawah Kenyataan Rasmi itu. Apa, seorang Pengarah Urusan tidak boleh membezakan apa itu 'upload', dan apa itu 'download'? Ingat, Kenyataan Rasmi ini adalah RASMI... yang juga disiarkan di laman web rasmi KFC Malaysia, dan juga 'laku' di mahkamah. Salah guna perkataan bukan satu alasan.

Perkara kedua : Menegaskan? Menegaskan apa kepada siapa? Kepada staff (atau bekas staff) yang bersalah? Menegaskan kepada pengguna, merangkap pihak MANGSA? Adakah anda mempunyai kapasiti pendidikan dan pengalaman yang cukup untuk berbuat begini? Anda memberi PENEGASAN kepada MANGSA, yang juga pelanggan anda? Benarkah tindakan ini dari perspektif pengurusan perniagaan?

Perkara ketiga : Tidak pernah berlaku? Bagaimana anda pasti? Ada perbezaan yang amat jelas di antara 'tidak pernah berlaku', dan 'tidak pernah kami ketahui ia berlaku' (bahasa pasarnya, 'tak pernah kantoi' la tu)... Bercanggah dengan sebahagian kandungan di dalam Kenyataan Rasmi itu, iaitu pihak KFC memasang CCTV di bahagian penyediaan makanan selepas penemuan insiden ini, bukannya sebelum. Bagaimana ia dipastikan? Jelasnya, pihak KFC tidak pernah tahu jika ia berlaku selama ini, jika tiada pendedahan visual sebegini dibuat. Bukan begitu? Lagi sekali, JAWAB!

Perkara keempat : Terima kasih dan penghargaan? Tiada lagi yang perlu diTEGASkan di sini? Di dalam prinsip pengurusan perniagaan yang bermoral, jika berlaku sesuatu yang tidak menyenangkan pelanggan sehingga mendatangkan ketidakpuasan hati,empat perkara asas amat perlu diutarakan. Baca baik-baik OK?


1-Merujuk kepada rungutan yang disuarakan,
2-Mengakui kejadian, jika ia benar-benar berlaku,
3-Memohon maaf atas kesilapan/kesalahan/kecuaian yang berlaku, 
4-Tindakan yang sedang/akan diambil bagi menjamin ia tidak akan berlaku lagi. 


Ini secara ilmiahnya ye... Awok nak ngajor, awok bukan pandai benor pun, tapi tau le juga. (Ikut intonasi Usop Wilcha). Bukan secara hentam keromo.

Perkara kelima : Sampai ke tahap manakah Kenyataan Rasmi ini disebarkan? Di Facebook sudah cukup? Oh, abah saya di kampung juga ada makan ayam goreng KFC, tapi dia tak ada akaun Facebook. Guna la media arus perdana, jika benar-benar tulus! Tak ada bajet? Tu, iklan boleh siarkan di tv, radio, akhbar... ni isu keselamatan dan kesihatan pengguna, memang tak ada peruntukan ke? Sekiranya ada, tetapi kami di sini terlepas pandang, sila nyatakan tarikh dan waktu siarannya... secara lengkap, OK? JAWAB!


Cukup la kot... Susah nak ngajor orang pengurusan yang tak belajor prinsip asas pengurusan. Kalo belajor pun, tido dalam kelas gamaknya. Tak reti pun nak guna ilmu yang diajor... Teman orang kampung je weh.



Wassalam...




Nota : Kome ada rasa teringin lagi ke nak makan ayam goreng cap orang tua berjanggut putih tu? Cuba kome pikior bebaik... Teman idak le nak menghasut pun. Ce pikior, ce pikior, ce pikior...

Comments

Popular Kini

COVID-19 : Sudah Dijangkiti, Apa Patut Aku Buat? [ Bahagian 1 ]

Dijangkiti penyakit yang merbahaya dan sudah menjadi wabak seluruh dunia, pasti menjadi satu pengalaman baru untuk setiap manusia di muka bumi ni. Tak kisahlah apa implikasi dari pengalaman ni, sama ada yang positif atau negatif dalam kehidupan kita. Ia mencatat satu sejarah kehidupan sesiapa sahaja yang menempuhnya. Salah seorangnya ialah, AKU. Iya, aku telah dijangkiti Covid-19. Sejak Disember 2019, aku hanya mendengar, membaca dan menonton perkembangan wabak yang ganas ni. Tetapi kira-kira dua minggu lepas aku terpaksa meredahnya dengan segala bentuk ikhtiar, ilmu, kemahiran dan pengalaman setakat mana yang aku ada selama ini. Ingin aku tekankan di sini, tujuan entri ini aku tulis bukan untuk berbangga, sombong, bongkak, jauh sekali memberi nasihat kepada orang lain. Ia sekadar perkongsian tentang apa yang aku tempuh. Tidak kurang dan tidak lebih daripada itu. Para pembaca perlu mengambil ini sebagai disclaimer . Aku bukan doktor, bukan perawat Islam, bukan pengamal perubatan herba

RESIPI : Cempedak Goreng Stail Macam Gerai

Haaa... musim buah dah sampai hujung-hujung. Maksudnya, sekarang ada banyak cempedak kan? Buah ni orang panggil buah penutup musim, selain manggis dengan langsat. Isk! Apa le teman merepek ni ye? Kalo korang budak bandar, mana la korang tau pasal musim buah-buahan ni kan? Hehehe. Kalau korang suka cempedak goreng yang tak berapa rangup, tapi rasa nice satu macam je bila gigit masa suam-suam, mungkin korang buleh cuba resipi ni. Tak sama macam guna tepung goreng segera tu tau. Yang tu ada rasa ngan bau macam vanila. Yang ni, memang rasa macam yang jual kat gerai tepi jalan tu. Ce try , ce try . Hehehe. BAHAN-BAHAN - 1/2 biji buah cempedak (kalau korang tukor ngan buah lain pun buleh) 1 cawan tepung gandum 3 sudu besar serbuk roti (kalau takde, bantai je hancurkan biskut lutut) 1 sudu makan minyak masak yang dipanaskan 2 sudu teh garam halus 1 sudu teh gula 1 sudu teh serbuk kunyit Air secukupnya (dalam secawan dua, ikut kualiti tepung korang) Minyak masak secukupnya untuk menggoreng *

RESIPI : Waffle Lembut

Kita dalam PKPD lagi, selepas ' TOTAL LOCKDOWN ' edisi Jun 2021. Berkurung lagi nampaknya. Bosan? Boleh la main masak-masak lagi macam PKP 1.0 tahun lepas. Nak try buat waffle? Ada resipi yang dikongsikan dalam FB page Daily Masak . Tak dapat dipastikan siapakah individu asal yang berkongsi resipi ni. Kalau ada sesiapa tahu, tolong tinggalkan maklumat di komen ye. Selamat mencuba! - - - Resepi Waffle Lembut Bahan Resepi Waffle Sedap : 3 cawan tepung gandum 2 1/2 cawan air 3/4 cawan minyak masak/butter cair 2 biji telur & esen vanilla 2 sudu makan susu tepung 3 sudu makan gula castor 1/2 sudu teh garam 1 sudu makan baking powder 1/4 sudu teh baking soda Gunakan cawan penyukat seperti dalam gambar.Anda boleh dapatkan di kedai bakeri berhampiran. Resepi waffle sukatan cawan ini sangat mudah dan lembut untuk anda buat makan sarapan pagi. Waflle yang disapu dengan nutella, strawberi, coklat memang sedap Untuk susu tepung, anda bleh guna susu tepung Nespray atau apa-apa susu tepu