Skip to main content

COVID-19 : Sudah Dijangkiti, Apa Patut Aku Buat? [ Bahagian 1 ]

Dijangkiti penyakit yang merbahaya dan sudah menjadi wabak seluruh dunia, pasti menjadi satu pengalaman baru untuk setiap manusia di muka bumi ni. Tak kisahlah apa implikasi dari pengalaman ni, sama ada yang positif atau negatif dalam kehidupan kita. Ia mencatat satu sejarah kehidupan sesiapa sahaja yang menempuhnya. Salah seorangnya ialah, AKU. Iya, aku telah dijangkiti Covid-19. Sejak Disember 2019, aku hanya mendengar, membaca dan menonton perkembangan wabak yang ganas ni. Tetapi kira-kira dua minggu lepas aku terpaksa meredahnya dengan segala bentuk ikhtiar, ilmu, kemahiran dan pengalaman setakat mana yang aku ada selama ini. Ingin aku tekankan di sini, tujuan entri ini aku tulis bukan untuk berbangga, sombong, bongkak, jauh sekali memberi nasihat kepada orang lain. Ia sekadar perkongsian tentang apa yang aku tempuh. Tidak kurang dan tidak lebih daripada itu. Para pembaca perlu mengambil ini sebagai disclaimer . Aku bukan doktor, bukan perawat Islam, bukan pengamal perubatan herba

Populariti Yang Anda Minta? Iya, Itulah Yang Anda Dapat!

Banyak cara boleh menjadikan seseorang (atau sekumpulan orang) itu popular, tidak kira populariti yang positif, mahupun sebaliknya. Bagaimana dengan menulis blog? Ahaha... itu terpulanglah kepada yang empunya blog, yang lebih maklum tentang motifnya, kenapa dia menulis blog.


Namun begitu, adalah satu tindakan yang sangat bodoh jika anda sanggup melakukan sesuatu perkara yang jelasnya adalah satu kesalahan, anda merakamkannya dengan telefon bimbit murahan (barangkali tempat itu tiada CCTV atau sudutnya tidak berapa jelas untuk membantu pembikinan video anda), kemudian anda muatkannya ke Internet, dan anda berdo'a, berharap setiap hari, agar adalah orang yang menonton video itu, bercerita, berkongsi link dan sebagainya.


Pagi ini, sedang bersiap-siap untuk pulang ke kampung, sempat juga menjeling ke laman sosial Facebook, dan teman terlihat satu video yang dikongsikan oleh salah seorang sahabat teman, En. Mohd. Khairi Adzlan. Eh-eh, macam kenal pula warna baju seragam di dalam video itu ye? Macam biasa tengok di kaca televisyen iklannya. Lalu aktiviti bersiap-siap itu terhenti seketika... ingin diamati video itu dengan lebih teliti, dan ingin didengari biji butir perbualannya.


Itulah motif yang jelas, sepertimana yang dapat difikirkan selogiknya, setelah menonton video di bawah ini :




Apa lagi penjelasan terbaik, yang lebih baik daripada itu? Tiadalah rasanya... hampir pasti, memang itulah motifnya. Maka, demi untuk membantu mereka mencapai impian populariti mereka itu, marilah kita sama-sama bercerita mengenai video ini, dan kita kongsikan ke serata Malaysia, atau ke seluruh dunia. Dan jangan sesekali kita terlupa, kita ada sahabat-sahabat prihatin di PPIM, CAP dan persatuan-persatuan pengguna yang lain, yang juga amat berminat dengan perkara-perkara begini. Kita jemput mereka sama-sama meningkatkan lagi populariti mereka.


Giatkan lagi usaha kita! Wassalam...


Nota : Kepada pihak pengendali makanan segera yang dipaparkan di dalam video itu, harap ambil tindakan yang sewajarnya terhadap pelaku-pelakunya. Kali ini pihak pengguna mungkin sukar untuk mempercayai lagi badan-badan dan syarikat-syarikat yang sibuk menjaja sijil HACCP, sijil halal, GMP, IMP, dan seumpamanya... andainya pelaksanaan terbukti hanyalah sekadar sekerat jalan, hanya di peringkat pengambilan sumber dan pengeluaran. Bagaimana pula dengan rangkaian tempat simpanan, rangkaian runcitan dan seumpamanya? Dibiarkan berleluasa? Fikir-fikirkan, dan ambil tindakan segera. Oh ye, mereka juga terlebih bijak. Ada disebutkan nama tadi di dalam video tu. Apa namanya? 'Madi'? Oh, mungkinkah 'Ismadi' nama betulnya?

Comments

Popular Kini

COVID-19 : Sudah Dijangkiti, Apa Patut Aku Buat? [ Bahagian 1 ]

Dijangkiti penyakit yang merbahaya dan sudah menjadi wabak seluruh dunia, pasti menjadi satu pengalaman baru untuk setiap manusia di muka bumi ni. Tak kisahlah apa implikasi dari pengalaman ni, sama ada yang positif atau negatif dalam kehidupan kita. Ia mencatat satu sejarah kehidupan sesiapa sahaja yang menempuhnya. Salah seorangnya ialah, AKU. Iya, aku telah dijangkiti Covid-19. Sejak Disember 2019, aku hanya mendengar, membaca dan menonton perkembangan wabak yang ganas ni. Tetapi kira-kira dua minggu lepas aku terpaksa meredahnya dengan segala bentuk ikhtiar, ilmu, kemahiran dan pengalaman setakat mana yang aku ada selama ini. Ingin aku tekankan di sini, tujuan entri ini aku tulis bukan untuk berbangga, sombong, bongkak, jauh sekali memberi nasihat kepada orang lain. Ia sekadar perkongsian tentang apa yang aku tempuh. Tidak kurang dan tidak lebih daripada itu. Para pembaca perlu mengambil ini sebagai disclaimer . Aku bukan doktor, bukan perawat Islam, bukan pengamal perubatan herba

RESIPI : Cempedak Goreng Stail Macam Gerai

Haaa... musim buah dah sampai hujung-hujung. Maksudnya, sekarang ada banyak cempedak kan? Buah ni orang panggil buah penutup musim, selain manggis dengan langsat. Isk! Apa le teman merepek ni ye? Kalo korang budak bandar, mana la korang tau pasal musim buah-buahan ni kan? Hehehe. Kalau korang suka cempedak goreng yang tak berapa rangup, tapi rasa nice satu macam je bila gigit masa suam-suam, mungkin korang buleh cuba resipi ni. Tak sama macam guna tepung goreng segera tu tau. Yang tu ada rasa ngan bau macam vanila. Yang ni, memang rasa macam yang jual kat gerai tepi jalan tu. Ce try , ce try . Hehehe. BAHAN-BAHAN - 1/2 biji buah cempedak (kalau korang tukor ngan buah lain pun buleh) 1 cawan tepung gandum 3 sudu besar serbuk roti (kalau takde, bantai je hancurkan biskut lutut) 1 sudu makan minyak masak yang dipanaskan 2 sudu teh garam halus 1 sudu teh gula 1 sudu teh serbuk kunyit Air secukupnya (dalam secawan dua, ikut kualiti tepung korang) Minyak masak secukupnya untuk menggoreng *

RESIPI : Waffle Lembut

Kita dalam PKPD lagi, selepas ' TOTAL LOCKDOWN ' edisi Jun 2021. Berkurung lagi nampaknya. Bosan? Boleh la main masak-masak lagi macam PKP 1.0 tahun lepas. Nak try buat waffle? Ada resipi yang dikongsikan dalam FB page Daily Masak . Tak dapat dipastikan siapakah individu asal yang berkongsi resipi ni. Kalau ada sesiapa tahu, tolong tinggalkan maklumat di komen ye. Selamat mencuba! - - - Resepi Waffle Lembut Bahan Resepi Waffle Sedap : 3 cawan tepung gandum 2 1/2 cawan air 3/4 cawan minyak masak/butter cair 2 biji telur & esen vanilla 2 sudu makan susu tepung 3 sudu makan gula castor 1/2 sudu teh garam 1 sudu makan baking powder 1/4 sudu teh baking soda Gunakan cawan penyukat seperti dalam gambar.Anda boleh dapatkan di kedai bakeri berhampiran. Resepi waffle sukatan cawan ini sangat mudah dan lembut untuk anda buat makan sarapan pagi. Waflle yang disapu dengan nutella, strawberi, coklat memang sedap Untuk susu tepung, anda bleh guna susu tepung Nespray atau apa-apa susu tepu