Skip to main content

Posts

Showing posts from July, 2011

E-WALLET : Kisah Seorang Muhammad Hanif

Muhammad Hanif ialah seorang pekerja BigPay yang memegang jawatan ' Serve Customers '. Pada 25 September 2021 jam 8:17 PM beliau menelefon menggunakan WhatsApp call dari nombor +601117684266 . Profile picture beliau menggunakan logo BigPay. Suara beliau jelasnya ada pelat-pelat India. Pada hari ini 5 Oktober 2021 jam 2:14 PM Muhammad Hanif menelefon lagi sekali melalui WhatsApp call dari nombor +60113809095 tetapi malangnya tak sempat pula nak diangkat untuk didengari suaranya. Kali ini profile picture beliau merupakan seorang lelaki Cina.   Pasti beliau seorang yang amat prihatin dengan pelanggan-pelanggan BigPay sehinggakan tiada kredit sekalipun beliau usaha untuk membuat panggilan menggunakan WhatsApp. Ada kemungkinan juga sebenarnya beliau terkeliru dengan identiti sendiri. Mengikut gambar dalam laman web BigPay, beliau merupakan seorang lelaki Melayu. Jadi beliau ialah seorang lelaki Melayu yang bercakap pelat India dan baru sahaja selesai membuat pembedahan plastik u

Jadual Waktu Berbuka Puasa Dan Imsak 1432H/2011M Bagi Negeri Selangor

Menyambut awal Ramadhan tahun ini dengan cabaran yang amat menduga - demam, selesema dan batuk, kesan dari perubahan cuaca yang mendadak kebelakangan ini; juga keadaan tempat kerja yang tidak teratur, panas dan berhabuk, setelah bangunan tempat kerja kami punah  sama-sekali akibat insiden  kebakaran  pada 1 Julai 2011 yang lalu. Alhamdulillah. Semoga cabaran ini menjadikan kami lebih patuh dan taat kepadaNya, insyaAllah. Di dalam entri kali ini dikongsikan bersama jadual waktu berbuka puasa dan imsak sepanjang bulan Ramadhan tahun ini, bagi kesemua zon di negeri Selangor Darul Ehsan. Diharap dapat kita melaksanakan ibadah puasa Ramadhan tahun ini dengan sempurna dan mendapat keredhaan dariNya. InsyaAllah. Keadaan kesihatan sebegini amat menghadkan aktiviti, termasuk menulis blog. Syukur, alhamdulillah. Wassalam.

Ramadan Kembali Lagi?

Alhamdulillah, Ramadan bakal menjelang tiba lagi! Eh, Ramadan ke Ramadhan ? Ramai yang keliru dengan ejaan Rumi untuk perkataan    رمضان ni rupanya ye. Termasuk la tukang-tukang taip di media arus perdana. Atau, bukan mereka terkeliru, tetapi sekadar mematuhi apa yang termaktub di 'kamus utama' negara? Tidak dapat la teman nak pastikan. Kalau ada sesiapa berkesempatan merujuk kamus yang tebal itu, apa salahnya dicarikan dan dikongsikan bersama ya? Eh-eh! Nanti dulu... baru teman teringat. Dalam media arus perdana juga, sebenarnya ejaan tersebut bercampur-aduk. Ada yang menggunakan 'Ramadan', dan ada juga yang mengejanya 'Ramadhan'. Ada kekeliruan yang jelas di situ? Ah sudah. Keliru, tapi jelas pula ye. Macam-macam la dia ni. Walaubagaimanapun, tidaklah entri ini bertujuan hendak mengajar bacaan Jawi apatah lagi hendak memberi panduan sebutan-sebutan perkataan bahasa Arab. Cuma, kita nak mengimbas kembali sewaktu kita kecil-kecil dahulu, diajar membaca Jawi (b

Paling Sungguh Ter-BESTest Sangat La!

Dalam seminggu dua ni everyday kita boleh tengok iklan di televisyen yang memaparkan model baru kereta yang dipasang oleh salah sebuah syarikat pengeluar automotif di negara kita. Saturday yang lepas ada juga terfikir kalau-kalau ada pula iklan itu yang betul-betul menggunakan bahasa Inggeris yang betul, macam kata Usop Wilcha, tahap ' English education '. Iklan ini very mementingkan penekanan kepada yang terbaik, best , even lebih best dari yang best , 'ecelli' ( actually ). So, kita flash-back kan dengan lebih teliti that video iklan... memang agak difficult menterjemahkan iklan tersebut ke dalam bahasa Inggeris sebenar. Not only menukar bahasa keseluruhan iklan, hendak menterjemah tagline nya pun sahaja, harus menjadi satu tugas yang  very hard . Wonder la kan, if  kita boleh buat juga... try la... Lebih kurang like this agaknya? How la? Belum ada idea already . Everyday fikir pun belum tentu dapat yang terbaik. Terbaik OK? Best ? Better than the best ?

Susulan Kisahnya Ayam Goreng Cap Atuk Tua Berjanggut Putih

Baru sehari dua kita mendapat maklumbalas daripada pihak KFC Malaysia, pelbagai komen disuarakan oleh orang awam yang bukan sekadar bercerita tentang video yang didedahkan, tetapi juga mengenai cara pihak KFC menjelaskan dan mengendalikan isu ini. Agak tertarik dengan salah satu perenggan dari teks ' Kenyataan Rasmi ' yang dikeluarkan oleh pihak KFC, maka tumpuan lebih diberikan kepada persoalan, 'benarkah selama ini pihak KFC tidak memantau operasi restoran-restorannya dengan baik'? Dan benarkah perkara begitu tidak pernah berlaku selama ini? Benarkah mereka sentiasa mampu menjamin tahap kebersihan, kesihatan dan keselamatan produk yang mereka jual kepada pengguna? Adakah pelaksanaan sistem operasi mereka benar-benar konsisten, atau sekadar bermuka-muka ketika aktiviti pemeriksaan dan audit pensijilan/pengiktirafan dijalankan? Benarkah? Pelanggan tidak datang untuk makan percuma di restoran-restoran KFC. Harga yang dibayar juga lebih daripada harga ayam goreng salut t

'Kenyataan Rasmi' Pihak KFC Malaysia Berkaitan Isu Ayam Goreng Perisa Tapak Kasut

Baiklah... ni di bawah ni, ada dijawabnya. Sesiapa berminat, baca le. Teman dah baca. Bukan berniat mempersoalkan kaedah orang buat kerja, apatah lagi hendak menunjuk pandai. Tidak perlu kita menunjuk pandai, kerana pincangnya Kenyataan Rasmi ini tidak memerlukan orang yang sangat-sangat intelek untuk memikirkannya. Perkara pertama : Dimuat turun atau dimuat naik di halaman Youtube ? Anda meletakkan pangkat yang tinggi di bahagian bawah Kenyataan Rasmi itu. Apa, seorang Pengarah Urusan tidak boleh membezakan apa itu ' upload ', dan apa itu ' download '? Ingat, Kenyataan Rasmi ini adalah RASMI... yang juga disiarkan di laman web rasmi KFC Malaysia, dan juga 'laku' di mahkamah. Salah guna perkataan bukan satu alasan. Perkara kedua : Menegaskan? Menegaskan apa kepada siapa? Kepada staff (atau bekas staff) yang bersalah? Menegaskan kepada pengguna, merangkap pihak MANGSA? Adakah anda mempunyai kapasiti pendidikan dan pengalaman yang cukup untuk berbuat begini? And

Populariti Yang Anda Minta? Iya, Itulah Yang Anda Dapat!

Banyak cara boleh menjadikan seseorang (atau sekumpulan orang) itu popular, tidak kira populariti yang positif, mahupun sebaliknya. Bagaimana dengan menulis blog? Ahaha... itu terpulanglah kepada yang empunya blog, yang lebih maklum tentang motifnya, kenapa dia menulis blog. Namun begitu, adalah satu tindakan yang sangat bodoh jika anda sanggup melakukan sesuatu perkara yang jelasnya adalah satu kesalahan, anda merakamkannya dengan telefon bimbit murahan (barangkali tempat itu tiada CCTV atau sudutnya tidak berapa jelas untuk membantu pembikinan video anda), kemudian anda muatkannya ke Internet, dan anda berdo'a, berharap setiap hari, agar adalah orang yang menonton video itu, bercerita, berkongsi link dan sebagainya. Pagi ini, sedang bersiap-siap untuk pulang ke kampung, sempat juga menjeling ke laman sosial Facebook , dan teman terlihat satu video yang dikongsikan oleh salah seorang sahabat teman, En. Mohd. Khairi Adzlan . Eh-eh, macam kenal pula warna baju seragam di dalam vid