Skip to main content

COVID-19 : Sudah Dijangkiti, Apa Patut Aku Buat? [ Bahagian 1 ]

Dijangkiti penyakit yang merbahaya dan sudah menjadi wabak seluruh dunia, pasti menjadi satu pengalaman baru untuk setiap manusia di muka bumi ni. Tak kisahlah apa implikasi dari pengalaman ni, sama ada yang positif atau negatif dalam kehidupan kita. Ia mencatat satu sejarah kehidupan sesiapa sahaja yang menempuhnya. Salah seorangnya ialah, AKU. Iya, aku telah dijangkiti Covid-19. Sejak Disember 2019, aku hanya mendengar, membaca dan menonton perkembangan wabak yang ganas ni. Tetapi kira-kira dua minggu lepas aku terpaksa meredahnya dengan segala bentuk ikhtiar, ilmu, kemahiran dan pengalaman setakat mana yang aku ada selama ini. Ingin aku tekankan di sini, tujuan entri ini aku tulis bukan untuk berbangga, sombong, bongkak, jauh sekali memberi nasihat kepada orang lain. Ia sekadar perkongsian tentang apa yang aku tempuh. Tidak kurang dan tidak lebih daripada itu. Para pembaca perlu mengambil ini sebagai disclaimer . Aku bukan doktor, bukan perawat Islam, bukan pengamal perubatan herba

Objek-objek 'Putih' di Belakang Taman Rimba Riang

Agaknya menulis blog tidak ubah seperti memancing ikan. Betul ke? Nak pasti, kita kena tanya budak Nora Zira yang suka sangat pergi memancing dengan suaminya. Aktiviti keluargalah namanya tu kan? Elok juga suami isteri ada hobi yang sama. Ada keserasian di situ. Tapi, bukan setiap masa boleh dapat tangkapan yang banyak kan?


Dan, ada masanya rezeki datang tanpa dijangka kan? Manalah tahu, dalam perjalanan mahu ke pasar pagi, melintasi kawasan yang baru sahaja dinaiki bah subuh tadi, ada pula ikan yang terdampar di lopak-lopak setelah air surut. Seakan sama insiden hari ini. Apa yang samanya? Hmmm... Entri ini yang sebenarnya dicetuskan oleh insiden sebegitu.


Dalam perjalanan pulang dari kerja hari ini, terasa ingin meninjau salah satu tapak projek video akan datang, Projek : MI. Seperti yang telah dibincang serba-sedikit dengan Sham petang tadi, Taman Rimba Riang, Kota Damansara adalah salah satu calon lokasi penggambaran projek mengarut-ngarut itu. Menyedari persediaan awal biasanya ada kelebihannya, kenderaan dipandu diperlahankan ketika melintasi taman tersebut.


Hmmm... memang sesuai nampaknya. Menghijau... sangat menenangkan. Hijau... iya, hijau... ooopppsss. Apa tu? Mana? Itu la... Apa dia? Itu, yang putih-putih tu. Segera dicari tempat berhenti yang selamat, lalu kenderaan teman dihentikan di situ. Berjalan kaki untuk berpatah balik kira-kira 20 langkah dari kereta, tibalah ke tempat di mana kelibat 'objek-objek putih' yang mengganggu konsentrasi mengamati kehijauan alam tadi.


ADUH! Masih di sini? Ada di sini lagi rupanya. Sungguh tak disangka-sangka.


Sebenarnya begini... ketika bulan April yang lalu, teman ber'jogging'  seperti biasa, dan teman terhenti juga di situ. Terlihat bahagian-bahagian perabot, papan, kayu dan blok-blok batu-bata dibuang di curam yang sangat-sangat hampir kedudukannya dengan sebatang anak sungai. Lihat sahajalah gambar yang teman sempat ambil dengan telefon bimbit murahan teman ketika itu.



Uh! Sakitnya mata! (Sebenarnya sakit di hati lebih lagi melihatkan kawasan hijau sebegini dicemar.) Tetapi ketika itu, mungkin kerana ingin lebih fokus kepada aktiviti yang sedang diusahakan, minda memilih untuk berfikir, 'Ah, mungkin bersifat sementara. Mungkin kontraktor yang menjalankan kerja-kerja ubahsuai rumah di belakang tu tak sempat nak panggil lori sampah...'. Eh-eh, betul-betul punya kebetulan, waktu itu memang ada rumah di belakang kawasan tu yang sedang diubahsuai. Pertimbangan membawa kepada isu ini dipendamkan, mengharapkan ada perubahan akan berlaku dalam tempoh terdekat.

Selang beberapa ketika (atau dengan lebih tepat, melepasi tempoh dua bulan), dengan dipengaruhi faktor cuaca yang kerap hujan dan sangat-sangat lembab selepas subuh, laluan aktiviti 'jogging' dipendekkan sedikit, juga dilencongkan (ada bau kurang enak di situ). Susah juga nak nampak apa berlaku di situ. Bijak juga mereka 'buat kerja'. Tempat tu memang agak tersorok dan hanya dapat dilihat dengan jelas sekiranya kita berhenti atau bergerak dengan amat perlahan.

Nak tengok bagaimana 'perkembangan' terbaru tempat tu? Lihat sajalah gambar di bawah ni.


Bolehkah teman katakan tempat ini telahpun dijadikan tempat pelupusan sampah tanpa kelulusan? Jika teman katakan begitu, apakah buktinya? Cuba amati gambar di bawah ini -



Sofa besar itu tiada di situ sebelum ini dan dapat disahkan dengan melihat gambar yang diambil pada bulan April 2011. Bermakna, ia baru dibuang di situ dalam tempoh dua bulan kebelakangan ini. Dan, menguatkan fakta, ia belum lagi rosak teruk, juga kelihatan sangat-sangat kering. Juga membawa makna, ia baru dibuang selepas cuaca lembab berpanjangan pada bulan lepas.



Memang sah, tempat ini sudahpun dianggap oleh mereka jalan paling pintas untuk melupuskan barang buangan mereka. Manakan tidak, tiada perlunya permit, tiada tambang lori, tiada upah memunggah barang. Campak saja ke situ. Selesai masalah! Banyak jimatnya tu bukan?

Jimat ke? Jimat jika, dan hanya jika anda tidak 'dikantoikan' oleh mana-mana pihak berkuasalah kan?

Sesuatu yang anda perlu tahu mengenai produk-produk berasaskan kayu seperti 'MDF - Medium Density Fiberboard' dan 'chipboard' yang digunakan untuk membuat kepingan panel-panel perabot. Hampir PASTI, ada campuran bahan-bahan kimia yang memudaratkan dibebaskan sepanjang prosesnya memecah dan menghancur dek panas dan hujan, salah satunya adalah kandungan 'Formaldehyde'. 

Tidak bermaksud untuk mengajar subjek kimia industri kepada sesiapa yang membaca entri blog ini, sifat-sifat 'Formaldehyde' boleh dirujuk di laman web : http://msds.chem.ox.ac.uk/FO/formaldehyde.html

Sorotan kandungan terpenting dari laman web tersebut mengenai sifat toksikologi cecair 'Formaldehyde', 'Causes burns. Very toxic by inhalation, ingestion and through skin absorption. Readily absorbed through skin. Probable human carcinogen. Mutagen. May cause damage to kidneys. May cause allergic reactions. May cause sensitisation. May cause heritable genetic damage. Lachrymator at levels from less than 20 ppm upwards. Very destructive of mucous membranes and upper respiratory tract, eyes and skin.'

Jadi, anda boleh membuat andaian secara intelek, produk-produk yang dihasilkan dengan sedikit campuran 'Formaldehyde' mampu memberi kesan negatif kepada persekitaran, jelasnya aliran air anak sungai, tebingnya, tumbuh-tumbuhan sekitarnya, dan mungkin juga diri anda sendiri. 

Bukan itu sahaja risikonya. Bahan-bahan seperti papan lapis, 'MDF' dan 'chipboard' lebih mudah dan lebih cepat memecah jika didedahkan kepada panas dan hujan yang berulang kali, jika dibezakan dengan kayu dan papan-papan padu (solid wood). Bagaimana jika ia menghancur sebelum ada pihak mengalihnya ke tempat pelupusan sampah yang sepatutnya? Melihat kepada keadaan curam tempat itu, hampir pasti, serpihan-serpihan bahan tersebut akan jatuh ke anak sungai, dan memungkinkan aliran anak sungai tersebut tersumbat, lalu menjadi punca banjir apabila keadaan hujan lebat berpanjangan.

Bunyinya seperti imaginasi kepada anda? (Perkataan 'anda' merujuk kepada mereka-mereka yang terlibat membuang sampah di lokasi tersebut.) Anda boleh berdolak-dalih, beralasan apa sahaja yang menyenangkan hati anda. Fakta-fakta dan bukti-bukti di atas, bagaimana? Mampu anda menafikan fakta dan bukti? Silakan, jika anda benar-benar berhajat.

Wassalam. Sekian entri kali ini. (Emosi sedikit terganggu. Maklumlah, keHIJAUan telah dicemar. Geram rasanya!)


Nota : Budak Aiza Rehan kata dia suka baca blog. Jadi, ini satu entri yang sangat panjang dan membosankan untuk dia baca. Hehehe.

Comments

Popular Kini

COVID-19 : Sudah Dijangkiti, Apa Patut Aku Buat? [ Bahagian 1 ]

Dijangkiti penyakit yang merbahaya dan sudah menjadi wabak seluruh dunia, pasti menjadi satu pengalaman baru untuk setiap manusia di muka bumi ni. Tak kisahlah apa implikasi dari pengalaman ni, sama ada yang positif atau negatif dalam kehidupan kita. Ia mencatat satu sejarah kehidupan sesiapa sahaja yang menempuhnya. Salah seorangnya ialah, AKU. Iya, aku telah dijangkiti Covid-19. Sejak Disember 2019, aku hanya mendengar, membaca dan menonton perkembangan wabak yang ganas ni. Tetapi kira-kira dua minggu lepas aku terpaksa meredahnya dengan segala bentuk ikhtiar, ilmu, kemahiran dan pengalaman setakat mana yang aku ada selama ini. Ingin aku tekankan di sini, tujuan entri ini aku tulis bukan untuk berbangga, sombong, bongkak, jauh sekali memberi nasihat kepada orang lain. Ia sekadar perkongsian tentang apa yang aku tempuh. Tidak kurang dan tidak lebih daripada itu. Para pembaca perlu mengambil ini sebagai disclaimer . Aku bukan doktor, bukan perawat Islam, bukan pengamal perubatan herba

RESIPI : Cempedak Goreng Stail Macam Gerai

Haaa... musim buah dah sampai hujung-hujung. Maksudnya, sekarang ada banyak cempedak kan? Buah ni orang panggil buah penutup musim, selain manggis dengan langsat. Isk! Apa le teman merepek ni ye? Kalo korang budak bandar, mana la korang tau pasal musim buah-buahan ni kan? Hehehe. Kalau korang suka cempedak goreng yang tak berapa rangup, tapi rasa nice satu macam je bila gigit masa suam-suam, mungkin korang buleh cuba resipi ni. Tak sama macam guna tepung goreng segera tu tau. Yang tu ada rasa ngan bau macam vanila. Yang ni, memang rasa macam yang jual kat gerai tepi jalan tu. Ce try , ce try . Hehehe. BAHAN-BAHAN - 1/2 biji buah cempedak (kalau korang tukor ngan buah lain pun buleh) 1 cawan tepung gandum 3 sudu besar serbuk roti (kalau takde, bantai je hancurkan biskut lutut) 1 sudu makan minyak masak yang dipanaskan 2 sudu teh garam halus 1 sudu teh gula 1 sudu teh serbuk kunyit Air secukupnya (dalam secawan dua, ikut kualiti tepung korang) Minyak masak secukupnya untuk menggoreng *

RESIPI : Waffle Lembut

Kita dalam PKPD lagi, selepas ' TOTAL LOCKDOWN ' edisi Jun 2021. Berkurung lagi nampaknya. Bosan? Boleh la main masak-masak lagi macam PKP 1.0 tahun lepas. Nak try buat waffle? Ada resipi yang dikongsikan dalam FB page Daily Masak . Tak dapat dipastikan siapakah individu asal yang berkongsi resipi ni. Kalau ada sesiapa tahu, tolong tinggalkan maklumat di komen ye. Selamat mencuba! - - - Resepi Waffle Lembut Bahan Resepi Waffle Sedap : 3 cawan tepung gandum 2 1/2 cawan air 3/4 cawan minyak masak/butter cair 2 biji telur & esen vanilla 2 sudu makan susu tepung 3 sudu makan gula castor 1/2 sudu teh garam 1 sudu makan baking powder 1/4 sudu teh baking soda Gunakan cawan penyukat seperti dalam gambar.Anda boleh dapatkan di kedai bakeri berhampiran. Resepi waffle sukatan cawan ini sangat mudah dan lembut untuk anda buat makan sarapan pagi. Waflle yang disapu dengan nutella, strawberi, coklat memang sedap Untuk susu tepung, anda bleh guna susu tepung Nespray atau apa-apa susu tepu