Skip to main content

COVID-19 : Sudah Dijangkiti, Apa Patut Aku Buat? [ Bahagian 1 ]

Dijangkiti penyakit yang merbahaya dan sudah menjadi wabak seluruh dunia, pasti menjadi satu pengalaman baru untuk setiap manusia di muka bumi ni. Tak kisahlah apa implikasi dari pengalaman ni, sama ada yang positif atau negatif dalam kehidupan kita. Ia mencatat satu sejarah kehidupan sesiapa sahaja yang menempuhnya. Salah seorangnya ialah, AKU. Iya, aku telah dijangkiti Covid-19. Sejak Disember 2019, aku hanya mendengar, membaca dan menonton perkembangan wabak yang ganas ni. Tetapi kira-kira dua minggu lepas aku terpaksa meredahnya dengan segala bentuk ikhtiar, ilmu, kemahiran dan pengalaman setakat mana yang aku ada selama ini. Ingin aku tekankan di sini, tujuan entri ini aku tulis bukan untuk berbangga, sombong, bongkak, jauh sekali memberi nasihat kepada orang lain. Ia sekadar perkongsian tentang apa yang aku tempuh. Tidak kurang dan tidak lebih daripada itu. Para pembaca perlu mengambil ini sebagai disclaimer . Aku bukan doktor, bukan perawat Islam, bukan pengamal perubatan herba

FlyFM Dan OneFM Ke Kota Damansara

Pada Jumaat yang minggu lepas, 3 Jun 2011, pengunjung-pengunjung sebuah hypermarket di Kota Damansara telah dikejutkan dengan kehadiran dua kenderaan unik dengan gambar-gambar lukisan 'airbrush', dengan logo stesen-stesen radio tempatan, FlyFM dan OneFM.


Kunjungan pada lewat petang, kira-kira jam 6:30 petang, menjadikan kenderaan-kenderaan dengan warna-warna ceria ini sangat mudah untuk dilihat. (Waaahhhh, ayat skima gitu. Hahaha.)


Cerita banyak pun tak guna kan? Kita lihat gambar-gambarnya, sebuah Perodua MyVi berwarna hitam, dan sebuah lagi pula Proton Exora berwarna putih.











Hebat kenderaannya kan? Ooops, maaflah, ada bayang pantulan si tukang ambil gambar di bahagian bawah gambar tu. Itu kejadian yang tidak disengajakan ye. Dah sampai rumah baru perasan. Hahaha.

OK, kita lihat pula aksi duta-duta kecil yang dihantar oleh syarikat gergasi media Malaysia. Ceriaaaaa...!!! Memang sporting habis! Macam gerai pasar malam pun ada ni. Hahaha.

















'Cool', kan? Isk... Macamana nak terjemahkan 'cool' ni kepada Bahasa Melayu? Entah la. Tapi memang 'super cool' la. Syok juga tengok gelagat diorang ni. Main kuiz dengan orang awam, edarkan barang-barang cenderahati, buat lawak-lawak spontan. Memang syok! Mana budak perempuan 'cute' tu ye? Tak ada la muka dia dalam gambar-gambar tu. 

Aaa... gambar yang ni ada muka dia. Masa ambil gambar-gambar tadi tu, dia sibuk ambil gambar juga. Itu yang tak masuk tu. Hahaha.


Lupa la nak tanya nama. Maaflah ye. Hehehe.

OK, kita beri mereka markah 9/10, kerana mereka berkomunikasi dengan sangat baik, sangat ramah dan sangat efektif. Bahasa Inggeris, Melayu dan bahasa 'bukan lisan', semuanya sangat-sangat berkesan. Iya, ini bukan bodek lebih, tetapi siapa yang ada di lokasi ketika itu, dialah yang boleh menilainya. Diakui, mereka berinteraksi dengan orang awam dengan sangat-sangat efektif.

Tak puas lagi? Ada lagi... Gambar-gambar ini sangat-sangat membantu sekiranya ada di antara kita yang mahu berjalan-jalan keluar kawasan. Inilah dianya, senarai frekuensi-frekuensi siaran FlyFM di serata Semenanjung Malaysia.





OK, gambar-gambar ni tidak dilindungi mana-mana akta harta intelek. Maka, sesiapa yang malas nak menyalin, boleh simpan gambar-gambar tu di dalam telefon. Lain kali senang nak cari siaran FlyFM Hehehe.

Dan, terima kasihlah, beri susu kotak UHT Marigold, majalah CLEO dan JUICE. 'Arigato gozaimas'. 



Sekian untuk kali ini.

- - -



Eh-eh! Nanti dulu! Ada apa-apa yang tertinggal tak? Hmmm... cuba kita lihat semula tajuk entri. Apa katanya?

Oh ye. Apa ceritanya tentang Proton Exora putih dari OneFM tu? Dah terlupa ke? Oh... memanglah terlupa. Sebab biasanya kita hanya akan ingat perkara-perkara yang terkesan ke dalam hidup kita sahaja. Yang tidak memberi kesan, biasanya kita akan lupa. Betul tak?

Begini ceritanya... Isk... Macamana mahu disampaikan dengan cara terbaik ye? Aaa... beginilah kot.

Jika kita bekerja dengan sebuah syarikat media, kita perlu tahu dan sedar bahawa KOMUNIKASI adalah teras kepada perniagaan syarikat tempat kita bekerja. Bagaimana mahu menyampaikan mesej pengiklan dan penaja sekiranya kita tidak menyampaikan dengan baik kepada audien, iaitu orang awam? Mahukah pengiklan membayar kita untuk menyiarkan iklan sekiranya mereka tahu, kita tidak berkomunikasi dengan baik kepada pengguna, iaitu sasaran iklan mereka.

Siapakah pengguna? Pengguna adalah orang awam... sesiapa sahaja. Lihat sahaja di sekeliling anda. Semuanya adalah bakal pelanggan yang berpotensi untuk membeli produk dan mendapatkan perkhidmatan yang ditawarkan.

Apa pula kaitannya bebelan ini dengan mereka yang berdiri di belakang Proton Exora putih itu?

Begini ceritanya... 

Mereka turun dari kenderaan, dan beberapa orang awam mengerumuni mereka. Biasalah kan. Ada yang berminat dengan barangan percuma yang ingin diedarkan, ada yang sekadar ingin melihat, macam-macamlah ragam... Dukacita, duta-duta kecil dari OneFM gagal berinteraksi dengan baik terhadap orang awam yang mengerumuni mereka, dan seolah-olah bersikap pilih bulu ketika itu.

Walaupun jika di hadapan mereka ketika itu bukanlah audien sasaran mereka, adalah agak janggal sekiranya mereka terus mengabaikan orang di hadapan mereka. Jangankan ingin berinteraksi, mengangkat muka pun tidak mahu. Terus diabaikan begitu sahaja, bagaikan tunggul kayu.

Bukanlah mereka cerita, tetapi jika anda di situasi sebegitu, anda akan tahu bagaimanalah rasanya. Sehinggakan seorang 'kakak' berbaju warna oren yang berulang kali memberi jawapan kepada soalan kuiz, dan berulang kalilah juga dia diabaikan, merasakan perlunya dia diberi perhatian, lalu ditempikkannya...

"Hey! I answered your questions!" ("Hey! Saya dah jawab soalan-soalan awak!")

Pun, masih tidak mampu menarik perhatian kru-kru OneFM di situ. Malang sungguh si 'kakak' itu diperlakukan sebegitu. Menarik muka jugalah dia menahan marah.

Entahlah... nak kata kerana popular, rasanya FlyFM punya populariti yang jauh lebih hebat jika dibezakan.

Markah? Berapa nak beri ni? 4/10 pun cukuplah kot.

Baiklah, sekiranya setelah membaca bebelan yang panjang itu, anda masih merasakan gambar-gambar di bawah masih relevan, anda lihat sajalah. Teman tak berapa selera...



































Ada sesiapa dari OneFM atau Media Prima Berhad ingin berikan penjelasan mengenai perkara ini? Silakan, jangan malu-malu. Kita perlu berkomunikasi dalam kehidupan, kan?


Akhir kata, mungkin ada yang terlupa, "MASS-COMM deals with COMMUNICATION".

Sekian, sekali lagi.





Comments

  1. O_O!!
    one fm ada dtg gaint... alaaaa melepas....x tau lak diaorng datg T^T

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Kini

COVID-19 : Sudah Dijangkiti, Apa Patut Aku Buat? [ Bahagian 1 ]

Dijangkiti penyakit yang merbahaya dan sudah menjadi wabak seluruh dunia, pasti menjadi satu pengalaman baru untuk setiap manusia di muka bumi ni. Tak kisahlah apa implikasi dari pengalaman ni, sama ada yang positif atau negatif dalam kehidupan kita. Ia mencatat satu sejarah kehidupan sesiapa sahaja yang menempuhnya. Salah seorangnya ialah, AKU. Iya, aku telah dijangkiti Covid-19. Sejak Disember 2019, aku hanya mendengar, membaca dan menonton perkembangan wabak yang ganas ni. Tetapi kira-kira dua minggu lepas aku terpaksa meredahnya dengan segala bentuk ikhtiar, ilmu, kemahiran dan pengalaman setakat mana yang aku ada selama ini. Ingin aku tekankan di sini, tujuan entri ini aku tulis bukan untuk berbangga, sombong, bongkak, jauh sekali memberi nasihat kepada orang lain. Ia sekadar perkongsian tentang apa yang aku tempuh. Tidak kurang dan tidak lebih daripada itu. Para pembaca perlu mengambil ini sebagai disclaimer . Aku bukan doktor, bukan perawat Islam, bukan pengamal perubatan herba

RESIPI : Cempedak Goreng Stail Macam Gerai

Haaa... musim buah dah sampai hujung-hujung. Maksudnya, sekarang ada banyak cempedak kan? Buah ni orang panggil buah penutup musim, selain manggis dengan langsat. Isk! Apa le teman merepek ni ye? Kalo korang budak bandar, mana la korang tau pasal musim buah-buahan ni kan? Hehehe. Kalau korang suka cempedak goreng yang tak berapa rangup, tapi rasa nice satu macam je bila gigit masa suam-suam, mungkin korang buleh cuba resipi ni. Tak sama macam guna tepung goreng segera tu tau. Yang tu ada rasa ngan bau macam vanila. Yang ni, memang rasa macam yang jual kat gerai tepi jalan tu. Ce try , ce try . Hehehe. BAHAN-BAHAN - 1/2 biji buah cempedak (kalau korang tukor ngan buah lain pun buleh) 1 cawan tepung gandum 3 sudu besar serbuk roti (kalau takde, bantai je hancurkan biskut lutut) 1 sudu makan minyak masak yang dipanaskan 2 sudu teh garam halus 1 sudu teh gula 1 sudu teh serbuk kunyit Air secukupnya (dalam secawan dua, ikut kualiti tepung korang) Minyak masak secukupnya untuk menggoreng *

RESIPI : Waffle Lembut

Kita dalam PKPD lagi, selepas ' TOTAL LOCKDOWN ' edisi Jun 2021. Berkurung lagi nampaknya. Bosan? Boleh la main masak-masak lagi macam PKP 1.0 tahun lepas. Nak try buat waffle? Ada resipi yang dikongsikan dalam FB page Daily Masak . Tak dapat dipastikan siapakah individu asal yang berkongsi resipi ni. Kalau ada sesiapa tahu, tolong tinggalkan maklumat di komen ye. Selamat mencuba! - - - Resepi Waffle Lembut Bahan Resepi Waffle Sedap : 3 cawan tepung gandum 2 1/2 cawan air 3/4 cawan minyak masak/butter cair 2 biji telur & esen vanilla 2 sudu makan susu tepung 3 sudu makan gula castor 1/2 sudu teh garam 1 sudu makan baking powder 1/4 sudu teh baking soda Gunakan cawan penyukat seperti dalam gambar.Anda boleh dapatkan di kedai bakeri berhampiran. Resepi waffle sukatan cawan ini sangat mudah dan lembut untuk anda buat makan sarapan pagi. Waflle yang disapu dengan nutella, strawberi, coklat memang sedap Untuk susu tepung, anda bleh guna susu tepung Nespray atau apa-apa susu tepu