Skip to main content

Posts

Showing posts from June, 2011

E-WALLET : Kisah Seorang Muhammad Hanif

Muhammad Hanif ialah seorang pekerja BigPay yang memegang jawatan ' Serve Customers '. Pada 25 September 2021 jam 8:17 PM beliau menelefon menggunakan WhatsApp call dari nombor +601117684266 . Profile picture beliau menggunakan logo BigPay. Suara beliau jelasnya ada pelat-pelat India. Pada hari ini 5 Oktober 2021 jam 2:14 PM Muhammad Hanif menelefon lagi sekali melalui WhatsApp call dari nombor +60113809095 tetapi malangnya tak sempat pula nak diangkat untuk didengari suaranya. Kali ini profile picture beliau merupakan seorang lelaki Cina.   Pasti beliau seorang yang amat prihatin dengan pelanggan-pelanggan BigPay sehinggakan tiada kredit sekalipun beliau usaha untuk membuat panggilan menggunakan WhatsApp. Ada kemungkinan juga sebenarnya beliau terkeliru dengan identiti sendiri. Mengikut gambar dalam laman web BigPay, beliau merupakan seorang lelaki Melayu. Jadi beliau ialah seorang lelaki Melayu yang bercakap pelat India dan baru sahaja selesai membuat pembedahan plastik u

Objek-objek 'Putih' di Belakang Taman Rimba Riang

Agaknya menulis blog tidak ubah seperti memancing ikan. Betul ke? Nak pasti, kita kena tanya budak Nora Zira yang suka sangat pergi memancing dengan suaminya. Aktiviti keluargalah namanya tu kan? Elok juga suami isteri ada hobi yang sama. Ada keserasian di situ. Tapi, bukan setiap masa boleh dapat tangkapan yang banyak kan? Dan, ada masanya rezeki datang tanpa dijangka kan? Manalah tahu, dalam perjalanan mahu ke pasar pagi, melintasi kawasan yang baru sahaja dinaiki bah subuh tadi, ada pula ikan yang terdampar di lopak-lopak setelah air surut. Seakan sama insiden hari ini. Apa yang samanya? Hmmm... Entri ini yang sebenarnya dicetuskan oleh insiden sebegitu. Dalam perjalanan pulang dari kerja hari ini, terasa ingin meninjau salah satu tapak projek video akan datang, Projek : MI. Seperti yang telah dibincang serba-sedikit dengan Sham petang tadi, Taman Rimba Riang, Kota Damansara adalah salah satu calon lokasi penggambaran projek mengarut-ngarut itu. Menyedari persediaan awal biasanya

FlyFM Dan OneFM Ke Kota Damansara

Pada Jumaat yang minggu lepas, 3 Jun 2011, pengunjung-pengunjung sebuah hypermarket di Kota Damansara telah dikejutkan dengan kehadiran dua kenderaan unik dengan gambar-gambar lukisan 'airbrush', dengan logo stesen-stesen radio tempatan, FlyFM dan OneFM. Kunjungan pada lewat petang, kira-kira jam 6:30 petang, menjadikan kenderaan-kenderaan dengan warna-warna ceria ini sangat mudah untuk dilihat. (Waaahhhh, ayat skima gitu. Hahaha.) Cerita banyak pun tak guna kan? Kita lihat gambar-gambarnya, sebuah Perodua MyVi berwarna hitam, dan sebuah lagi pula Proton Exora berwarna putih. Hebat kenderaannya kan? Ooops, maaflah, ada bayang pantulan si tukang ambil gambar di bahagian bawah gambar tu. Itu kejadian yang tidak disengajakan ye. Dah sampai rumah baru perasan. Hahaha. OK, kita lihat pula aksi duta-duta kecil yang dihantar oleh syarikat gergasi media Malaysia. Ceriaaaaa...!!! Memang sporting habis! Macam gerai pasar malam pun ada ni. Hahaha. 'Cool', kan? Isk... Macamana nak