Skip to main content

SIDAI : Siapa Suka Kena Sidai?

 "PERTANDINGAN HARI TU DAH ADA KEPUTUSAN KE?" Antara soalan yang biasa diajukan oleh peserta kepada penganjur-penganjur pertandingan merekacipta. Tak kisahlah rekacipta logo, produk, grafik mural, cenderahati dan macam-macam lagi. Setelah peserta meletakkan idea, komitmen masa, ketekunan, mencurahkan kemahiran, mengejar tarikh tutup permohonan, barulah sesuatu penyertaan itu dapat dihantar. Ia tak sama dengan pertandingan teka kacang, silangkata, cari objek tersembunyi dan sebagainya. Merekabentuk memerlukan bakat, pengetahuan dan kemahiran khusus yang bukan semua orang mampu membuatnya. Malangnya selepas tarikh tutup penyertaan, kebanyakan penganjur menunggu para peserta atau orang awam yang berminat, untuk bertanya bilakah keputusannya akan keluar. Jika tidak, pihak penganjur akan diam membisu sahaja. Ini yang biasa berlaku.  Sebenarnya bukanlah para peserta terlalu berharap untuk menang sebab setiap penyertaan itu atas rasa minat terhadap sesuatu. Mungkin ada juga yang ber

Candyshare.com.my


Lampu Isyarat Luar Tabi'i (Versi Penuh)

Lampu isyarat? Apa yang menariknya tentang lampu isyarat sehinggakan ia mahu dijadikan topik utama di dalam entri kali ini? Lampu isyarat luar tabi'i? Ini lagilah pelik dan asing bunyinya bagi kita, bukan begitu? Biasalah... tajuk memainkan peranan yang sangat penting untuk mengajak masyarakat kita untuk membaca.

Lihat sahaja tajuk-tajuk utama akhbar tabloid di negara kita. Jika tajuknya berbunyi agak mendatar seperti, 'Saya dengan ini meletakkan semua jawatan saya...", harus akhbar itu kurang dibeli oleh orang kita. Sebab itulah mereka mengambil "Dah lama dah..." sebagai tajuk utama untuk menjadikannya lebih sensasi dan appealing (Maaf, campuran bahasa. Tolong cadangkan perkataan Bahasa Melayu yang paling ideal untuk menggantikannya.) 

Kembali kepada isu pokok, tentang lampu isyarat tadi. Anda boleh amati video di bawah ini untuk mendapatkan sedikit gambaran sebelum terus membaca entri ini. Ia banyak membantu rasanya.








Jika kita perhatikan betul-betul, lampu isyarat ini sangat-sangat tidak normal operasinya, sesuai dengan tajuk entri ini, 'Lampu Isyarat Luar Tabi'i'. Kenapa dikatakan begitu? Perhatikan tempoh masa yang diperuntukkan untuk laluan utama, tempat fokusnya video ini. Tempoh masa lampu hijaunya terlalu pendek sehinggakan kereta yang paling hadapan pun belum melintasi simpang itu, ia sudah mula berkelip dan bertukar kepada merah, tanda berhenti.

Dalam situasi sebegini, biasanya pasti ada keperluan yang teramat sangat bagi memberikan lebih keutamaan kepada laluan-laluan bukan utama, seperti laluan keluar-masuk ke balai polis, balai bomba, hospital dan seumpamanya, yang mempunyai justifikasi yang sangat-sangat bertepatan dengan keadaan lampu isyarat itu, yang biasanya hanya bersangkut-paut dengan urusan-urusan segera dan kecemasan. 

Bagaimana jika dikatakan, laluan kiri yang diberi keutamaan itu adalah... laluan keluar-masuk di bahagian tepi sebuah pasaraya besar, atau nama popularnya, 'hypermarket'? Oh, apalah salahnya. mungkin laluan itu terlalu sibuk sehingga boleh menjadikan kawasan letak kereta di hypermarket itu sesak, tidak boleh bergerak ke mana-mana lagi. Memang wajarlah jika ia sedemikian rupa. Kita perlulah bertimbangrasa dalam situasi-situasi sebegitu. Manalah tahu, sedang asyik membeli-belah, ada pula bakal ibu yang tiba-tiba perlu bersalin dalam tempoh yang teramat singkat, dengan laluan keluar yang menjadi sesak, pastilah ia mendatangkan bahaya.

Jom, lihat fakta terselindung yang ini pula. Ia berbentuk gambar yang menceritakan realiti, bukan omongan kosong.








Hah?! Ini kesesakan yang teramat sangat? Sesak? Macam ni? Ini dipanggil sesak? Uh! Hehehe... sungguh memalukan. Benarkah ini kawasan letak kereta sebuah hypermarket? Jumlah kenderaan yang ada di sini mungkin hanya sesuai untuk sebuah pasar mini di blok-blok kedai teres sahaja. Manakan tidak, jika ada 80 kenderaan, dan ditolak dengan kira-kira 20 kenderaan untuk pekerja dan penyewa-penyewa kedai di dalam bangunan itu, tinggal hanya 60 buah kereta yang mungkin milik pelanggannya.

Chup! Isu akan dicantas di situ. Pasti ada yang terfikir, "Oh, dia mahu sabotaj hypermarket tu. Sebab itulah dia keluarkan isu ini dan tunjukkan kepada umum bahawa hypermarket itu kurang pelanggan. Pasti dia telah ambil gambar ni sewaktu pelanggan paling kurang". Treeeet! Cukup masa untuk itu. Seperti biasa, fakta dan bukti akan menceritakan dengan lebih baik.

Lihat gambar di bawah pula :





Yang anda baru lihat tadi pula adalah kawasan letak kereta sebuah lagi hypermarket yang berdekatan (berdekatan bermakna hanya lima minit memandu kereta jaraknya dengan hypermarket tadi), pada malam yang sama. Bukan sekadar di dalam bangunan, tempat letak kereta di bahagian luar bangunan juga sama 'meriah' seperti ini. Dan bonusnya, tiada pula lampu isyarat diperlukan di simpang keluar-masuk hypermarket ini. Keadaan sangat-sangat terkawal, cukup sekadar dengan petak kuning sahaja.

Jadi, apa ceritanya tentang lampu isyarat luar tabi'i tadi? Bukan ingin membuat spekulasi membuta tuli, tetapi kita sebagai manusia yang dianugerahkan otak dengan pemikiran yang waras, pasti kita terfikir, "Siapakah 'pemilik' lampu isyarat itu", 'Siapakah yang 'menternak' lampu isyarat itu?", "Atas permintaan atau arahan siapakah lampu isyarat itu dipasang?", dan persoalan yang lebih penting di dalam isu ini, "Adakah lampu isyarat luar tabi'i itu dikuatkuasakan pelaksanaannya?".

Perkara itu amat-amat penting kerana kita perlu berfikiran jauh. Andai kata ada di kalangan pengguna jalanraya yang disaman kerana melanggar lampu merah di simpang itu, adakah tindakan menyaman itu wajar? Anda sendiri sudah melihat keadaan lampu isyarat itu bukan?

Masih tertanya-tanya apakah nama hypermarket tersebut? 'Tak kuasa awok nak sebut.' (dalam intonasi percakapan Usop Wilcha). Anda boleh rujuk di sini - Penduduk Kota Damansara Protes Projek Kakpor . Masih belum jelaskah mesej yang ingin disampaikan setelah bertahun lamanya? Penduduk setempat dengan jelas tidak bersetuju dengan kehadiran hypermarket itu di tempat mereka. Ia terlalu hampir dengan sekolah. Itu amat-amat tidak sesuai dari segi keselamatan pelajar-pelajar yang berjalan kaki, juga amat-amat menggalakkan pelajar ponteng kelas atau ponteng sekolah.

Pelbagai usaha 'murni' telah dilakukan oleh pihak hypermarket untuk menarik perhatian orang ramai untuk membeli-belah, atau paling tidak 'melawat' hypermarket mereka. Pernah diadakan pasar malam di lorong berhampiran tempat letak kereta mereka, diadakan pula tempat hentian bas... dan paling luar tabi'i,  lampu isyarat inilah rasanya. Hasilnya? Ia tetap sama. Penduduk setempat tidak mahu juga menerima kehadiran mereka di situ. Bantahan sudah disuarakan, tetapi tidak diendah. Kini, hanya usaha sebegini yang dapat dilakukan. Tindakan memboikot mereka. Mungkin itulah sebaik-baik cara yang ada buat masa ini.

Siapakah mangsa, selain orang awam yang menggunakan jalanraya tadi? Iya, mereka-meraka yang menyewa kedai-kedai di dalam bangunan itu. Sudah banyak syarikat yang keluar-masuk di dalam bangunan itu, kerana tidak dapat membuat untung dari perniagaan di situ. Pernah anda lihat restoran ayam goreng cap 'atuk tua berjanggut putih', dengan hanya dua orang pelanggan yang duduk makan di dalamnya? Iya, hanya dapat dilihat di sini. Uniknya hypermarket ini...

Bukan untuk menimbulkan kontroversi, tetapi sekadar membuka minda. Orang awam sebagai pengguna, boleh menggunakan kuasa membelinya untuk menjadikan sesebuah perniagaan itu maju, juga boleh menggunakannya untuk menjadikannya 'sunyi' seperti hypermarket itu.

Wallahhua'lam... Sekadar berkongsi.

Comments

  1. ada lgi...pasal bus stop pun sama jgak....sebab bus stop yang pihak hypermarket letakkan tu di kawasan yang salah...perhatikan betul2...mana ada bus berhenti kat sana...
    panggilan lain untuk hypermarket hospital "ada lah kata sorang makcik ni"

    ReplyDelete
  2. Kekeke... dari segi warna bangunan, warna logonya... memang kena dah. Memang macam hospital pun.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Kini

SIDAI : Siapa Suka Kena Sidai?

 "PERTANDINGAN HARI TU DAH ADA KEPUTUSAN KE?" Antara soalan yang biasa diajukan oleh peserta kepada penganjur-penganjur pertandingan merekacipta. Tak kisahlah rekacipta logo, produk, grafik mural, cenderahati dan macam-macam lagi. Setelah peserta meletakkan idea, komitmen masa, ketekunan, mencurahkan kemahiran, mengejar tarikh tutup permohonan, barulah sesuatu penyertaan itu dapat dihantar. Ia tak sama dengan pertandingan teka kacang, silangkata, cari objek tersembunyi dan sebagainya. Merekabentuk memerlukan bakat, pengetahuan dan kemahiran khusus yang bukan semua orang mampu membuatnya. Malangnya selepas tarikh tutup penyertaan, kebanyakan penganjur menunggu para peserta atau orang awam yang berminat, untuk bertanya bilakah keputusannya akan keluar. Jika tidak, pihak penganjur akan diam membisu sahaja. Ini yang biasa berlaku.  Sebenarnya bukanlah para peserta terlalu berharap untuk menang sebab setiap penyertaan itu atas rasa minat terhadap sesuatu. Mungkin ada juga yang ber

KFC : Yang Ni OR Atau HS? Kompius Laaa...

Siapa tak suka ayam goreng? Susah nak jumpa la orang yang tak suka makan ayam goreng. Kalau nak jumpa pun mungkin satu dalam beribu-ribu orang. Kebiasaannya orang suka makan ayam goreng kan? Kalau korang beli ayam goreng KFC, yang mana satu pilihan korang? Original Recipe (OR) atau Hot & Spicy (HS)? Atau dua-dua pun korang balun satu macam je? Hahahaha. Setiap orang ada citarasanya tersendiri kan? Ada juga yang tak kisah walau macamana pun rasanya, tapi bila benda tu viral mesti dia nak cuba. Yang kategori ni dia pelik sikit. Dia sebenarnya bukan nak makan tapi nak kepuasan mencuba. Selagi tak cuba dia tak akan rasa puas. Ada satu perisa ayam goreng KFC yang tak pasti korang boleh merasa ke tak. Tapi benda ni ada dijual hari ni. OR bukan, HS pun bukan. Jenuh juga la tadi menyemak resit kot ada tersilap tekan pada mesin order layan diri tu. Manalah tau, tergatal tangan tercuit pilihan menu yang satu ni. Nampaknya, sah! Memang sah tak ada. Semuanya normal. Tak ada yang pelik pun.

Video Lagu Warisan - Sudirman Hj. Arshad

Benda yang baik biasanya datang dalam pelbagai perisa kan? Pizza, minuman coklat, yogurt dan jajan la contohnya. Orang olah jadi pelbagai perisa sampai tak jemu la peminatnya. Sama juga dengan lagu. Bagi teman, antara lagu patriotik yang paling teman suka dengor lagu Warisan, nyanyi Allahyarham Sudirman Hj. Arshad. Lagu ciptaan Syed Haron Ahmad ni memang liriknya ringkas, tepat dan menusuk ke hati tiap kali dengor. Bertepatan dengan insiden terhempasnya MH17 tahun ni yang mengorbankan ratusan nyawa, ada baiknya kita renungkan semula betapa syarikat penerbangan negara kita ni dah mula berkhidmat sejak zaman tv hitam-putih lagi. Tak tau la berapa berat, jerih payah semua yang terlibat dalam mematangkan Malaysia dalam industri penerbangan. Teman selitkan beberapa klip pendek yang sempat teman himpunkan berkaitan Syarikat Penerbangan Malaysia, MAS, untuk renungan kita bersama, seiring dengan pembangunan negara dari waktu laungan 'Merdeka' yang pertama pada tahun 1957. Syyy... duduk