Skip to main content

SIDAI : Siapa Suka Kena Sidai?

 "PERTANDINGAN HARI TU DAH ADA KEPUTUSAN KE?" Antara soalan yang biasa diajukan oleh peserta kepada penganjur-penganjur pertandingan merekacipta. Tak kisahlah rekacipta logo, produk, grafik mural, cenderahati dan macam-macam lagi. Setelah peserta meletakkan idea, komitmen masa, ketekunan, mencurahkan kemahiran, mengejar tarikh tutup permohonan, barulah sesuatu penyertaan itu dapat dihantar. Ia tak sama dengan pertandingan teka kacang, silangkata, cari objek tersembunyi dan sebagainya. Merekabentuk memerlukan bakat, pengetahuan dan kemahiran khusus yang bukan semua orang mampu membuatnya. Malangnya selepas tarikh tutup penyertaan, kebanyakan penganjur menunggu para peserta atau orang awam yang berminat, untuk bertanya bilakah keputusannya akan keluar. Jika tidak, pihak penganjur akan diam membisu sahaja. Ini yang biasa berlaku.  Sebenarnya bukanlah para peserta terlalu berharap untuk menang sebab setiap penyertaan itu atas rasa minat terhadap sesuatu. Mungkin ada juga yang ber

Candyshare.com.my


Buat Kerja Tidak Berfaedah

Entri kali ini menyentuh tentang 'kerja tidak berfaedah', yang biasanya masyarakat kita sangat sensitif mengenainya. Apabila kita menegur seseorang, 'Kau ni suka buat kerja tak berfaedah la, buang masa je'. Nescaya, mudahlah teguran sebegitu memerahkan muka orang yang ditegur. Iyalah... masyarakat kita kan tak suka ditegur, tak suka diperbetulkan. Pemikiran tidak berapa terbuka seperti masyarakat negara maju, kan?


Itu jika ia dilakukan oleh individu. Bagaimana pula jika pelakunya adalah dari golongan pihak agensi kerajaan, pihak berkuasa tempatan, dan pihak-pihak lain, yang nyata urusannya adalah urusan rasmi. Bunyinya memang agak kelakar, tetapi ia adalah kebenaran, dan baru-baru ini ia berlaku di tempat yang tidak berapa 'tepat'. Mungkin kerana NKB (Nasib-Kurang-Baik), maka ia berlaku sebegitu. Di tempat yang mudah dilihat oleh 'blogger cerewet dan banyak komplen' ini. 


Mari kita lihat gambar notis di bawah ini. Gambar-gambar ini mungkin tidak beberapa jelas, kerana ia diambil dengan kamera telefon bimbit murahan, di waktu subuh, tetapi cukup rasanya untuk memberikan gambaran kisahnya :



Lebih kurang ceritanya, notis ini seperti bersifat 'diam tanda setuju', iya, macam orang dulu-dulu merisik anak dara orang untuk dipinang, nak ditunangkan, nak dikahwinkan. Notis ini memberi maksud, jika tiada sebarang bantahan dinyatakan oleh penduduk setempat, maka cadangan akan diteruskan untuk mengisytiharkan Jalan Kenyalang 11/1 dan Jalan Kenyalang 11/3 sebagai jalan awam, dan jelasnya juga dapat dilihat di bahagian atas notis ini disebutkan Majlis BANDARAYA Petaling Jaya.

Wah hebat kan? Status Bandaraya Petaling Jaya dah tu. Mestilah hasil kerjanya bagus kan? Sebab dah naik-taraf ke bandarayalah katakan.

OK, semuanya nampak macam biasa kan? Hmmm... Apa kata kita lihat sekali lagi notis tersebut.


Oh, jika dilihat dengan lebih teliti, ia nampak lebih cantik. Menggunakan tulisan bertaip jenis Times New Roman, bersaiz kira-kira 18 ke 24, dicetak dengan jelas, dibalut dengan kepingan plastik untuk melindunginya dari panas dan hujan, dan, berbingkai kayu yang dicat merah untuk memudahkan ia dilihat oleh orang yang lalu-lalang di situ. Bunyinya seperti ia adalah notis yang baik, cukup untuk menyampaikan maklumat tersebut, bukan begitu?

Bagaimana pula jika anda lihat gambar ketiga ini? Berubahkah persepsi anda terhadap notis tersebut, dan berubah jugakah persepsi anda kepada siapa yang mengeluarkan notis itu?


Haih, mana notisnya? Tak nampak pun! Hehehe... ada la. Itu, yang dipacakkan di pembahagi jalan tu. Aaa... pembahagi jalan? Iya, pembahagi jalan. Maknanya di tengah-tengah jalan, pembahagi antara dua jalan yang bertentangan arus. Cukup spesifik? Nampak tak? Itulah dianya notis tadi, dengan tulisan bersaiz 18 ke 24 px. itu, diletakkan di tempat yang memang terlalu sukar untuk dilihat. Jangan kata nak membaca tulisannya, hendak dilihat papannya pun entahkan boleh, entahkan tidak, tidak dapat dipastikan.

Kerja berfaedahkah ini? Nyatanya memang berfaedah kepada mereka. Kerana, nescaya, memang pasti kurang sangatlah atau hampir-hampir tiada bantahan daripada pihak penduduk setempat terhadap cadangan mereka itu. Namun, gagallah notis tersebut mencapai maksudnya diletakkan di situ. Bukan begitu? Sesuailah ia dengan kata-kata tadi, 'buat kerja tak berfaedah'. Setuju?

Secara kesimpulannya, tidak hairanlah kenapa banyak kali kita lihat disiarkan di berita televisyen, tentang masyarakat setempat yang berdiri di tepi-tepi jalan, membawa poster dan sepanduk menyuarakan bantahan mereka terhadap sesuatu projek. Dan, dengan mudah pihak-pihak berkaitan akan memberikan kata-kata ini kepada pihak wartawan, 'Kita telahpun memaklumkan masyarakat di sini tentang cadangan projek ini. Namun, setelah tamat tempoh notis, kami tidak menerima sebarang bantahan mengenainya, barulah kami bertindak melantik kontraktor bagi menjalankan projek ini'. 

Macam biasa dengar kan ayat-ayat tu? Iya, benar... memang anda biasa dengar ayat-ayat tersebut. Dan setiap kali itu berlaku, biasanya perhimpunan penduduk setempat yang terlibat memang sukar hendak disuraikan, dan terpaksa meminta bantuan pihak polis untuk menyuraikannya. Mudahkah bagi pihak yang rasa seakan teraniaya sebegitu untuk diredakan kemarahannya. Cukup sekadar menunjukkan salinan asal notis seperti yang didedahkan di atas tadi? Cubalah...

Berkata-kata memanglah mudah. Tetapi cubalah menyangkal fakta dan bukti, seperti bukti di atas itu. Sukar bukan? Bolehlah jika ingin dicuba juga. Cuma hasilnya tidaklah dapat dijamin. Anda kan memang suka buat kerja tak berfaedah, kan? Itu sahaja.

Fikir-fikirkan, renung-renungkan, dan selamat beramal! (Pakai lagi ayat Prof. Izi Hj. Ali ni. Hehehe.) Wassalam...

Comments

  1. Notis yang seciput itu...penerimaan org pun seceput ler....Yapadaaa!!!

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Kini

SIDAI : Siapa Suka Kena Sidai?

 "PERTANDINGAN HARI TU DAH ADA KEPUTUSAN KE?" Antara soalan yang biasa diajukan oleh peserta kepada penganjur-penganjur pertandingan merekacipta. Tak kisahlah rekacipta logo, produk, grafik mural, cenderahati dan macam-macam lagi. Setelah peserta meletakkan idea, komitmen masa, ketekunan, mencurahkan kemahiran, mengejar tarikh tutup permohonan, barulah sesuatu penyertaan itu dapat dihantar. Ia tak sama dengan pertandingan teka kacang, silangkata, cari objek tersembunyi dan sebagainya. Merekabentuk memerlukan bakat, pengetahuan dan kemahiran khusus yang bukan semua orang mampu membuatnya. Malangnya selepas tarikh tutup penyertaan, kebanyakan penganjur menunggu para peserta atau orang awam yang berminat, untuk bertanya bilakah keputusannya akan keluar. Jika tidak, pihak penganjur akan diam membisu sahaja. Ini yang biasa berlaku.  Sebenarnya bukanlah para peserta terlalu berharap untuk menang sebab setiap penyertaan itu atas rasa minat terhadap sesuatu. Mungkin ada juga yang ber

KFC : Yang Ni OR Atau HS? Kompius Laaa...

Siapa tak suka ayam goreng? Susah nak jumpa la orang yang tak suka makan ayam goreng. Kalau nak jumpa pun mungkin satu dalam beribu-ribu orang. Kebiasaannya orang suka makan ayam goreng kan? Kalau korang beli ayam goreng KFC, yang mana satu pilihan korang? Original Recipe (OR) atau Hot & Spicy (HS)? Atau dua-dua pun korang balun satu macam je? Hahahaha. Setiap orang ada citarasanya tersendiri kan? Ada juga yang tak kisah walau macamana pun rasanya, tapi bila benda tu viral mesti dia nak cuba. Yang kategori ni dia pelik sikit. Dia sebenarnya bukan nak makan tapi nak kepuasan mencuba. Selagi tak cuba dia tak akan rasa puas. Ada satu perisa ayam goreng KFC yang tak pasti korang boleh merasa ke tak. Tapi benda ni ada dijual hari ni. OR bukan, HS pun bukan. Jenuh juga la tadi menyemak resit kot ada tersilap tekan pada mesin order layan diri tu. Manalah tau, tergatal tangan tercuit pilihan menu yang satu ni. Nampaknya, sah! Memang sah tak ada. Semuanya normal. Tak ada yang pelik pun.

Video Lagu Warisan - Sudirman Hj. Arshad

Benda yang baik biasanya datang dalam pelbagai perisa kan? Pizza, minuman coklat, yogurt dan jajan la contohnya. Orang olah jadi pelbagai perisa sampai tak jemu la peminatnya. Sama juga dengan lagu. Bagi teman, antara lagu patriotik yang paling teman suka dengor lagu Warisan, nyanyi Allahyarham Sudirman Hj. Arshad. Lagu ciptaan Syed Haron Ahmad ni memang liriknya ringkas, tepat dan menusuk ke hati tiap kali dengor. Bertepatan dengan insiden terhempasnya MH17 tahun ni yang mengorbankan ratusan nyawa, ada baiknya kita renungkan semula betapa syarikat penerbangan negara kita ni dah mula berkhidmat sejak zaman tv hitam-putih lagi. Tak tau la berapa berat, jerih payah semua yang terlibat dalam mematangkan Malaysia dalam industri penerbangan. Teman selitkan beberapa klip pendek yang sempat teman himpunkan berkaitan Syarikat Penerbangan Malaysia, MAS, untuk renungan kita bersama, seiring dengan pembangunan negara dari waktu laungan 'Merdeka' yang pertama pada tahun 1957. Syyy... duduk