Skip to main content

Posts

Showing posts from May, 2011

AMOS : Biskut Cip Coklat Tak 'Famous'

Bahan-bahan ( Ingredients ) : 120gm mentega campuran (separuh blok) / buttery mixture (half block) 170gm gula perang lembut / light brown sugar 60gm gula pasir halus / fine grain sugar 15gm susu tepung / powdered milk 1tbs esen vanila / vanilla essence 1 biji telur (saiz besar) / egg (large) 300gm tepung gandum serba guna / all purpose wheat flour 1½tbs soda bikarbonat / baking soda 60gm cip coklat / chocolate chips Langkah-langkah : 1.) Potong-potong mentega kepada bahagian-bahagian kecil. Masukkan ke dalam mangkuk adunan. Biarkan sehingga mencapai suhu bilik. 2.) Tambahkan gula perang, gula pasir, susu tepung dan esen vanila. Gaulkan sehingga rata. 3.) Masukkan telur dan adunkan pada kelajuan paling rendah untuk menghancurkan gula. Naikkan kepada kelajuan sederhana dan teruskan mengadun sehingga adunan menjadi ringan dan berkrim. 4.) Ayakkan tepung dan soda bikarbonat dan gaul kering sehingga rata. 5.) Turunkan kelajuan pengadun kembali kepada tahap rendah. Tambahkan campuran tepung

Candyshare.com.my


Lampu Isyarat Luar Tabi'i (Versi Penuh)

Lampu isyarat? Apa yang menariknya tentang lampu isyarat sehinggakan ia mahu dijadikan topik utama di dalam entri kali ini? Lampu isyarat luar tabi'i? Ini lagilah pelik dan asing bunyinya bagi kita, bukan begitu? Biasalah... tajuk memainkan peranan yang sangat penting untuk mengajak masyarakat kita untuk membaca. Lihat sahaja tajuk-tajuk utama akhbar tabloid di negara kita. Jika tajuknya berbunyi agak mendatar seperti, 'Saya dengan ini meletakkan semua jawatan saya...", harus akhbar itu kurang dibeli oleh orang kita. Sebab itulah mereka mengambil "Dah lama dah..." sebagai tajuk utama untuk menjadikannya lebih sensasi dan appealing (Maaf, campuran bahasa. Tolong cadangkan perkataan Bahasa Melayu yang paling ideal untuk menggantikannya.)  Kembali kepada isu pokok, tentang lampu isyarat tadi. Anda boleh amati video di bawah ini untuk mendapatkan sedikit gambaran sebelum terus membaca entri ini. Ia banyak membantu rasanya. Jika kita perhatikan betul-betul, lampu isy

Buat Kerja Tidak Berfaedah

Entri kali ini menyentuh tentang 'kerja tidak berfaedah', yang biasanya masyarakat kita sangat sensitif mengenainya. Apabila kita menegur seseorang, 'Kau ni suka buat kerja tak berfaedah la, buang masa je'. Nescaya, mudahlah teguran sebegitu memerahkan muka orang yang ditegur. Iyalah... masyarakat kita kan tak suka ditegur, tak suka diperbetulkan. Pemikiran tidak berapa terbuka seperti masyarakat negara maju, kan? Itu jika ia dilakukan oleh individu. Bagaimana pula jika pelakunya adalah dari golongan pihak agensi kerajaan, pihak berkuasa tempatan, dan pihak-pihak lain, yang nyata urusannya adalah urusan rasmi. Bunyinya memang agak kelakar, tetapi ia adalah kebenaran, dan baru-baru ini ia berlaku di tempat yang tidak berapa 'tepat'. Mungkin kerana NKB (Nasib-Kurang-Baik), maka ia berlaku sebegitu. Di tempat yang mudah dilihat oleh 'blogger cerewet dan banyak komplen' ini.  Mari kita lihat gambar notis di bawah ini. Gambar-gambar ini mungkin tidak beberapa