Skip to main content

AMOS : Biskut Cip Coklat Tak 'Famous'

Bahan-bahan ( Ingredients ) : 120gm mentega campuran (separuh blok) / buttery mixture (half block) 170gm gula perang lembut / light brown sugar 60gm gula pasir halus / fine grain sugar 15gm susu tepung / powdered milk 1tbs esen vanila / vanilla essence 1 biji telur (saiz besar) / egg (large) 300gm tepung gandum serba guna / all purpose wheat flour 1½tbs soda bikarbonat / baking soda 60gm cip coklat / chocolate chips Langkah-langkah : 1.) Potong-potong mentega kepada bahagian-bahagian kecil. Masukkan ke dalam mangkuk adunan. Biarkan sehingga mencapai suhu bilik. 2.) Tambahkan gula perang, gula pasir, susu tepung dan esen vanila. Gaulkan sehingga rata. 3.) Masukkan telur dan adunkan pada kelajuan paling rendah untuk menghancurkan gula. Naikkan kepada kelajuan sederhana dan teruskan mengadun sehingga adunan menjadi ringan dan berkrim. 4.) Ayakkan tepung dan soda bikarbonat dan gaul kering sehingga rata. 5.) Turunkan kelajuan pengadun kembali kepada tahap rendah. Tambahkan campuran tepung

Candyshare.com.my


Minuman Dengan Campuran Buah Nafsu (Passion Fruit)?


Entri kali ini berkaitan penemuan tidak sengaja yang tiba-tiba bertukar menjadi pendedahan kepada taktik penipuan di dalam pemasaran. Kenapa pendedahan ini dibuat? Ia untuk kepentingan bersama sebagai pengguna, dan sebagai bahan sumber maklumat kepada kita rakyat Malaysia yang popular dengan sikap 'tidak apa' yang juga menjadi salah satu faktor utama kenapa kitalah pihak yang mudah ditipu dengan pelbagai cara.


Melihat kepada grafik di atas, mungkin ada sesetengah pembaca berpandangan 'ah, ini untuk lepas gian main grafik'. Itu agak benar, tetapi lebih tepat, ia memberi sedikit maksud tersirat dengan bahagian gambar buah markisa yang dikeluarkan dari imej asalnya.


Sudah sedia untuk meletihkan mata dan memenatkan otak untuk membaca entri ini? Ayoh, kita mula membaca...



Grafik di atas tadi adalah sebahagian daripada ilustrasi hiasan yang dicetak di kotak minuman buah-buahan campuran 'jenama D', yang dengan tidak sengaja sudah terbeli tanpa dirancang semalam. Dari rupa pembungkusannya, ia agak menarik, tetapi rasanya tidak sebegitu. Terasa kemanisan yang keterlaluan seperti meneguk air gula yang ditambah sedikit perasa oren murahan yang orang tua-tua kita gunakan untuk buat aiskrim Malaysia dulu.




Biarlah, itu formula produk mereka. Teman rasa ada baiknya teman kekal tidak berganjak dengan jenama oren perahan asli yang menjadi kegemaran teman, dah berdekad lamanya. Rasa lebih asli, dan tidak terlalu manis (untuk orang yang tidak berapa sukakan manis). Walaubagaimanapun, entri kali ini akan lebih memberikan fokus kepada maklumat bercetak di pembungkusan produk ini yang secara terang-terangan bertujuan untuk mengelirukan pengguna.

Ini bukan omongan kosong seperti emel layang yang biasa kita terima dan intronya berbunyi 'jangan sebarkan jika anda orang yang tidak bertanggung jawab...' atau apa sahaja yang menjerumus kepada maksud yang sama. Entri ini diharap memberi sedikit panduan kepada pengguna, dari pengalaman sebenar, diulang, PENGALAMAN SEBENAR... agar tidak menjadi mangsa dengan terlalu mudah. 


Perasankah anda adanya imej buah markisa di penjuru bawah, bahagian kanan kotak minuman ini. Secara jujurnya, baru inilah dapat diingat semula nama buah itu. Apabila melihat cetakan itu, berminat untuk mengetahui apakah nama buah itu di dalam bahasa Melayu. Apa nama 'passion fruit' dalam bahasa Melayu? (Alaaaa... jangan la gelak. Hehehe... Jujur sikit. Anda juga di antara kita yang terlupa atau tidak pernah tahu nama buah ni kan?)

Apabila kita lihat di cetakan bahagian tepi kotak ini (seperti imej di atas), dapat kita lihat sedikit sebanyak kebaikan buah markisa di'iklan'kan sebagai sumber yang kaya dengan vitamin A, C dan potassium. Sepatutnya minuman ini memang sangat baik untuk kesihatan.

Ooooops! Lihat semula teks di dalam bulatan putih itu. Dapat menangkap apa-apa yang pelik? Susah nak jumpa kan? Hehehe. Sebab itulah ia dikatakan taktik halus, kerana perkara halus tidak sepatutnya mudah dilihat atau disedari.

Adakah mana-mana ayat itu memberi makna 'minuman ini yang mengandungi buah markisa...' atau 'dengan tambahan khasiat buah markisa...'? Ada jumpa? Tiada kan? Memang halus taktik ini. Teks yang memuji khasiat buah markisa itu LANGSUNG TIDAK DIKAITKAN dengan produk ini.  Baru perasan bukan? Tahukah anda apakah sebabnya ia diolah sebegitu?


(Klik imej untuk melihat imej dengan saiz sebenar)

Cetakan tepi di sebelah bertentangan dengan 'iklan buah markisa' tadi ada jawapannya. Iya, benar... di bahagian senarai ramuannya. Perhatikan bahagian yang telah ditandakan hijau itu - 'Pati Perahan Oren, Pati Perahan Mangga'. Di mana pati perahan buah markisa? TIADA! Atau jika kita sebut dalam lorat pasarnya, 'kat celah bedah mananya buah markisa tu?' Pasti sebutan seumpama itu akan terkeluar bukan?

Cukup untuk membuka minda anda sebagai salah seorang pengguna di negara ini? Pernahkah kita menyoal diri sendiri, adakah kita sentiasa seteliti begini setiap kali membeli barang? Mungkin iya, mungkin tidak, tetapi ia akan lebih cenderung kepada tidak agaknya. 

Ini baru satu produk sahaja. Bagaimana dengan produk lain? Pasti ada jutaan atau ribuan lagi produk dengan cetakan promosi yang mengelirukan sebegini di dalam pasaran kita kan? Renung-renungkan, dan selamat beramal! :-)

Wassalam...

Comments

  1. encik amrn sgguh prihatin..baguss!!!

    ReplyDelete
  2. -Good job, meticulous!!! Aku pun x teliti cam tu...

    ReplyDelete
  3. thanks for info.. kene jd pengguna lebih prihatin

    ReplyDelete
  4. yg p minom jenama D tu knp....try yg jenama A.baru la kelas....hikhik.anyway thanks for the info.
    biase nye org hanye akn tgk tin kemek,kotak air mcm kne lggr lori,xpired date,dlm lapisan roti potong ade cicak...
    tp klau nk tgk ramuan...mmg jrg skali.janji ade rase sudah...huhuhuuu...

    ReplyDelete
  5. Itu time Peel Fresh dah habis daaa... Ni je yang tinggal. Ingat kot OK la. Sekali KO punya kualiti rupanya. Huhuhu...

    ReplyDelete
  6. hehe....bgus2 ngah2.....t cbe cri maklumat sal ad satu company ni (t wan PM je)yang jual roti siap ad bonus cicak g...ad dh tgk dia pnye artikel....tp smue wat dek je...bli gk rotinye...

    ReplyDelete
  7. ADVERTISING memang selalu ada kes mcm ni. Misrepresentation org kampung aku kata. Kat malaysia org tak berapa kisah sebab byk lagi isu2 berat nak kena handle. Ikutkan, isu ni bole bawak ke mahkamah, tapi tau je la kerenah birokrasi. Rasa tak berbaloi. Oleh itu, cara terbaik, boikot. Kudos untuk brader pet atas pendedahan isu ini. Orang yg taktau, jadi tahu. Pahala berpanjangan. Amin

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Kini

BANJIR : Rekabentuk Rakit Penyelamat Menggunakan Paip PVC

Malaysia dilanda banjir dan situasi getir ini sudah melewati tempoh 24 jam. Ramai mangsa yang perlu dipindahkan dengan segera untuk mengelakkan sebarang kemungkinan berlakunya perkara-perkara tak diingini. Selain dari mengangkut bot-bot dan sampan dari luar kawasan yang agak memakan masa, kita sebenarnya boleh membina rakit-rakit penyelamat menggunakan paip PVC 8" ~ 12" yang diisi dengan polisterin di dalamnya. Untuk lantai rakit boleh gunakan sebarang bahan yang mampu mengapung bebanan, contohnya blok polisterin setebal 6".  Untuk mendapat gambaran yang lebih jelas, boleh juga rujuk video bot DIY ini sebagai design outlines -  https://www.youtube.com/watch?v=IFp1z1yzIo8 Mungkin idea ini boleh membantu mempercepatkan proses mengangkut mangsa-mangsa yang masih terperangkap. Mereka kesejukan, kelaparan dan berisiko mendapat pelbagai penyakit bawaan air. Dalam situasi begini kita sedang berlumba dengan masa. Dapatkan bahan-bahan sedia ada di sekeliling kita dan gunakan ilm

PC : It Is Now Safe To Turn Off Your Computer

Haaaa. Siapa rasa familiar dengan ayat tu rasanya orang tu dah cukup tua. Kekeke. Betul la tu. Benda tu memang wujud dan memang ada sebabnya tersendiri. Kalau tak tunggu screen ni keluar, nanti komputer rosak. Aiyok! Untuk golongan anak-anak muda, mungkin ada yang rasa benda ni tak masuk akal sebab komputer kan mati sendiri bila kita keluar dari Windows / Mac OS / Linux / BSD / Unix dan lain-lain Operating System . Treeetttt! Salah lagi menyalahkan. Itu hanya benar pada zaman sekarang. Bukan pada era 386, 486, malahan zaman Pentium yang pertama hampir 3 dekad yang lalu. Memang bunyinya aneh, tetapi kita perlu telitikan apakah perbezaan utama yang menyebabkan ciri-ciri ini wujud. Hard power switch . Paling kanan, bawah emblem 486DX2. Keletak keletuk bunyinya. Dan waktu itu anda perlu labelkan LED display warna hijau itu gunanya untuk display . Mungkin ada yang tak tahu kegunaan display . Zaman dahulu, komputer tak menggunakan soft power button macam yang kita ada hari ni. Suisnya me

NORMALISASI : Superman Biseksual, Captain America ... ?

Yup! Tak salah baca tu. Memang watak Superman baru, anak kepada Clark Kent dan Lois Lane yang dikenali sebelum ini dengan nama watak Superboy (Jonathan Kent) telah disahkan oleh pihak DC Comics sendiri sebagai seorang biseksual. Sumber : The Washington Post Bukanlah sesuatu yang mengejutkan, pesaing terkuat DC iaitu Marvel Comics juga turut naik kapal yang sama. Marvel telahpun mengesahkan bahawa watak Captain America yang baru merupakan seorang remaja gay , bernama Aaron Fischer.  Sumber : The Guardian Kedua-dua penerbit komik ini memang diketahui dari dahulu lagi sejarahnya memang bersaing sengit seperti dalam perlumbaan Formula 1. Namun begitu persaingan yang agak di luar jangka ini berlaku, dan kita patut sudah mula berhati-hati dengan bahan-bahan yang dipertontonkan kepada anak-anak muda kita.  Kita amat berharap tiada pula mana-mana penerbit komik dari Australia mahu memperkenalkan watak pelarian pondan sebagai hero. Hampir pasti kita boleh agak apakah implikasinya nanti. Saba