Skip to main content

COVID-19 : Sudah Dijangkiti, Apa Patut Aku Buat? [ Bahagian 1 ]

Dijangkiti penyakit yang merbahaya dan sudah menjadi wabak seluruh dunia, pasti menjadi satu pengalaman baru untuk setiap manusia di muka bumi ni. Tak kisahlah apa implikasi dari pengalaman ni, sama ada yang positif atau negatif dalam kehidupan kita. Ia mencatat satu sejarah kehidupan sesiapa sahaja yang menempuhnya. Salah seorangnya ialah, AKU. Iya, aku telah dijangkiti Covid-19. Sejak Disember 2019, aku hanya mendengar, membaca dan menonton perkembangan wabak yang ganas ni. Tetapi kira-kira dua minggu lepas aku terpaksa meredahnya dengan segala bentuk ikhtiar, ilmu, kemahiran dan pengalaman setakat mana yang aku ada selama ini. Ingin aku tekankan di sini, tujuan entri ini aku tulis bukan untuk berbangga, sombong, bongkak, jauh sekali memberi nasihat kepada orang lain. Ia sekadar perkongsian tentang apa yang aku tempuh. Tidak kurang dan tidak lebih daripada itu. Para pembaca perlu mengambil ini sebagai disclaimer . Aku bukan doktor, bukan perawat Islam, bukan pengamal perubatan herba

Lahirnya Manusia, Membesar Jadi Beruk

Mengelirukan bunyinya? Rasa macam ada yang tak kena? Buat andaian sendiri? OK, kita abaikan tajuk entri ini kerana ia pakej untuk sumber kesemua yang tersenarai di atas, tambah dengan unsur 'provokasi'.

Biasakah anda dengar dewasa ini, syarikat-syarikat pasaraya besar (sudahlah pasaraya, dah raya, besar pula tu ye?) membuka cawangan-cawangan baru mereka di dalam kawasan-kawasan perumahan? Sudah tentu  biasa kan? Memanglah mereka mampu membeli atau menyewa tanah yang mahal untuk beroperasi di lokasi-lokasi sebegitu, kerana beroperasi sedemikian membantu menggalakkan jualan.

Namun begitu, bukanlah isu hypermarket ini yang ingin ditonjolkan di dalam entri ini, tetapi tentang sikap ambil mudah masyarakat kita. Perasankah anda, kebiasaannya pihak syarikat hypermarket ini akan meletakkan papan tanda yang berbunyi, 'Troli tidak boleh melintasi garisan ini', 'Troli tidak boleh dibawa melintasi pagar ini', 'Terima kasih kerana memulangkan troli kami', dan sebagainya.

Tahukah anda, apakah mesej terselindung di sebalik kenyataan-kenyataan tersebut? Iya, benar... mereka telah mengalami kerugian yang besar dari kehilangan troli-troli mereka. Ke mana perginya troli-troli tersebut? Cuba teka!


Di situlah tempatnya troli-troli itu ditinggalkan. Begitulah sikap masyarakat kita. Sudah diberi senang, mahu lebih senang lagi. DIberi betis, nak peha pula. Sudah boleh membeli-belah dengan berjalan kaki, tidak perlu naik kenderaan, lain pula cara yang dibuatnya. Troli pun disorongnya sampai ke bawah blok rumah. Alangkah tak bertamadunnya beruk-beruk ini bukan? Eh-eh, silap! Beruk ada bertamadun ke? Lupa nak tanya cikgu sejarah dulu.

Bukanlah hendak memihak kepada syarikat-syarikat hypermarket ini, tetapi adakah kita berfikiran waras, sewarasnya seorang manusia. Jelasnya, troli-troli tersebut bukanlah milik peribadi mereka, dan tindakan itu menjadikan mereka sebagai pencuri. Kenapa? Alasannya, apabila mengambil hak orang lain tanpa kebenaran, bukankah itu mencuri namanya?

Tahukah mereka, berapakah kos untuk membeli sebuah troli tersebut? Jika mereka ragu-ragu, atau memberikan alasan, 'Alah... ambil satu, bukannya rugi pun. Bisnes besar, untung mesti banyak. Lagipun kita beli barang kat sana, apa. Takkan troli ni pun nak kira.' Sedarkah anda, ayat ini sebenarnya adalah ayat untuk 'menghalalkan' apa yang mereka lakukan? Ia tiada disokong dek mana-mana sumber berfakta, dan jelas sekali jawapan berbentuk alasan ini sekadar untuk menjawab. Tidaklah rasa malu sangat beruk-beruk ni, sebab masih boleh menjawab, itulah pada hemat mereka. 

Troli ini setelah dicuri mereka, di manakah tempatnya? Ada dua kebarangkalian, iaitu pihak syarikat hypermarket akan mengupah beberapa orang pekerja untuk masuk ke kawasan-kawasan perumahan untuk mengumpul semula troli-troli tersebut di waktu lewat malam, dan dipulangkan semula ke kawasan simpanan di hypermarket yang berkenaan. Kebanyakannya, ia akan ditolak dengan tangan, dengan jumlah berpuluh, mahupun beratus buah dengan kudrat yang menolak hanya dua orang. Kasihan, bukan? 

Si pencuri hanya menolak sebuah troli berisi barang, dan meninggalkannya di mana-mana yang dia suka, tetapi yang bekerja mengumpulnya semula, perlu menolak sebegitu banyak troli dalam satu masa. Tidakkah anda berperikemanusiaan? Atau paling tidak pun 'berperikeberukan' sedikit terhadap mereka?

Oh ya, tadi hanya satu penyudah kepada troli-troli tersebut kan? Bagaimana penyudah yang kedua? Begini ceritanya...

Ada kemungkinan pekerja yang bertugas mengumpul troli-troli tersebut gagal menemui troli-troli yang ditinggalkan tempat-tempat gelap tidak berlampu, seperti di taman permainan kanak-kanak. OK, sekarang tengok gambar tadi semula. Betul tak? Dekat dengan taman permainan kanak-kanak bukan?

'Apa masalahnya? Apa yang kau sibuk sangat ni? Kau ada syer dengan hypermarket tu ke?' Itu antara persoalan-persoalan yang akan disuarakan oleh beruk-beruk itu untuk menghalalkan tindakan mereka itu.

Masalahnya timbul di sini - troli-troli itu akan menjadi alat permainan kanak-kanak, dan ia tidak menolak sebarang kemungkinan bahawa anak-anak mereka jugalah yang akan bermain dengannya. Pernah beberapa kali dilihat seorang kanak-kanak menyorong dengan laju troli yang ada seorang kanak-kanak lain di dalamnya. Seorang abang berusia dalam lingkungan lima ke enam tahun menolak adiknya yang berusia dua ke tiga tahun dengan sangat laju, lalu melepaskannya bergerak bebas. Nyaris-nyaris troli itu hendak masuk ke dalam longkang.

Sekiranya berlaku, kebarangkalian yang sangat tinggi untuk kanak-kanak kecil itu akan tercedera kerana tiada cara untuk dia keluar dari troli itu sebelum kemalangan berlaku. Dan jika ia berlaku sebegitu, siapa pula ingin dipersalahkan? Kanak-kanak yang belum cukup akal fikiran? Sudah tentulah beruk-beruk dewasa yang berfikiran cetek itu yang perlu dipertanggungjawabkan. Diulang untuk kali berikutnya, 'BERUK-BERUK DEWASA' itu.

Bagaimanakah perasaan anda jika dipanggil beruk? Sakitkah hati? Rasa macam nak menumbuk orang? Nak melempang? Rasa nak memberi terajang? Oh, itu normal... kerana anda memang golongan sebegitu, iaitu golongan tidak bertamadun. Salah sendiri, tetapi tidak suka kesalahan itu diperbetulkan oleh orang lain. Seakan ingin diamuk sesiapa sahaja yang ada di sekitar ketika itu. Begitulah boleh diandaikan.

Sudah-sudahlah... latihlah diri anda untuk berfikir dengan logik dan rasional. Anda pun tahu kenapa anda membawa balik troli itu. Kerana harga sebuah troli membeli-belah itu mahal bukan? Jika anda pergi ke hypermarket itu dan mencari troli untuk dibeli, paling murah pun harganya RM25.00 untuk yang plastik dan RM30.00 untuk yang jenis logam atau mungkin lebih mahal lagi. Itupun saiznya kecil sahaja. Mungkin suku daripada kapasiti troli yang pihak hypermarket pinjamkan kepada anda, yang kemudiannya anda curi itu kan?


Akuilah kenyataan ini, kerana entri ini tidak ditaip sebegitu sahaja sesuka hati, tetapi berlandaskan pemerhatian, kajian dan bukti.

Oh, tidak lupa... syabas juga kepada anda kerana mendapat bonus kerana membazirkan sumber bahan logam untuk membuat troli-troli tersebut. Kenapa begitu? Kerana boleh dikatakan 90% dari bahan untuk membuat troli tersebut adalah bahan logam, iaitu sumber dari alam. Dan dengan meninggalkannya begitu sahaja, terdedah kepada segala bentuk cuaca, ia akan berkarat, mereput, dan tidak lagi mampu berfungsi sebagai troli yang berguna. Ia akan menjadi sebahagian daripada sampah terbiar yang menyemakkan pemandangan sesiapa sahaja yang lalu lalang.

Sudah cukup panjang rasanya bebelan di entri ini. Harapnya akan menyedarkan golongan beruk-beruk itu, lalu mereka mengambil keputusan untuk kembali menjadi manusia yang berfikir dengan waras.

Sekian, wassalam.

Comments

  1. walaupun entri kali ini berkaitan dgn beruk, tapi tak bermakna dia sama dgn berukband. hehe. Beginilah cara hidup org yg tak bertamadun pet, bila pihak hypermaket kurangkan penggunaan troli, kita juga yg susah, bising sebab troli tak ada. perkara ini pernah terjadi. dan yg paling best troli² itu di bawa sampai ke tingkat 7 ( opis ) sebab tukang cuci bangunan menggunakannya sebagai menyimpan barang. senang nk tolak ke sana sini.

    ReplyDelete
  2. Huahaha... itu sudah lebih la tu. Siap bawak naik tingkat tujuh tu. Kekekeke... Apa nak jadi la rakyat Malaysia nih.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Kini

COVID-19 : Sudah Dijangkiti, Apa Patut Aku Buat? [ Bahagian 1 ]

Dijangkiti penyakit yang merbahaya dan sudah menjadi wabak seluruh dunia, pasti menjadi satu pengalaman baru untuk setiap manusia di muka bumi ni. Tak kisahlah apa implikasi dari pengalaman ni, sama ada yang positif atau negatif dalam kehidupan kita. Ia mencatat satu sejarah kehidupan sesiapa sahaja yang menempuhnya. Salah seorangnya ialah, AKU. Iya, aku telah dijangkiti Covid-19. Sejak Disember 2019, aku hanya mendengar, membaca dan menonton perkembangan wabak yang ganas ni. Tetapi kira-kira dua minggu lepas aku terpaksa meredahnya dengan segala bentuk ikhtiar, ilmu, kemahiran dan pengalaman setakat mana yang aku ada selama ini. Ingin aku tekankan di sini, tujuan entri ini aku tulis bukan untuk berbangga, sombong, bongkak, jauh sekali memberi nasihat kepada orang lain. Ia sekadar perkongsian tentang apa yang aku tempuh. Tidak kurang dan tidak lebih daripada itu. Para pembaca perlu mengambil ini sebagai disclaimer . Aku bukan doktor, bukan perawat Islam, bukan pengamal perubatan herba

RESIPI : Cempedak Goreng Stail Macam Gerai

Haaa... musim buah dah sampai hujung-hujung. Maksudnya, sekarang ada banyak cempedak kan? Buah ni orang panggil buah penutup musim, selain manggis dengan langsat. Isk! Apa le teman merepek ni ye? Kalo korang budak bandar, mana la korang tau pasal musim buah-buahan ni kan? Hehehe. Kalau korang suka cempedak goreng yang tak berapa rangup, tapi rasa nice satu macam je bila gigit masa suam-suam, mungkin korang buleh cuba resipi ni. Tak sama macam guna tepung goreng segera tu tau. Yang tu ada rasa ngan bau macam vanila. Yang ni, memang rasa macam yang jual kat gerai tepi jalan tu. Ce try , ce try . Hehehe. BAHAN-BAHAN - 1/2 biji buah cempedak (kalau korang tukor ngan buah lain pun buleh) 1 cawan tepung gandum 3 sudu besar serbuk roti (kalau takde, bantai je hancurkan biskut lutut) 1 sudu makan minyak masak yang dipanaskan 2 sudu teh garam halus 1 sudu teh gula 1 sudu teh serbuk kunyit Air secukupnya (dalam secawan dua, ikut kualiti tepung korang) Minyak masak secukupnya untuk menggoreng *

RESIPI : Waffle Lembut

Kita dalam PKPD lagi, selepas ' TOTAL LOCKDOWN ' edisi Jun 2021. Berkurung lagi nampaknya. Bosan? Boleh la main masak-masak lagi macam PKP 1.0 tahun lepas. Nak try buat waffle? Ada resipi yang dikongsikan dalam FB page Daily Masak . Tak dapat dipastikan siapakah individu asal yang berkongsi resipi ni. Kalau ada sesiapa tahu, tolong tinggalkan maklumat di komen ye. Selamat mencuba! - - - Resepi Waffle Lembut Bahan Resepi Waffle Sedap : 3 cawan tepung gandum 2 1/2 cawan air 3/4 cawan minyak masak/butter cair 2 biji telur & esen vanilla 2 sudu makan susu tepung 3 sudu makan gula castor 1/2 sudu teh garam 1 sudu makan baking powder 1/4 sudu teh baking soda Gunakan cawan penyukat seperti dalam gambar.Anda boleh dapatkan di kedai bakeri berhampiran. Resepi waffle sukatan cawan ini sangat mudah dan lembut untuk anda buat makan sarapan pagi. Waflle yang disapu dengan nutella, strawberi, coklat memang sedap Untuk susu tepung, anda bleh guna susu tepung Nespray atau apa-apa susu tepu