Skip to main content

Posts

Showing posts from April, 2011

AMOS : Biskut Cip Coklat Tak 'Famous'

Bahan-bahan ( Ingredients ) : 120gm mentega campuran (separuh blok) / buttery mixture (half block) 170gm gula perang lembut / light brown sugar 60gm gula pasir halus / fine grain sugar 15gm susu tepung / powdered milk 1tbs esen vanila / vanilla essence 1 biji telur (saiz besar) / egg (large) 300gm tepung gandum serba guna / all purpose wheat flour 1½tbs soda bikarbonat / baking soda 60gm cip coklat / chocolate chips Langkah-langkah : 1.) Potong-potong mentega kepada bahagian-bahagian kecil. Masukkan ke dalam mangkuk adunan. Biarkan sehingga mencapai suhu bilik. 2.) Tambahkan gula perang, gula pasir, susu tepung dan esen vanila. Gaulkan sehingga rata. 3.) Masukkan telur dan adunkan pada kelajuan paling rendah untuk menghancurkan gula. Naikkan kepada kelajuan sederhana dan teruskan mengadun sehingga adunan menjadi ringan dan berkrim. 4.) Ayakkan tepung dan soda bikarbonat dan gaul kering sehingga rata. 5.) Turunkan kelajuan pengadun kembali kepada tahap rendah. Tambahkan campuran tepung

Candyshare.com.my


Lahirnya Manusia, Membesar Jadi Beruk

Mengelirukan bunyinya? Rasa macam ada yang tak kena? Buat andaian sendiri? OK, kita abaikan tajuk entri ini kerana ia pakej untuk sumber kesemua yang tersenarai di atas, tambah dengan unsur 'provokasi'. Biasakah anda dengar dewasa ini, syarikat-syarikat pasaraya besar (sudahlah pasaraya, dah raya, besar pula tu ye?) membuka cawangan-cawangan baru mereka di dalam kawasan-kawasan perumahan? Sudah tentu  biasa kan? Memanglah mereka mampu membeli atau menyewa tanah yang mahal untuk beroperasi di lokasi-lokasi sebegitu, kerana beroperasi sedemikian membantu menggalakkan jualan. Namun begitu, bukanlah isu hypermarket ini yang ingin ditonjolkan di dalam entri ini, tetapi tentang sikap ambil mudah masyarakat kita. Perasankah anda, kebiasaannya pihak syarikat hypermarket ini akan meletakkan papan tanda yang berbunyi, 'Troli tidak boleh melintasi garisan ini', 'Troli tidak boleh dibawa melintasi pagar ini', 'Terima kasih kerana memulangkan troli kami', dan sebagai

Minuman Dengan Campuran Buah Nafsu (Passion Fruit)?

Entri kali ini berkaitan penemuan tidak sengaja yang tiba-tiba bertukar menjadi pendedahan kepada taktik penipuan di dalam pemasaran. Kenapa pendedahan ini dibuat? Ia untuk kepentingan bersama sebagai pengguna, dan sebagai bahan sumber maklumat kepada kita rakyat Malaysia yang popular dengan sikap 'tidak apa' yang juga menjadi salah satu faktor utama kenapa kitalah pihak yang mudah ditipu dengan pelbagai cara. Melihat kepada grafik di atas, mungkin ada sesetengah pembaca berpandangan 'ah, ini untuk lepas gian main grafik'. Itu agak benar, tetapi lebih tepat, ia memberi sedikit maksud tersirat dengan bahagian gambar buah markisa yang dikeluarkan dari imej asalnya. Sudah sedia untuk meletihkan mata dan memenatkan otak untuk membaca entri ini? Ayoh, kita mula membaca... Grafik di atas tadi adalah sebahagian daripada ilustrasi hiasan yang dicetak di kotak minuman buah-buahan campuran 'jenama D', yang dengan tidak sengaja sudah terbeli tanpa dirancang semalam. Dari r