Skip to main content

AMOS : Biskut Cip Coklat Tak 'Famous'

Bahan-bahan ( Ingredients ) : 120gm mentega campuran (separuh blok) / buttery mixture (half block) 170gm gula perang lembut / light brown sugar 60gm gula pasir halus / fine grain sugar 15gm susu tepung / powdered milk 1tbs esen vanila / vanilla essence 1 biji telur (saiz besar) / egg (large) 300gm tepung gandum serba guna / all purpose wheat flour 1½tbs soda bikarbonat / baking soda 60gm cip coklat / chocolate chips Langkah-langkah : 1.) Potong-potong mentega kepada bahagian-bahagian kecil. Masukkan ke dalam mangkuk adunan. Biarkan sehingga mencapai suhu bilik. 2.) Tambahkan gula perang, gula pasir, susu tepung dan esen vanila. Gaulkan sehingga rata. 3.) Masukkan telur dan adunkan pada kelajuan paling rendah untuk menghancurkan gula. Naikkan kepada kelajuan sederhana dan teruskan mengadun sehingga adunan menjadi ringan dan berkrim. 4.) Ayakkan tepung dan soda bikarbonat dan gaul kering sehingga rata. 5.) Turunkan kelajuan pengadun kembali kepada tahap rendah. Tambahkan campuran tepung

Candyshare.com.my


Fantastik! Pemandu Malaysia...



Anda pemandu Malaysia? Seberapa jatikah anda sebagai pemandu Malaysia? Hehehe. Mari kita kaji sedalam mana anda mengenali sikap pemandu kita. Baca dan dalami situasi-situasi di bawah, dan kira berapakah situasi yang anda biasa dengannya. Semakin banyak situasi yang anda rasa biasa, semakin jatilah anda sebagai pemandu di jalanraya Malaysia.




Situasi 1 -


Jam 7:30 malam, jalanraya kawasan perumahan yang setiap simpangnya ada lampu jalan; "Gedegang!" Sebuah kereta telah melanggar kereta yang lain dari belakang sebaik sahaja meninggalkan kawasan bercahaya di simpang. "Bodo lu, apa pasat lu langgar gua punya belakang?" tempik si tuan punya kereta yang dilanggar.


"Sebab lu tak pasang lampu la!", balas yang si melanggar. "Terang lagi maaa, apa pasat plak gua kena pasang lampu? Lu tengok sana, buleh nampak semua kereta maaa." Betul, benar... memang nampak kereta-kereta lain, nampak dengan sangat jelas.


Fakta : Memang la dia boleh nampak kereta lain sebab lampu dah dinyalakan. Kereta dia yang tak nyalakan lampu, dalam gelap mana la nak nampak.




Situasi 2 -


Dua orang sahabat bersembang di restoran, sambil menikmati sarapan di pagi Ahad. Lalu salah seorang menunjukkan gambar kereta Tata Nano, dan menceritakan serba sedikit tentang kereta itu. "Ada ke patut kereta ni tak dipasang tali keledar. Kalau nak, kena tambah plak. Kan ke tali keledar tu alat keselamatan? Mesti la kena pasang. Wajib."


Lalu sahabatnya menambah, "Oh, itu tak apa juga. Tak lama lagi pengeluar kereta Malaysia pun nak turunkan kos pengeluaran. Diorang nak pasang kereta tak ada lampu isyarat. Banyak jimat tu... wayar, suis, mentol, soket penyambung..."


"Haih, lagi gila! Ada ke patut camtu? Kereta tak ada lampu isyarat plak dah. Bahaya gila tu." sambungnya semula. Sahabatnya tadi tidak berkata apa-apa, hanya melemparkan senyuman sinis.


Fakta : Tadi semasa memandu nak menukar lorong, nak masuk ke simpang blok restoran tu dan nak masuk ke petak letak kereta, sahabatnya tadi tu tak pernah sekalipun nak berikan isyarat pun. Apa gunanya lampu isyarat untuk orang yang tak pernah gunakannya? Lebih baik jadikan aksesori, siapa nak pakai, boleh pilih untuk pasang terus semasa beli kereta.


Situasi 3 -


"Wah, teruknya jem!" rungut si pemandu kepada dirinya sendiri. "Ni mesti ada eksiden ke, kereta rosak ke apa ke kat simpang ni. Kalau tak, macamana boleh jem macam ni." sambung rungutnya lagi, sambil perlahan-lahan dia menggerakkan keretanya sidikit maju ke depan.


Sampai di simpang, barulah disedari bahawa kesesakan itu berpunca dari para pemandu 'prihatin' Malaysia yang menutup kawasan petak kuning di simpang. Nampak sahaja lampu hijau, tak kira boleh lepas petak kuning ke tidak, mesti kena gerak ke depan. Akibatnya, semua laluan menjadi tertutup sepenuhnya, menunggu sehingga kenderaan paling hadapan dapat bergerak semula.


Fakta : Ketika menyumpah-seranah yang berpanjangan itu, kenderaan si pemandu yang merungut-rungut tadi itu rupanya sedang perlahan-lahan masuk dan berhenti betul-betul di dalam kawasan petak kuning juga, dan dia juga menutup laluan di simpang itu, sama seperti pemandu lain.


Hehehe... sudah dapat anggarkan kendudukan anda sebagai pemandu Malaysia? Sebenarnya ada banyak lagi situasi yang boleh diketengahkan, tetapi bimbang nanti akan memakan masa yang terlalu panjang untuk dibaca. *** Peace **


Sekian untuk kali ini. Wassalam...

Comments

Popular Kini

BANJIR : Rekabentuk Rakit Penyelamat Menggunakan Paip PVC

Malaysia dilanda banjir dan situasi getir ini sudah melewati tempoh 24 jam. Ramai mangsa yang perlu dipindahkan dengan segera untuk mengelakkan sebarang kemungkinan berlakunya perkara-perkara tak diingini. Selain dari mengangkut bot-bot dan sampan dari luar kawasan yang agak memakan masa, kita sebenarnya boleh membina rakit-rakit penyelamat menggunakan paip PVC 8" ~ 12" yang diisi dengan polisterin di dalamnya. Untuk lantai rakit boleh gunakan sebarang bahan yang mampu mengapung bebanan, contohnya blok polisterin setebal 6".  Untuk mendapat gambaran yang lebih jelas, boleh juga rujuk video bot DIY ini sebagai design outlines -  https://www.youtube.com/watch?v=IFp1z1yzIo8 Mungkin idea ini boleh membantu mempercepatkan proses mengangkut mangsa-mangsa yang masih terperangkap. Mereka kesejukan, kelaparan dan berisiko mendapat pelbagai penyakit bawaan air. Dalam situasi begini kita sedang berlumba dengan masa. Dapatkan bahan-bahan sedia ada di sekeliling kita dan gunakan ilm

PC : It Is Now Safe To Turn Off Your Computer

Haaaa. Siapa rasa familiar dengan ayat tu rasanya orang tu dah cukup tua. Kekeke. Betul la tu. Benda tu memang wujud dan memang ada sebabnya tersendiri. Kalau tak tunggu screen ni keluar, nanti komputer rosak. Aiyok! Untuk golongan anak-anak muda, mungkin ada yang rasa benda ni tak masuk akal sebab komputer kan mati sendiri bila kita keluar dari Windows / Mac OS / Linux / BSD / Unix dan lain-lain Operating System . Treeetttt! Salah lagi menyalahkan. Itu hanya benar pada zaman sekarang. Bukan pada era 386, 486, malahan zaman Pentium yang pertama hampir 3 dekad yang lalu. Memang bunyinya aneh, tetapi kita perlu telitikan apakah perbezaan utama yang menyebabkan ciri-ciri ini wujud. Hard power switch . Paling kanan, bawah emblem 486DX2. Keletak keletuk bunyinya. Dan waktu itu anda perlu labelkan LED display warna hijau itu gunanya untuk display . Mungkin ada yang tak tahu kegunaan display . Zaman dahulu, komputer tak menggunakan soft power button macam yang kita ada hari ni. Suisnya me

NORMALISASI : Superman Biseksual, Captain America ... ?

Yup! Tak salah baca tu. Memang watak Superman baru, anak kepada Clark Kent dan Lois Lane yang dikenali sebelum ini dengan nama watak Superboy (Jonathan Kent) telah disahkan oleh pihak DC Comics sendiri sebagai seorang biseksual. Sumber : The Washington Post Bukanlah sesuatu yang mengejutkan, pesaing terkuat DC iaitu Marvel Comics juga turut naik kapal yang sama. Marvel telahpun mengesahkan bahawa watak Captain America yang baru merupakan seorang remaja gay , bernama Aaron Fischer.  Sumber : The Guardian Kedua-dua penerbit komik ini memang diketahui dari dahulu lagi sejarahnya memang bersaing sengit seperti dalam perlumbaan Formula 1. Namun begitu persaingan yang agak di luar jangka ini berlaku, dan kita patut sudah mula berhati-hati dengan bahan-bahan yang dipertontonkan kepada anak-anak muda kita.  Kita amat berharap tiada pula mana-mana penerbit komik dari Australia mahu memperkenalkan watak pelarian pondan sebagai hero. Hampir pasti kita boleh agak apakah implikasinya nanti. Saba