Skip to main content

Posts

Showing posts from March, 2011

E-WALLET : Kisah Seorang Muhammad Hanif

Muhammad Hanif ialah seorang pekerja BigPay yang memegang jawatan ' Serve Customers '. Pada 25 September 2021 jam 8:17 PM beliau menelefon menggunakan WhatsApp call dari nombor +601117684266 . Profile picture beliau menggunakan logo BigPay. Suara beliau jelasnya ada pelat-pelat India. Pada hari ini 5 Oktober 2021 jam 2:14 PM Muhammad Hanif menelefon lagi sekali melalui WhatsApp call dari nombor +60113809095 tetapi malangnya tak sempat pula nak diangkat untuk didengari suaranya. Kali ini profile picture beliau merupakan seorang lelaki Cina.   Pasti beliau seorang yang amat prihatin dengan pelanggan-pelanggan BigPay sehinggakan tiada kredit sekalipun beliau usaha untuk membuat panggilan menggunakan WhatsApp. Ada kemungkinan juga sebenarnya beliau terkeliru dengan identiti sendiri. Mengikut gambar dalam laman web BigPay, beliau merupakan seorang lelaki Melayu. Jadi beliau ialah seorang lelaki Melayu yang bercakap pelat India dan baru sahaja selesai membuat pembedahan plastik u

Fantastik! Pemandu Malaysia...

Anda pemandu Malaysia? Seberapa jatikah anda sebagai pemandu Malaysia? Hehehe. Mari kita kaji sedalam mana anda mengenali sikap pemandu kita. Baca dan dalami situasi-situasi di bawah, dan kira berapakah situasi yang anda biasa dengannya. Semakin banyak situasi yang anda rasa biasa, semakin jatilah anda sebagai pemandu di jalanraya Malaysia. Situasi 1 - Jam 7:30 malam, jalanraya kawasan perumahan yang setiap simpangnya ada lampu jalan; "Gedegang!" Sebuah kereta telah melanggar kereta yang lain dari belakang sebaik sahaja meninggalkan kawasan bercahaya di simpang. "Bodo lu, apa pasat lu langgar gua punya belakang?" tempik si tuan punya kereta yang dilanggar. "Sebab lu tak pasang lampu la!", balas yang si melanggar. "Terang lagi maaa, apa pasat plak gua kena pasang lampu? Lu tengok sana, buleh nampak semua kereta maaa." Betul, benar... memang nampak kereta-kereta lain, nampak dengan sangat jelas. Fakta : Memang la dia boleh nampak kereta lain sebab