Skip to main content

SIDAI : Siapa Suka Kena Sidai?

 "PERTANDINGAN HARI TU DAH ADA KEPUTUSAN KE?" Antara soalan yang biasa diajukan oleh peserta kepada penganjur-penganjur pertandingan merekacipta. Tak kisahlah rekacipta logo, produk, grafik mural, cenderahati dan macam-macam lagi. Setelah peserta meletakkan idea, komitmen masa, ketekunan, mencurahkan kemahiran, mengejar tarikh tutup permohonan, barulah sesuatu penyertaan itu dapat dihantar. Ia tak sama dengan pertandingan teka kacang, silangkata, cari objek tersembunyi dan sebagainya. Merekabentuk memerlukan bakat, pengetahuan dan kemahiran khusus yang bukan semua orang mampu membuatnya. Malangnya selepas tarikh tutup penyertaan, kebanyakan penganjur menunggu para peserta atau orang awam yang berminat, untuk bertanya bilakah keputusannya akan keluar. Jika tidak, pihak penganjur akan diam membisu sahaja. Ini yang biasa berlaku.  Sebenarnya bukanlah para peserta terlalu berharap untuk menang sebab setiap penyertaan itu atas rasa minat terhadap sesuatu. Mungkin ada juga yang ber

Candyshare.com.my


Kali Ini, Lubang Punya Cerita

Ia bermula apabila perasaan marah yang membuak-buak terhadap kerja-kerja tampalan jalan yang BIASAnya terlalu tidak selamat, hodoh rupanya, tidak mampu bertahan walaupun untuk tempoh hanya seminggu... OK, secara ringkasnya, ia tidak bagus, kualiti kerja yang langsung tidak diterima akal.





"Kelekuk", begitulah bunyinya setiap kali kereta hijau buatan Malaysiaku termasuk lubang yang tidak tahu bila masanya lubang itu 'lahir', tiada pernah kelihatan papan tanda 'sijil lahir' lubang tersebut. Sakit hati bukan? Kereta adalah salah satu harta kita yang sentiasa susut nilai di samping kos selenggaranya yang tinggi, tanpa bantuan... eh silap, dewasa ini mereka panggil subsidi, ya, tanpa sebarang subsidi dari pihak berleluasa, eh, silap lagi... pihak berkuasa.


Tidak salah dan tidak silap, memang kedua-dua jalan yang terlibat di sekitar Kota Damansara dan Sungai Buloh ini baru sahaja diturap semula sepenuhnya. Warnanya masih hitam, gelap... dan jika dilihat pada bentuk permukaannya, memang sangat rata sebelum dikorek semula. Akan tetapi, seperti jalan-jalan lain, ia seakan magnet kepada si tukang korek. Ada sahaja urusannya untuk mengorek jalan yang baru diturap itu, bahkan masih hitam pekat warnanya. Yang peliknya, sekian lama jalan itu berlubang di sana-sini, sebelum diturap semula, tiada pula urusan korek-mengorek itu ye? Bukankah di muka bumi ini memang sudah lama wujud bidang pengajian Perancang Bandar?





Apabila kita menyentuh kepada bidang Perancang Bandar, 'rancang' adalah kata dasar penting dalam membuat huraian kerana ia adalah perkataan penting yang membawa maksud kepada nama bidang pengajian tersebut. Rancang itu ertinya jika diambil definasi dari perkataan Inggeris, 'plan', ia bermaksud 'sesuatu prosedur atau rentetan aktiviti yang disusun bagi mencapai sesuatu matlamat atau sasaran'. Ada perkataan prosedur, susun, matlamat... dan perkataan matlamat diletakkan di hujung definasi.


Adakah kita, sebagai masyarakat yang sedang membangun masih tidak mampu membuat perancangan kerja dengan baik, apatah lagi jika kerja-kerja itu bakal memberi impak besar kepada orang awam? Bagaimana dengan faktor keselamatan pengguna? Di mana diletakkan hak-hak orang awam sebagai pembayar cukai? Sampai bilakah semua ini akan berterusan dan rakyat Malaysia masih dibelenggu dek karenah 'matlamat menghalalkan cara', iaitu, walau apapun caranya, ia hanyalah bertujuan memastikan sasaran menyiapkan kerja, mendapat bayaran, dapat dicapai, tanpa mengambilkira faktor keselamatan pengguna. Kenapa ini perlu berlaku sebegini?


Kita lihat, kita nilai diri kita sebagai pengguna. Adakah kita tahu, sedar dan bertanggungjawab kepada hak-hak kita? Apa tindakan kita sekiranya ada pengguna yang memandu di kawasan bermasalah tersebut, lalu terlanggar lubang yang sangat dalam itu (kerana lubang tersebut memanjang melampaui dua-per-tiga kelebaran jalan, sukar untuk dielakkan ketika di dalam gelap), rim keretanya menerima hentakan terlalu kuat, lalu rim itu patah, dan kereta itu terbabas. Dalam situasi ini, biasakah kita mendengar ada syarikat kontraktor disaman dengan situasi sebegini? TIDAK sama sekali... dan kalau ada pun, ia terlalu sedikit jumlahnya, hampir tiada, sebegitu boleh diandaikan.


Apakah natijahnya kepada kita sebagai pengguna? Kita menjadi mangsa mudah, bahkan terlalu mudah. Mereka yang menjalankan kerja hanya perlu memikirkan upah dan keuntungan selepas kerja di'siap'kan. Bukan begitu? Mereka diberi tugasan untuk mongorek, memasang kabel atau paip, dan sebagainya... menimbus semula lubang itu, dan... tadaaaa...!!! Kerja sudah 'selesai'. Tunggu bayaran daripada pihak yang memberi tugasan. Mereka tidak perlu fikirkan risiko sesiapa akan menjadi mangsa dek kerja selekeh mereka itu. Mereka tidak perlu ambil tahu kebarangkalian syarikat mereka mungkin muflis dengan tuntutan saman oleh pengguna yang lalu lalang di situ. Kerana, kita ini masyarakat yang sudah biasa menyalahkan NASIB!


"Apa nak buat, sudah takdir dia terlanggar lubang tu." Berkata begitu sambil menghadap seseorang di katil hospital, berbalut, bersimen, berjahit di sana-sini... adilkah nasib dan takdir dipersalahkan dalam situasi sebegitu. Memanglah semua sudah ditakdirkan, tetapi adakah kita telah melakukan segala yang terbaik bagi mengelakkan perkara malang sebegitu? Cuba kita fikirkan sedalam-dalamnya. Nescaya jawapannya akan kita temui, insyaAllah.


Terimbas kembali sembang-sembang kosong dengan seorang penjawat awam yang berkaitan dengan memberi kelulusan kerja-kerja menanam kabel dan paip di bawah permukaan tanah -


"Kenapa kita mesti korek semula jalan tu untuk tanam kabel, tanam paip, dan kemudian baru kita kambus semula? Kenapa kita tak buat semua tu sebelum jalan tersebut dibaiki dan diturap sepenuhnya?". Jawabnya, "Oh, tak boleh macam tu. Kita tak pasti bila mereka perlu korek jalan tu. Kita tak tahu bila perlu buat begitu." Sambung bertanya kepadanya, "Eh-eh, kenapa tidak boleh dibuat secara berperingkat-peringkat sebelum kerja-kerja menurap dibuat?". Dia membalas, "Tak boleh... di bawah tanah sana ada berselirat kabel dan paip yang sudah lama. Jika kita nak susunatur semua balik sebelum kerja penurapan, nanti akan makan kos berpuluh bilion untuk menyelesaikan semuanya". Lagi soalan diajukan, "Sebelum sesuatu projek itu disahkan 'selesai', dan pembayaran diserahkan kepada kontraktor, tiadakah sesiapa pergi memeriksa hasil kerja mereka". Jawabnya, "Eh, mestilah ada. Kan prosedur tu."







Sudah agak bosan dengan penerangan teknikal yang terlalu panjang lebar tanpa motif yang jelas, lalu soalan bentuk bukan teknikal dikeluarkan pula. "Kota Damansara ni baru dibangunkan dalam 10 tahun ni kan? Tak sangka pula ada sebegitu banyak kabel dan paip berselirat di bawah permukaan tanahnya sebelum ini, sehingga tidak boleh diuruskan dengan baik sekarang. Sedangkan dulu ia adalah tapak ladang getah, sawit dan ada sebahagiannya adalah belukar semata-mata.


Waktu itu kan sunyi. Tapi kita tak dengar pun isu kecurian kabel dan paip. Orang pada waktu itu baik-baik sangat agaknya ye?". Tiada jawapan lagi dari mulutnya yang sebelum itu disembur laju dari hujung bibirnya, seakan guruku di sekolah teknikal dahulu.


Apabila jawapan tidak diterima, seakan hujahnya yang panjang lebar tadi adalah omongan kosong yang sekadar cuba memberi justifikasi (juga kosong) tentang apa yang berlaku, dan apa yang bakal berterusan berlaku selepas ini. Air mukanya juga tidak sejernih di awal perbincangan tadi.


Dan sebagai penutup perbincangan ketika itu, diajukan lagi soalan mudah, "Dalam negara kita SUDAH LAMA ada bidang pengajian Perancang Bandar kan? Nampaknya seakan mereka telah belajar benda yang salah, atau mereka belajar benda yang betul tetapi MELAKUKAN benda yang salah. Dengan lain perkataan, adalah lebih baik mereka ini tidak perlu belajar merancang bandar sekiranya kerja merancang tidak dilakukan dengan sebaik mungkin, dan di kemudian hari mereka hanya pandai memberi alasan kosong tanpa asas sokongan teknikal. Bijak memutar kata dan fakta, itu mungkin bidang pengajian guaman. Mungkin mereka tersilap pilih kursus ketika itu."


Jawapannya? "Gulp"... hanya diam. Seakan-akan terkena tepat ke batang hidung.


Apa yang diutarakan di dalam entri kali ini, apa yang dihujahkan dengan individu yang berkait rapat dengan kerja-kerja ini sudahpun jelas. Bergantung kepada anda untuk menilainya dari persepsi anda pula. Wallahhua'lam... Senyuuummm...

Comments

  1. not only kota damanasara, whole malaysia has pot'holes evriwer...d most irritating thing to have on the road...try to bring a lowered kancil hitting it....dun accuse me of lowering my car...dats my wish....but keeping the road safe to be used is THEIR duty...wat is to be faulted here??the material used or the workmenship..yes i understand its hard work to be in the end tarmac'ing but wen i recall...u are suppose to do it....simply like a car workshop work..wen u fix sumtin on ur car, and it fails for the 1st time, d worker fixes it for u...but how many time will u enjoy seeing sumtin u paid for failing??n how many time the worker would help fixing it??

    and tamil saying sound..""seivathei thiruntha sei"" which means do wateve shit u do PROPERLY(in my words)

    and ya until u hit it, u won feel it...jus think, u have ur wife who is now only pregnant, hitting deep stupid potholes can cause a mis-carry...
    do we need dis...
    wake up local authorities....we practically pay ur salary!!!!

    ReplyDelete
  2. Yeah, you're right! And the last point, is a bonus! Thumbs up.

    ReplyDelete
  3. gali lobang tutup lobang..pinjam uwang bayar hutang..gali lobang tutup lobang..pinjam uwang bayar hutang..gali..gali..gali..gali..gali..gali..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Kini

SIDAI : Siapa Suka Kena Sidai?

 "PERTANDINGAN HARI TU DAH ADA KEPUTUSAN KE?" Antara soalan yang biasa diajukan oleh peserta kepada penganjur-penganjur pertandingan merekacipta. Tak kisahlah rekacipta logo, produk, grafik mural, cenderahati dan macam-macam lagi. Setelah peserta meletakkan idea, komitmen masa, ketekunan, mencurahkan kemahiran, mengejar tarikh tutup permohonan, barulah sesuatu penyertaan itu dapat dihantar. Ia tak sama dengan pertandingan teka kacang, silangkata, cari objek tersembunyi dan sebagainya. Merekabentuk memerlukan bakat, pengetahuan dan kemahiran khusus yang bukan semua orang mampu membuatnya. Malangnya selepas tarikh tutup penyertaan, kebanyakan penganjur menunggu para peserta atau orang awam yang berminat, untuk bertanya bilakah keputusannya akan keluar. Jika tidak, pihak penganjur akan diam membisu sahaja. Ini yang biasa berlaku.  Sebenarnya bukanlah para peserta terlalu berharap untuk menang sebab setiap penyertaan itu atas rasa minat terhadap sesuatu. Mungkin ada juga yang ber

KFC : Yang Ni OR Atau HS? Kompius Laaa...

Siapa tak suka ayam goreng? Susah nak jumpa la orang yang tak suka makan ayam goreng. Kalau nak jumpa pun mungkin satu dalam beribu-ribu orang. Kebiasaannya orang suka makan ayam goreng kan? Kalau korang beli ayam goreng KFC, yang mana satu pilihan korang? Original Recipe (OR) atau Hot & Spicy (HS)? Atau dua-dua pun korang balun satu macam je? Hahahaha. Setiap orang ada citarasanya tersendiri kan? Ada juga yang tak kisah walau macamana pun rasanya, tapi bila benda tu viral mesti dia nak cuba. Yang kategori ni dia pelik sikit. Dia sebenarnya bukan nak makan tapi nak kepuasan mencuba. Selagi tak cuba dia tak akan rasa puas. Ada satu perisa ayam goreng KFC yang tak pasti korang boleh merasa ke tak. Tapi benda ni ada dijual hari ni. OR bukan, HS pun bukan. Jenuh juga la tadi menyemak resit kot ada tersilap tekan pada mesin order layan diri tu. Manalah tau, tergatal tangan tercuit pilihan menu yang satu ni. Nampaknya, sah! Memang sah tak ada. Semuanya normal. Tak ada yang pelik pun.

Video Lagu Warisan - Sudirman Hj. Arshad

Benda yang baik biasanya datang dalam pelbagai perisa kan? Pizza, minuman coklat, yogurt dan jajan la contohnya. Orang olah jadi pelbagai perisa sampai tak jemu la peminatnya. Sama juga dengan lagu. Bagi teman, antara lagu patriotik yang paling teman suka dengor lagu Warisan, nyanyi Allahyarham Sudirman Hj. Arshad. Lagu ciptaan Syed Haron Ahmad ni memang liriknya ringkas, tepat dan menusuk ke hati tiap kali dengor. Bertepatan dengan insiden terhempasnya MH17 tahun ni yang mengorbankan ratusan nyawa, ada baiknya kita renungkan semula betapa syarikat penerbangan negara kita ni dah mula berkhidmat sejak zaman tv hitam-putih lagi. Tak tau la berapa berat, jerih payah semua yang terlibat dalam mematangkan Malaysia dalam industri penerbangan. Teman selitkan beberapa klip pendek yang sempat teman himpunkan berkaitan Syarikat Penerbangan Malaysia, MAS, untuk renungan kita bersama, seiring dengan pembangunan negara dari waktu laungan 'Merdeka' yang pertama pada tahun 1957. Syyy... duduk