Skip to main content

COVID-19 : Sudah Dijangkiti, Apa Patut Aku Buat? [ Bahagian 1 ]

Dijangkiti penyakit yang merbahaya dan sudah menjadi wabak seluruh dunia, pasti menjadi satu pengalaman baru untuk setiap manusia di muka bumi ni. Tak kisahlah apa implikasi dari pengalaman ni, sama ada yang positif atau negatif dalam kehidupan kita. Ia mencatat satu sejarah kehidupan sesiapa sahaja yang menempuhnya. Salah seorangnya ialah, AKU. Iya, aku telah dijangkiti Covid-19. Sejak Disember 2019, aku hanya mendengar, membaca dan menonton perkembangan wabak yang ganas ni. Tetapi kira-kira dua minggu lepas aku terpaksa meredahnya dengan segala bentuk ikhtiar, ilmu, kemahiran dan pengalaman setakat mana yang aku ada selama ini. Ingin aku tekankan di sini, tujuan entri ini aku tulis bukan untuk berbangga, sombong, bongkak, jauh sekali memberi nasihat kepada orang lain. Ia sekadar perkongsian tentang apa yang aku tempuh. Tidak kurang dan tidak lebih daripada itu. Para pembaca perlu mengambil ini sebagai disclaimer . Aku bukan doktor, bukan perawat Islam, bukan pengamal perubatan herba

Daphne Iking Memeluk Islam Sejak Disember 2010? Alaaa.. Alaaa... Alaaa...

Beberapa 'maaf' di awalan entri ini :


a.) Maaf kerana mengelirukan. Anda jangan beranggapan anda telah tersalah masuk blog. Ini masih Blog Brader PET, dan bukan blog hiburan mahupun gosip artis


b.) Maaf, jika gambar-gambar seksi Daphne Iking yang anda harapkan... ia tiada di dalam entri ini


c.) Maaf jika anda mengharapkan cerita-cerita sensasi termasuk kisah skandal hangat, percutian dengan memakai bikini nampak perut, atau apa sahaja yang anda boleh dapatkan dengan mudah dari blog-blog gosip artis





Daphne Eleanor Iking atau lebih dikenali sebagai Daphne Iking, seorang jurnalis, pengacara duta jenama, dan... wah, terlalu banyak bakatnya, dan anda perlu cari sendiri. Daphne yang seringkali wajahnya disiarkan di kaca televisyen pastinya tidak dapat lari dari sebaran maklumat tentang kehidupannya, tidak kira yang sedap didengar, atau yang kurang enak di telinga. Namun begitu, itulah kehidupan golongan 'public figure' kerana mereka adalah milik peminat-peminat mereka.


Beliau yang berkelulusan 'Master Degree' di dalam bidang komunikasi di USM Pulau Pinang, hari ini (atau lebih awal lagi) memberi kejutan kepada seluruh peminatnya apabila hari ini mengumumkan beliau telah memeluk Islam sejak Disember 2010. Agak mengejutkan juga bagi seseorang yang tidak berapa minat mengikut perkembangan artis, tetapi nyata isu ini yang dihebahkan melalui siaran radio lewat petang tadi memang agak menarik, sehingga sanggup kereta diberhentikan di tepi jalan, dan menghantar SMS kepada beberapa orang sahabat untuk dikongsikan berita gembira ini.





Sebenarnya, jika kita meneliti semula dengan lebih terperinci, tidak sepatutnya perkara ini terlalu mengejutkan kerana ada beberapa wartawan hiburan 'tertangkap' ucapan dari bibir seksi selebriti itu, perkataan-perkataan seperti 'Assalammualaikum' dan 'MasyaAllah' sewaktu Anugerah Seri Angkasa 2010. Tajam sungguh pemerhatian mereka terhadap segala biji butir pengucapan si artis. Maklumlah, dah memang tugas mereka.


Mengikut ceritanya, kini Daphne Iking yang berketurunan Kadazan-Dusun, telah kembali berstatus Puan apabila kahwin kali kedua dengan seorang lelaki Melayu Islam, Azmi namanya. Ia adalah kehidupan peribadi beliau dan jika anda terlalu berminat untuk mengetahuinya dengan lebih lanjut, sila cari di mana-mana blog hiburan, bukan di sini.


Lazimlah, berita begini akan disusuli beberapa 'alaaa' yang menjadi cara hidup orang kita. Bukan niat untuk menyentuh sensitiviti, tetapi sekadar memberi sedikit pandangan peribadi. Antara 'alaaa' yang tidak menuntut Daphne untuk menjawabnya, lebih kurang yang di bawah ini :


i.) Alaaa... dia masuk Islam sebab dia sudah 'kantoi' dengan bekas suami dia. Kiranya masuk Islam ni nak bina imej baru la. Konon nak bagi nampak baik.


Bagaimana kita tahu apakah niatnya Daphne memeluk Islam? Nujum Pak Belalangkah kita? Pernah kita minum kopi arang kuali macam Pak Belalang? Fikir-fikirkan, dan silakan olah jawapan sendiri, dengan gaya bebas. 


ii.) Alaaa... dia masuk Islam sebab nak kahwin dengan orang Islam. Tengok, kan dah kahwin pun.


Benarkah telahan kita ini. Benarkah Daphne tidak pernah tahu mengenai Islam dan hanya memikirkan untuk memeluk Islam sebagai memenuhi syarat untuk berkahwin dengan orang Islam? Pernahkah kita kaji kehidupan harian Daphne yang di sekelilingnya majoriti orang Islam, bahkan pembantu rumahnya warga Indonesia yang beragama Islam, dan orang yang sama membesarkan anak perempuan Daphne. Beliau lebih tahu kehidupan harian beliau, kita hanya orang luar yang cuba membuat ulasan tanpa sebarang asas yang kukuh, hanya berdasarkan maklumat secara kasar yang didedahkan oleh wartawan-wartawan hiburan dan jurugambar-jurugambar paparazi.


iii.) Alaaa... itu tak lama la tu, tengok la tak lama lagi, rosak nama Islam. Pemakaian entah macamana, kehidupan harian entah ikut cara Islam ke tidak.


Itu semua masa depan. Boleh anda ramalkan? Sekali lagi... anda Nujum Pak Belalang? Nak merasa minum kopi arang kuali? Jika Allah Ta'ala memberinya hidayah untuk memeluk Islam, anda curiga Allah Ta'ala 'tidak mampu' mengekalkan Daphne Iking di landasan yang benar, dan dari masa ke semasa merubah kehidupannya ke arah Islam yang sebenar? Anda siapa? Renungkan sedalam-dalamnya kenyataan ini. Semua perkara yang bakal berlaku di masa hadapan bukanlah kita yang menentukannya, bahkan untuk meramalkannya pun belum tentu kita mampu. Biarkan Daphne dengan kehidupan barunya, di samping suami barunya, wallahhua'lam, mungkin Daphne mampu menjadi seorang ustazah jika diizinkan Allah. Segalanya mungkin, kan?


Itu baru tiga 'alaaa' dan percayalah, masih banyak lagi yang mampu difikirkan oleh orang kita untuk menghasilkan 'alaaa' yang lain. Daphne Iking baru sahaja membuat salah satu keputusan penting di dalam hidupnya. Bukankah di dalam kehidupan kita ini, membuat keputusan adalah satu tanggungjawab penting? Cuba tanya diri sendiri...


Baiklah, kita nilai pula perihal-perihal yang lari sedikit dari perkembangan terbaru Daphne Iking ini. Apa niatnya, kenapa, seberapa lama mampu bertahan... isu itu mampu dibuktikan oleh faktor masa dengan sendirinya. Masih ingatkah anda, seorang artis popular negara ini yang sudah bergelar Al-Hajj di hujung namanya? Perasankah anda daripada peringkat awalan, beliau dengan bangganya membuat pengumuman 'tudung ini direka khas oleh Ber**** Chan****', dan kini 'tudung' di kepalanya tidak sampai sejengkal saiznya dan layaknya dipanggil sauk ikan? Kenal tak sauk ikan?


Bagaimana pula dengan yang seorang ini? Tiada siapa pedulikan apa yang dilakukannya hanya kerana dia terlalu popular? Bergelar Al-Hajj dengan pemakaian sebegitu, itu bukan menjejaskan nama baik agama?


Percayalah, jangan kita berprasangka buruk membuta tuli. Jika seseorang itu mampu menempuh pergelutan di dalam hatinya hingga dia kental untuk membuat keputusan besar sehingga mampu menukar agama, apa lagi yang diharapkannya? Pastilah sokongan padu oleh saudara-saudara seagama barunya.


Apalah untungnya kita jika kita hanya pandai memberi tekanan demi tekanan, tapi membantu tidak pula. Adakah kita sanggup melihat seorang saudara baru kita terumbang-ambing di tengah lautan berombak, lalu kita ambil kayu pendayung, kita hentakkan di kepalanya? Zalim bunyinya kan? Itulah kebenarannya...


Kurang-kurangkanlah, atau buanglah jauh-jauh perangai buruk 'alaaa... alaaa...' kita itu. Berfikiran positif, insyaAllah, ada jalannya. Wallahhua'lam.

Comments

  1. wahhhh..jadi paparazi lu skrg..tak kose mak..btw..satu entry yang agak membina dan menarik minat aku membaca pepagi hari...sbb kat website lain aku ada gak baca pasal dia ni..yang kata dorang..dia ni mencemarkan islam dengan pakaian atau imej yang tak manis di mata....lain2 pandai2 la kalian kaji...chow..

    ReplyDelete
  2. Hehehehe... tenkius. Takdenya jadi papamamarazi. Banyak keja lain lagi nak buat. Muahahaha... Anyway, positive thinking is something very very important. Itu yang masyarakat kita tak ada.

    ReplyDelete
  3. oh...saudara baru ku....heeee....

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Kini

COVID-19 : Sudah Dijangkiti, Apa Patut Aku Buat? [ Bahagian 1 ]

Dijangkiti penyakit yang merbahaya dan sudah menjadi wabak seluruh dunia, pasti menjadi satu pengalaman baru untuk setiap manusia di muka bumi ni. Tak kisahlah apa implikasi dari pengalaman ni, sama ada yang positif atau negatif dalam kehidupan kita. Ia mencatat satu sejarah kehidupan sesiapa sahaja yang menempuhnya. Salah seorangnya ialah, AKU. Iya, aku telah dijangkiti Covid-19. Sejak Disember 2019, aku hanya mendengar, membaca dan menonton perkembangan wabak yang ganas ni. Tetapi kira-kira dua minggu lepas aku terpaksa meredahnya dengan segala bentuk ikhtiar, ilmu, kemahiran dan pengalaman setakat mana yang aku ada selama ini. Ingin aku tekankan di sini, tujuan entri ini aku tulis bukan untuk berbangga, sombong, bongkak, jauh sekali memberi nasihat kepada orang lain. Ia sekadar perkongsian tentang apa yang aku tempuh. Tidak kurang dan tidak lebih daripada itu. Para pembaca perlu mengambil ini sebagai disclaimer . Aku bukan doktor, bukan perawat Islam, bukan pengamal perubatan herba

RESIPI : Cempedak Goreng Stail Macam Gerai

Haaa... musim buah dah sampai hujung-hujung. Maksudnya, sekarang ada banyak cempedak kan? Buah ni orang panggil buah penutup musim, selain manggis dengan langsat. Isk! Apa le teman merepek ni ye? Kalo korang budak bandar, mana la korang tau pasal musim buah-buahan ni kan? Hehehe. Kalau korang suka cempedak goreng yang tak berapa rangup, tapi rasa nice satu macam je bila gigit masa suam-suam, mungkin korang buleh cuba resipi ni. Tak sama macam guna tepung goreng segera tu tau. Yang tu ada rasa ngan bau macam vanila. Yang ni, memang rasa macam yang jual kat gerai tepi jalan tu. Ce try , ce try . Hehehe. BAHAN-BAHAN - 1/2 biji buah cempedak (kalau korang tukor ngan buah lain pun buleh) 1 cawan tepung gandum 3 sudu besar serbuk roti (kalau takde, bantai je hancurkan biskut lutut) 1 sudu makan minyak masak yang dipanaskan 2 sudu teh garam halus 1 sudu teh gula 1 sudu teh serbuk kunyit Air secukupnya (dalam secawan dua, ikut kualiti tepung korang) Minyak masak secukupnya untuk menggoreng *

RESIPI : Waffle Lembut

Kita dalam PKPD lagi, selepas ' TOTAL LOCKDOWN ' edisi Jun 2021. Berkurung lagi nampaknya. Bosan? Boleh la main masak-masak lagi macam PKP 1.0 tahun lepas. Nak try buat waffle? Ada resipi yang dikongsikan dalam FB page Daily Masak . Tak dapat dipastikan siapakah individu asal yang berkongsi resipi ni. Kalau ada sesiapa tahu, tolong tinggalkan maklumat di komen ye. Selamat mencuba! - - - Resepi Waffle Lembut Bahan Resepi Waffle Sedap : 3 cawan tepung gandum 2 1/2 cawan air 3/4 cawan minyak masak/butter cair 2 biji telur & esen vanilla 2 sudu makan susu tepung 3 sudu makan gula castor 1/2 sudu teh garam 1 sudu makan baking powder 1/4 sudu teh baking soda Gunakan cawan penyukat seperti dalam gambar.Anda boleh dapatkan di kedai bakeri berhampiran. Resepi waffle sukatan cawan ini sangat mudah dan lembut untuk anda buat makan sarapan pagi. Waflle yang disapu dengan nutella, strawberi, coklat memang sedap Untuk susu tepung, anda bleh guna susu tepung Nespray atau apa-apa susu tepu