"PERTANDINGAN HARI TU DAH ADA KEPUTUSAN KE?" Antara soalan yang biasa diajukan oleh peserta kepada penganjur-penganjur pertandingan merekacipta. Tak kisahlah rekacipta logo, produk, grafik mural, cenderahati dan macam-macam lagi. Setelah peserta meletakkan idea, komitmen masa, ketekunan, mencurahkan kemahiran, mengejar tarikh tutup permohonan, barulah sesuatu penyertaan itu dapat dihantar. Ia tak sama dengan pertandingan teka kacang, silangkata, cari objek tersembunyi dan sebagainya. Merekabentuk memerlukan bakat, pengetahuan dan kemahiran khusus yang bukan semua orang mampu membuatnya. Malangnya selepas tarikh tutup penyertaan, kebanyakan penganjur menunggu para peserta atau orang awam yang berminat, untuk bertanya bilakah keputusannya akan keluar. Jika tidak, pihak penganjur akan diam membisu sahaja. Ini yang biasa berlaku. Sebenarnya bukanlah para peserta terlalu berharap untuk menang sebab setiap penyertaan itu atas rasa minat terhadap sesuatu. Mungkin ada juga yang ber
Yup! Tajuk yang kasar dan provokatif bunyinya. Komen yang terlalu panjang lebar hanya akan membosankan si pembaca. Mungkin grafik lebih mudah menceritakan apa yang cuba disampaikan.
Sakit mata melihatnya kan? Lebih sakit lagi mata, menyenakkan pemikiran sekiranya longgokan, oh maaf, 'koleksi' sampah ini dibiarkan di situ berhari-hari lamanya.
Ceritanya begini :
MALAUN (bukan nama sebenar), membawa sampahnya turun dari apartment, lalu berjalan ke arah pembahagi lorong, ya, pembahagi lorong, maknanya ia terletak di TENGAH-TENGAH, di antara dua blok bangunan. Tempat yang sangat mudah dilihat dan sepatutnya memberi ketenangan jika dipandang, dengan kehadiran pokok-pokok hiasan yang cantik. 'Bum', koleksi berharganya dihempaskan ke tanah, di atas pembahagi lorong itu.
Terlihat dek si tukang cuci bangunan (CLEANER, juga bukan nama sebenar) yang berasal dari Seberang itu, lalu bersuara, "Encik di sini bukan tempat buang sampah. Buang sampah di rumah sampah di hujung blok sana." Balas si MALAUN, "Oh, bukan kat sini ye?", sambil tersenyum-senyum dalam percubaannya membuktikan kejahilan dan kebaghallannya kepada si CLEANER, dengan penuh harapan bahawa si CLEANER akan percaya memang dia itu bodoh.
Dan, berkat usahanya itu tidaklah susah untuk dia membuktikan kebodohannya itu kerana terus sahaja dia tinggalkan sampah itu di situ tanpa mengalihnya. Terpinga-pinga si CLEANER memikirkan adakah dia telah menyampaikan ilmu pentingnya itu kepada orang kurang upaya pemikiran.
Maka, setelah beberapa bulan diperhatikan, benarlah... otaknya memang tidak cukup untuk membantunya berfikir malah hanya setaraf dengan pemikiran seekor kucing. Di mana si kucing tidak bertuan itu mula merembeskan najisnya, dia akan datang kembali untuk melepaskan hajatnya di situ, dan hanya di situlah sahaja tempatnya, tidak pernah ia berubah barang sekaki-dua jaraknya.
Alangkah peliknya, di tengah bandar seperti di Kota Damansara, masih lagi wujud manusia yang gagal berfikir sebagai manusia, sebaliknya mengambil si kucing menjadi sumber inspirasinya. *Tunduk, bungkam, tiada apa lagi mahu dikatakan tentang perihal ini.* Wallahhua'lam...
hahahha.....stil people do exist as dis...
ReplyDeletebro d best way to make him to look more like ans stupid a$$h@@e is, take pics of him doin the great act, print it, paste it around the apartment...and especially on his floor, car parking.....
Good idea! In HD format, lossless compression. Sure muka pun nampak clear. Boleh share kat Youtube.
ReplyDeletei tak sengaja laa,i ingat situ tong sampah...huhu...~;-p
ReplyDelete