Skip to main content

AMOS : Biskut Cip Coklat Tak 'Famous'

Bahan-bahan ( Ingredients ) : 120gm mentega campuran (separuh blok) / buttery mixture (half block) 170gm gula perang lembut / light brown sugar 60gm gula pasir halus / fine grain sugar 15gm susu tepung / powdered milk 1tbs esen vanila / vanilla essence 1 biji telur (saiz besar) / egg (large) 300gm tepung gandum serba guna / all purpose wheat flour 1½tbs soda bikarbonat / baking soda 60gm cip coklat / chocolate chips Langkah-langkah : 1.) Potong-potong mentega kepada bahagian-bahagian kecil. Masukkan ke dalam mangkuk adunan. Biarkan sehingga mencapai suhu bilik. 2.) Tambahkan gula perang, gula pasir, susu tepung dan esen vanila. Gaulkan sehingga rata. 3.) Masukkan telur dan adunkan pada kelajuan paling rendah untuk menghancurkan gula. Naikkan kepada kelajuan sederhana dan teruskan mengadun sehingga adunan menjadi ringan dan berkrim. 4.) Ayakkan tepung dan soda bikarbonat dan gaul kering sehingga rata. 5.) Turunkan kelajuan pengadun kembali kepada tahap rendah. Tambahkan campuran tepung

Candyshare.com.my


Adakah Anda Pelanggan JALUR LEBAR Celcom?

Pernahkah anda menghadapi masalah dengan perkhidmatan Celcom Broadband, dan pernahkah anda cuba untuk membuat aduan kepada mereka? Bagaimanakah caranya anda mendapatkan maklumat mengenai cara mendapatkan khidmat pelanggan daripada Celcom, dengan keadaan anda tidak mendapat sambungan Internet yang baik ketika itu (biasalah... memang biasa...), dan tiada cara lain untuk mengakses Internet, kerana itu sahaja akaun yang anda ada.

Pastilah, dengan ketiadaan bil di tangan, mendapatkan maklumat melalui telefon bimbit dengan talian Celcom adalah antara pilihan terbaik ketika itu, kerana KEBIASAANnya maklumat yang dibekalkan oleh mana-mana telco melalui cara ini adalah yang terkini. (kerana itulah kempen-kempen dan promosi terkini mereka sebarkan dengan cara ini. Maka, khidmat *118# digunakan bagi mendapatkan maklumat penting itu.

Sebagai balasan, anda menerima maklumat seperti di dalam gambar di bawah :

[ Oh, alamat emel ke khidmat pelanggan Celcom adalah careline@celcom.com.my ]

Maka, dengan keadaan yang buntu sebegitu, emel berserta maklumat dan bukti berkaitan aduan dihantar melalui emel, kerana tiada lagi kaedah lain yang lebih sesuai digunakan dengan keadaan sambungan Internet yang tidak stabil sebegitu. Laman web Celcom juga langsung tidak dapat dibuka, apatah lagi untuk mendapatkan maklumat yang lebih lanjut.

[ Klik untuk melihat kandungan emel ]

Ah, leganya... dapat juga emel tersebut dihantar dengan selamat walaupun dengan keadaan sambungan yang sangat-sangat perlahan.

Selang beberapa minit, satu emel balasan diterima daripada pihak Celcom.


Oh, rupanya pihak Celcom sedang meNAIKTARAF sistem maklumbalas pengguna mereka. Pelanggan perlu membuka laman web Celcom, dan menghantar aduan tersebut secara 'online' dari laman web mereka. Dengan lain perkataan, maklumat yang dibekalkan oleh Celcom melalui sistem maklumat talian mudah alihnya sendiri adalah tidak benar bahawa aduan boleh dihantar melalui emel. Hebat... memang sangat hebat! Tadi saya kata jika awak ingin jumpa saya, awak boleh datang ke pejabat saya, dan setibanya awak di pejabat saya, awak akan jumpa nota di pintu pejabat, 'saya sedang bercuti'.

Selang dua minit selepas itu, ada lagi satu emel dari pihak Celcom yang mengatakan bahawa waktu operasi khidmat pelanggan melalui emel adalah dari 8:30 pagi ke 5:30 petang, Isnin hingga Jumaat, tidak termasuk cuti umum.



OK, anda dengan jayanya telah mengelirukan salah seorang pelanggan anda. Adakah aduan melalui emel masih diterima, atau tidak... dan... adakah pelanggan anda SENTIASA dibekalkan dengan maklumat yang benar dan tepat setiap kali. Ini memberi prasangka yang teramat sangat, dan ia juga menjerumus kepada hilang kepercayaan kepada syarikat pengendali talian komunikasi ini.

Sekian sahaja untuk tatapan bersama. (Walaubagaimanapun, untuk makluman bersama, selepas lebih 24 jam dari waktu menghantar emel aduan, tiada juga sebarang maklumbalas diterima daripada pihak Celcom. Entahlah...)

Comments

  1. hee...makacih sbb menghantar aduan kepada pihak berkenaan...kasi terbuka mata depa tu...kita bayar maa,bukan mintak free...nak kena amik pakej 'riban-riban' baru nak layan aduan ker? !@#$%^&*!! Ptuih!

    ReplyDelete
  2. celcom rocks....
    rocks in confusing peepz....

    ReplyDelete
  3. celcom hampeh puiiihhhh mkn duit org jer

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Kini

BANJIR : Rekabentuk Rakit Penyelamat Menggunakan Paip PVC

Malaysia dilanda banjir dan situasi getir ini sudah melewati tempoh 24 jam. Ramai mangsa yang perlu dipindahkan dengan segera untuk mengelakkan sebarang kemungkinan berlakunya perkara-perkara tak diingini. Selain dari mengangkut bot-bot dan sampan dari luar kawasan yang agak memakan masa, kita sebenarnya boleh membina rakit-rakit penyelamat menggunakan paip PVC 8" ~ 12" yang diisi dengan polisterin di dalamnya. Untuk lantai rakit boleh gunakan sebarang bahan yang mampu mengapung bebanan, contohnya blok polisterin setebal 6".  Untuk mendapat gambaran yang lebih jelas, boleh juga rujuk video bot DIY ini sebagai design outlines -  https://www.youtube.com/watch?v=IFp1z1yzIo8 Mungkin idea ini boleh membantu mempercepatkan proses mengangkut mangsa-mangsa yang masih terperangkap. Mereka kesejukan, kelaparan dan berisiko mendapat pelbagai penyakit bawaan air. Dalam situasi begini kita sedang berlumba dengan masa. Dapatkan bahan-bahan sedia ada di sekeliling kita dan gunakan ilm

NORMALISASI : Superman Biseksual, Captain America ... ?

Yup! Tak salah baca tu. Memang watak Superman baru, anak kepada Clark Kent dan Lois Lane yang dikenali sebelum ini dengan nama watak Superboy (Jonathan Kent) telah disahkan oleh pihak DC Comics sendiri sebagai seorang biseksual. Sumber : The Washington Post Bukanlah sesuatu yang mengejutkan, pesaing terkuat DC iaitu Marvel Comics juga turut naik kapal yang sama. Marvel telahpun mengesahkan bahawa watak Captain America yang baru merupakan seorang remaja gay , bernama Aaron Fischer.  Sumber : The Guardian Kedua-dua penerbit komik ini memang diketahui dari dahulu lagi sejarahnya memang bersaing sengit seperti dalam perlumbaan Formula 1. Namun begitu persaingan yang agak di luar jangka ini berlaku, dan kita patut sudah mula berhati-hati dengan bahan-bahan yang dipertontonkan kepada anak-anak muda kita.  Kita amat berharap tiada pula mana-mana penerbit komik dari Australia mahu memperkenalkan watak pelarian pondan sebagai hero. Hampir pasti kita boleh agak apakah implikasinya nanti. Saba

PC : It Is Now Safe To Turn Off Your Computer

Haaaa. Siapa rasa familiar dengan ayat tu rasanya orang tu dah cukup tua. Kekeke. Betul la tu. Benda tu memang wujud dan memang ada sebabnya tersendiri. Kalau tak tunggu screen ni keluar, nanti komputer rosak. Aiyok! Untuk golongan anak-anak muda, mungkin ada yang rasa benda ni tak masuk akal sebab komputer kan mati sendiri bila kita keluar dari Windows / Mac OS / Linux / BSD / Unix dan lain-lain Operating System . Treeetttt! Salah lagi menyalahkan. Itu hanya benar pada zaman sekarang. Bukan pada era 386, 486, malahan zaman Pentium yang pertama hampir 3 dekad yang lalu. Memang bunyinya aneh, tetapi kita perlu telitikan apakah perbezaan utama yang menyebabkan ciri-ciri ini wujud. Hard power switch . Paling kanan, bawah emblem 486DX2. Keletak keletuk bunyinya. Dan waktu itu anda perlu labelkan LED display warna hijau itu gunanya untuk display . Mungkin ada yang tak tahu kegunaan display . Zaman dahulu, komputer tak menggunakan soft power button macam yang kita ada hari ni. Suisnya me