Skip to main content

Posts

Showing posts from February, 2011

PAKAR : Motivasi Hilang?

Kebelakangan ni kita dapat lihat peningkatan mendadak kes bunuh diri (yang kebiasaannya disebut 'terjatuh', 'menggantung diri', dan seumpamanya). Sedih setiap kali kita melihat perkembangan macam ni. Tak kiralah apa bangsanya, apa juga agamanya. Ia pasti satu impak yang amat besar untuk seluruh ahli keluarga, sahabat handai, dan kenalan mereka. Kita tidak patut judge sebab kita tak berada dalam situasi mereka. Hanya mampu do'akan yang terbaik sahaja. Waktu macam ni memang kita sentiasa perlukan motivasi diri yang kuat. Jangan sampai mudah goyang. Memang kita faham tekanannya. Semua orang merasa. Siapa yang dah sampai tahap tak tahu nak buat apa, eloklah diberi sokongan dari pelbagai aspek - bantuan makanan, bekalan keperluan harian, kewangan, sokongan moral dan sentiasa memotivasikan mereka agar sentiasa yakin, kita ada bersama-sama mereka. Eh?! Sebut pasal motivasi ni, perasan tak? Ada beberapa watak penting sudah hilang dari pandangan kita. Tak, bukan menteri. Bu

Daphne Iking Memeluk Islam Sejak Disember 2010? Alaaa.. Alaaa... Alaaa...

Beberapa 'maaf' di awalan entri ini : a.) Maaf kerana mengelirukan. Anda jangan beranggapan anda telah tersalah masuk blog. Ini masih Blog Brader PET, dan bukan blog hiburan mahupun gosip artis b.) Maaf, jika gambar-gambar seksi Daphne Iking yang anda harapkan... ia tiada di dalam entri ini c.) Maaf jika anda mengharapkan cerita-cerita sensasi termasuk kisah skandal hangat, percutian dengan memakai bikini nampak perut, atau apa sahaja yang anda boleh dapatkan dengan mudah dari blog-blog gosip artis Daphne Eleanor Iking atau lebih dikenali sebagai Daphne Iking, seorang jurnalis, pengacara duta jenama, dan... wah, terlalu banyak bakatnya, dan anda perlu cari sendiri. Daphne yang seringkali wajahnya disiarkan di kaca televisyen pastinya tidak dapat lari dari sebaran maklumat tentang kehidupannya, tidak kira yang sedap didengar, atau yang kurang enak di telinga. Namun begitu, itulah kehidupan golongan 'public figure' kerana mereka adalah milik peminat-peminat mereka. Beliau

Jangan Tunggu Bulan Puasa Baru Nak Buat Kerja Amal

Tiada ayat-ayat panjang lebar untuk entri kali ini. Semua sudah lengkap diceritakan dalam tiga imbasan dokumen di bawah. Untuk lihat imej yang besar, atau untuk cetakan, sila klik di atas imej. Sekian untuk kali ini. Wassalam. :-)

Adakah Anda Pelanggan JALUR LEBAR Celcom?

Pernahkah anda menghadapi masalah dengan perkhidmatan Celcom Broadband, dan pernahkah anda cuba untuk membuat aduan kepada mereka? Bagaimanakah caranya anda mendapatkan maklumat mengenai cara mendapatkan khidmat pelanggan daripada Celcom, dengan keadaan anda tidak mendapat sambungan Internet yang baik ketika itu (biasalah... memang biasa...), dan tiada cara lain untuk mengakses Internet, kerana itu sahaja akaun yang anda ada. Pastilah, dengan ketiadaan bil di tangan, mendapatkan maklumat melalui telefon bimbit dengan talian Celcom adalah antara pilihan terbaik ketika itu, kerana KEBIASAANnya maklumat yang dibekalkan oleh mana-mana telco melalui cara ini adalah yang terkini. (kerana itulah kempen-kempen dan promosi terkini mereka sebarkan dengan cara ini. Maka, khidmat *118# digunakan bagi mendapatkan maklumat penting itu. Sebagai balasan, anda menerima maklumat seperti di dalam gambar di bawah : [ Oh, alamat emel ke khidmat pelanggan Celcom adalah careline@celcom.com.my ] Maka, dengan

Kali Ini, Lubang Punya Cerita

Ia bermula apabila perasaan marah yang membuak-buak terhadap kerja-kerja tampalan jalan yang BIASAnya terlalu tidak selamat, hodoh rupanya, tidak mampu bertahan walaupun untuk tempoh hanya seminggu... OK, secara ringkasnya, ia tidak bagus, kualiti kerja yang langsung tidak diterima akal. "Kelekuk", begitulah bunyinya setiap kali kereta hijau buatan Malaysiaku termasuk lubang yang tidak tahu bila masanya lubang itu 'lahir', tiada pernah kelihatan papan tanda 'sijil lahir' lubang tersebut. Sakit hati bukan? Kereta adalah salah satu harta kita yang sentiasa susut nilai di samping kos selenggaranya yang tinggi, tanpa bantuan... eh silap, dewasa ini mereka panggil subsidi, ya, tanpa sebarang subsidi dari pihak berleluasa, eh, silap lagi... pihak berkuasa. Tidak salah dan tidak silap, memang kedua-dua jalan yang terlibat di sekitar Kota Damansara dan Sungai Buloh ini baru sahaja diturap semula sepenuhnya. Warnanya masih hitam, gelap... dan jika dilihat pada bentuk p

Apabila Berfikir Selayaknya Manusia Tidak Lagi Menjadi Aktiviti Harian

Yup! Tajuk yang kasar dan provokatif bunyinya. Komen yang terlalu panjang lebar hanya akan membosankan si pembaca. Mungkin grafik lebih mudah menceritakan apa yang cuba disampaikan. Sakit mata melihatnya kan? Lebih sakit lagi mata, menyenakkan pemikiran sekiranya longgokan, oh maaf, 'koleksi' sampah ini dibiarkan di situ berhari-hari lamanya. Ceritanya begini : MALAUN (bukan nama sebenar), membawa sampahnya turun dari apartment, lalu berjalan ke arah pembahagi lorong, ya, pembahagi lorong, maknanya ia terletak di TENGAH-TENGAH, di antara dua blok bangunan. Tempat yang sangat mudah dilihat dan sepatutnya memberi ketenangan jika dipandang, dengan kehadiran pokok-pokok hiasan yang cantik. 'Bum', koleksi berharganya dihempaskan ke tanah, di atas pembahagi lorong itu. Terlihat dek si tukang cuci bangunan (CLEANER, juga bukan nama sebenar) yang berasal dari Seberang itu, lalu bersuara, "Encik di sini bukan tempat buang sampah. Buang sampah di rumah sampah di hujung blok