Skip to main content

AMOS : Biskut Cip Coklat Tak 'Famous'

Bahan-bahan ( Ingredients ) : 120gm mentega campuran (separuh blok) / buttery mixture (half block) 170gm gula perang lembut / light brown sugar 60gm gula pasir halus / fine grain sugar 15gm susu tepung / powdered milk 1tbs esen vanila / vanilla essence 1 biji telur (saiz besar) / egg (large) 300gm tepung gandum serba guna / all purpose wheat flour 1½tbs soda bikarbonat / baking soda 60gm cip coklat / chocolate chips Langkah-langkah : 1.) Potong-potong mentega kepada bahagian-bahagian kecil. Masukkan ke dalam mangkuk adunan. Biarkan sehingga mencapai suhu bilik. 2.) Tambahkan gula perang, gula pasir, susu tepung dan esen vanila. Gaulkan sehingga rata. 3.) Masukkan telur dan adunkan pada kelajuan paling rendah untuk menghancurkan gula. Naikkan kepada kelajuan sederhana dan teruskan mengadun sehingga adunan menjadi ringan dan berkrim. 4.) Ayakkan tepung dan soda bikarbonat dan gaul kering sehingga rata. 5.) Turunkan kelajuan pengadun kembali kepada tahap rendah. Tambahkan campuran tepung

Candyshare.com.my


Jual-beli Secara Dalam Talian, Melalui Blog Dan Rangkaian Sosial

Isu kali ni agak sensitif, dan mungkin ada yang akan berkecil hati dan terasa jika membacanya. Tetapi, seperti biasa... "jika tidak suka, tidak senang... BERHENTI membacanya." Ia masih peraturan yang ringkas dan mudah untuk difahami.



Dewasa ini, trend berjual-beli melalui Internet semakin meluas sehinggakan kita boleh lihat di mana-mana rangkaian sosial, ada sahaja yang mempromosikan produk dan servis yang ditawarkan. Perkembangan sihat ini dapat membantu para usahawan dan bakal-bakal usahawan untuk menyediakan tapak awal ataupun memperkembangkan lagi perniagaannya. Secara positifnya, boleh dikatakan Internet mampu memberi peluang para peniaga untuk memasuki pasaran yang lebih luas, bermula dengan hanya sedikit kos untuk 'menghubungkan' perniagaannya di arena pasaran secara dalam talian.

Namun begitu, mengikut resamnya, apa sahaja yang ada kebaikannya pasti ada kelemahannya.  Tidak terkecuali dengan perkara ini. Trend berurusniaga jual-beli secara dalam talian ini juga jelasnya mempunyai kesan negatifnya sendiri, terutamanya jika kita menilainya dari perspektif pengguna dan kepenggunaan.

Seperti urusan perniagaan konvensional, SEKURANG-KURANGNYA, sebagai pembeli kita berhak terhadap perkara-perkara berikut :

  • Mengetahui dengan siapa kita berurusan
  • Diberi kebenaran untuk menghubungi pihak penjual secara alternatif, selain daripada melalui Internet semata-mata
  • Mendapatkan maklumat tentang produk yang ingin dibeli
  • Status produk yang ditawarkan
  • Dimaklumkan tentang sebarang perubahan terhadap produk atau harga SEBELUM pembayaran dibuat
  • Kaedah pembayaran dan makluman penghantaran
  • Membatalkan tempahan dengan PERSETUJUAN kedua-dua pihak
  • Lain-lain hak pengguna yang ada sama seperti proses jual-beli secara konvensional
Dengan siapa kita berurusan? Ia adalah satu persoalan yang paling besar di dalam segala isu berkaitan hal ini.

Sekiranya kita membeli-belah di 'luar', kita akan mengenalpasti premis perniagaan melalui papan iklan perniagaan tersebut. Bagaimana pula jika berurusan secara dalam talian? Sekiranya urusniaga dijalankan secara terus di laman web rasmi syarikat tersebut, ia adalah lebih mudah. Kita hanya perlu menyemak taraf pemilikan nama domain laman web tersebut. Susah nak faham? Lihat gambar di bawah :

Di sebelah kiri adalah cara kita mengenalpasti premis perniagaan kasut Bata, manakala di sebelah kanan adalah cara kita mengesahkan bahawa alamat bata.com.my adalah milik syarikat yang sama. Ini adalah contoh semata-mata untuk memberi gambaran proses menyemak nama domain.

Bagi pengguna Linux dengan antaramuka Gnome, fungsi 'whois' boleh diakses di System-Administration-Network Tools-Whois, manakala bagi yang perlu menggunakan aplikasi 'whois' secara dalam talian, boleh terus ke alamat http://www.whois.net untuk pendaftaan domain US, atau ke http://whois.domainregistry.my/ untuk domain Malaysia yang berakhir dengan .my. Masukkan nama domain yang ingin disemak, dan tunggu balasan dari pelayan.

Bagi kita sebagai penduduk Malaysia, adalah selamat untuk meyakini domain yang berakhir dengan .my kerana pihak pendaftar domain di Malaysia mengamalkan sistem semakan yang agak ketat sebelum meluluskan penggunaan sesuatu domain. Walaubagaimanapun banyak juga syarikat Malaysia yang mendaftar domain tanpa penghujung .my kerana proses pendaftaran yang mudah dan membolehkan enjin pencari untuk mengemaskini data carian dengan pantas.

Luangkan sedikit masa untuk melakukan semakan ini, mungkin dapat mengelakkan diri menjadi mangsa mudah para penipu professional yang ada di merata-rata di Internet, bebas tanpa kawalan. Oh ya, mungkin timbul persoalan 'kenapa saya perlu menyibuk untuk tahu siapa yang menjual produk, sedangkan saya hanya ingin membeli sebuah beg tangan yang murah?'. Jawapannya ialah - kerana tidak mahu menjadi mangsa dengan terlalu mudah. Itu sahaja. Sekiranya berlaku sebarang situasi yang tidak menyenangkan, maklumat sebegini amatlah kritikal untuk membolehkan anda membuat aduan kepada pihak yang berkuasa.

Bagaimana pula jika perniagaan itu tiada laman web rasmi, dan hanya menggunakan blog atau rangkaian sosial seperti Facebook untuk mempromosikan produk mereka? Dalam situasi begini, ELAKKAN untuk terus berurusniaga dengan pihak tersebut, sehingga anda benar-benar yakin dengan identiti dan kredibiliti pihak yang menawarkan produk atas servis yang anda mahukan. Diingatkan di sini bahawa perkhidmatan blog dan rangkaian sosial adalah PERCUMA dan tiada siapapun yang menyemak identiti seseorang atau sesebuah 'organisasi' ketika mereka mendaftar di laman-laman web sebegitu.

Jangan juga terlalu mudah untuk PERCAYA dengan testimoni 'pelanggan' mereka yang lalu kerana, ia mungkin juga diada-adakan untuk meyakinkan anda. Anda sendiri boleh mendaftar 20 alamat emel percuma yang berbeza, dan mendaftar 20 identiti yang berbeza di rangkaian sosial tersebut, lalu menghantar ratusan bahkan ribuan 'testimoni' yang mengatakan produk anda sangat bagus, servis anda memang cekap dan seumpamanya; mungkin berbunyi, "Wah saya sudah terima baju dalam 'slimming' yang saya tempah dalam tempoh 2 hari sahaja selepas pembayaran. Barangnya ori. Sangat puas hati!", "Good seller!", "Friendly seller. I'll buy from him/her again.",'Recommended!" oh banyaknya... gunakan kreativiti anda!

Dan ironiknya, tiada siapa tahu kerana tiada siapa yang berminat untuk ambil tahu. Orang lain hanya akan percaya bulat-bulat, kerana inilah yang dipanggil 'rakyat Malaysia'. Logik bukan?

Situasi agak berbeza dengan laman web jual-beli seperti 'Ebay', 'Lelong' dan lain-lain lagi, yang memberikan lebih perlindungan kepada pengguna. Kebanyakan sistem laman web sebegini memerlukan pengesahan identiti sebelum membenarkan seseorang individu atau sesebuah perniagaan atau syarikat itu menjual produk melalui sistem mereka. Antara jenis-jenis pengesahan adalah seperti berikut :

  • Identiti individu (salinan MyKAD)
  • Identiti organisasi (salinan sijil pendaftaran syarikat atau perniagaan)
  • Alamat emel dan nombor telefon perniagaan
  • Alamat lokasi operasi perniagaan
Ada juga penjual di laman-laman web tersebut yang menawarkan perlindungan insurans tambahan sekiranya produk didapati rosak ketika proses penghantaran, di samping sistem aduan yang sangat berkesan dalam menangani kes-kes penipuan dan ketidakjujuran di dalam urusniaga.

Secara ringkasnya, anda mungkin ingin memberi lebih kepercayaan kepada penjual yang mempunyai perniagaan atau syarikat yang berdaftar, mempunyai laman web rasminya sendiri, atau mempunyai 'stor' dalam talian yang rasmi yang dikelolakan oleh laman web jual-beli tempat produk itu ditawarkan, identiti penjual dan nombor telefonnya telah disahkan dan mempunyai premis perniagaan sebenar agar anda boleh merujuknya kepada pihak-pihak berkaitan jika perlu.

Dua contoh penjual yang memiliki perniagaan berdaftar dan lengkap dengan premis perniagaan yang sah di Lelong.my . Anda boleh mencari identiti Tekming dan Miyamondo di laman web tersebut, dan perhatikan maklumat di profail mereka. Pasti anda mendapat idea bagaimana ingin membezakan peniaga begini berbanding penjual jenis 'hit and run' yang anda ingin jauhi. 

Elakkan berurusan dengan penjual dengan identiti yang boleh diragui, meletakkan teg 'tidak menerima panggilan telefon', 'tidak boleh berhubung melalui SMS', 'tidak boleh bersemuka', 'tidak boleh membuat tuntutan waranti'... dan banyak lagi 'tidak' yang menyebabkan anda TIDAK BOLEH yakin kepada mereka. Bagaimana mahu mempercayai orang yang ingin berurusan tanpa kita boleh berhubung dengan mereka? Sedangkan jurujual di kakilima pasaraya pun ada memakai teg nama di baju mereka. Itupun kita masih belum pasti dengan apa yang mereka promosikan di kakilima pasaraya... apatah lagi individu yang langsung kita tidak boleh berkomunikasi dengan mereka.  

Di samping identiti penjual, maklumat status dan kualiti produk tidak kurang juga pentingnya. Selalunya 'orang kita' bersikap tidak teliti dan itulah puncanya kenapa kita mudah menjadi mangsa. Apabila kita melakukan carian, contohnya 'iPhone', perhatikan dengan teliti, pasti banyak dijumpai produk dengan pengenalan 'iPhone alike' atau 'iPhone look-alike', yang pastinya bukan itulah jenis produk yang anda cari.

Salah satu hasil sebenar, carian dengan perkataan 'iPhone'.

Jika anda kurang percaya, cubalah mencari produk dengan perkataan 'alike' di dalam pengenalan produknya. Nescaya anda tidak mampu untuk melihat semuanya. Senarainya terlalu panjang, mencecah puluhan mukasurat.

Status produk seperti 'baru', 'terpakai', 'masih dilindungi waranti', 'tempoh waranti tamat', 'boleh dipindah-milik', 'sedikit terkoyak', 'warna lusuh', 'bateri tidak berfungsi', dan seumpanya perlu diteliti kerana anda telah merancang untuk mendapatkan produk tersebut dengan bajet yang spesifik. Jangan pula nanti setelah diterima produk tersebut, anda perlu membelanjakan separuh daripada nilai kos pemilikannya hanya untuk membolehkannya berfungsi.

Satu petua yang mudah, contohnya sekiranya anda ingin membeli kamera terpakai, elakkan daripada memilih dari jenis yang menggunakan bateri dengan rekabentuknya tersendiri. Ini kerana kebanyakan bateri hanya dilindungi waranti maksimum tiga bulan. Bagaimana jika sewaktu anda menerimanya, baterinya sudah sampai hayat dan anda perlu mendapatkan bateri baru? Anda masih bertuah sekiranya bateri tersebut masih ada di pasaran dan harganya murah. Bagaimana pula sekiranya bateri tersebut sudah tidak dikeluarkan lagi? Pastinya anda kecewa kerana terpaksa menempah pula bateri tersebut dari pengeluar barangan tiruan dan perlu menunggu untuk satu tempoh lagi, barulah dapat menggunakannya.

Tindakan lebih bijak adalah mendapatkan model yang boleh menggunakan bateri saiz piawai seperti AA, AAA dan seumpamanya, kerana bateri jenis ini boleh dibeli dari mana-mana pasaraya dengan harga yang murah. Jika anda jenis yang suka berjimat dan mesra alam, boleh dapatkan bateri bersaiz sebegini dari jenis yang boleh dicas semula. Perhatikan nilai volt dan arus-kapasiti bateri tersebut sebelum membuat pembelian.

Bateri kering alkali biasanya dari jenis 1.5 volt manakala yang dari jenis boleh cas semula pula hanya mengeluarkan 1.2 volt. Perhatikan jenis mana yang sesuai dengan alatan tersebut. Kapasiti bateri boleh cas semula dilabelkan dengan unit mAh (miliAmpere-hour). Semakin tinggi nilai mAh-nya, semakin lama bateri tersebut boleh bertahan dengan sekali cas.

Sebagai tambahan, tempoh penghantaran dan penerimaan produk juga sangat kritikal di dalam urusan jual-beli secara dalam talian. Ini kerana, banyak rungutan timbul apabila barangan yang dibeli tidak tiba di dalam tempoh yang dijanjikan. Sudah terlalu banyak kes sebegini berlaku dan ia tidak boleh diambil mudah. Ada situasi yang akan menyusahkan anda sekiranya perkara ini tidak diambil berat.

Sesetengah syarikat penghantaran tidak membuat temujanji sebelum datang untuk menghantar barang. Jadi, sekiranya tarikh penghantaran tidak tepat, anda mungkin sudah pulang ke kampung dan apabila sampai di rumah semula, anda hanya mendapati kad pesanan daripada syarikat kurier diletakkan di bawah pintu rumah anda. Jadi, ia akan menambah kerja anda untuk pergi ke pusat kutipan mereka yang mungkin terletak jauh dari rumah anda.

Apalah gunanya membeli barangan secara dalam talian dari rumah, tetapi anda masih perlu memandu sehingga berpuluh kilometer untuk mengambilnya. Lebih mudah jika anda ke kedai yang berdekatan, dan membelinya secara tunai dan bawa pulang. Logik kan?

Bagaimana jika anda membeli barangan yang mudah rosak jika tidak dikendalikan dengan baik ketika penghantaran? Ini termasuklah barangan seramik, barangan hiasan, beg tangan atau tali pinggang kulit, elektronik, kain sutera, alat ganti kenderaan, dan lain-lain produk yang perlu pembungkusan khas dan dikendalikan dengan baik, terlindung dari panas, kelembapan, hentakan dan sebagainya?

Adalah dinasihatkan agar anda menyediakan kamera atau paling tidak telefon bimbit berkamera semasa ingin membuka bungkusan. Apabila barangan didapati rosak, ambil gambar barangan tersebut bersama-sama dengan pembungkusannya sekali, secara serta-merta, dan maklumkan kepada penjual tentang situasi tersebut secepat mungkin. Pastikan gambar bukti anda terdapat tarikh dan tidak dipinda. Maklumkan kepadanya anda akan menghantar emel berserta gambar tersebut sebagai bukti kepada tuntutan anda.

Di sinilah anda akan mendapati bahawa MAKLUMAT PENJUAL yang disahkan amatlah penting kerana hanya itulah caranya anda dapat memastikan aduan anda akan dilayan. Bagi perniagaan yang berdaftar dan mempunyai premis perniagaannya sendiri, pastinya perkara ini tidak akan diambil mudah kerana ini akan merosakkan reputasi perniagaan mereka. Ada sesetengah penjual sanggup menawarkan kos memperbaikinya daripada menanggung kos penghantaran semula. Ini bergantung kepada persetujuan kedua-dua pihak pembeli dan penjual.

Dapatkah anda bayangkan sekiranya barangan tersebut dibeli daripada penjual individu yang tidak disahkan identitinya, dan anda langsung tiada cara untuk menghubunginya? Ingat tak tadi? 'Tidak menerima panggilan telefon', 'tidak boleh berhubung melalui SMS', 'tidak boleh bersemuka', 'tidak boleh membuat tuntutan waranti'... Pastinya situasi ini amat mengecewakan bukan?

Ada kemungkinan juga, anda mungkin berasa hampa sekiranya produk yang dijual tidak tulen, sedangkan ketika ingin dijual pihak penjual langsung tidak memaklumkan bahawa barangan tersebut adalah tiruan. Uh, sakitnya hati... betul tak?

Terlalu banyak kebarangkalian akan berlaku sekiranya kita tidak mengambil langkah berhati-hati dengan orang yang tidak dikenali kan? Ia seumpama mengupah seseorang yang anda tidak kenali di stesen bas, memintanya untuk mengeluarkan sejumlah wang dari akaun anda melalui ATM, memberinya nombor PIN anda, dan untuk setengah jam berikutnya anda gusar memikirkan adakah wang itu akan sampai ke tangan anda, atau anda akan menyesali tindakan kurang bijak (bodoh) anda itu seumur hidup anda.

Walaubagaimanapun, anda tetap boleh berusaha untuk mendapatkan hak anda semula bergantung kepada situasinya. Mungkin melaporkan kepada KPDNKK (http://www.kpdnkk.gov.my) boleh memberi anda sedikit harapan berbanding hanya berdiam diri mengenang nasib yang telah menimpa dari kejahilan sendiri.

Sekadar berkongsi ilmu yang secetek lopak dengan air yang bertakung dari hujan renyai-renyai. Harap dapat dimanfaatkan sesama kita. Renung-renungkan dan selamat beramal! Wassalam...

Comments

  1. Beli ganja, mdma, Methamphetamins, kokain, ketamine racemic, Benzodiazepines, Heroin, hash, minyak hash, cookies, brownies, tinctures, rumpai untuk dijual, talian marijuana, benih ganja, minyak kanabis, membeli minyak kanabis. .
    Wickr ID: hugmankush

    Harga untuk Cocain.
    20 gram ... $ 1950
    50 gram ... $ 3900
    1 kilo ............ $ 48000
    2 kilo ............ $ 78000

    Harga rumpai.
    1 paun ........ $ 1900
    1 kilo ............ $ 5000
    2 kilo .......... $ 8000

    Harga ais crytal meth.
    20 gram ... $ 1550
    50 gram ... $ 3000
    1 kilo ............ $ 37000
    2 kilo ............ $ 70000

    ID Telegram: hugmankush
    ID Wechat: leewung
    Wickr ID: hugmankush
    E-mel: jordanchapman20@gmail.com

    Kami hanya menerima pembayaran melalui bitcoin, pasti sebelum anda menghubungi kami, anda mempunyai bitcoin anda bersedia.

    Kami juga menjual Guns Firearms 1911 Handguns AR-15s Concealed Carry
    Pistol, Ruger LCR 38 Special Revolver Double Action, Smith Wesson Model 60 357 Magnum / 38 Special Revolver Glock 17,19,22

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Kini

BANJIR : Rekabentuk Rakit Penyelamat Menggunakan Paip PVC

Malaysia dilanda banjir dan situasi getir ini sudah melewati tempoh 24 jam. Ramai mangsa yang perlu dipindahkan dengan segera untuk mengelakkan sebarang kemungkinan berlakunya perkara-perkara tak diingini. Selain dari mengangkut bot-bot dan sampan dari luar kawasan yang agak memakan masa, kita sebenarnya boleh membina rakit-rakit penyelamat menggunakan paip PVC 8" ~ 12" yang diisi dengan polisterin di dalamnya. Untuk lantai rakit boleh gunakan sebarang bahan yang mampu mengapung bebanan, contohnya blok polisterin setebal 6".  Untuk mendapat gambaran yang lebih jelas, boleh juga rujuk video bot DIY ini sebagai design outlines -  https://www.youtube.com/watch?v=IFp1z1yzIo8 Mungkin idea ini boleh membantu mempercepatkan proses mengangkut mangsa-mangsa yang masih terperangkap. Mereka kesejukan, kelaparan dan berisiko mendapat pelbagai penyakit bawaan air. Dalam situasi begini kita sedang berlumba dengan masa. Dapatkan bahan-bahan sedia ada di sekeliling kita dan gunakan ilm

NORMALISASI : Superman Biseksual, Captain America ... ?

Yup! Tak salah baca tu. Memang watak Superman baru, anak kepada Clark Kent dan Lois Lane yang dikenali sebelum ini dengan nama watak Superboy (Jonathan Kent) telah disahkan oleh pihak DC Comics sendiri sebagai seorang biseksual. Sumber : The Washington Post Bukanlah sesuatu yang mengejutkan, pesaing terkuat DC iaitu Marvel Comics juga turut naik kapal yang sama. Marvel telahpun mengesahkan bahawa watak Captain America yang baru merupakan seorang remaja gay , bernama Aaron Fischer.  Sumber : The Guardian Kedua-dua penerbit komik ini memang diketahui dari dahulu lagi sejarahnya memang bersaing sengit seperti dalam perlumbaan Formula 1. Namun begitu persaingan yang agak di luar jangka ini berlaku, dan kita patut sudah mula berhati-hati dengan bahan-bahan yang dipertontonkan kepada anak-anak muda kita.  Kita amat berharap tiada pula mana-mana penerbit komik dari Australia mahu memperkenalkan watak pelarian pondan sebagai hero. Hampir pasti kita boleh agak apakah implikasinya nanti. Saba

PC : It Is Now Safe To Turn Off Your Computer

Haaaa. Siapa rasa familiar dengan ayat tu rasanya orang tu dah cukup tua. Kekeke. Betul la tu. Benda tu memang wujud dan memang ada sebabnya tersendiri. Kalau tak tunggu screen ni keluar, nanti komputer rosak. Aiyok! Untuk golongan anak-anak muda, mungkin ada yang rasa benda ni tak masuk akal sebab komputer kan mati sendiri bila kita keluar dari Windows / Mac OS / Linux / BSD / Unix dan lain-lain Operating System . Treeetttt! Salah lagi menyalahkan. Itu hanya benar pada zaman sekarang. Bukan pada era 386, 486, malahan zaman Pentium yang pertama hampir 3 dekad yang lalu. Memang bunyinya aneh, tetapi kita perlu telitikan apakah perbezaan utama yang menyebabkan ciri-ciri ini wujud. Hard power switch . Paling kanan, bawah emblem 486DX2. Keletak keletuk bunyinya. Dan waktu itu anda perlu labelkan LED display warna hijau itu gunanya untuk display . Mungkin ada yang tak tahu kegunaan display . Zaman dahulu, komputer tak menggunakan soft power button macam yang kita ada hari ni. Suisnya me