Skip to main content

AMOS : Biskut Cip Coklat Tak 'Famous'

Bahan-bahan ( Ingredients ) : 120gm mentega campuran (separuh blok) / buttery mixture (half block) 170gm gula perang lembut / light brown sugar 60gm gula pasir halus / fine grain sugar 15gm susu tepung / powdered milk 1tbs esen vanila / vanilla essence 1 biji telur (saiz besar) / egg (large) 300gm tepung gandum serba guna / all purpose wheat flour 1½tbs soda bikarbonat / baking soda 60gm cip coklat / chocolate chips Langkah-langkah : 1.) Potong-potong mentega kepada bahagian-bahagian kecil. Masukkan ke dalam mangkuk adunan. Biarkan sehingga mencapai suhu bilik. 2.) Tambahkan gula perang, gula pasir, susu tepung dan esen vanila. Gaulkan sehingga rata. 3.) Masukkan telur dan adunkan pada kelajuan paling rendah untuk menghancurkan gula. Naikkan kepada kelajuan sederhana dan teruskan mengadun sehingga adunan menjadi ringan dan berkrim. 4.) Ayakkan tepung dan soda bikarbonat dan gaul kering sehingga rata. 5.) Turunkan kelajuan pengadun kembali kepada tahap rendah. Tambahkan campuran tepung

Candyshare.com.my


DSLR Atau Kompak? Atau Orangnya?

Memetik satu pandangan dari orang yang sudah lama dengan dunia fotografi di negara ini -


“Memiliki SLR tidak bermakna anda seorang jurugambar. Ia hanya bermakna anda seorang pemilik kamera”


Imej kamera DSLR Nikon ini sebagai hiasan semata-mata



Jangan! Jangan melatah, dan jangan marah... Itu pandangan beliau sebagai orang lama dalam industri fotografi. Beliau mungkin lebih tahu daripada kita sebagai 'orang kebanyakan' di dalam bidang ini, bidang ambil gambar. Bukanlah tujuan entri kali ini untuk menjatuhkan air muka sesiapa, bukan juga dengan tujuan untuk mencetus provokasi. Ia sekadar ulasan ikhlas dari pemerhatian dan pengalaman yang dialami sendiri secara peribadi.


Apabila kita di tempat yang ramai orang, tidak kira di majlis rasmi, pameran, majlis perkahwinan, dan seumpamanya dewasa ini, pastilah mudah kita melihat segolongan watak yang kerjanya memulas-mulas 'belalai gajah' yang dipasang di hadapan kameranya. Ditekankan di sini, entri ini adalah komen bersifat positif semata-mata. Maka, jika anda terfikir ada unsur kedengkian atau seumpanya, sila letakkan perasaan itu jauh-jauh di sudut yang tidak kelihatan dek orang lain, agar anda tidak memalukan diri sendiri. Sambung semula...


Tidak dinafikan, kehadiran mereka ini menambah kemeriahan kepada majlis, dan memberi lebih tumpuan kepada siapa atau apa yang sedang diambil gambarnya. Ia seakan-akan mendefinasikan bahawa yang sedang diambil gambar itu adalah watak-watak penting yang perlu diberi perhatian. Dan, ditambah pula, dengan kamera DSLR yang bagus, sepatutnya, hasilnya amatlah baik berbanding dengan kamera kompak yang digunakan oleh golongan 'orang kebanyakan' ketika mengambil gambar.


Namum begitu, semua yang bagus pasti ada yang tidak bagus atau paling kurang, ia bersifat kurang bagus. Jika kita perhatikan, ada beberapa aspek yang kurang diberi perhatian oleh pemilik-pemilik kamera DSLR ini. Maaf, di sepanjang entri ini, anda tidak atau kurang melihat perkataan fotografer atau jurugambar, kerana kedua-dua perkataan ini merujuk kepada golongan jurufoto professional, diulang, PROFESSIONAL. Jika disebut professional, maka kita tahu, mereka menerima wang dari hasil kerja taraf professional mereka.  Bebelan disambung...


Bagi sesetengah individu, memegang kamera DSLR di dalam satu-satu majlis, beliau menjadi watak utama yang sama hebat dengan orang yang diambil gambarnya. Jika 'posing', maka si tukang ambil gambar akan 'posing' sakan jugalah bagi menggayakan kameranya. Bukanlah masalah 'posing' mereka itu, tetapi kasihan kepada pemilik-pemilik kamera kompak dan telefon bimbit berkamera yang ingin sama-sama merakamkan detik itu.


Dengan aksi-aksi 'hebat' si pemilik kamera DSLR ini, mereka tidak mengambil peduli ruang yang mereka gunakan untuk 'aksi' tersebut. Dapatkah anda bayangkan, seorang yang memakai 'vest' hitam dengan jenama kamera, berdiri di tengah-tengah orang ramai di hadapan pengantin yang sedang bersanding, dan ketika itu persembahan pencak silat sedang berlangsung.


Apakah gambar yang dapat diambil oleh 'golongan kebanyakan' ini? Mereka hanya mendapat gambar 'bontot'nya si pemilik kamera DSLR tadi. Jika untung sedikit, dapatlah gambar dari celah-celah ketiaknya atau dari atas bahunya. Maaf, bahasa kali ini agak kasar dan kurang selesa, kerana inilah perasaannya jika orang lain melakukan sesuatu yang jelek pada pandangan dan pemikiran kita. Sama-sama kita cuba menilai perasaan ini.


Ada juga di sesetengah situasi, si pemilik kamera DSLR ini akan bersikap agak (sangat, sebenarnya) mendominasi sesuatu senario. Ini dapat dilihat jelas apabila individu tersebut memberi arahan agar berbuat begitu-begini sewenang-wenangnya, hanya sekadar untuk rakaman di kameranya. Dan selesai mengambil gambar, terus diberi arahan yang lain.


Bila masa pula si 'golongan kebanyakan' dapat mengambil gambar? Ketika orang yang ingin diambil gambar itu sedang beralih mengangkat punggungnya, atau ketika beliau ternganga-nganga cuba memahami arahan si pemilik kamera DSLR itu? Kurang sopan bunyinya kan? Memang kurang sopan situasi itu. Baca dengan hati terbuka, OK?


Juga tidak ketinggalan, penggunaan 'flash' yang tidak kena posisi. Ada masanya, si pemilik kamera DSLR sanggup beraksi merangkak di bawah kamera orang lain, dengan tujuan mendapatkan sudut cantik (pada pandangan dan imaginasinya), dan lebih malang kepada pemilik kamera kompak itu jika 'flash' di kamera DSLR itu dihalakan ke atas, iaitu terus ke arah kamera kompak yang serba tidak lengkap itu.


Apabila kedua-dua kamera sedang mengambil gambar dengan serentak, sudah pastilah gambar di kamera kompak itu tidak jelas hasil dari silauan melampau sinaran 'flash' tersebut. Bagi telefon bimbit berkamera yang hanya dilengkapi dengan fungsi kamera yang asas, pastinya unit sensor CCD dan pemproses imej yang digunakan adalah sangat ringkas dan tidak mampu mengendalikan silauan sebegitu, lalu membutakan terus sensor CCD tersebut meninggalkan hanya  balam-balam cahaya.


Sekiranya seseorang itu jurugambar professional, pastinya beliau sedia maklum perkara ini. Tidak tahu langsung? Buat-buat faham sajalah, kerana bukan tujuan entri ini untuk mengajar sesiapa, bahkan si tukang taip entri ini juga bukanlah professional di dalam bidang ini.


Cukup-cukup setakat dua atau tiga perkara, kita boleh membayangkan semula apa yang pernah berlaku di hadapan kita di satu ketika kan? Entri ini hanya mampu membantu kita mengimbau semula, dan memberi bayangan bagaimana 'kita' dari sudut pandangan berbeza, dari pandangan individu yang lain.


Di sini, teringat juga satu ketika di dalam satu majlis perkahwinan sedara terdekat, wujud seorang yang berperwatakan lebih-kurang di atas. Di waktu itu, sudah letih, cukuplah sekadar memerhatikan gelagat manusia. Nama pun manusia, sudah tentulah gelagatnya berbagai-bagai.


Tiba masa salinan-salinan foto diedarkan menggunakan CD-R... Teringin rasanya memberi cenderahati kepada pasangan pengantin. Mungkin gambar yang disunting dengan baik, dicetak dan dimasukkan ke dalam bingkai yang cantik akan menambah kegembiraan pasangan tersebut. Lalu apabila kandungan CD-R tersebut disalin ke laptop ini, tergamam dan ternganga dengan hasil kerja 'watak' tersebut. Satu tindakan refleks yang hanya berlaku jika ia benar-benar mengejutkan.


Alangkah terkejutnya jika dilihat dari kesemua fail imej-imej tersebut, SEMUAnya dengan 'pincushion distortion', iaitu... bagaimana ingin dijelaskan... Hmmmm... lihat ilustrasi di bawah, menjelaskan dengan lebih baik rasanya -



Teknik ini sangat sesuai untuk fotografi di luar bangunan, mengambil gambar bangunan usang dengan perspektif yang menarik atau mengambil gambar rel keretapi dan sebagainya... tetapi bayangkan jika teknik yang sama digunakan untuk mengambil gambar pengantin dan sedara-maranya di pelamin, dari jarak yang sangat dekat. Mesti kelihatan kelakar kan? Yang nampak seakan normal hanyalah pengantin yang duduk di tengah-tengah. Yang di kiri-kanannya pula semuanya bermuka herot dan berperut buncit sebelah.

Bukanlah ingin mentertawakan hasil kerja orang lain. Diri sendiri pun tak berapa bagus. Tetapi bayangkanlah betapa mencabarnya tugas seorang penyunting gambar jika KESEMUA 300 lebih imej tersebut perlu diperiksa satu-persatu dan diperbetulkan semula. Jika tidak... harus menjadi bahan tertawa orang lain jika melihatnya.

Sekian bebelan kali ini. Entri yang meletihkan untuk dibaca kan? Hehehe. Wassalam...

Comments

Popular Kini

BANJIR : Rekabentuk Rakit Penyelamat Menggunakan Paip PVC

Malaysia dilanda banjir dan situasi getir ini sudah melewati tempoh 24 jam. Ramai mangsa yang perlu dipindahkan dengan segera untuk mengelakkan sebarang kemungkinan berlakunya perkara-perkara tak diingini. Selain dari mengangkut bot-bot dan sampan dari luar kawasan yang agak memakan masa, kita sebenarnya boleh membina rakit-rakit penyelamat menggunakan paip PVC 8" ~ 12" yang diisi dengan polisterin di dalamnya. Untuk lantai rakit boleh gunakan sebarang bahan yang mampu mengapung bebanan, contohnya blok polisterin setebal 6".  Untuk mendapat gambaran yang lebih jelas, boleh juga rujuk video bot DIY ini sebagai design outlines -  https://www.youtube.com/watch?v=IFp1z1yzIo8 Mungkin idea ini boleh membantu mempercepatkan proses mengangkut mangsa-mangsa yang masih terperangkap. Mereka kesejukan, kelaparan dan berisiko mendapat pelbagai penyakit bawaan air. Dalam situasi begini kita sedang berlumba dengan masa. Dapatkan bahan-bahan sedia ada di sekeliling kita dan gunakan ilm

PC : It Is Now Safe To Turn Off Your Computer

Haaaa. Siapa rasa familiar dengan ayat tu rasanya orang tu dah cukup tua. Kekeke. Betul la tu. Benda tu memang wujud dan memang ada sebabnya tersendiri. Kalau tak tunggu screen ni keluar, nanti komputer rosak. Aiyok! Untuk golongan anak-anak muda, mungkin ada yang rasa benda ni tak masuk akal sebab komputer kan mati sendiri bila kita keluar dari Windows / Mac OS / Linux / BSD / Unix dan lain-lain Operating System . Treeetttt! Salah lagi menyalahkan. Itu hanya benar pada zaman sekarang. Bukan pada era 386, 486, malahan zaman Pentium yang pertama hampir 3 dekad yang lalu. Memang bunyinya aneh, tetapi kita perlu telitikan apakah perbezaan utama yang menyebabkan ciri-ciri ini wujud. Hard power switch . Paling kanan, bawah emblem 486DX2. Keletak keletuk bunyinya. Dan waktu itu anda perlu labelkan LED display warna hijau itu gunanya untuk display . Mungkin ada yang tak tahu kegunaan display . Zaman dahulu, komputer tak menggunakan soft power button macam yang kita ada hari ni. Suisnya me

NORMALISASI : Superman Biseksual, Captain America ... ?

Yup! Tak salah baca tu. Memang watak Superman baru, anak kepada Clark Kent dan Lois Lane yang dikenali sebelum ini dengan nama watak Superboy (Jonathan Kent) telah disahkan oleh pihak DC Comics sendiri sebagai seorang biseksual. Sumber : The Washington Post Bukanlah sesuatu yang mengejutkan, pesaing terkuat DC iaitu Marvel Comics juga turut naik kapal yang sama. Marvel telahpun mengesahkan bahawa watak Captain America yang baru merupakan seorang remaja gay , bernama Aaron Fischer.  Sumber : The Guardian Kedua-dua penerbit komik ini memang diketahui dari dahulu lagi sejarahnya memang bersaing sengit seperti dalam perlumbaan Formula 1. Namun begitu persaingan yang agak di luar jangka ini berlaku, dan kita patut sudah mula berhati-hati dengan bahan-bahan yang dipertontonkan kepada anak-anak muda kita.  Kita amat berharap tiada pula mana-mana penerbit komik dari Australia mahu memperkenalkan watak pelarian pondan sebagai hero. Hampir pasti kita boleh agak apakah implikasinya nanti. Saba