Skip to main content

Posts

Showing posts from January, 2011

AMOS : Biskut Cip Coklat Tak 'Famous'

Bahan-bahan ( Ingredients ) : 120gm mentega campuran (separuh blok) / buttery mixture (half block) 170gm gula perang lembut / light brown sugar 60gm gula pasir halus / fine grain sugar 15gm susu tepung / powdered milk 1tbs esen vanila / vanilla essence 1 biji telur (saiz besar) / egg (large) 300gm tepung gandum serba guna / all purpose wheat flour 1½tbs soda bikarbonat / baking soda 60gm cip coklat / chocolate chips Langkah-langkah : 1.) Potong-potong mentega kepada bahagian-bahagian kecil. Masukkan ke dalam mangkuk adunan. Biarkan sehingga mencapai suhu bilik. 2.) Tambahkan gula perang, gula pasir, susu tepung dan esen vanila. Gaulkan sehingga rata. 3.) Masukkan telur dan adunkan pada kelajuan paling rendah untuk menghancurkan gula. Naikkan kepada kelajuan sederhana dan teruskan mengadun sehingga adunan menjadi ringan dan berkrim. 4.) Ayakkan tepung dan soda bikarbonat dan gaul kering sehingga rata. 5.) Turunkan kelajuan pengadun kembali kepada tahap rendah. Tambahkan campuran tepung

Candyshare.com.my


Tentang Kesilapan Dalam Bacaan Do'a Iftitah

Kuliah pendek yang disampaikan oleh ustaz sebelum masuk waktu Jumaat tadi agak mengejutkan. Beliau memaklumkan, RAMAI calon pengantin lelaki dan perempuan yang diuji tahap pemahaman agamanya, membaca do'a iftitah dengan bacaan yang salah. Penempatan perkataan 'Musyrikin' dan 'Muslimin' dalam satu-satu ayat pastinya akan membawa makna yang berbeza, apatah lagi jika ia disongsangkan. Namun begitu, kesilapan ini tidak boleh dipandang enteng dengan alasan 'kita bukan bangsa yang bercakap dengan bahasa Arab secara harian'. Sikap sambil lewa inilah yang selama ini melemahkan kita. Di bawah disediakan grafik yang telah disunting, yang menunjukkan kesilapan lazim tersebut bersama-sama dengan pengertiannya sekali bagi membantu kita lebih memahami apa yang kita baca. Sumber grafik asal : http://www.shalatsempurna.com Diharap dengan sedikit penjelasan di dalam entri kali ini, dapatlah kita sama-sama memperbaiki amalan kita. Bukan niat untuk mengajar, tetapi sekadar ber

Jual-beli Secara Dalam Talian, Melalui Blog Dan Rangkaian Sosial

Isu kali ni agak sensitif, dan mungkin ada yang akan berkecil hati dan terasa jika membacanya. Tetapi, seperti biasa... "jika tidak suka, tidak senang... BERHENTI membacanya." Ia masih peraturan yang ringkas dan mudah untuk difahami. Dewasa ini, trend berjual-beli melalui Internet semakin meluas sehinggakan kita boleh lihat di mana-mana rangkaian sosial, ada sahaja yang mempromosikan produk dan servis yang ditawarkan. Perkembangan sihat ini dapat membantu para usahawan dan bakal-bakal usahawan untuk menyediakan tapak awal ataupun memperkembangkan lagi perniagaannya. Secara positifnya, boleh dikatakan Internet mampu memberi peluang para peniaga untuk memasuki pasaran yang lebih luas, bermula dengan hanya sedikit kos untuk 'menghubungkan' perniagaannya di arena pasaran secara dalam talian. Namun begitu, mengikut resamnya, apa sahaja yang ada kebaikannya pasti ada kelemahannya.  Tidak terkecuali dengan perkara ini. Trend berurusniaga jual-beli secara dalam talian ini jug

DSLR Atau Kompak? Atau Orangnya?

Memetik satu pandangan dari orang yang sudah lama dengan dunia fotografi di negara ini - “Memiliki SLR tidak bermakna anda seorang jurugambar. Ia hanya bermakna anda seorang pemilik kamera” Imej kamera DSLR Nikon ini sebagai hiasan semata-mata Jangan! Jangan melatah, dan jangan marah... Itu pandangan beliau sebagai orang lama dalam industri fotografi. Beliau mungkin lebih tahu daripada kita sebagai 'orang kebanyakan' di dalam bidang ini, bidang ambil gambar. Bukanlah tujuan entri kali ini untuk menjatuhkan air muka sesiapa, bukan juga dengan tujuan untuk mencetus provokasi. Ia sekadar ulasan ikhlas dari pemerhatian dan pengalaman yang dialami sendiri secara peribadi. Apabila kita di tempat yang ramai orang, tidak kira di majlis rasmi, pameran, majlis perkahwinan, dan seumpamanya dewasa ini, pastilah mudah kita melihat segolongan watak yang kerjanya memulas-mulas 'belalai gajah' yang dipasang di hadapan kameranya. Ditekankan di sini, entri ini adalah komen bersifat posit

Gambar-gambar Perkahwinan Azlan dan Hidayah - Bhg. 7