Skip to main content

Posts

Showing posts from 2011

PAKAR : Motivasi Hilang?

Kebelakangan ni kita dapat lihat peningkatan mendadak kes bunuh diri (yang kebiasaannya disebut 'terjatuh', 'menggantung diri', dan seumpamanya). Sedih setiap kali kita melihat perkembangan macam ni. Tak kiralah apa bangsanya, apa juga agamanya. Ia pasti satu impak yang amat besar untuk seluruh ahli keluarga, sahabat handai, dan kenalan mereka. Kita tidak patut judge sebab kita tak berada dalam situasi mereka. Hanya mampu do'akan yang terbaik sahaja. Waktu macam ni memang kita sentiasa perlukan motivasi diri yang kuat. Jangan sampai mudah goyang. Memang kita faham tekanannya. Semua orang merasa. Siapa yang dah sampai tahap tak tahu nak buat apa, eloklah diberi sokongan dari pelbagai aspek - bantuan makanan, bekalan keperluan harian, kewangan, sokongan moral dan sentiasa memotivasikan mereka agar sentiasa yakin, kita ada bersama-sama mereka. Eh?! Sebut pasal motivasi ni, perasan tak? Ada beberapa watak penting sudah hilang dari pandangan kita. Tak, bukan menteri. Bu

Present Tense? Past Tense? TENSI!

Hehehe... lama tak mengarut kat blog ni. Maklum le, teman sibuk dengan projek MyMediaWerkz yang baru je tiga minggu usianya, dan baru mula mencuri perhatian segelintir umat 'dalam talian'. Entri kali ni tak panjang sangat. Cuma teman nak mengajak sesama kita untuk memerhati dan meneliti penggunaan bahasa kita seharian. Antara yang menarik perhatian teman : 1. " Please resent the email. " - Resent ke resend ? Mengikut Google Define , resent ( re-sent ) diterjemahkan sebagai ' Feel bitterness or indignation at (a circumstance, action, or person) '. Jadi, macamana rasanya tu? Betul ke penggunaannya? Apa? Tak faham? Maknanya bukan itu le kome nak maksudkan, betui tak? 2. " I'll reviewed your report ..." - Sekarang ceritanya nak review ke dah review ? Cuba kome cakap betui-betui. 3. Hantar, submit... maka... penghantaran? " Submittion "? Ah, sudah... 4. " I readed the newspaper this morning ." Aaa...??? Yang idak-idak le kom

Identiti Tidak Identikal

Ah sudah! Ni penyakit lagu 'pulanglah sebelum ku runaway ...' dah datang balik ke ni? Apa cerita plak tajuk entri kali ni ada perkataan pelik-pelik ni? 'Identikal' ni dah di-Melayu-kan ke? Aaaahhh... bukan kita sedar pun kalau 'diorang' me-Melayu-kan satu-satu perkataan Inggeris tu. Contohnya, komprehensif. Ada ke perkataan bahasa kita macam tu? Tiba-tiba je jadi ada kan? Nampak jelas, kita semakin hampir dengan orang putih, mat salleh kan? Bahasa pun dah semakin hari semakin sama. Tapi, kita nak hampir dengan diorang ni, kita ni perangai ada bagus macam orang putih tu ke? Woaaa... kurang ajar lu. Dah lebih mamat ni... "Apa celup?" Boleh dibezanya mat salleh dengan orang kita, dikatanya bangsa penjajah tu lebih bagus daripada bangsa kita. Ini tak boleh jadi ni! Minda terjajah namanya ni! Tak 1 la macam ni! OK, cukup... jangan nak merepek meraban panjang sangat. Nak kena 'tembi' ke? (Kalau tak faham maksud perkataan 'tembi' tu, boleh ta

[TOLONG SEBARKAN] Peringatan Kepada Semua

Kepada sesiapa sahaja yang membaca artikel ini, harap meletakkan rasa tanggungjawab kepada agama, bangsa dan negara. Jika anda tidak memanjangkan maklumat ini, bererti anda bukan seorang yang bertanggungjawab. Peranan semua amat diperlukan bagi saling mengingatkan sesama kita. Teruskan membaca. Anda akan tahu betapa besar tanggungjawab anda. Tarikh hari ni 6 Oktober 2011, hari Khamis. Esok kan hari Jumaat. Ingat-ingatkan kepada yang lupa, esok Jumaat. Yang laki jangan nak ngelat-ngelat bebuat lupa plak ye. Pegi mesjid le weh...!!! Haaa... itu la peringatannya. Apa lagi, sebarkan la. Kome suka sangat tak baca apa, tak usul-periksa, kome main taram je, share sana-sini, orang tu kata sebarkan, kome pun ikut je sebarkan. Bukan kita tau dia tulis tu betui ke tidak. Baca dulu elok-elok. Tanya pandangan yang arif. Jangan main sebarkan aje. Mana tau benda tak betui. Tak ke naya... Hmmm... sekian la entri tak tentu arah untuk petang ni. Hehehe. Saje je teman nak ngajak kome berfikir. Wassalam..

Berjual-Belilah Pulak! Macam-Macam Laaa...

Hehehe. Lain macam je bunyi tajuk entri ni ye? Hmmm... tajuknya mungkin bunyi macam nak kelakar macam tu, tapi isi kandungan artikel ni tak la kelakar pun. Sebenarnya tak kelakar langsung! Teman biasa jumpa, biasa bersembang dengan sahabat-sahabat dan kenalan yang baya-baya teman, ada yang lebih tua, ada yang baru habis usia remaja. Cerita pasal nak buka bisnes ni memang selalu la sangat teman dengar. Memang dah jadi trend masa kini gamaknya, siapa yang makan gaji, tambah-tambah yang kerja dengan swasta, ada saja la yang tak kena dengan tempat kerja. Ada yang kata gaji tak padan dengan kerja, ada yang masalah dengan rakan tempat kerja, ada yang kata bos tak pandai bagi arahan, dan ada juga yang gaduh dengan awek kat tempat kerja. Haih, pendek kata ada saja la masalahnya. Dah jadi kelaziman juga teman dengar para sahabat teringin sangat nak buka bisnes sendiri, nak merasa jadi bos dan jadi kuli sendiri. Niat tu dah betul, tapi apa masalahnya ye? Buk bak buk bak punya panjang lebar ceri

Himpunan Keluarga Selepas Majlis Perkahwinan Shafira Adlina aka Tuty (1 Okt. 2011)

Hehehe... gambor-gambor ni ada permintaan. Dari semalam orang tanya teman, bila nak upload . Ni le dianya ye. Kome tengok le puas-puas. Jangan marah aaa. Teman kena tunggu lewat malam baru line 'Salkum Berukbeng' ni ringan sikit. Ahaaa... besor kan keluarga kitorang ni. Bila balik kampung kalau ada kenduri ke, masa raya ke... huih... memang ramai. Kalau teman bukak pondok kutip duit parking , mau cukup duit minyak balik Kota Damansara. Hahaha... OK... itu je la kot untuk entri ni. Wassalam...

Memindah Naik Imej Cara Alternatif

Uih! Payah benor le bunyinya kalo benda-benda teknikal ni nak guna Bahasa Melayu. Tapi tak apa le. Teman rasa kome faham ni. Pindah naik ni dalam bahasa Inggerisnya disebut upload . Haaa... kan tau. Bila sebut istilah asalnya, kome faham le kan? Sebut pindah naik ni, bunyi ropa orang nak pindah dari rumah teres ke rumah apartment le pulak ye? Kah kah kah. Apa-apa pun, entri kali ni kita nak berkongsi cara alternatif macamana kita nak upload fail-fail imej dari komputer kita ke mana-mana ruang perkongsian online , contohnya dalam Facebook ke, Picasa Web Albums ke, Flickr ke... lebih kurang macam tu la ye. Ada banyak software boleh guna untuk upload gambar-gambar ni ke server , selain dari kita guna pelayar web biasa kita tu. Contohnya macam Bloom ( http://antaki.ca/bloom ), Easy Photo Uploader ( http://apps.facebook.com/easyphotouploader ) dan Shotwell Photo Manager ( http://yorba.org/shotwell ). Bloom Facebook Easy Photo Uploader Shotwell Photo Manager Oleh sebab teman guna Linux, t