"PERTANDINGAN HARI TU DAH ADA KEPUTUSAN KE?" Antara soalan yang biasa diajukan oleh peserta kepada penganjur-penganjur pertandingan merekacipta. Tak kisahlah rekacipta logo, produk, grafik mural, cenderahati dan macam-macam lagi. Setelah peserta meletakkan idea, komitmen masa, ketekunan, mencurahkan kemahiran, mengejar tarikh tutup permohonan, barulah sesuatu penyertaan itu dapat dihantar. Ia tak sama dengan pertandingan teka kacang, silangkata, cari objek tersembunyi dan sebagainya. Merekabentuk memerlukan bakat, pengetahuan dan kemahiran khusus yang bukan semua orang mampu membuatnya. Malangnya selepas tarikh tutup penyertaan, kebanyakan penganjur menunggu para peserta atau orang awam yang berminat, untuk bertanya bilakah keputusannya akan keluar. Jika tidak, pihak penganjur akan diam membisu sahaja. Ini yang biasa berlaku. Sebenarnya bukanlah para peserta terlalu berharap untuk menang sebab setiap penyertaan itu atas rasa minat terhadap sesuatu. Mungkin ada juga yang ber
Atas permintaan, inilah dianya gambar-gambar kereta konsep Proton Tuah dari Siri Pahlawan yang diketengahkan oleh Proton dalam KLIMS 2010.
Mengikut saiz, harusnya kereta ini jika dikeluarkan, ia dalam segmen C (sila rujuk mana-mana sumber mengenai automotif, berkaitan 'C-Segment'), maka, ia bakal bersaing dengan Kia Forte.
Sumber foto : PaulTan.org
Ada yang berpendapat, ia adalah konsep yang bakal digunakan untuk model pengganti Persona (Persona R, iaitu 'Persona Replacement'), bahkan ada yang berpendapat ia dibangunkan dari platform GXM-44/WRM (Gen-2). Segalanya masih menunggu kepastian. Harap bersabar. Buat sementara ini, biarlah gambar-gambar ini menjadi inspirasi, tatapan kita rakyat Malaysia.
Nota : Ada sesiapa akan ke KLIMS 12 haribulan akan datang ni?
sekali pandang macm kereta mewah je... suka lampu belakang... cun abeyh =)
ReplyDeleteHarap-harap tak terlalu banyak yang dipinda masa nak production nanti kan? Design ni macam dah ngam nih...
ReplyDelete