Skip to main content

AMOS : Biskut Cip Coklat Tak 'Famous'

Bahan-bahan ( Ingredients ) : 120gm mentega campuran (separuh blok) / buttery mixture (half block) 170gm gula perang lembut / light brown sugar 60gm gula pasir halus / fine grain sugar 15gm susu tepung / powdered milk 1tbs esen vanila / vanilla essence 1 biji telur (saiz besar) / egg (large) 300gm tepung gandum serba guna / all purpose wheat flour 1½tbs soda bikarbonat / baking soda 60gm cip coklat / chocolate chips Langkah-langkah : 1.) Potong-potong mentega kepada bahagian-bahagian kecil. Masukkan ke dalam mangkuk adunan. Biarkan sehingga mencapai suhu bilik. 2.) Tambahkan gula perang, gula pasir, susu tepung dan esen vanila. Gaulkan sehingga rata. 3.) Masukkan telur dan adunkan pada kelajuan paling rendah untuk menghancurkan gula. Naikkan kepada kelajuan sederhana dan teruskan mengadun sehingga adunan menjadi ringan dan berkrim. 4.) Ayakkan tepung dan soda bikarbonat dan gaul kering sehingga rata. 5.) Turunkan kelajuan pengadun kembali kepada tahap rendah. Tambahkan campuran tepung

Candyshare.com.my


Peranan Lampu Sebagai Identiti Kenderaan

Suatu ketika dahulu dalam tahun 1898, lampu kereta berkuasakan elektrik diperkenalkan oleh Columbia Electric Car menggantikan lampu (panjut) kerosen yang dari masa ke semasa telah ditambahbaikkan rekabentuk dan fungsinya hingga ke hari ini. Semenjak dari cetusan tersebut, pengeluar-pengeluar kereta mula memasang bateri bagi memenuhi keperluan pemasangan lampu berkuasakan elektrik ini. (Rujuk http://www.motorera.com)

Masa berlalu, fungsi lampu kenderaan juga telah berubah dan tidak lagi sekadar berfungsi menyuluh dan memandu arah pemanduan, sebaliknya ia juga telah menjadi sebahagian daripada elemen penggayaan dan identiti sesuatu model kenderaan itu. Gaya lampu yang sesuai atau tidak pada selera pandangan si prospek yang bakal membeli kereta, mampu mempengaruhi keputusan sama ada untuk membeli atau tidak.

Dewasa ini, lampu hadapan dan belakang kenderaan termasuk di dalam senarai rekabentuk asas sebuah kenderaan, kerana ia bakal memberi identiti kepada model tersebut. Tidak hairanlah ada kenderaan yang lebih mudah dikenali dengan menyebut gaya lampunya.

Contohnya - 'mata kacang' untuk menyebut model Mercedes Benz yang lampu hadapannya berbentuk nombor lapan seperti kacang tanah, 'Lancer jerung' yang lampu hadapannya seperti mata ikan jerung yang sepet dan garang, tidak ketinggalan, 'kereta segitiga' yang amat banyak rekabentuknya berasaskan segitiga, yang paling jelas kelihatan adalah pada kesemua lampu-lampunya, iaitu Naza Sutera yang berasaskan dari model buatan China, Hafei Lobo (Lubao).

Bukan berniat mencela rekabentuk kereta ini, kerana keindahan dan kecantikan sesuatu bergantung kepada siapa yang melihatnya. Ikut selera masing-masing. Namun begitu, dengan kadar jualan model segitiga ini, agak jelas bahawa jumlah orang yang melihat 'segitiga' sebagai bentuk asas kenderaan sebagai cantik, jumlahnya boleh dikatakan rendah (Ayat yang sungguh berhati-hati. Faham-faham sendiri sudahlah ye?)

Masakan sebuah syarikat yang berpengalaman dalam urusniaga jualan kenderaan, masih gagal mengenalpasti citarasa pasaran sasarannya? Atau dek kerana terlalu terpengaruh dengan nama besar syarikat yang merekabentuk kenderaan itu, maka faktor lain tidak lagi penting, dan tiada lagi mana-mana tempat yang ingin diperbaiki rupa atau fungsinya bagi memenuhi kehendak pasaran?

Sama-sama kita lalui secara ringkas bagaimana rupa asas sebuah kereta, dengan cara pemikiran yang sangat ringkas, bagi seseorang yang tiada latarbelakang teknikal rekabentuk kenderaan.

Langkah 1 : Pastilah lakaran dibuat dahulu bagi mendapatkan idea, bagaimana rupabentuk kereta itu mahu memenuhi konsep rekabentuk yang ingin dijayakan. Saiz badan, kedudukan komponen luaran yang utama, saiz-saiz kasar komponen, secara lebih-kurang telahpun dikenalpasti. Dewasa ini, ada kebarangkalian langkah ini boleh disekalikan dengan proses menghasilkan lukisan persembahan (presentation drawing / render).

 
Langkah 2 : Lukisan persembahan berwarna disediakan bagi memberi gambaran yang lebih jelas, di samping memudahkan penjelasan kepada klien. Semakin mudah klien memahaminya, semakin mudahlah ia memastikan bahawa rekabentuk itu memenuhi kehendak konsep rekabentuk yang dimahukan.
Langkah 3 : Selepas semua proses rekabentuk komponen disudahkan menggunakan perisian komputer 3D (tiga dimensi), pastilah imej persembahan yang lebih hampir sama dengan produk akhir yang bakal dikeluarkan. Ini kerana komponen-komponen tersebut telah dilukis berskala dan pepasangannya telah dirancang dengan teliti bahagian demi bahagian.  

Langkah-langkah seterusnya seperti penyediaan acuan, perubahan-perubahan kecil kepada rekabentuk, pemilihan material dan seumpamanya tidaklah penting di dalam perbincangan ini. jadi sewajarnya kita abaikan. Mungkin ada kelapangan masa akan datang, ia boleh dibincangkan semula.

Berbalik kepada isu merekabentuk kereta tadi, kita perhatikan dan kita nilaikan dengan seikhlas dan sejujurnya, sesungguhnya proses itu sungguh panjang dan sangat memenatkan, tambahan pula terpaksa berdepan dengan pelbagai input yang dari masa ke semasa akan mengganggu konsistensi proses merekabentuk tersebut.

Sayangnya, setelah berperingkat-peringkat ia dilakar, dinilai, dipersembah, dikritik, diubahsuai, dipersembah semula dan pelbagai lagi proses yang panjang lebar, masih ada peluangkah untuk isu 'rekabentuk tidak menepati kehendak pasaran' berlaku? Ini masih boleh berlaku, pada hemat peribadinya adalah dari dua faktor yang biasa -

1. Rekabentuk 'syok sendiri'. Sedap diri sendiri memandang, lalu kehendak dan selera pasaran ditolak ke tepi (atau ke atas, ke bawah, ke belakang... ke mana-mana la)

2. Tidak cukup penyelidikan dilakukan bagi mengenalpasti apakah yang benar-benar dimahukan oleh golongan pasaran yang telah disasarkan. Jika disebut begini, secara negatifnya orang akan mengambilnya sebagai satu tuduhan melulu dan tidak berasas - 'nak tuduh orang lain tidak buat kerja'

Terlupakah kita, proses rekabentuk produk adalah sangat sinonim dengan R&D, 'Research and Development', dalam bahasa kitanya Penyelidikan dan Pembangunan. Ditekankan di sini, PENYELIDIKAN. Adakah proses penyelidikan ini dilakukan dengan telus dan tulus? Dapatkah ia dipastikan? Bolehkah ia dibuktikan dan ditentusahkan maklumatnya? Jika 'ya' jawapannya, bagaimana produk yang tidak bersesuaian dengan kehendak pasaran masih mampu terkeluar di pasaran?

Bagaimana pula produk serba segitiga dengan lampu-lampunya pun segitiga ini boleh cuba dibawa ke negara ini tanpa ia dipertambahbaikkan terlebih dahulu? Terlalu rendahkah taraf selera orang kita (Maaf, agak emosi). Tidakkah perniagaan terpaksa menanggung kerugian yang tidak perlu, hasil dari kegagalan produk sebegini, yang sudah boleh dijangka dan dielakkan dari peringkat terawal lagi?

Sama-sama kita fikir dan cerna dengan fikiran terbuka. Tidak kita ini sempurna, tetapi mencari dan berusaha ke arah yang lebih baik, bukankah ia lebih baik? Bukankah ia kena dengan kehendak dan ajaran agama - "Allah tidak akan mengubah sikap, keadaan ataupun keadaan sesuatu kaum selagi mereka tidak mengubah nasib mereka sendiri."

Kita renung-renungkan, dan selamat beramal. (Popular sungguh 'tagline' Prof. Izzi ni sekarang. Hehehe) Wassalam.


***

Nota : Di bawah adalah imej sebenar model kereta yang dipaparkan di atas sebelum ia disunting, bagi menunjukkan proses-proses asas rekabentuk kereta. Brader PET (penulis) tiada kaitan dengan syarikat-syarikat yang merekabentuk, memiliki hak-hak rekabentuk, dan pihak mengeluarkan produk Naza Sutera, Hafei Lobo dan Micro Trend (juga model-model yang berkait dengannya), apatah lagi untuk dikaitkan secara terus dengan syarikat-syarikat tersebut. Paparan di entri dan blog ini hanyalah untuk tujuan ilmiah semata-mata. Harap maklum. 




Comments

  1. Huhuhu... sapa yang rajin sungguh, pepagi dah 'tick' kat 'Bagus La!' ni? Memang rajin...

    Tenkius!

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Kini

BANJIR : Rekabentuk Rakit Penyelamat Menggunakan Paip PVC

Malaysia dilanda banjir dan situasi getir ini sudah melewati tempoh 24 jam. Ramai mangsa yang perlu dipindahkan dengan segera untuk mengelakkan sebarang kemungkinan berlakunya perkara-perkara tak diingini. Selain dari mengangkut bot-bot dan sampan dari luar kawasan yang agak memakan masa, kita sebenarnya boleh membina rakit-rakit penyelamat menggunakan paip PVC 8" ~ 12" yang diisi dengan polisterin di dalamnya. Untuk lantai rakit boleh gunakan sebarang bahan yang mampu mengapung bebanan, contohnya blok polisterin setebal 6".  Untuk mendapat gambaran yang lebih jelas, boleh juga rujuk video bot DIY ini sebagai design outlines -  https://www.youtube.com/watch?v=IFp1z1yzIo8 Mungkin idea ini boleh membantu mempercepatkan proses mengangkut mangsa-mangsa yang masih terperangkap. Mereka kesejukan, kelaparan dan berisiko mendapat pelbagai penyakit bawaan air. Dalam situasi begini kita sedang berlumba dengan masa. Dapatkan bahan-bahan sedia ada di sekeliling kita dan gunakan ilm

PC : It Is Now Safe To Turn Off Your Computer

Haaaa. Siapa rasa familiar dengan ayat tu rasanya orang tu dah cukup tua. Kekeke. Betul la tu. Benda tu memang wujud dan memang ada sebabnya tersendiri. Kalau tak tunggu screen ni keluar, nanti komputer rosak. Aiyok! Untuk golongan anak-anak muda, mungkin ada yang rasa benda ni tak masuk akal sebab komputer kan mati sendiri bila kita keluar dari Windows / Mac OS / Linux / BSD / Unix dan lain-lain Operating System . Treeetttt! Salah lagi menyalahkan. Itu hanya benar pada zaman sekarang. Bukan pada era 386, 486, malahan zaman Pentium yang pertama hampir 3 dekad yang lalu. Memang bunyinya aneh, tetapi kita perlu telitikan apakah perbezaan utama yang menyebabkan ciri-ciri ini wujud. Hard power switch . Paling kanan, bawah emblem 486DX2. Keletak keletuk bunyinya. Dan waktu itu anda perlu labelkan LED display warna hijau itu gunanya untuk display . Mungkin ada yang tak tahu kegunaan display . Zaman dahulu, komputer tak menggunakan soft power button macam yang kita ada hari ni. Suisnya me

NORMALISASI : Superman Biseksual, Captain America ... ?

Yup! Tak salah baca tu. Memang watak Superman baru, anak kepada Clark Kent dan Lois Lane yang dikenali sebelum ini dengan nama watak Superboy (Jonathan Kent) telah disahkan oleh pihak DC Comics sendiri sebagai seorang biseksual. Sumber : The Washington Post Bukanlah sesuatu yang mengejutkan, pesaing terkuat DC iaitu Marvel Comics juga turut naik kapal yang sama. Marvel telahpun mengesahkan bahawa watak Captain America yang baru merupakan seorang remaja gay , bernama Aaron Fischer.  Sumber : The Guardian Kedua-dua penerbit komik ini memang diketahui dari dahulu lagi sejarahnya memang bersaing sengit seperti dalam perlumbaan Formula 1. Namun begitu persaingan yang agak di luar jangka ini berlaku, dan kita patut sudah mula berhati-hati dengan bahan-bahan yang dipertontonkan kepada anak-anak muda kita.  Kita amat berharap tiada pula mana-mana penerbit komik dari Australia mahu memperkenalkan watak pelarian pondan sebagai hero. Hampir pasti kita boleh agak apakah implikasinya nanti. Saba