Skip to main content

AMOS : Biskut Cip Coklat Tak 'Famous'

Bahan-bahan ( Ingredients ) : 120gm mentega campuran (separuh blok) / buttery mixture (half block) 170gm gula perang lembut / light brown sugar 60gm gula pasir halus / fine grain sugar 15gm susu tepung / powdered milk 1tbs esen vanila / vanilla essence 1 biji telur (saiz besar) / egg (large) 300gm tepung gandum serba guna / all purpose wheat flour 1½tbs soda bikarbonat / baking soda 60gm cip coklat / chocolate chips Langkah-langkah : 1.) Potong-potong mentega kepada bahagian-bahagian kecil. Masukkan ke dalam mangkuk adunan. Biarkan sehingga mencapai suhu bilik. 2.) Tambahkan gula perang, gula pasir, susu tepung dan esen vanila. Gaulkan sehingga rata. 3.) Masukkan telur dan adunkan pada kelajuan paling rendah untuk menghancurkan gula. Naikkan kepada kelajuan sederhana dan teruskan mengadun sehingga adunan menjadi ringan dan berkrim. 4.) Ayakkan tepung dan soda bikarbonat dan gaul kering sehingga rata. 5.) Turunkan kelajuan pengadun kembali kepada tahap rendah. Tambahkan campuran tepung

Candyshare.com.my


Jom Kita Cikinkan, Eh Silap, Kita Cerakinkan...

Tak sudah-sudah lagi promosi 'online' di sini dapat duit, 'online' di sana dapat duit. OK, ini bukan cerita sibuk tepi kain orang, atau dengki-khianat, atau tuding-menuding. Sama-sama kita cerakinkan cerita, kita buka minda sama-sama, fikirkan, nilaikan dengan waras...


Lihat sahaja gambar di bawah, salah satu dari gambar promosi mereka :


 A - SIAPA BUNUH? Bunuh apa ni? Kalau ye pun, edit la sikit... Tukar jadi DAPAT BONUS ke. Rajinkan sikit. Tau la senang dapat duit. 'Online' je dapat duit kan?


B - Banyak abang tu pegang duit, tayang-tayang kat tempat awam. Ramai orang masa tu. Macam ada demonstrasi jalanan ni. (Sila rujuk bahagian C) Dan... pernah tak anda cuba pegang duit setebal itu, sarung telefon, serentak, dengan jari telunjuk kanan macam tak pegang pada duit tu langsung, sama macam abang tu buat? Pernah cuba tak?
(Lihat kemaskini di bahagian bawah entri ini)


C - Wah, ada logo hijau-putih pada kain rentang di belakang tu. Lebih la ni...


OK, cukup tak untuk sama-sama menilai dengan kewarasan pemikiran masing-masing? Jika ia benar, mengapa ada elemen yang kurang benar (aduh sopannya bunyi) dalam promosinya? Perlukah unsur ketidakbenaran sekiranya sesuatu itu benar? Fikir-fikirkanlah...


Dan, kepada abang yang mukanya macam watak Mat Busu Pi Mai Pi Mai Tang Tu, andai sekiranya dia bukan berperilaku begitu, bukan memegang wang sebegitu dengan ria', niat ingin menunjuk-nunjuk di tempat awam sebegitu, maka kasihanlah dengan abang itu. Sesungguhnya beliau menjadi mangsa fitnah. Na'uzubillahhiminzalik.


Tak boleh komen lebih-lebih, sensitif isu ni. Bagaimanapun, sama-samalah kita menilainya. Wallahhua'lam...


- - -


Kemaskini :


Gambar lokasi demonstrasi jalanan dari sudut yang berbeza telah ditemui di  http://seepot.blogspot.com/2009/04/siapa-bunuh.html , berkaitan kes pembunuhan Altantuya. Poster yang dipegang oleh lelaki di sebelah kiri adalah gambar muka Altantuya dan memang ada tulisan SIAPA BUNUH? pada poster tersebut. Manakala lelaki di sebelah kanan pula ada kemungkinan orang yang sama yang memegang duit di dalam gambar di atas.


Comments

Post a Comment

Popular Kini

BANJIR : Rekabentuk Rakit Penyelamat Menggunakan Paip PVC

Malaysia dilanda banjir dan situasi getir ini sudah melewati tempoh 24 jam. Ramai mangsa yang perlu dipindahkan dengan segera untuk mengelakkan sebarang kemungkinan berlakunya perkara-perkara tak diingini. Selain dari mengangkut bot-bot dan sampan dari luar kawasan yang agak memakan masa, kita sebenarnya boleh membina rakit-rakit penyelamat menggunakan paip PVC 8" ~ 12" yang diisi dengan polisterin di dalamnya. Untuk lantai rakit boleh gunakan sebarang bahan yang mampu mengapung bebanan, contohnya blok polisterin setebal 6".  Untuk mendapat gambaran yang lebih jelas, boleh juga rujuk video bot DIY ini sebagai design outlines -  https://www.youtube.com/watch?v=IFp1z1yzIo8 Mungkin idea ini boleh membantu mempercepatkan proses mengangkut mangsa-mangsa yang masih terperangkap. Mereka kesejukan, kelaparan dan berisiko mendapat pelbagai penyakit bawaan air. Dalam situasi begini kita sedang berlumba dengan masa. Dapatkan bahan-bahan sedia ada di sekeliling kita dan gunakan ilm

PC : It Is Now Safe To Turn Off Your Computer

Haaaa. Siapa rasa familiar dengan ayat tu rasanya orang tu dah cukup tua. Kekeke. Betul la tu. Benda tu memang wujud dan memang ada sebabnya tersendiri. Kalau tak tunggu screen ni keluar, nanti komputer rosak. Aiyok! Untuk golongan anak-anak muda, mungkin ada yang rasa benda ni tak masuk akal sebab komputer kan mati sendiri bila kita keluar dari Windows / Mac OS / Linux / BSD / Unix dan lain-lain Operating System . Treeetttt! Salah lagi menyalahkan. Itu hanya benar pada zaman sekarang. Bukan pada era 386, 486, malahan zaman Pentium yang pertama hampir 3 dekad yang lalu. Memang bunyinya aneh, tetapi kita perlu telitikan apakah perbezaan utama yang menyebabkan ciri-ciri ini wujud. Hard power switch . Paling kanan, bawah emblem 486DX2. Keletak keletuk bunyinya. Dan waktu itu anda perlu labelkan LED display warna hijau itu gunanya untuk display . Mungkin ada yang tak tahu kegunaan display . Zaman dahulu, komputer tak menggunakan soft power button macam yang kita ada hari ni. Suisnya me

NORMALISASI : Superman Biseksual, Captain America ... ?

Yup! Tak salah baca tu. Memang watak Superman baru, anak kepada Clark Kent dan Lois Lane yang dikenali sebelum ini dengan nama watak Superboy (Jonathan Kent) telah disahkan oleh pihak DC Comics sendiri sebagai seorang biseksual. Sumber : The Washington Post Bukanlah sesuatu yang mengejutkan, pesaing terkuat DC iaitu Marvel Comics juga turut naik kapal yang sama. Marvel telahpun mengesahkan bahawa watak Captain America yang baru merupakan seorang remaja gay , bernama Aaron Fischer.  Sumber : The Guardian Kedua-dua penerbit komik ini memang diketahui dari dahulu lagi sejarahnya memang bersaing sengit seperti dalam perlumbaan Formula 1. Namun begitu persaingan yang agak di luar jangka ini berlaku, dan kita patut sudah mula berhati-hati dengan bahan-bahan yang dipertontonkan kepada anak-anak muda kita.  Kita amat berharap tiada pula mana-mana penerbit komik dari Australia mahu memperkenalkan watak pelarian pondan sebagai hero. Hampir pasti kita boleh agak apakah implikasinya nanti. Saba