Skip to main content

AMOS : Biskut Cip Coklat Tak 'Famous'

Bahan-bahan ( Ingredients ) : 120gm mentega campuran (separuh blok) / buttery mixture (half block) 170gm gula perang lembut / light brown sugar 60gm gula pasir halus / fine grain sugar 15gm susu tepung / powdered milk 1tbs esen vanila / vanilla essence 1 biji telur (saiz besar) / egg (large) 300gm tepung gandum serba guna / all purpose wheat flour 1½tbs soda bikarbonat / baking soda 60gm cip coklat / chocolate chips Langkah-langkah : 1.) Potong-potong mentega kepada bahagian-bahagian kecil. Masukkan ke dalam mangkuk adunan. Biarkan sehingga mencapai suhu bilik. 2.) Tambahkan gula perang, gula pasir, susu tepung dan esen vanila. Gaulkan sehingga rata. 3.) Masukkan telur dan adunkan pada kelajuan paling rendah untuk menghancurkan gula. Naikkan kepada kelajuan sederhana dan teruskan mengadun sehingga adunan menjadi ringan dan berkrim. 4.) Ayakkan tepung dan soda bikarbonat dan gaul kering sehingga rata. 5.) Turunkan kelajuan pengadun kembali kepada tahap rendah. Tambahkan campuran tepung

Candyshare.com.my


Anak-anak 1Malaysiaku (Kot...) Edisi Ke-2

Ni cerita lama, tak lama sangat. Dalam dua minggu yang lepas je. Kisahnya, sebuah motorsikal baru, berwarna biru tua, diletakkan di bawah bumbung teduhan di belakang Masjid Bandar Baru Sungai Buloh. Diulang, 'di bawah bumbung teduhan', dan bukan di tempat letak motorsikal.





Ini bukan cerita hasad-dengki yang sinonim dengan bangsa kita (ya, bangsa kita 1Malaysia sendiri yang melabelkan bangsa kita ni kuat hasad dengki, uniknya 1Malaysiaku). Kisahnya disambung, tentang motorsikal yang sangat 'sepesel' ini.


Motorsikal ini diletakkan terlalu hampir dengan kawasan solat. Biasalah hari Jumaat, jemaah akan menjadi ramai sehingga melimpah-ruah sampai ke kawasan mengambil wudhu' dan ada masanya, ada juga jemaah yang terpaksa menyambung saf, selagi ada ruang bersimen dan berbumbung di masjid itu.
.
Motorsikal yang sangat disayangi dek tuannya ini, sehingga diletakkan di teduhan yang sangat istimewa, simennya berpenyudah jubin berwarna perang (tempat orang duduk beristirehat ni), terselamat dari hujan dan panas, dan menjadikannya lebih istimewa, ia dilengkapi dengan sistem amaran (alarm) yang sangat-sangat sensitif dan mengeluarkan bunyi amaran yang sangat kuat, semacam bunyi burung kelicap adanya.


Bukan sekadar jika motorsikal ini cuba dicuri, dialih, diduduk dan digegarkan, bahkan jika ada kenderaan lain lalu dan permukaan jalan tar berdekatan sedikit bergegar, nescaya sistem amaran yang istimewa ini akan berbunyi, SETIAP KALI. Tidak dapat pula dipastikan sekiranya orang yang bersin atau terkentut ke arah motorsikal ini, adakah sistem amarannya akan berbunyi juga, wallahhua'lam.


OK, kita berbalik ke isu pokok. Motorsikal baru dengan sistem amaran yang sangat sensitif, diletakkan terlalu hampir dengan tempat solat, pada tengahari Jumaat. Bunyinya macam pakej yang lengkap kan? Tentu masing-masing boleh membayangkan, bagaimanakah situasinya pada tengahari itu. Semestinya 'ceria dan meriah' kan? Ala-ala iklan promosi 'Jom Heboh!' lah selayaknya.


Uniknya sikap ahli masyarakat 1Malaysiaku... Mungkin bimbangkan motorsikalnya akan kecurian sewaktu sedang khusyu' mendengar khutbah, atau ketika solat; mungkin juga kan? Kita perlulah bersangka baik. Mungkin di masa-masa akan datang, adalah lebih selamat sekiranya motorsikal kesayangan itu dibawa sama-sama mendengar khutbah di dalam dewan solat, diletakkan sama-sama sebaris di saf ketika solat. Bimbang ia nanti merajuk kerana ditinggalkan di luar. (Agaknya...)


Sama-samalah kita renungkan, dan selamat beramal! :-)

Comments

  1. Yup! nak saksi? saya saksinyer....gilos tul! tgh sembahyang memekak macam kena curik gayernyer...klo klua lagu nasyid tak per la gak ni bunyik burung kelicap...ngong tul laa...kepada tuan punyer moto....PEGI PARKING JAUH-JAUH!!! ~marah sesangat nih.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Kini

BANJIR : Rekabentuk Rakit Penyelamat Menggunakan Paip PVC

Malaysia dilanda banjir dan situasi getir ini sudah melewati tempoh 24 jam. Ramai mangsa yang perlu dipindahkan dengan segera untuk mengelakkan sebarang kemungkinan berlakunya perkara-perkara tak diingini. Selain dari mengangkut bot-bot dan sampan dari luar kawasan yang agak memakan masa, kita sebenarnya boleh membina rakit-rakit penyelamat menggunakan paip PVC 8" ~ 12" yang diisi dengan polisterin di dalamnya. Untuk lantai rakit boleh gunakan sebarang bahan yang mampu mengapung bebanan, contohnya blok polisterin setebal 6".  Untuk mendapat gambaran yang lebih jelas, boleh juga rujuk video bot DIY ini sebagai design outlines -  https://www.youtube.com/watch?v=IFp1z1yzIo8 Mungkin idea ini boleh membantu mempercepatkan proses mengangkut mangsa-mangsa yang masih terperangkap. Mereka kesejukan, kelaparan dan berisiko mendapat pelbagai penyakit bawaan air. Dalam situasi begini kita sedang berlumba dengan masa. Dapatkan bahan-bahan sedia ada di sekeliling kita dan gunakan ilm

NORMALISASI : Superman Biseksual, Captain America ... ?

Yup! Tak salah baca tu. Memang watak Superman baru, anak kepada Clark Kent dan Lois Lane yang dikenali sebelum ini dengan nama watak Superboy (Jonathan Kent) telah disahkan oleh pihak DC Comics sendiri sebagai seorang biseksual. Sumber : The Washington Post Bukanlah sesuatu yang mengejutkan, pesaing terkuat DC iaitu Marvel Comics juga turut naik kapal yang sama. Marvel telahpun mengesahkan bahawa watak Captain America yang baru merupakan seorang remaja gay , bernama Aaron Fischer.  Sumber : The Guardian Kedua-dua penerbit komik ini memang diketahui dari dahulu lagi sejarahnya memang bersaing sengit seperti dalam perlumbaan Formula 1. Namun begitu persaingan yang agak di luar jangka ini berlaku, dan kita patut sudah mula berhati-hati dengan bahan-bahan yang dipertontonkan kepada anak-anak muda kita.  Kita amat berharap tiada pula mana-mana penerbit komik dari Australia mahu memperkenalkan watak pelarian pondan sebagai hero. Hampir pasti kita boleh agak apakah implikasinya nanti. Saba

PC : It Is Now Safe To Turn Off Your Computer

Haaaa. Siapa rasa familiar dengan ayat tu rasanya orang tu dah cukup tua. Kekeke. Betul la tu. Benda tu memang wujud dan memang ada sebabnya tersendiri. Kalau tak tunggu screen ni keluar, nanti komputer rosak. Aiyok! Untuk golongan anak-anak muda, mungkin ada yang rasa benda ni tak masuk akal sebab komputer kan mati sendiri bila kita keluar dari Windows / Mac OS / Linux / BSD / Unix dan lain-lain Operating System . Treeetttt! Salah lagi menyalahkan. Itu hanya benar pada zaman sekarang. Bukan pada era 386, 486, malahan zaman Pentium yang pertama hampir 3 dekad yang lalu. Memang bunyinya aneh, tetapi kita perlu telitikan apakah perbezaan utama yang menyebabkan ciri-ciri ini wujud. Hard power switch . Paling kanan, bawah emblem 486DX2. Keletak keletuk bunyinya. Dan waktu itu anda perlu labelkan LED display warna hijau itu gunanya untuk display . Mungkin ada yang tak tahu kegunaan display . Zaman dahulu, komputer tak menggunakan soft power button macam yang kita ada hari ni. Suisnya me