Skip to main content

Posts

Showing posts from November, 2010

E-WALLET : Kisah Seorang Muhammad Hanif

Muhammad Hanif ialah seorang pekerja BigPay yang memegang jawatan ' Serve Customers '. Pada 25 September 2021 jam 8:17 PM beliau menelefon menggunakan WhatsApp call dari nombor +601117684266 . Profile picture beliau menggunakan logo BigPay. Suara beliau jelasnya ada pelat-pelat India. Pada hari ini 5 Oktober 2021 jam 2:14 PM Muhammad Hanif menelefon lagi sekali melalui WhatsApp call dari nombor +60113809095 tetapi malangnya tak sempat pula nak diangkat untuk didengari suaranya. Kali ini profile picture beliau merupakan seorang lelaki Cina.   Pasti beliau seorang yang amat prihatin dengan pelanggan-pelanggan BigPay sehinggakan tiada kredit sekalipun beliau usaha untuk membuat panggilan menggunakan WhatsApp. Ada kemungkinan juga sebenarnya beliau terkeliru dengan identiti sendiri. Mengikut gambar dalam laman web BigPay, beliau merupakan seorang lelaki Melayu. Jadi beliau ialah seorang lelaki Melayu yang bercakap pelat India dan baru sahaja selesai membuat pembedahan plastik u

Poster Filem Dokumentari Haiwan Dua Alam (Konon)

Haaa... macamana? Ada gaya tak?

Logo Syarikat Malaysia di Dalam Filem Transformers 2 : Revenge of The Fallen

Ramai yang tahu, tetapi ramai juga yang tidak sedar ada logo syarikat Malaysia di dalam filem Transformers 2 : Revenge of The Fallen. Maklumlah, terlalu singkat tempoh imbasannya. Jadi, bagi sesiapa yang belum pernah tahu tentang logo tersebut, boleh la tengok dalam video 'slide show' ni. Logo Syarikat Malaysia di Dalam Filem Transformers 2 : Revenge of The Fallen from BRADER PET on Vimeo . Kredit untuk Sham Kuruih, dari mana dia lanunkan audio dari filem tu tak tau la. Hehehe.

Jom Kita Cikinkan, Eh Silap, Kita Cerakinkan...

Tak sudah-sudah lagi promosi 'online' di sini dapat duit, 'online' di sana dapat duit. OK, ini bukan cerita sibuk tepi kain orang, atau dengki-khianat, atau tuding-menuding. Sama-sama kita cerakinkan cerita, kita buka minda sama-sama, fikirkan, nilaikan dengan waras... Lihat sahaja gambar di bawah, salah satu dari gambar promosi mereka :  A - SIAPA BUNUH? Bunuh apa ni? Kalau ye pun, edit la sikit... Tukar jadi DAPAT BONUS ke. Rajinkan sikit. Tau la senang dapat duit. 'Online' je dapat duit kan? B - Banyak abang tu pegang duit, tayang-tayang kat tempat awam. Ramai orang masa tu. Macam ada demonstrasi jalanan ni. (Sila rujuk bahagian C) Dan... pernah tak anda cuba pegang duit setebal itu, sarung telefon, serentak, dengan jari telunjuk kanan macam tak pegang pada duit tu langsung, sama macam abang tu buat? Pernah cuba tak? (Lihat kemaskini di bahagian bawah entri ini) C - Wah, ada logo hijau-putih pada kain rentang di belakang tu. Lebih la ni... OK, cukup tak untuk

Poster : Iwan dan Kawan-kawannya [Skema]

Masih bermain-main dengan plug-in GiMP yang baru, G'MIC, untuk menyesuaikan diri. Hmmm... boleh tahan juga.

Peranan Lampu Sebagai Identiti Kenderaan

Suatu ketika dahulu dalam tahun 1898, lampu kereta berkuasakan elektrik diperkenalkan oleh Columbia Electric Car menggantikan lampu (panjut) kerosen yang dari masa ke semasa telah ditambahbaikkan rekabentuk dan fungsinya hingga ke hari ini. Semenjak dari cetusan tersebut, pengeluar-pengeluar kereta mula memasang bateri bagi memenuhi keperluan pemasangan lampu berkuasakan elektrik ini. (Rujuk http://www.motorera.com) Masa berlalu, fungsi lampu kenderaan juga telah berubah dan tidak lagi sekadar berfungsi menyuluh dan memandu arah pemanduan, sebaliknya ia juga telah menjadi sebahagian daripada elemen penggayaan dan identiti sesuatu model kenderaan itu. Gaya lampu yang sesuai atau tidak pada selera pandangan si prospek yang bakal membeli kereta, mampu mempengaruhi keputusan sama ada untuk membeli atau tidak. Dewasa ini, lampu hadapan dan belakang kenderaan termasuk di dalam senarai rekabentuk asas sebuah kenderaan, kerana ia bakal memberi identiti kepada model tersebut. Tidak hairanlah ad

Rumah Kak Yan Dengan Kesan Lukisan Batu Bata

Haaa... lebih kurang begini la rupa rumah Kak Yan bila dindingnya dibuat kesan 'airbrush' gambar batu-bata merah. Nampak macam klasik pun ada. Hmmm. Nampak 'tiling' herot sikit, tapi boleh la setakat nak bagi senang nak membayangkan rupanya dah siap nanti. Wassalam. *** Version 2 by Nass : Bravo Nass! Memang menyengat!

Anak-anak 1Malaysiaku (Kot...) Edisi Ke-2

Ni cerita lama, tak lama sangat. Dalam dua minggu yang lepas je. Kisahnya, sebuah motorsikal baru, berwarna biru tua, diletakkan di bawah bumbung teduhan di belakang Masjid Bandar Baru Sungai Buloh. Diulang, 'di bawah bumbung teduhan', dan bukan di tempat letak motorsikal. Ini bukan cerita hasad-dengki yang sinonim dengan bangsa kita (ya, bangsa kita 1Malaysia sendiri yang melabelkan bangsa kita ni kuat hasad dengki, uniknya 1Malaysiaku). Kisahnya disambung, tentang motorsikal yang sangat 'sepesel' ini. Motorsikal ini diletakkan terlalu hampir dengan kawasan solat. Biasalah hari Jumaat, jemaah akan menjadi ramai sehingga melimpah-ruah sampai ke kawasan mengambil wudhu' dan ada masanya, ada juga jemaah yang terpaksa menyambung saf, selagi ada ruang bersimen dan berbumbung di masjid itu. . Motorsikal yang sangat disayangi dek tuannya ini, sehingga diletakkan di teduhan yang sangat istimewa, simennya berpenyudah jubin berwarna perang (tempat orang duduk beristirehat ni

Hasil Pertama Dari Plug-In GMIC Untuk GiMP

Huarghhh... cubaan pertama untuk manipulasi gambar dengan plug-in GMIC. Pembangunan 'GREYCstoration' telah dihentikan dan semua sumber dipindahkan ke projek GMIC. Semakin banyak proses telahpun diautomasikan di dalam plug-in ini, dan is juga dilengkapi dengan kaedah 'online update' untuk mengemaskini fungsi sedia ada ataupun untuk menambah fungsi-fungsi baru. Hasil di bawah ini ialah dari gabungan fungsi 'Painting' dan 'Pencil Hard Sketch'. Di bawah adalah gambar asal, disunting dengan fungsi 'pencil hard sketch', dan hasil setelah selesai kesemua proses termasuk 'painting'. Secara keseluruhannya, plug-in baru ini memberikan hasil yang memuaskan. Dan buat masa ini belum pernah berdepan dengan masalah sistem tergantung atau 'crash'. - OK!

My Sassy Girl (2001) Dengan Sarikata

Filem terbitan Shin Cine Communications, My Sassy Girl yang diterbitkan pada tahun 2001. Ceritanya sangat menarik, kisah cinta yang diselitkan lawak jenaka yang logik ... dan... Oh ye, tak ada lawak nasi lemak 50 sen, kerana jalan ceritanya sendiri amat menarik, tidak perlu publisiti murahan sebegitu. Ini 'scene' terbaik dalam cerita tersebut. Paling suka... paling tersentuh hati kalau orang yang tengah 'frust' dalam bercinta. Hehehe. My Sassy Girl (2001) - Terbaik! from BRADER PET on Vimeo . Sedih kan? Tapi sebenarnya, sarikata tu adalah olahan semula oleh Brader PET sendiri. Yang asalnya bunyi macam formal sangat. Macam bahasa buku. Jadi, dia punya 'feel' kurang sikit. OK, kepada sesiapa yang suka filem cinta Korea, yang ini memang satu filem yang seronok untuk ditonton (iklan percuma, tak payah bayar).

Anak-anak 1Malaysiaku (Kot...)

Pagi ni dalam perjalanan nak ke tempat kerja, dengar satu klip audio dimainkan di HOTfm. DJ kata ada video yang orang 'share' dalam FB, pasal budak perempuan dengan budak lelaki (budak ke?) bercium mulut kat tempat awam. Bunyinya dah macam skrip drama orang puteh, tapi dalam versi Melayu. Ting-tingg-ting! Kompius sungguh. Cerita pasal apa nih? Nanti kejap, nak cari, tengok apa cerita yang tak sempat nak 'catch' nih. Kebetulannya ada sahabat yang 'share' video tu. Baru ternampak pagi ni. Kredit kepada rakan-rakan yang rajin kongsi bahan. Rajin sungguh diorang 'share-share' nih. Budak-budak Ni Buat Apa? from BRADER PET on Vimeo . Laaa... ini kisahnya. Kalau... eee... jika... eee... Aduh... Nak komen pun susah. Karang orang kata sibuk hal orang lain pula. Tapi macam dekat tepi jalan... Macam nak suruh orang tengok. Nak suruh orang komen kot. Hmmm... Susah nak komen. Maka, sila la gunakan kreativiti anda sendiri untuk menilainya. Nota : Video ini tidak dip

Ada Halal, Ada Haram, Ada Syubhat... Ada Ilmu?

Sekadar berkongsi pandangan, berlandaskan pengetahuan yang cetek ini, harap ia dapat serba sedikit memberi gambaran bagaimana kita mengendalikan sesuatu isu dengan lebih berilmiah. Wallahhua'lam. *** Seringkali kita menerima edaran emel, SMS, notis-notis di laman sosial, blog-blog dan seumpamanya, yang secara MUKTAMADnya menjatuhkan sesuatu produk itu berstatus haram kerana ia terdapat kod-kod tertentu yang dikatakan berasaskan lemak khinzir, sori, lemak babi, lebih mudah menaipnya. Ingin diberi fokus di sini kepada kod-kod E yang 'popular' dewasa ini, E471 dan E422 yang merupakan bahan tambah kepada makanan. Untuk tidak menyentuh hati sesiapa yang pernah 'menerbitkan' sendiri artikelnya berkaitan isu ini, dan juga kepada sesiapa yang telah terpengaruh untuk mengedarkan artikel-artikel tersebut, di sini dimohon ribuan bahkan jutaan kemaafan kerana entri ini bersifat maklumat ilmiah semata-mata, tidak menyalahkan sesiapa bahkan tidak sama-sekali (atau dua-tiga kali)

Residensi Misteri

Grafik semata-mata, jangan percaya. Tahyul dan karut mengarut. Hehehe. Nota : Kredit kepada Dik Azar. Ni curik-curik ambik gambaq dia buat gini. Satgi mengamuk plak budak tu. Kekeke.

Proton EMAS Berasaskan Platform Nissan March/Micra

Konsep Proton EMAS dengan platform Nissan March/Micra. Ini hanyalah impresi semata-mata. Tiada kaitan dengan mana-mana kereta keluaran Proton. Beginikah? Bolehkah? Hehehe. Hantam sajalah... Bagi sesiapa yang tidak pernah lihat atau sudah terlupa bagaimana rupa kereta konsep Proton EMAS yang telah direkabentuk oleh  Italdesign Giugiaro dan dibangunkan oleh Proton, di bawah adalah gambar asalnya - (Sumber : http://www.protonconcepts.com) Nota : Sekiranya imej di atas ingin dikongsi di lain-lain laman web, harap tidak buang watermark URL braderpet.com. Kita sama-sama saling menghormati hasil kerja sesama kita. Peace!

Proton Saga Aero 2 [ Rev. 1 ]

Ini adalah versi pindaan kali pertama (Rev. 1) kepada Saga Aero-2 sebelum ini, setelah mengambilkira komen-komen dari pengunjung. Perubahan-perubahan yang telah dilakukan : 1. Pembetulan perspektif. Terima kasih kepada budak Nora Jira kerana dengan tiba-tiba matanya setajam itu. Hahaha. 2. Ekzos berkembar jenis 'stainless steel' menggantikan ekzos besi biasa. Cadangan Sham kuruih. 3. Tambahan 'garnishing' dan lampu brek kepada bumper belakang. Inspirasikan dari Audi TT. * * * Di bawah adalah entri asal bertarikh 6 November 2010 *** Proton Saga BLM Aeroback II, singkatnya Saga Aero-2. Ini hanyalah impresi semata-mata. Tiada kaitan dengan mana-mana kereta keluaran Proton. *** Just for fun, OK? *** Nota : Sekiranya imej di atas ingin dikongsi di lain-lain laman web, harap tidak buang watermark URL braderpet.com. Kita sama-sama saling menghormati hasil kerja sesama kita. Peace!

Jawapannya Ialah... Lampu Belakang Kereta...

Ford Taurus 2000 - 2007 Nampak macam sama dengan Persona Elegance kan? Cuma yang 'clear line' tu dok kat bawah sekali. Persona punya lens yang 'clear' tu dok kat tengah-tengah.

Lampu Belakang Kereta Apakah Ini?

Tenung betul-betul, cuba perhatikan dengan teliti. Lampu belakang kereta apakah ini? Hahaha. Jawapannya? Selepas ini... Hehehe.

UNIC - Hanya Tuhan Yang Tahu [Dengan Lirik]

Hanya Tuhan Yang Tahu Artis : UNIC Ku pendamkan perasaan ini... Ku rahsiakan rasa hati ini... Melindungkan kasih yang berputik... Tersembunyi di dasar hati... Ku pohonkan petunjuk Illahi... Hadirkanlah insan yang sejati... Menemani kesepian ini... Mendamaikan sekeping hati... [Korus] Oh Tuhanku... Berikanlah ketenangan abadi... Untukku menghadapi resahnya hati ini... Mendambakan kasih insan yang ku sayang... [Korus] Dihati ini hanya tuhan yang tahu... Dihati ini aku rindu padamu... Tulus sanubari menantikan hadirmu... Hanyalah kau gadis pilihanku... [Ulang korus] Kerana batasan... Adat dan syariah... Menguji kekuatan... Keteguhan iman... Insan yang berkasih... Nota : Hakcipta terpelihara (c) syarikat penerbitan asal lagu dan klip video ini. Brader PET hanya berkongsi 'link' sedia ada, dan tidak menyimpan atau memuatkan fail klip video ini ke Youtube.com dan lain-lain tapak web di Internet.