Skip to main content

COVID-19 : Sudah Dijangkiti, Apa Patut Aku Buat? [ Bahagian 1 ]

Dijangkiti penyakit yang merbahaya dan sudah menjadi wabak seluruh dunia, pasti menjadi satu pengalaman baru untuk setiap manusia di muka bumi ni. Tak kisahlah apa implikasi dari pengalaman ni, sama ada yang positif atau negatif dalam kehidupan kita. Ia mencatat satu sejarah kehidupan sesiapa sahaja yang menempuhnya. Salah seorangnya ialah, AKU. Iya, aku telah dijangkiti Covid-19. Sejak Disember 2019, aku hanya mendengar, membaca dan menonton perkembangan wabak yang ganas ni. Tetapi kira-kira dua minggu lepas aku terpaksa meredahnya dengan segala bentuk ikhtiar, ilmu, kemahiran dan pengalaman setakat mana yang aku ada selama ini. Ingin aku tekankan di sini, tujuan entri ini aku tulis bukan untuk berbangga, sombong, bongkak, jauh sekali memberi nasihat kepada orang lain. Ia sekadar perkongsian tentang apa yang aku tempuh. Tidak kurang dan tidak lebih daripada itu. Para pembaca perlu mengambil ini sebagai disclaimer . Aku bukan doktor, bukan perawat Islam, bukan pengamal perubatan herba

What?! Habbatus Sauda Dalam Kopi Segera?

Semalam macam biasa, hujung minggu... cari barang keperluan harian. Kopi segera 'plastik merah' dah habis. Stok di rumah dah habis, di opis pun dah habis. Maka, kopi segera adalah salah satu barang yang perlu dibeli.

Dalam Pasaraya Besar Gian (sengaja disalahejakan) itu, memang dah hafal tempat di mana nak dicari barang-barang. Maklumlah, dekat sangat dengan rumah. Dah ambil kopi segera plastik merah tu, nak bergerak ke rak-rak lain di baris-baris yang lain.


Di baris yang sama, ternampak ada bungkusan hijau-putih, dengan cetakan merah berbentuk bujur. Yup, logo AgroMas. Apa produk AgroMas yang ada di tempat kopi segera ni? Menarik juga... Oh, kopi segera, memang kopi segera. Patut la di situ tempatnya.



Jelas, memang kopi segera, dan menambahkan menariknya produk itu, ada tercetak 'Kopi Pracampur Dengan Habbatus Sauda'. Terus dicapai, kopi segera bungkusan merah dipulangkan ke rak asalnya. (Hey, jangan la gelak... zaman moden ni memang ada orang yang letak barang di tempat asalnya di hypermarket kalau tak jadi beli. Yang kerja kat hypermarket tu pun manusia juga kan, diorang pun tau letih juga kan?)

RM8.xx, bawah RM9 untuk sebungkus yang kandungannya 20 'stick pack' 20 gm. OK, memang agak mahal berbanding dengan kopi segera bungkusan merah, RM 9.xx untuk 30 pek kecil. Tapi, apa rahsianya yang mampu memujuk untuk mencuba produk ni? "Habbatus Sauda". Itulah rahsianya.

Memang dah pernah cuba berkali-kali nak makan bijian hitam habbatus sauda ni. Tapi maklumlah, bila baru nak belajar makan benda yang bukan dalam 'zon selesa' kita, memang payah tekak nak terima. Entah apa la rasanya, susah nak digambarkan.

Jadi, ada baiknya produk ni dicuba. Sebab jika dah bercampur jadi kopi segera 4-dalam-1, mungkin rasanya dah berubah. Beli, memang beli! Memang nak cuba! Dan salah satu faktor penentu dalam pemilihan - status halal. Ia telah melalui dan memiliki pensijilan halal yang diiktiraf. Yeah, memang itu yang sepatutnya. Alhamdulillah.

Oh ya, bagi yang kurang tahu... AgroMas adalah jenama milik FAMA, Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (http://www.fama.gov.my) . Dah banyak produk dibangun dan dipasarkan melalui program penjenamaan AgroMas ni, dan kebanyakannya berjaya menembusi pasaran dengan baik.

Bagi yang tidak pernah dengar/tahu tentang habbatus sauda, di sini ada sedikit rujukan berbentuk hadis untuk dibaca, disorot dari kandungan laman web Dunia Herb HPA (http://duniaherbahpa.com/2008/05/habbatussauda-softgel/)  :

Nabi Muhammad S.A.W. bersabda dalam Hadithnya yang dikutip dari kitab Ash Shahihain: “Gunakanlah Habbatus Sauda’ kerana di dalamnya terdapat sejenis ubat dari segala jenis macam penyakit kecuali As Sam (maut)” (HR.Bukhari, Muslim).

Nabi Muhammad s.a.w bersabda : ” Tetaplah kamu dengan Habbatus Sauda. Sesungguhnya padanya terdapat ubat bagi segala penyakit, kecuali mati ” ( Hadis riwayat Bukhari ).
 
Dan pautan terus ke laman Wikipedia mengenai habbatus sauda (Nigella sativa) ada di sini - http://en.wikipedia.org/wiki/Nigella_sativa

OK, berbalik kepada produk berjanama AgroMas tadi. Sudah balik ke rumah, kopi nak dicuba buat kali pertamanya. Dan keputusannya... hehehe.

"Sukatan yang sesuai untuk secawan kopi (bukan segelas), anggaran lebih kurang 150 ml. sahaja. Jika dibancuh dengan gelas yang agak besar, ia akan terasa sangat-sangat tawar. Rasa dan aroma habbatus sauda masih kekal di dalam bancuhan kopi walaupun telah bercampur dengan serbuk kopi, krimer dan gula. Anda mungkin membayangkan anda sedang minum kopi segera yang dicampur dengan habbatus sauda yang dikisar halus menjadi tepung. Teman balun je... nama pun kopi. Hahaha. Rasanya... hmmmm... gagal sedikit untuk mencapai 'expectation' seorang peminat kopi. Sebabnya, nanti boleh baca di bahagian Pro dan Kontra."

Rumusan - Produk ini bagus sebagai penembus pasaran untuk jenama AgroMas, tetapi faktor-faktor lain hendaklah diberi pertimbangan yang sepatutnya. Peminat kopi dan peminum kopi yang biasa memang ada satu tahap citarasanya yang perlu dipenuhi untuk memastikan mereka membeli lagi produk yang sama. Harga memang dalam lingkungan yang biasa, tidak terlalu mahal dan tidak juga terlalu murah. Mungkin bahagian Pemarasan FAMA telah menjalankan analisa pasaran dengan baik sebelum menetapkan harga produk ini. Secara keseluruhannya, produk ini hanya perlu diperbaiki dari segi rasanya, jika ia ingin dikekalkan di dalam pasaran yang sungguh tepu kebelakangan ini.

Pro - Produk berasaskan kesihatan, dengan berlandaskan hadis Nabi Muhammad S.A.W. Habbatus sauda mampu menjadi ubat pelbagai jenis penyakit, dan biasanya orang kita susah nak menerima rasanya, di samping faktor kos dan kepayahan mendapatkannya. 

Kontra - Ia bukan untuk peminat kopi sejati. Serius! Jika diabaikan aroma dan rasa bijian habbatus sauda itu, rasa dan aromanya tidak menarik langsung untuk dinikmati. Ia seolah-olah rasa kopi segera 3-dalam-1 buatan negara jiran yang dijual sekotak kecil dengan harga bawah RM2 di kedai 7-Sebelas.

Penutup - Produk ini akan dibeli lagi sekiranya pihak FAMA membangunkan semula formulasi atau menukar material-material produk ini ke tahap yang lebih baik. Setidak-tidaknya dari segi aroma dan rasanya kalau tidak lebih baik sekalipun, ia hendaklah sama tahap kopi bungkusan merah yang biasa. Oh, tolonglah lakukan sesuatu untuk membolehkan produk yang baik ini kekal di pasaran.

Sekian 'product review' untuk kali ini. Ikhlas ni. Hehehe. Wallahhualam.

Comments

Post a Comment

Popular Kini

COVID-19 : Sudah Dijangkiti, Apa Patut Aku Buat? [ Bahagian 1 ]

Dijangkiti penyakit yang merbahaya dan sudah menjadi wabak seluruh dunia, pasti menjadi satu pengalaman baru untuk setiap manusia di muka bumi ni. Tak kisahlah apa implikasi dari pengalaman ni, sama ada yang positif atau negatif dalam kehidupan kita. Ia mencatat satu sejarah kehidupan sesiapa sahaja yang menempuhnya. Salah seorangnya ialah, AKU. Iya, aku telah dijangkiti Covid-19. Sejak Disember 2019, aku hanya mendengar, membaca dan menonton perkembangan wabak yang ganas ni. Tetapi kira-kira dua minggu lepas aku terpaksa meredahnya dengan segala bentuk ikhtiar, ilmu, kemahiran dan pengalaman setakat mana yang aku ada selama ini. Ingin aku tekankan di sini, tujuan entri ini aku tulis bukan untuk berbangga, sombong, bongkak, jauh sekali memberi nasihat kepada orang lain. Ia sekadar perkongsian tentang apa yang aku tempuh. Tidak kurang dan tidak lebih daripada itu. Para pembaca perlu mengambil ini sebagai disclaimer . Aku bukan doktor, bukan perawat Islam, bukan pengamal perubatan herba

RESIPI : Cempedak Goreng Stail Macam Gerai

Haaa... musim buah dah sampai hujung-hujung. Maksudnya, sekarang ada banyak cempedak kan? Buah ni orang panggil buah penutup musim, selain manggis dengan langsat. Isk! Apa le teman merepek ni ye? Kalo korang budak bandar, mana la korang tau pasal musim buah-buahan ni kan? Hehehe. Kalau korang suka cempedak goreng yang tak berapa rangup, tapi rasa nice satu macam je bila gigit masa suam-suam, mungkin korang buleh cuba resipi ni. Tak sama macam guna tepung goreng segera tu tau. Yang tu ada rasa ngan bau macam vanila. Yang ni, memang rasa macam yang jual kat gerai tepi jalan tu. Ce try , ce try . Hehehe. BAHAN-BAHAN - 1/2 biji buah cempedak (kalau korang tukor ngan buah lain pun buleh) 1 cawan tepung gandum 3 sudu besar serbuk roti (kalau takde, bantai je hancurkan biskut lutut) 1 sudu makan minyak masak yang dipanaskan 2 sudu teh garam halus 1 sudu teh gula 1 sudu teh serbuk kunyit Air secukupnya (dalam secawan dua, ikut kualiti tepung korang) Minyak masak secukupnya untuk menggoreng *

RESIPI : Waffle Lembut

Kita dalam PKPD lagi, selepas ' TOTAL LOCKDOWN ' edisi Jun 2021. Berkurung lagi nampaknya. Bosan? Boleh la main masak-masak lagi macam PKP 1.0 tahun lepas. Nak try buat waffle? Ada resipi yang dikongsikan dalam FB page Daily Masak . Tak dapat dipastikan siapakah individu asal yang berkongsi resipi ni. Kalau ada sesiapa tahu, tolong tinggalkan maklumat di komen ye. Selamat mencuba! - - - Resepi Waffle Lembut Bahan Resepi Waffle Sedap : 3 cawan tepung gandum 2 1/2 cawan air 3/4 cawan minyak masak/butter cair 2 biji telur & esen vanilla 2 sudu makan susu tepung 3 sudu makan gula castor 1/2 sudu teh garam 1 sudu makan baking powder 1/4 sudu teh baking soda Gunakan cawan penyukat seperti dalam gambar.Anda boleh dapatkan di kedai bakeri berhampiran. Resepi waffle sukatan cawan ini sangat mudah dan lembut untuk anda buat makan sarapan pagi. Waflle yang disapu dengan nutella, strawberi, coklat memang sedap Untuk susu tepung, anda bleh guna susu tepung Nespray atau apa-apa susu tepu