Skip to main content

AMOS : Biskut Cip Coklat Tak 'Famous'

Bahan-bahan ( Ingredients ) : 120gm mentega campuran (separuh blok) / buttery mixture (half block) 170gm gula perang lembut / light brown sugar 60gm gula pasir halus / fine grain sugar 15gm susu tepung / powdered milk 1tbs esen vanila / vanilla essence 1 biji telur (saiz besar) / egg (large) 300gm tepung gandum serba guna / all purpose wheat flour 1½tbs soda bikarbonat / baking soda 60gm cip coklat / chocolate chips Langkah-langkah : 1.) Potong-potong mentega kepada bahagian-bahagian kecil. Masukkan ke dalam mangkuk adunan. Biarkan sehingga mencapai suhu bilik. 2.) Tambahkan gula perang, gula pasir, susu tepung dan esen vanila. Gaulkan sehingga rata. 3.) Masukkan telur dan adunkan pada kelajuan paling rendah untuk menghancurkan gula. Naikkan kepada kelajuan sederhana dan teruskan mengadun sehingga adunan menjadi ringan dan berkrim. 4.) Ayakkan tepung dan soda bikarbonat dan gaul kering sehingga rata. 5.) Turunkan kelajuan pengadun kembali kepada tahap rendah. Tambahkan campuran tepung

Candyshare.com.my


PROTON INSPIRA? [P309A, Waja Replacement Model]

Tak boleh tahan, nak gelak! Muahahaha... terpaksa gelak! OK... jangan berkecil hati, kepada Facebookers, bloggers, peminat-peminat kereta. Oleh kerana keadaan telah menjadi 'luar kawalan', maka, teman nak sambung entri berkenaan  P309A, yeah, isu yang 'terlalu panjang dan membosankan' itu, projek Proton Waja Replacement Model. Yang belum membacanya boleh rujuk entri terdahulu - http://braderpet.blogspot.com/2010/09/waja-replacement-model.html



Seperti biasa, 'orang kita' memang terkenal dengan sikap sampai-menyampai, yang pada asalnya, menyampai itu jika benar maklumatnya, ikhlas penyampaiannya, jujur niatnya, insyaAllah, ia menjadi segmen-segmen ilmu yang dikongsi. Kata dasarnya... 'ilmu', ia perlu bersifat ilmiah, baru ia termasuk dalam kategori ilmu. Jika, tidak... ia sekadar omong kosong yang tidak membawa sebarang erti, dan lebih buruk, ia mungkin menjerumus menjadi fitnah.

Tertarik dengan sebuah blog yang ada menyentuh mengenai model terbaru Proton yang bakal dilancarkan ini. Seperti biasa, sebagai 'bukti' kajian telah dijalankan, perkara-perkara menarik mesti diperbesarkan, contohnya perkataan 'ORANG DALAM', 'INSIDER', 'ENGINEER PROTON'  dan 'PROTON INSPIRA' adalah yang tidak lari dari cubaan tersebut.

Anggaran harga atas jalan mengikut Cc enjin, pilihan 'trim level', membanding-bandingkan gambar model asal, impresi artis dan produk akhir, adalah perkara biasa yang kita amalkan sebelum produk akhir itu dilancarkan. Bukanlah semuanya membawa kepada kesan negatif, ada juga bagusnya kepada seseorang yang berniat untuk menukar kereta, boleh mendapat gambaran awal produk yang bakal dihasilkan. Ia juga satu kelebihan kepada pengeluar kerana mendapat 'iklan percuma tanpa risiko' yang sekiranya maklumat tersebut tidak tepat, tiada sesiapa pun boleh mendakwanya. Ia kontra dengan iklan rasmi yang diterbitkan, kerana maklumat yang pincang di dalam iklan boleh jadi bahana kepada si pengiklan, termasuk diheret ke tribunal pengguna, dakwa-dakwi, saman-menyaman, dan lebih teruk, boleh ke tahap 'gulung tikar' jika jumlah tuntutan pengguna terlalu besar untuk ditanggung.

Dalam pada kesungguhan para blogger untuk memperkukuhkan 'fakta' dan 'teori'-nya, janganlah sehingga perkara bukan fakta disampaikan dan diberi penekanan seolah-olah ia adalah fakta. Contohnya, meletakkan pernyataan bahawa '99% sama dengan Mitsu Lancer GT. Proton hanya ubahsuai 1% daripada model asal'.

Ini jelas bukan fakta dan orang yang waras akan bertanya semula, '1% yang diubah itu merujuk kepada keluasan keseluruhan badan keretakah? Atau bagaimanakah asas pengiraannya?' Pernahkah ada orang yang di luar industri pengeluaran kereta mampu mengukur 1% daripada keluasan luaran kereta yang belum keluar? Percayalah, jangan kata nak anggarkan 1%, 5%... bahkan 10% pun belum pasti dapat dianggarkan dengan cara hanya melihat kepada gambar. Sorry... ini dalam kategori 'nonsense'.

Seperkara lagi, apabila kita membuat penyataan berbentuk andaian atau teori semata-mata, jangan kita gugurkan perkataan 'mungkin' atau 'maybe' atau mana-mana perkataan yang membawa maksud yang sama. Menggugurkan perkataan ini, boleh dianggap sebagai percubaan menekankan perkara berasaskan teori, sebagai fakta sahih. Sebagai pilihan yang lebih bijak, maklumat kurang pasti begini boleh diolah ke bentuk soalan, agar dapat dibincangkan lebih lanjut oleh para pengunjung blog tersebut.

Lagipun... :-) Kali ni senyum sedikit. Sudahkah dilihat bahagian dalaman kereta tu? Jika ada, silakan berkongsi. Mungkin nilai 1% boleh cuba untuk dibuktikan, mungkin ia membantu.

Sekali lagi, lagipun, bukan semua yang berpangkat 'jurutera' itu pastinya terlibat dengan penyelidikan dan pembangunan produk. Teman orang kilang yeop, tak ada mana maunya semua yang title 'engineer' tu mesti dia tau pasal produk baru. Engineer bahagian 'factory maintenance', mungkin dia tau, mungkin dia tak tau langsung ropa produk baru tu. Harus dia pun cari kat Internet agaknya. Pastikan sumber yang sahih terlebih dahulu, itu tindakan yang lebih bijak rasanya.

Walaubagaimanapun, harap entri yang agak 'pedas' ini dapat diterima dengan hati terbuka. Teguran adalah ke arah kebaikan, bukan untuk menjatuhkan maruah sesiapa. Berbalik kita kepada konsep 'ilmu', ilmu itu perlu benar, barulah ia menjadi ilmu yang berguna. Yang benar itu datangnya dari Allah, yang kurang benar itu datangnya dari kelemahan sendiri.

Wallahhua'lam.

Comments

Popular Kini

BANJIR : Rekabentuk Rakit Penyelamat Menggunakan Paip PVC

Malaysia dilanda banjir dan situasi getir ini sudah melewati tempoh 24 jam. Ramai mangsa yang perlu dipindahkan dengan segera untuk mengelakkan sebarang kemungkinan berlakunya perkara-perkara tak diingini. Selain dari mengangkut bot-bot dan sampan dari luar kawasan yang agak memakan masa, kita sebenarnya boleh membina rakit-rakit penyelamat menggunakan paip PVC 8" ~ 12" yang diisi dengan polisterin di dalamnya. Untuk lantai rakit boleh gunakan sebarang bahan yang mampu mengapung bebanan, contohnya blok polisterin setebal 6".  Untuk mendapat gambaran yang lebih jelas, boleh juga rujuk video bot DIY ini sebagai design outlines -  https://www.youtube.com/watch?v=IFp1z1yzIo8 Mungkin idea ini boleh membantu mempercepatkan proses mengangkut mangsa-mangsa yang masih terperangkap. Mereka kesejukan, kelaparan dan berisiko mendapat pelbagai penyakit bawaan air. Dalam situasi begini kita sedang berlumba dengan masa. Dapatkan bahan-bahan sedia ada di sekeliling kita dan gunakan ilm

NORMALISASI : Superman Biseksual, Captain America ... ?

Yup! Tak salah baca tu. Memang watak Superman baru, anak kepada Clark Kent dan Lois Lane yang dikenali sebelum ini dengan nama watak Superboy (Jonathan Kent) telah disahkan oleh pihak DC Comics sendiri sebagai seorang biseksual. Sumber : The Washington Post Bukanlah sesuatu yang mengejutkan, pesaing terkuat DC iaitu Marvel Comics juga turut naik kapal yang sama. Marvel telahpun mengesahkan bahawa watak Captain America yang baru merupakan seorang remaja gay , bernama Aaron Fischer.  Sumber : The Guardian Kedua-dua penerbit komik ini memang diketahui dari dahulu lagi sejarahnya memang bersaing sengit seperti dalam perlumbaan Formula 1. Namun begitu persaingan yang agak di luar jangka ini berlaku, dan kita patut sudah mula berhati-hati dengan bahan-bahan yang dipertontonkan kepada anak-anak muda kita.  Kita amat berharap tiada pula mana-mana penerbit komik dari Australia mahu memperkenalkan watak pelarian pondan sebagai hero. Hampir pasti kita boleh agak apakah implikasinya nanti. Saba

PC : It Is Now Safe To Turn Off Your Computer

Haaaa. Siapa rasa familiar dengan ayat tu rasanya orang tu dah cukup tua. Kekeke. Betul la tu. Benda tu memang wujud dan memang ada sebabnya tersendiri. Kalau tak tunggu screen ni keluar, nanti komputer rosak. Aiyok! Untuk golongan anak-anak muda, mungkin ada yang rasa benda ni tak masuk akal sebab komputer kan mati sendiri bila kita keluar dari Windows / Mac OS / Linux / BSD / Unix dan lain-lain Operating System . Treeetttt! Salah lagi menyalahkan. Itu hanya benar pada zaman sekarang. Bukan pada era 386, 486, malahan zaman Pentium yang pertama hampir 3 dekad yang lalu. Memang bunyinya aneh, tetapi kita perlu telitikan apakah perbezaan utama yang menyebabkan ciri-ciri ini wujud. Hard power switch . Paling kanan, bawah emblem 486DX2. Keletak keletuk bunyinya. Dan waktu itu anda perlu labelkan LED display warna hijau itu gunanya untuk display . Mungkin ada yang tak tahu kegunaan display . Zaman dahulu, komputer tak menggunakan soft power button macam yang kita ada hari ni. Suisnya me