Skip to main content

AMOS : Biskut Cip Coklat Tak 'Famous'

Bahan-bahan ( Ingredients ) : 120gm mentega campuran (separuh blok) / buttery mixture (half block) 170gm gula perang lembut / light brown sugar 60gm gula pasir halus / fine grain sugar 15gm susu tepung / powdered milk 1tbs esen vanila / vanilla essence 1 biji telur (saiz besar) / egg (large) 300gm tepung gandum serba guna / all purpose wheat flour 1½tbs soda bikarbonat / baking soda 60gm cip coklat / chocolate chips Langkah-langkah : 1.) Potong-potong mentega kepada bahagian-bahagian kecil. Masukkan ke dalam mangkuk adunan. Biarkan sehingga mencapai suhu bilik. 2.) Tambahkan gula perang, gula pasir, susu tepung dan esen vanila. Gaulkan sehingga rata. 3.) Masukkan telur dan adunkan pada kelajuan paling rendah untuk menghancurkan gula. Naikkan kepada kelajuan sederhana dan teruskan mengadun sehingga adunan menjadi ringan dan berkrim. 4.) Ayakkan tepung dan soda bikarbonat dan gaul kering sehingga rata. 5.) Turunkan kelajuan pengadun kembali kepada tahap rendah. Tambahkan campuran tepung

Candyshare.com.my


Kesan Lukisan Pensel Dengan GiMP [Kongsi]

Pernahkah terfikir untuk membuat lakaran dengan pensel, sehingga hasilnya hampir ke tahap pelukis profesional? Ada banyak teknik dan perisian yang boleh digunakan untuk menghasilkannya.

(Contoh gambar yang telah disunting menjadi kesan lukisan pensel (separuh di kiri - sebelum, separuh di kanan - selepas suntingan)


Salah satu dari pilihan yang ada ialah dengan menggunakan perisian suntingan imej dari Sumber Terbuka (Open Source) GiMP, GNU Image Manipulation Program. Ia terdapat dalam pelbagai versi keluaran mengikut OS yang anda gunakan, dan boleh dipindahturun secara percuma di http://www.gimp.org .


Perisian ini memerlukan GTK untuk berfungsi; jadi jika GTK tidak termasuk di dalam pakej pemasangan yang anda pindahturun, anda perlu pindahturun dan pasang GTK secara berasingan.


Entri kali ini tidak bertujuan untuk memfokus kepada GiMP apatah lagi untuk mempromosinya, jadi kita akan terus ke proses untuk menyunting gambar menjadikannya kesan lukisan pensel (pencil drawing).


Buka fail imej asal yang ingin disunting. Ia hendaklah cukup jelas, garisannya tajam, dan kontras antara warnanya mudah dibezakan.



Contoh imej asal yang jelas, dan kontras antara warna yang mudah untuk dibezakan.
(Kredit kepada Che'Qin kerana meminjamkan gambar yang bagus untuk tutorial ini. Thanks, dik. Lain kali boleh pinjam gambar lagi kan? Hehehe.)

Gambar yang asal tadi disalin lapisannya (layer), dan lapisan baru tersebut ditukar menjadi hitam-putih dengan cara menukar nilai 'saturation' kepada -100 (menu Colors - Hue-Saturation). Salin lapisan hitam-putih ini sekali lagi. Sekarang kita telah mempunyai lapisan terbawah yang berwarna, lapisan ke-2 dan ke-3 yang hitam-putih.


Songsangkan warna lapisan terbaru dengan menggunakan menu Colors - Invert. Cantumkan (merge) lapisan baru ini ke bawah. Buat lagi satu salinan kepada lapisan teratas ini.


Tukar kelegapan lapisan tersebut dengan menukarkan nilai Opacity kepada 50%.



Cantumkan lapisan teratas ini ke bawah. Buat lagi satu salinan kepada lapisan tersebut.



Tukar mod lapisan tersebut daripada 'Normal' kepada 'Dodge'. 


Bermula dari proses ini, kita telah boleh melihat hasil daripada proses-proses yang telah dijalankan.


Sesuaikan kecerahan dan kontras (Colors - Brightness and Contrast) agar kesan lukisan pensel nampak lebih realistik. Penyesuaian ini adalah berbeza-beza keperluannya kerana ia banyak bergantung kepada kualiti imej asal sebelum diproses.

Sekian sesi kongsi ilmu buat kali ini. Kesilapan adalah dari kelemahan sendiri. Wallahhua'lam.

Wassalam.

* * *

Nota : Panduan langkah-langkah suntingan imej ini terdapat juga di dalam bahasa Inggeris. Walaupun ia tidak 100% sama dengan apa yang disampaikan di sini, objektif dan hasilnya adalah serupa. Versi Inggeris di -  http://www.gimpusers.com/tutorials/making-a-pencil-drawing-from-a-photo.html 



[Kandungan entri ini tidak SEASLI dan tidak SETEPAT seperti versi yang asal yang telah ditaip beratus baris, dan tinggal 2 perenggan sahaja hanya kerana browser 'Wayang' yang tiba-tiba 'crash' tanpa sebab]

Comments

Popular Kini

BANJIR : Rekabentuk Rakit Penyelamat Menggunakan Paip PVC

Malaysia dilanda banjir dan situasi getir ini sudah melewati tempoh 24 jam. Ramai mangsa yang perlu dipindahkan dengan segera untuk mengelakkan sebarang kemungkinan berlakunya perkara-perkara tak diingini. Selain dari mengangkut bot-bot dan sampan dari luar kawasan yang agak memakan masa, kita sebenarnya boleh membina rakit-rakit penyelamat menggunakan paip PVC 8" ~ 12" yang diisi dengan polisterin di dalamnya. Untuk lantai rakit boleh gunakan sebarang bahan yang mampu mengapung bebanan, contohnya blok polisterin setebal 6".  Untuk mendapat gambaran yang lebih jelas, boleh juga rujuk video bot DIY ini sebagai design outlines -  https://www.youtube.com/watch?v=IFp1z1yzIo8 Mungkin idea ini boleh membantu mempercepatkan proses mengangkut mangsa-mangsa yang masih terperangkap. Mereka kesejukan, kelaparan dan berisiko mendapat pelbagai penyakit bawaan air. Dalam situasi begini kita sedang berlumba dengan masa. Dapatkan bahan-bahan sedia ada di sekeliling kita dan gunakan ilm

NORMALISASI : Superman Biseksual, Captain America ... ?

Yup! Tak salah baca tu. Memang watak Superman baru, anak kepada Clark Kent dan Lois Lane yang dikenali sebelum ini dengan nama watak Superboy (Jonathan Kent) telah disahkan oleh pihak DC Comics sendiri sebagai seorang biseksual. Sumber : The Washington Post Bukanlah sesuatu yang mengejutkan, pesaing terkuat DC iaitu Marvel Comics juga turut naik kapal yang sama. Marvel telahpun mengesahkan bahawa watak Captain America yang baru merupakan seorang remaja gay , bernama Aaron Fischer.  Sumber : The Guardian Kedua-dua penerbit komik ini memang diketahui dari dahulu lagi sejarahnya memang bersaing sengit seperti dalam perlumbaan Formula 1. Namun begitu persaingan yang agak di luar jangka ini berlaku, dan kita patut sudah mula berhati-hati dengan bahan-bahan yang dipertontonkan kepada anak-anak muda kita.  Kita amat berharap tiada pula mana-mana penerbit komik dari Australia mahu memperkenalkan watak pelarian pondan sebagai hero. Hampir pasti kita boleh agak apakah implikasinya nanti. Saba

PC : It Is Now Safe To Turn Off Your Computer

Haaaa. Siapa rasa familiar dengan ayat tu rasanya orang tu dah cukup tua. Kekeke. Betul la tu. Benda tu memang wujud dan memang ada sebabnya tersendiri. Kalau tak tunggu screen ni keluar, nanti komputer rosak. Aiyok! Untuk golongan anak-anak muda, mungkin ada yang rasa benda ni tak masuk akal sebab komputer kan mati sendiri bila kita keluar dari Windows / Mac OS / Linux / BSD / Unix dan lain-lain Operating System . Treeetttt! Salah lagi menyalahkan. Itu hanya benar pada zaman sekarang. Bukan pada era 386, 486, malahan zaman Pentium yang pertama hampir 3 dekad yang lalu. Memang bunyinya aneh, tetapi kita perlu telitikan apakah perbezaan utama yang menyebabkan ciri-ciri ini wujud. Hard power switch . Paling kanan, bawah emblem 486DX2. Keletak keletuk bunyinya. Dan waktu itu anda perlu labelkan LED display warna hijau itu gunanya untuk display . Mungkin ada yang tak tahu kegunaan display . Zaman dahulu, komputer tak menggunakan soft power button macam yang kita ada hari ni. Suisnya me