Skip to main content

Posts

Showing posts from October, 2010

E-WALLET : Kisah Seorang Muhammad Hanif

Muhammad Hanif ialah seorang pekerja BigPay yang memegang jawatan ' Serve Customers '. Pada 25 September 2021 jam 8:17 PM beliau menelefon menggunakan WhatsApp call dari nombor +601117684266 . Profile picture beliau menggunakan logo BigPay. Suara beliau jelasnya ada pelat-pelat India. Pada hari ini 5 Oktober 2021 jam 2:14 PM Muhammad Hanif menelefon lagi sekali melalui WhatsApp call dari nombor +60113809095 tetapi malangnya tak sempat pula nak diangkat untuk didengari suaranya. Kali ini profile picture beliau merupakan seorang lelaki Cina.   Pasti beliau seorang yang amat prihatin dengan pelanggan-pelanggan BigPay sehinggakan tiada kredit sekalipun beliau usaha untuk membuat panggilan menggunakan WhatsApp. Ada kemungkinan juga sebenarnya beliau terkeliru dengan identiti sendiri. Mengikut gambar dalam laman web BigPay, beliau merupakan seorang lelaki Melayu. Jadi beliau ialah seorang lelaki Melayu yang bercakap pelat India dan baru sahaja selesai membuat pembedahan plastik u

Gambar-gambar Dalaman Proton Inspira

Setelah kira-kira tiga minggu kita menunggu, maka gambar bahagian dalaman Proton Inspira telahpun kita terima. Sekali lagi, terima kasih kepada Jerryz Loo kerana berkongsi foto-foto yang entah dari mana dia jumpa, kita pun tak pasti. Hehehe. Ini hanyalah kesinambungan entri yang lalu, dan jika anda belum membacanya, sila ke link ini - http://braderpet.blogspot.com/2010/09/waja-replacement-model.html Inilah gambar-gambar yang kita dapat buat masa ini, bahagian dalaman yang sangat-sangat jelas untuk kita menilai rupa-paras model Proton Inspira ini secara lebih menyeluruh - Nota : Tolong jangan komen tidak ori atau copy-paste design di sini. Nak komen, biar benda-benda ilmiah je ye. Kalau komen yang macam tu, dah banyak dah orang posting kat blog-blog lain, boleh join komen kat sana. Sampai dah tak larat orang nak perdebatkan puun dah isu nih. Hehehe.

Ganbatte! Motivasi Dalam Lirik dan Lagu

Ganbatte! Artis : Garaa Band Lagu : Arab, Dibitz , Nanzo, Fyzal, Apek Lirik : Nanzo Jauh sudah kumelangkah Segala dah kuredah Biar pun kuparah Tetap kuteguhkan langkah Jatuhku bukanlah bermakna Tamatnya perjalanan Setiap kejayaan Bermula dengan kegagalan *** Kan kuusaha Mengejar segala Impian lama Yang terkubur di dada Realisasikan semua khayalan Jadikan kenyataan * Oohh setiap kota tak dibina sekelip mata Oohh kejayaan itu satu kebahagiaan ** Biar apapun ribut yang datang Akan kurempuh semua halangan Biarpun kau kata itu sia-sia Akan kupaksa kau telan segala kata Terkubur di dada Realisasikan semua khayalan Jadikan kenyataan

Pemimpin (Kunon) Pincang Tanpa Pengetahuan 'Leadership'

Komen kalian?

Alangkah Bagusnya Jika Semua Kedai Gunting Begini

Hanya sekadar idea. Bagaimana bagusnya jika semua kedai gunting rambut ada bunting sebegini di depan kedainya? Hmmm... Kredit kepada Dik Azar untuk gambar 'gunting-gunting'nya yang unik ni. Hehehe.

Perubahan Rekabentuk Pada Saga (BLM)

Proton akan mengorak langkah lagi dalam tempoh terdekat ini dengan merubah rekabentuk Saga BLM. Hanya gambar-gambar di bawah yang dapat didedahkan buat masa ini, dan maklumat-maklumat lain akan menyusul kemudian. InsyaAllah. Foto : Kredit kepada Paultan.Org Selain dari model [facelift] ini, kedengaran Proton juga akan mengeluarkan Exora Turbo, Persona R (bukan Type R atau R3, tetapi Replacement). Segalanya mungkin, segalanya belum dapat dipastikan. Kita tunggu dan lihat sambil pasang telinga 'mencuri dengar' maklumat-maklumat yang terlepas keluar. Wassalam...

Kesan Lukisan Pensel Dengan GiMP [Kongsi]

Pernahkah terfikir untuk membuat lakaran dengan pensel, sehingga hasilnya hampir ke tahap pelukis profesional? Ada banyak teknik dan perisian yang boleh digunakan untuk menghasilkannya. (Contoh gambar yang telah disunting menjadi kesan lukisan pensel (separuh di kiri - sebelum, separuh di kanan - selepas suntingan) Salah satu dari pilihan yang ada ialah dengan menggunakan perisian suntingan imej dari Sumber Terbuka (Open Source) GiMP, GNU Image Manipulation Program. Ia terdapat dalam pelbagai versi keluaran mengikut OS yang anda gunakan, dan boleh dipindahturun secara percuma di http://www.gimp.org  . Perisian ini memerlukan GTK untuk berfungsi; jadi jika GTK tidak termasuk di dalam pakej pemasangan yang anda pindahturun, anda perlu pindahturun dan pasang GTK secara berasingan. Entri kali ini tidak bertujuan untuk memfokus kepada GiMP apatah lagi untuk mempromosinya, jadi kita akan terus ke proses untuk menyunting gambar menjadikannya kesan lukisan pensel (pencil drawing). Buka fail im

Salah-menyalah? [Macam Tajuk Lagu Ye]

" Renung-renungkan, dan selamat beramal! " Ooops, pinjam ayat Prof. Izzi Hj. Ali. Hehehe. OK, nak serius. Ehem! Orang kita mudah menyalahkan, betul ke tak? Baca senario-senario di bawah ni : 'Siapa' yang selalu orang kita persalahkan? Adilkah 'dia' dipersalahkan? Mampukah 'dia' mempertahankan diri jika sering dipersalahkan? Fikir... 1. Aku tak ada duit, aku tak cukup belanja, gaji aku kurang, pendapatan aku kecil. (Realiti - aku tidak bersyukur dengan apa yang dikurniakan kepadaku. Aku tidak urus dengan baik dengan membezakan mana yang di'perlu'kan dan mana yang ku'mahu'kan. Layakkah aku seorang hamba menyalahkan nasib dan mempertikaikan Penciptanya? Nau'zubillah) 2. Aku sakit, dah memang aku selalu sakit, badan aku tak sihat, dah memang nasib aku begini. (Realiti - sebenarnya aku tidak menghargai salah satu kurniaan Yang Maha Esa, kesihatanku. Waktu aku sihat, aku lupa diri, aku makan dan minum apa aku mahu, aku amal

Publisiti Murahan, Olahan Iklan Murahan, Filem Murahan Atau Kombinasi Semuanya Murahan?

Keadaan sekarang sangat-sangat membingungkan. Dulu semua nak gam, semua nak tapis, semua nak kelaskan dengan teliti... ni apa cerita ni...??? Belum pergi panggung, iklan di TV terang-terang dialognya menyebut 'nasi lemak lima posen', sambil mata pula tengok tepat ke arah aset perempuan tu!  Wah... kalau iya pun itu 'selling point', jagalah sensitiviti masyarakat. Bagi sesiapa yang terlepas menontonnya, 'nikmatilah' potongan dari iklan video cerita tersebut : Promosi Filem Cuti-cuti Cinta 2010 from BRADER PET on Vimeo . Iklan tersebut dipotong untuk menjimatkan masa menunggu, tetapi tidak semuanya pasti 'perfect' kan? Mungkin ada masalah 'loading'. Kalau nak tonton versi penuh dalam HQ, a da di sini -  http://www.youtube.com/watch?v=hKWFEwqqTlo   (Klip video dan audio dari iklan yang dipotong ini adalah hak milik penerbitan asalnya, dan hanya dimuatkan di sini sebagai iktibar kepada pembaca. Teman pun tak siyor (tak nak) le claim copyright

What?! Habbatus Sauda Dalam Kopi Segera?

Semalam macam biasa, hujung minggu... cari barang keperluan harian. Kopi segera 'plastik merah' dah habis. Stok di rumah dah habis, di opis pun dah habis. Maka, kopi segera adalah salah satu barang yang perlu dibeli. Dalam Pasaraya Besar Gian (sengaja disalahejakan) itu, memang dah hafal tempat di mana nak dicari barang-barang. Maklumlah, dekat sangat dengan rumah. Dah ambil kopi segera plastik merah tu, nak bergerak ke rak-rak lain di baris-baris yang lain. Di baris yang sama, ternampak ada bungkusan hijau-putih, dengan cetakan merah berbentuk bujur. Yup, logo AgroMas. Apa produk AgroMas yang ada di tempat kopi segera ni? Menarik juga... Oh, kopi segera, memang kopi segera. Patut la di situ tempatnya. Jelas, memang kopi segera, dan menambahkan menariknya produk itu, ada tercetak 'Kopi Pracampur Dengan Habbatus Sauda'. Terus dicapai, kopi segera bungkusan merah dipulangkan ke rak asalnya. (Hey, jangan la gelak... zaman moden ni memang ada orang yang letak barang di temp

Cinta Agung [Dengan Lirik]

Lirik Lagu : Cinta Agung Munsyid : Qatrunnada Terbitan : OVA Ya Allah Engkau Tuhanku  Tiada Tuhan melainkan Engkau Engkau cinta Agungku Nabi Muhammad pesuruh-Mu Ya Allah Engkau sumber bahagia Engkaulah Sumber keselamatan Ya Allah Engkau sumber keamanan Engkaulah segalanya Ya Allah Engkaulah pelindungku Engkaulah sumber rizkiku Di waktu sakit Kau sembuhkan Di waktu lapar Kau beri makan Ya Allah Engkau Cinta Agungku Cintaku haraplah dibalas Ya Allah Engkau Cinta Agungku Janganlah cintaku tidak dibalas Jangan biarkan ku tanpa pimpinan Pimpinlah aku ke jalan yang benar Kepada Engkaulah harapanku Janganlah hampakan perasaanku Nota : Lirik dan lagu adalah hakmilik OVA (Odio Visual Al-Arqam). Karya ini hanya dikongsikan di sini sebagai wadah peringatan sesama ummah, insyaAllah.

PROTON INSPIRA? [P309A, Waja Replacement Model]

Tak boleh tahan, nak gelak! Muahahaha... terpaksa gelak! OK... jangan berkecil hati, kepada Facebookers, bloggers, peminat-peminat kereta. Oleh kerana keadaan telah menjadi 'luar kawalan', maka, teman nak sambung entri berkenaan   P309A, yeah, isu yang 'terlalu panjang dan membosankan' itu, projek Proton Waja Replacement Model. Yang belum membacanya boleh rujuk entri terdahulu -  http://braderpet.blogspot.com/2010/09/waja-replacement-model.html Seperti biasa, 'orang kita' memang terkenal dengan sikap sampai-menyampai, yang pada asalnya, menyampai itu jika benar maklumatnya, ikhlas penyampaiannya, jujur niatnya, insyaAllah, ia menjadi segmen-segmen ilmu yang dikongsi. Kata dasarnya... 'ilmu', ia perlu bersifat ilmiah, baru ia termasuk dalam kategori ilmu. Jika, tidak... ia sekadar omong kosong yang tidak membawa sebarang erti, dan lebih buruk, ia mungkin menjerumus menjadi fitnah. Tertarik dengan sebuah blog yang ada menyentuh mengenai model terbaru P

Gua Sayang Dia Bro., Gua Cinta Dia Beb...

"Kalau lu betul sayang dia, cinta dia, pehal lu nak gaduh dengan dia hal-hal kecik seciput camni? Kecoh laaa..." Yup! Senario yang biasa kita dengar, biasa kita baca... biasa kita lihat senario ini bercerita sendiri. Bila bercinta bagai nak rak, dan bila bergaduh... bagai... aaaa... bagai almari la kot. Maaf jika ada yang terasa, tersentuh hati. Puncanya? Berkasih sayang bukan keranaNya. Itulah punca utama. Cuba lihat dalam diri masing-masing. Muhasabah diri... Lembutkan hati, luhurkan hati, insyaAllah, nescaya akan terdetik di benak, "Ya Allah, kenapa aku abaikan cinta yang berlandaskan tuntutanMu menurut kehendak agamaMu." Kita sorot satu entri yang ditulis oleh Nur Iman di dalam forum Projek myMasjid ( http://www.mymasjid.net.my ) pada 10 Oktober 2003, yang ada memetik Hadis Qudsi yang diriwayatkan oleh Muslim, yang bermaksud : "Dimanakah orang-orang yang berkasih sayang kerana kemuliaanKu pada hari ini, Aku perlindungi mereka dibawah naunganKu pada h