Skip to main content

SIDAI : Siapa Suka Kena Sidai?

 "PERTANDINGAN HARI TU DAH ADA KEPUTUSAN KE?" Antara soalan yang biasa diajukan oleh peserta kepada penganjur-penganjur pertandingan merekacipta. Tak kisahlah rekacipta logo, produk, grafik mural, cenderahati dan macam-macam lagi. Setelah peserta meletakkan idea, komitmen masa, ketekunan, mencurahkan kemahiran, mengejar tarikh tutup permohonan, barulah sesuatu penyertaan itu dapat dihantar. Ia tak sama dengan pertandingan teka kacang, silangkata, cari objek tersembunyi dan sebagainya. Merekabentuk memerlukan bakat, pengetahuan dan kemahiran khusus yang bukan semua orang mampu membuatnya. Malangnya selepas tarikh tutup penyertaan, kebanyakan penganjur menunggu para peserta atau orang awam yang berminat, untuk bertanya bilakah keputusannya akan keluar. Jika tidak, pihak penganjur akan diam membisu sahaja. Ini yang biasa berlaku.  Sebenarnya bukanlah para peserta terlalu berharap untuk menang sebab setiap penyertaan itu atas rasa minat terhadap sesuatu. Mungkin ada juga yang ber

Candyshare.com.my


Perkakas Elektrik dan Pasaraya Hyper Gian

Setiap orang, nasibnya berbeza-beza. Jadi, kita kena terima dengan redha apa yang dah ditentukan untuk kita. Tapi 'kisah' kali ni patut dijadikan iktibar, bagi mengelakkan lebih ramai yang terkena.


Pasaraya hyper (dah la raya, hyper lagi!) mungkin ada perjanjian 'mesyuarat tingkap' dengan pembekalnya ataupun pihak pengeluar, agar barang yang mereka beli dapat dimurahkan melalui jualan pukal, iaitu dengan kuantiti yang banyak. Sebab itulah mereka boleh menjual dengan harga yang murah (walaupun hanya sedikit murah jika dibandingkan dengan kedai elektrik). Walaubagaimanapun, isu kualiti dan servis tidak boleh dikorbankan demi untuk memenuhi faktor kos dan keuntungan.


Secara dasarnya, 'Kualiti adalah memenuhi kehendak pelanggan', dan 'Kualiti adalah tahap yang perlu dicapai seperti yang diharap oleh pelanggan/penggunaan/kebolehgunaan produk atau servis yang dibekalkan'


Susah nak faham kan? Lebih baik baca 'kisah' ni untuk lebih memahami apa yang nak disampaikan.


***


Pada tarikh 26 Julai 2010, seorang pelanggan telah membeli satu unit pencuci hampagas (vacuum cleaner) di sebuah Pasaraya Hyper Gian (bukan nama sebenar, dan tiada kaitan dengan mat gian), yang terletak di Kota Damsyik, Petaling Jaya. Pencuci hampagas tersebut kita namakan ia jenama Pelik, model 'Reliable Cleaning FC8348'. Macam biasalah, di Malaysia ni 'pelanggan adalah Pemeriksa Kualiti Akhir (Final QC Inspector), maka pencuci hampagas tersebut diuji di depan pelanggan tersebut, 'Hidup ye encik?', memang hidup pun.





Alat tersebut langsung tidak digunakan, sehingga ke tarikh 16 Ogos 2010, baru hendak dicuba... langsung tidak berfungsi (kata 'reliable', tipu kah?). Lalu, alat tersebut bersama-sama dengan semua aksesori, kad waranti, dan pembungkusan asalnya dipulangkan ke Kaunter Khidmat Pelanggan, seperti yang dikehendaki di dalam syarat-syarat tuntutan waranti.


Lalu si Pegawai Khidmat Pelanggan mengisi borang AS* (sorry guys, and ladies, ini bukan gua buat cerita, memang borang tu kependekan namanya AS*. Gua dah tengok 3-4 kali, memang itu ejaannya). 





Selesai sudah mengisi borang AS* tersebut, si pegawai tu memberi peringatan kepada si pelanggan 'Encik, ni SEAWAL-AWALNYA sebulan ye? Encik kena tunggu orang call baru datang ambil.'. Tedia aih... sebulan? Dan... tunggu? Tunggu je?


Fakta - Alat tersebut hanya mengambil masa kira-kira 30-40 minit untuk dipasang SEPENUHNYA di kilang. Untuk membaikinya memerlukan SEBULAN lebih? Ehem, dah 'nego' dengan pihak 'di sana' ye?


Tak apalah, si pelanggan tidak mampu berbuat apa-apa. Dah polisi diorang agaknya kan? 


Pada 18 September 2010, borang AS* tersebut dibawa ke kaunter yang sama untuk susulan. Ya lah kan? Takkan nak tunggu je. Jawapan mudah dan boleh jangka 'Dah ada orang call encik?'. Tepat sungguh ketepatannya. Dan dia sambung lagi, 'Kalau encik nak cepat, mungkin kena hantar sendiri ke Pelik Malaysia untuk tuntutan waranti.' Sebagai pelanggan berpengetahuan, mestilah dia tahu hak-haknya untuk mendapatkan maklumat. Malangnya, apabila diteliti di borang AS* tersebut, tiada ditulis nombor siri alat tersebut, juga tiada... nombor kad waranti. Uh, macamana nak buat susulan dengan syarikat Pelik Malaysia ni ye? 'Oh, encik boleh bagi nombor AS* kami, nanti diorang boleh semak. Memang biasanya lebih sebulan encik, sebab katakan la Gian ada hantar 20, Testo ada hantar 20, Kafur ada hantar 20 untuk tuntutan waranti... kan banyak tu.', sambung si pegawai yang tak berapa nak berkhidmat dengan pelanggan tu. Ada ke nak mengadu hal macam tu kat pelanggan. Itu masalah domestik, sila selesaikan secara dalaman ye. Jangan tambahkan senak si pelanggan. Profesional, OK?!


Pelanggan ni berfikir dia masih mahu melihat sendiri selama mana proses tuntutan waranti ini akan diselesaikan. Dan hari ni kan dah 23 September 2010... mana dia panggilan telefonnya? Agak-agakya berapa lama ye? Anda fikir dan jawab sendiri. Hehehe...


Oh ye, kalau ada mana-mana staf dari Pasaraya Hyper Gian atau syarikat Pelik Malaysia ingin keluarkan kenyataan beladiri, dipersilakan. Semua fakta kes dan bukti ada di tangan pihak pendakwaraya. Jadi, jangan malu-malu ye?

Comments

  1. kawe bangkang!!! bangkang saper2 yg bela diri tu...

    ReplyDelete
  2. Case closed! Jawapan kepada persoalan misteri itu... Panggilan dari bahagian Khidmat Pelanggan Hypermarket Gian telah diterima pada 26 September 2010.

    OK, tetap berhasil walaupun makan masa yang agak panjang yang sukar diterima akal.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Kini

SIDAI : Siapa Suka Kena Sidai?

 "PERTANDINGAN HARI TU DAH ADA KEPUTUSAN KE?" Antara soalan yang biasa diajukan oleh peserta kepada penganjur-penganjur pertandingan merekacipta. Tak kisahlah rekacipta logo, produk, grafik mural, cenderahati dan macam-macam lagi. Setelah peserta meletakkan idea, komitmen masa, ketekunan, mencurahkan kemahiran, mengejar tarikh tutup permohonan, barulah sesuatu penyertaan itu dapat dihantar. Ia tak sama dengan pertandingan teka kacang, silangkata, cari objek tersembunyi dan sebagainya. Merekabentuk memerlukan bakat, pengetahuan dan kemahiran khusus yang bukan semua orang mampu membuatnya. Malangnya selepas tarikh tutup penyertaan, kebanyakan penganjur menunggu para peserta atau orang awam yang berminat, untuk bertanya bilakah keputusannya akan keluar. Jika tidak, pihak penganjur akan diam membisu sahaja. Ini yang biasa berlaku.  Sebenarnya bukanlah para peserta terlalu berharap untuk menang sebab setiap penyertaan itu atas rasa minat terhadap sesuatu. Mungkin ada juga yang ber

KFC : Yang Ni OR Atau HS? Kompius Laaa...

Siapa tak suka ayam goreng? Susah nak jumpa la orang yang tak suka makan ayam goreng. Kalau nak jumpa pun mungkin satu dalam beribu-ribu orang. Kebiasaannya orang suka makan ayam goreng kan? Kalau korang beli ayam goreng KFC, yang mana satu pilihan korang? Original Recipe (OR) atau Hot & Spicy (HS)? Atau dua-dua pun korang balun satu macam je? Hahahaha. Setiap orang ada citarasanya tersendiri kan? Ada juga yang tak kisah walau macamana pun rasanya, tapi bila benda tu viral mesti dia nak cuba. Yang kategori ni dia pelik sikit. Dia sebenarnya bukan nak makan tapi nak kepuasan mencuba. Selagi tak cuba dia tak akan rasa puas. Ada satu perisa ayam goreng KFC yang tak pasti korang boleh merasa ke tak. Tapi benda ni ada dijual hari ni. OR bukan, HS pun bukan. Jenuh juga la tadi menyemak resit kot ada tersilap tekan pada mesin order layan diri tu. Manalah tau, tergatal tangan tercuit pilihan menu yang satu ni. Nampaknya, sah! Memang sah tak ada. Semuanya normal. Tak ada yang pelik pun.

Video Lagu Warisan - Sudirman Hj. Arshad

Benda yang baik biasanya datang dalam pelbagai perisa kan? Pizza, minuman coklat, yogurt dan jajan la contohnya. Orang olah jadi pelbagai perisa sampai tak jemu la peminatnya. Sama juga dengan lagu. Bagi teman, antara lagu patriotik yang paling teman suka dengor lagu Warisan, nyanyi Allahyarham Sudirman Hj. Arshad. Lagu ciptaan Syed Haron Ahmad ni memang liriknya ringkas, tepat dan menusuk ke hati tiap kali dengor. Bertepatan dengan insiden terhempasnya MH17 tahun ni yang mengorbankan ratusan nyawa, ada baiknya kita renungkan semula betapa syarikat penerbangan negara kita ni dah mula berkhidmat sejak zaman tv hitam-putih lagi. Tak tau la berapa berat, jerih payah semua yang terlibat dalam mematangkan Malaysia dalam industri penerbangan. Teman selitkan beberapa klip pendek yang sempat teman himpunkan berkaitan Syarikat Penerbangan Malaysia, MAS, untuk renungan kita bersama, seiring dengan pembangunan negara dari waktu laungan 'Merdeka' yang pertama pada tahun 1957. Syyy... duduk