Skip to main content

COVID-19 : Sudah Dijangkiti, Apa Patut Aku Buat? [ Bahagian 1 ]

Dijangkiti penyakit yang merbahaya dan sudah menjadi wabak seluruh dunia, pasti menjadi satu pengalaman baru untuk setiap manusia di muka bumi ni. Tak kisahlah apa implikasi dari pengalaman ni, sama ada yang positif atau negatif dalam kehidupan kita. Ia mencatat satu sejarah kehidupan sesiapa sahaja yang menempuhnya. Salah seorangnya ialah, AKU. Iya, aku telah dijangkiti Covid-19. Sejak Disember 2019, aku hanya mendengar, membaca dan menonton perkembangan wabak yang ganas ni. Tetapi kira-kira dua minggu lepas aku terpaksa meredahnya dengan segala bentuk ikhtiar, ilmu, kemahiran dan pengalaman setakat mana yang aku ada selama ini. Ingin aku tekankan di sini, tujuan entri ini aku tulis bukan untuk berbangga, sombong, bongkak, jauh sekali memberi nasihat kepada orang lain. Ia sekadar perkongsian tentang apa yang aku tempuh. Tidak kurang dan tidak lebih daripada itu. Para pembaca perlu mengambil ini sebagai disclaimer . Aku bukan doktor, bukan perawat Islam, bukan pengamal perubatan herba

Perangkap FB Apps.

Walaupun ramai dah terkena, tapi masih ramai boleh terkena (dan berulang-kali pulak tu). Saling tak tumpah seperti isu koyak dan menang, gores dan menang... sama juga dengan kes SMS 'tahniah, 'SIM' card anda telah memenangi RMberpuluh ribu ringgit. Sila masukkan RM3 ribu ke akaun kami dulu, baru kita cerita...'

Kenapa orang kita tak belajar dari kesilapan? Kenapa orang kita malas berfikir? Kenapa orang kita umpama ikan berotak kecil yang dari turun temurun kena kail dengan si pemancing, dengan menggunakan jenis umpan yang sama. Oh dear... kita patut berfikir lebih baik daripada sang ikan!

FB Apps. adalah antara cara termudah memperdayakan pengguna FB untuk merangkaikan satu-satu mesej (seperti surat berantai) atau motif-motif negatif yang lain termasuk mencuri dan mengumpul maklumat peribadi. Ada sesetengah mesej atau wall posting kelihatan seperti imej yang menarik, atau video... atau link... apa sahaja yang boleh menarik perhatian pengguna untuk klik kepada link tersebut.

Contohnya, seperti di dalam gambar.



Dengan tajuk yang 'menarik', dan gambar yang dibuat seakan-akan preview bagi sebuah video, lengkap dengan segitiga 'play' berwarna biru, ia amat mudah untuk mengelirukan pengguna untuk klik ke link tersebut.

Selepas klik, biasanya aplikasi FB ini perlu mendapatkan interaksi pengguna untuk membenarkan maklumat peribadinya diakses sebelum aplikasi ini boleh berfungsi. Apa lagi, orang kita biasalah... main klik sajalah... terutamanya kalau gambar atau video itu kelihatannya seperti 'lazat' untuk ditonton. PADAN MUKA, jadi mangsa mudah... Like it or not... memang itulah situasi anda ketika anda memilih untuk klik ke link tersebut.

Tapi tak mengapa, masih ada caranya... Lihat semula gambar di atas, ada 2 anak panah biru yang bersilang untuk menunjukkan arah sebenar link yang dipaparkan tadi. Gerakkan mouse pointer anda ke atas link tersebut, tetapi jangan klik dahulu. Perhatikan jika link tersebut bermula dengan 'apps.' atau link terus ke alamat luar FB. Ini ada kemungkinan perangkap untuk anda pergi ke alamat yang tidak sepatutnya. Jika anda klik... maka, perangkapnya telah menjadi!

Aplikasi ini juga 'bijak' bertindak dengan maklumat yang diakses dari data peribadi anda, termasuklah maklumat zon waktu. Ia akan melakukan wall post atau menghantar mesej pada waktu-waktu yang anda mungkin tidak sedar, contohnya selepas pukul 12 malam. Ia tahu zon waktu anda bukan?

Maka, pada pagi esoknya, anda akan menjadi sibuk untuk menjawab soalan-soalan kenalan FB anda seperti 'pesal ko send link ntah apa-apa ntah kat aku. haprak betul ko. aku remove gak ko ni karang!'... Euuuuwwwwww... sibuk... memang sibuk. Letih nak minta maaf lagi... Hai hai hai...

Jadi... maklumat telah dikongsi... harap hari ini anda bijak sedikit dari semalam... esok anda bijak sedikit dari hari ini... dan seterusnya... Mungkin jika anda kekal dengan sikap tidak ambil peduli anda itu... anda akan mula dilihat sebagai 'pengacau' dan sewajarnya anda dikeluarkan dari senarai kawan-kawan FB... Tak tahulah...

Comments

Popular Kini

COVID-19 : Sudah Dijangkiti, Apa Patut Aku Buat? [ Bahagian 1 ]

Dijangkiti penyakit yang merbahaya dan sudah menjadi wabak seluruh dunia, pasti menjadi satu pengalaman baru untuk setiap manusia di muka bumi ni. Tak kisahlah apa implikasi dari pengalaman ni, sama ada yang positif atau negatif dalam kehidupan kita. Ia mencatat satu sejarah kehidupan sesiapa sahaja yang menempuhnya. Salah seorangnya ialah, AKU. Iya, aku telah dijangkiti Covid-19. Sejak Disember 2019, aku hanya mendengar, membaca dan menonton perkembangan wabak yang ganas ni. Tetapi kira-kira dua minggu lepas aku terpaksa meredahnya dengan segala bentuk ikhtiar, ilmu, kemahiran dan pengalaman setakat mana yang aku ada selama ini. Ingin aku tekankan di sini, tujuan entri ini aku tulis bukan untuk berbangga, sombong, bongkak, jauh sekali memberi nasihat kepada orang lain. Ia sekadar perkongsian tentang apa yang aku tempuh. Tidak kurang dan tidak lebih daripada itu. Para pembaca perlu mengambil ini sebagai disclaimer . Aku bukan doktor, bukan perawat Islam, bukan pengamal perubatan herba

RESIPI : Cempedak Goreng Stail Macam Gerai

Haaa... musim buah dah sampai hujung-hujung. Maksudnya, sekarang ada banyak cempedak kan? Buah ni orang panggil buah penutup musim, selain manggis dengan langsat. Isk! Apa le teman merepek ni ye? Kalo korang budak bandar, mana la korang tau pasal musim buah-buahan ni kan? Hehehe. Kalau korang suka cempedak goreng yang tak berapa rangup, tapi rasa nice satu macam je bila gigit masa suam-suam, mungkin korang buleh cuba resipi ni. Tak sama macam guna tepung goreng segera tu tau. Yang tu ada rasa ngan bau macam vanila. Yang ni, memang rasa macam yang jual kat gerai tepi jalan tu. Ce try , ce try . Hehehe. BAHAN-BAHAN - 1/2 biji buah cempedak (kalau korang tukor ngan buah lain pun buleh) 1 cawan tepung gandum 3 sudu besar serbuk roti (kalau takde, bantai je hancurkan biskut lutut) 1 sudu makan minyak masak yang dipanaskan 2 sudu teh garam halus 1 sudu teh gula 1 sudu teh serbuk kunyit Air secukupnya (dalam secawan dua, ikut kualiti tepung korang) Minyak masak secukupnya untuk menggoreng *

RESIPI : Waffle Lembut

Kita dalam PKPD lagi, selepas ' TOTAL LOCKDOWN ' edisi Jun 2021. Berkurung lagi nampaknya. Bosan? Boleh la main masak-masak lagi macam PKP 1.0 tahun lepas. Nak try buat waffle? Ada resipi yang dikongsikan dalam FB page Daily Masak . Tak dapat dipastikan siapakah individu asal yang berkongsi resipi ni. Kalau ada sesiapa tahu, tolong tinggalkan maklumat di komen ye. Selamat mencuba! - - - Resepi Waffle Lembut Bahan Resepi Waffle Sedap : 3 cawan tepung gandum 2 1/2 cawan air 3/4 cawan minyak masak/butter cair 2 biji telur & esen vanilla 2 sudu makan susu tepung 3 sudu makan gula castor 1/2 sudu teh garam 1 sudu makan baking powder 1/4 sudu teh baking soda Gunakan cawan penyukat seperti dalam gambar.Anda boleh dapatkan di kedai bakeri berhampiran. Resepi waffle sukatan cawan ini sangat mudah dan lembut untuk anda buat makan sarapan pagi. Waflle yang disapu dengan nutella, strawberi, coklat memang sedap Untuk susu tepung, anda bleh guna susu tepung Nespray atau apa-apa susu tepu