Skip to main content

AMOS : Biskut Cip Coklat Tak 'Famous'

Bahan-bahan ( Ingredients ) : 120gm mentega campuran (separuh blok) / buttery mixture (half block) 170gm gula perang lembut / light brown sugar 60gm gula pasir halus / fine grain sugar 15gm susu tepung / powdered milk 1tbs esen vanila / vanilla essence 1 biji telur (saiz besar) / egg (large) 300gm tepung gandum serba guna / all purpose wheat flour 1½tbs soda bikarbonat / baking soda 60gm cip coklat / chocolate chips Langkah-langkah : 1.) Potong-potong mentega kepada bahagian-bahagian kecil. Masukkan ke dalam mangkuk adunan. Biarkan sehingga mencapai suhu bilik. 2.) Tambahkan gula perang, gula pasir, susu tepung dan esen vanila. Gaulkan sehingga rata. 3.) Masukkan telur dan adunkan pada kelajuan paling rendah untuk menghancurkan gula. Naikkan kepada kelajuan sederhana dan teruskan mengadun sehingga adunan menjadi ringan dan berkrim. 4.) Ayakkan tepung dan soda bikarbonat dan gaul kering sehingga rata. 5.) Turunkan kelajuan pengadun kembali kepada tahap rendah. Tambahkan campuran tepung

Candyshare.com.my


Alahai Tingkatan Enam

Kebelakangan ini, ada pihak-pihak yang tampil ke majlis-majlis perjumpaan media yang sedikit-sebanyak ingin membuka mata rakyat Malaysia tentang kebaikan pelajaran di peringkat Tingkatan Enam (T6) - STPM. Bukanlah ingin disangkal atau meletakkan mereka yang berkelayakan STPM itu terlalu rendah, tetapi kita hendaklah melihatnya dari realiti keadaan semasa dan akan datang.

Sama-sama kita buka akhbar-akhbar utama, laman-laman web mencari kerja, risalah-risalah agensi pekerjaan - dapatkah kita lihat 'kelayakan akademik minima STPM' di bahagian teks iklan mereka? Inilah realitinya, jangan disangkal lagi.



( Gambar hiasan semata-mata. - Poster filem My Sassy Girl (Korea) )


Senario terkini adalah begini :

Kerja operasi pengeluaran - kelayakan PMR/SPM
Kerja asas teknikal - kelayakan SPM (berpengalaman)/SPM dari Sekolah Teknikal atau Vokasional / Sijil Kemahiran
Kerja Eksekutif Operasi/Teknikal - Diploma/Ijazah Sarjana Muda
Pengurusan Pertengahan dan Tinggi - Ijazah Sarjana Muda/Masters/PhD ... dan seterusnya

Anda tidak percaya? Cari sendiri di laman-laman web mencari kerja.

Bukanlah juga nak dikatakan lepasan STPM ini langsung tiada ruang di alam pekerjaan, tetapi peratusan keperluan kepada lepasan ini terlalu rendah. Apalah gunanya menghabiskan dua tahun sabungan di sekolah, tetapi kerja yang ditawarkan hanya untuk lulusan SPM? Jangan marah... ini realiti, dan realiti perlu diterima meskipun ia pahit!

Bila kita lihat kepada trend penerimaan sang pegawai-pegawai Modal Insan (Weeekkk!!! Mana jumpa istilah ni? Direct translation ke hapa?)... kira... pegawai Pengambilan/Perjawatan atau pengurus Sumber Manusia, dan setaraf dengannya... mereka lebih gemar memberi peluang kepada lepasan SPMV, Pusat GIAT, pusat latihan kemahiran, dan seumpamanya. Sebabnya? Golongan tersebut telah dibekalkan dengan pengetahuan asas teknikal, yang banyak membantu di dalam menjalankan tugas. Dengan lain perkataan, mereka telah 'disediakan' untuk memenuhi keperluan industri.

Adakah lulusan STPM diberi fokus kepada industri, dan adakah silibus pelajarannya memenuhi kehendak majikan sekiranya mereka tidak menyambung pelajaran selepas STPM? Anda nilai sendiri... Tak tahu nak nilai, boleh ke Nilai, Negeri Sembilan... beli kupon tambah nilai. Cukup?

Ada juga yang cuba memberi justifikasi bahawa STPM ini untuk memudahkan kelayakan ke IPT/Lanjutan. Benar? Fakta? Jika ia benar, kenapa ramai penuntut universiti, institut, kolej, maktab... dan banyak lagi, mengambil cuti belajar hanya kerana mereka ingin mengambil peperiksaan STPM? Secara terangnya, bagi mereka STPM tadi hanya pilihan ke-2, ke-3 atau 'last resort', seandainya mereka gagal dalam pengajian di IPT/Lanjutan. Adakah mereka layak ke IPT/Lanjutan dengan STPM? Tidak, mereka masuk 'U' dengan keputusan SPM yang bagus; dan sebenarnya mereka mendaftar ke T6 hanya untuk memenuhi masa sementara mendapat tawaran IPT/Lanjutan. Yeah, bunyinya memang macam 'last resort' kan?

Bolehkah mereka ini dipersalahkan? Timbang tara sendiri... Mereka hanya cuba menjamin masa depan yang lebih baik dan memberi priority kepada sesuatu yang lebih 'penting'.

Bagi mengseimbangkan semula kelemahan dan kekurangan yang ada, kita sebagai masyarakat juga tidak boleh lari dari memberi pendapat dan pandangan konstruktif. Mungkin pada waktu ini pihak Kementerian yang terlibat agak buntu dengan apa yang patut dilakukan. Boleh dikatakan T6 ini masih relevan sekiranya ia bukan lagi dianggap 'pengisi masa lapang', dan diambil serius oleh semua pihak yang terlibat.

Promosi di media sahaja tidak ke mana, dan tindakan yang diambil perlu lebih realitistik. Mempromosi untuk menggalakkan sesuatu itu diterima oleh masyarakat umum, ia saling tidak tumpah seperti iklan-iklan di televisyen yang menunjukkan orang makan peha ayam goreng sehingga menjilat jari. Faktanya, ia hanyalah ayam goreng salut tepung yang dihidangkan di dalam restoran berhawa dingin. Tidak lebih dari itu. (Yeah, akibat terpengaruh dengan iklan, penggunaan kertas tisu rangkaian restoran tersebut banyak dapat dijimatkan, sebab jari dah nak bersih kena jilat).

Ada baiknya pihak tersebut belajar dengan UiTM, kenapa mereka ada wakil-wakil yang berfungsi untuk menganalisa keperluan industri. Sebenarnya, inilah caranya untuk kekal relevan dari masa ke semasa.

Sekian, sekadar pandangan... jangan tersinggung, jangan berkecil hati. Ia realiti, maka hadapinya sebagai satu panduan, satu cabaran.

Comments

Popular Kini

BANJIR : Rekabentuk Rakit Penyelamat Menggunakan Paip PVC

Malaysia dilanda banjir dan situasi getir ini sudah melewati tempoh 24 jam. Ramai mangsa yang perlu dipindahkan dengan segera untuk mengelakkan sebarang kemungkinan berlakunya perkara-perkara tak diingini. Selain dari mengangkut bot-bot dan sampan dari luar kawasan yang agak memakan masa, kita sebenarnya boleh membina rakit-rakit penyelamat menggunakan paip PVC 8" ~ 12" yang diisi dengan polisterin di dalamnya. Untuk lantai rakit boleh gunakan sebarang bahan yang mampu mengapung bebanan, contohnya blok polisterin setebal 6".  Untuk mendapat gambaran yang lebih jelas, boleh juga rujuk video bot DIY ini sebagai design outlines -  https://www.youtube.com/watch?v=IFp1z1yzIo8 Mungkin idea ini boleh membantu mempercepatkan proses mengangkut mangsa-mangsa yang masih terperangkap. Mereka kesejukan, kelaparan dan berisiko mendapat pelbagai penyakit bawaan air. Dalam situasi begini kita sedang berlumba dengan masa. Dapatkan bahan-bahan sedia ada di sekeliling kita dan gunakan ilm

NORMALISASI : Superman Biseksual, Captain America ... ?

Yup! Tak salah baca tu. Memang watak Superman baru, anak kepada Clark Kent dan Lois Lane yang dikenali sebelum ini dengan nama watak Superboy (Jonathan Kent) telah disahkan oleh pihak DC Comics sendiri sebagai seorang biseksual. Sumber : The Washington Post Bukanlah sesuatu yang mengejutkan, pesaing terkuat DC iaitu Marvel Comics juga turut naik kapal yang sama. Marvel telahpun mengesahkan bahawa watak Captain America yang baru merupakan seorang remaja gay , bernama Aaron Fischer.  Sumber : The Guardian Kedua-dua penerbit komik ini memang diketahui dari dahulu lagi sejarahnya memang bersaing sengit seperti dalam perlumbaan Formula 1. Namun begitu persaingan yang agak di luar jangka ini berlaku, dan kita patut sudah mula berhati-hati dengan bahan-bahan yang dipertontonkan kepada anak-anak muda kita.  Kita amat berharap tiada pula mana-mana penerbit komik dari Australia mahu memperkenalkan watak pelarian pondan sebagai hero. Hampir pasti kita boleh agak apakah implikasinya nanti. Saba

PC : It Is Now Safe To Turn Off Your Computer

Haaaa. Siapa rasa familiar dengan ayat tu rasanya orang tu dah cukup tua. Kekeke. Betul la tu. Benda tu memang wujud dan memang ada sebabnya tersendiri. Kalau tak tunggu screen ni keluar, nanti komputer rosak. Aiyok! Untuk golongan anak-anak muda, mungkin ada yang rasa benda ni tak masuk akal sebab komputer kan mati sendiri bila kita keluar dari Windows / Mac OS / Linux / BSD / Unix dan lain-lain Operating System . Treeetttt! Salah lagi menyalahkan. Itu hanya benar pada zaman sekarang. Bukan pada era 386, 486, malahan zaman Pentium yang pertama hampir 3 dekad yang lalu. Memang bunyinya aneh, tetapi kita perlu telitikan apakah perbezaan utama yang menyebabkan ciri-ciri ini wujud. Hard power switch . Paling kanan, bawah emblem 486DX2. Keletak keletuk bunyinya. Dan waktu itu anda perlu labelkan LED display warna hijau itu gunanya untuk display . Mungkin ada yang tak tahu kegunaan display . Zaman dahulu, komputer tak menggunakan soft power button macam yang kita ada hari ni. Suisnya me